Air Tangan Suami, Pun Salah Satu Pelega Hati Isteri Yang Penat

Isnin sampai Jumaat, isteri dah penat bekerja. Kadangkala berlanjutan sampai Sabtu ke Ahad. Masa isteri banyak sungguh dihabiskan di pejabat. Kalau di rumah pun cuma waktu malam atau hujung minggu bila bercuti. Penat bekerja itu jangan cerita.

Tapi isteri tabahkan hati. Tak mahu merungut sebab tahu, rungutan boleh sebabkan rezeki berkurang. Sebolehnya isteri nak bekerja dengan ikhlas. Demi bantu suaminya yang juga sukar. Tidaklah nanti suami tanggung beban sendirian.

Bila isteri sanggup korbankan masa dan kepenatan emosi untuk semua itu, suami seharusnya prihatin dan lebih kasihkan isteri. Sebenarnya tak susah pun nak melegakan hati isteri yang penat bekerja, penat berkorban wang ringgit, penat berkorban masa untuk urus anak dan keluarga, penat berkorban masa dengan kawan-kawan demi suami tercinta.

Syaratnya jadilah suami yang prihatin. Suami yang tak pernah lokek nak peluk isteri, yang tak pernah lokek dengan kata-kata bahagia untuk isteri dengari. Apa syarat nak jadi suami yang boleh hilangkan penat isteri. Haa.. cuba ikuti tips di bawah.

1. Ini Sebab Air Tangan Suami Boleh Buat Hati Isteri Tenang

Kata-kata paling sedap dekat halwa telinga isteri bila suami sebut perkataan ini, “Yang tak payah masak malam ini. Biar abang yang masakkan untuk sayang dan anak-anak.” Wow! itu memang kata-kata idaman kalbu.

Rasa hilang penat selepas seharian bekerja. Kadangkala isteri tak sampai hati, nanti isteri siapkan juga bahan-bahan untuk suami memasak. Kan ada kerjasama namanya. Silap hari bulan rasa kasih sayang pun akan terbina dari dapur.

IKLAN

2. Suami Yang Memasak Di Dapur Itu Romantik Orangnya

Kalau nak tahu, suami yang rajin memasak untuk anak-anak dan isteri itu orangnya romantik. Hatinya lembut dan penuh karisma. Dia tahu macam mana nak handle peralatan di dapur dengan mudah tanpa bantuan isteri.

Bukankah hal itu mengujakan. Selesai memasak, suami hidangkan pula untuk isteri dan panggil anak-anak makan. Aduh.. aduh.. seronoknya rasa hati. Memang nampaklah keromantisan suami dan sifat kasihnya semasa memberi anak isteri itu makan.

Nak lagi romantik jangan segan suapkan isteri. Ada pahala yang suami akan dapat semasa menyuapkan isteri yang penat dan lapar itu.

3. Tenangnya Jiwa Isteri Bila Nampak Suami Tekun Basuh Pinggan

Bayangkan isteri tengah penat-penat mengemas rumah, basuh baju, sidai baju bila masuk ke dapur nampak suami sedang tekun membasuh pinggan.

IKLAN

Ya Allah.. rasa nak terus dakap belakang suami. Rasa seronok sangat sebab suami dah berusaha nak meringankan tugasan isteri untuk hari itu.

Suami yang rajin membasuh pinggan itu bermakna dia tak pernah berkira dengan isterinya. Takkan mengungkit yang itulah kerja patut isteri lakukan. Dan dalam masa yang sama, dia sedang melatih anak-anak agar menghargai ibu mereka yang juga isterinya tercinta.

 

Air Tangan Suami, Pun Salah Satu Pelega Hati Isteri Yang Penat

IKLAN

Magis Air Tangan Suami

Tiga hal simple yang suami lakukan ini sebenarnya cukuplah mudah bagi suami sekiranya dalam dirinya sarat dengan tanggungjawab. Memang tak mudah nak jumpa suami semacam ini.

Sampaikan ada isteri yang sanggup tulis begini, ‘Kalau ada suami rajin bantu suami jangan kongsi di media sosial, nanti ada yang rembat.’ Allah.. Allah.. nampak tak betapa suami begini dah tak ramai jumlahnya.

Sebenarnya, siapa pun suami kita, jika isteri tahu bagaimana memainkan peranannya, tahu bagaimana mahu mengembalikan rasa cinta itu, insya Allah suami akan jadi lebih prihatin.

Bila sudah miliki suami yang ringan tulang begini, isteri hendaklah tak lokek luahkan rasa cinta pada suami. Pujilah suami, jangan simpan rasa bangga itu sendirian.

Biar suami tahu kita, isteri menghargainya. Suami akan rasa seronok dan lagi rajin berkongsi rasa dari magis air tangannya.