Adira & Isteri Pertama Failkan Perceraian Serentak. Kehidupan suami isteri adalah kehidupan yang sarat dengan ketenangan, ketenteraman, kasih sayang dan persahabatan.
Namun dek kerana tidak ada lagi persefahaman ikatan yang dibina atas nama cinta terpaksa dileraikan. Walau pahit ditelan namuan terpaksalah menerima hakikat.
Itulah yang dialami oleh usahawan terkenal Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan Datuk Red apabila dua isteri memfailkan perceraian serentak. Akui usahawan itu dirinya cuba mempertahankan rumah tangga bersama isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dan isteri kedua, Adira Suhaimi.
Malah dirinya turut akui kedua-dua isterinya tidak berpakat, sebaliknya berlaku secara kebetulan.
Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online, sebagai ketua keluarga dirinya tetap mahu mempertahankan rumah tangganya.
“Mereka tidak berpakat, cuma kebetulan. Masing-masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri.
Ads
“Sebagai ketua keluarga, saya tetap mahu cuba pertahankan.
“Luaran orang lihat saya masih boleh gelak ketawa, tapi sebenarnya dalaman saya lemah, cuma tak nampak.
“Bayangkan, tiba-tiba dua isteri hilang sekelip mata?” ungkap Datuk Red.
Ads
Baru-baru ini Datuk Red telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang bagi prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bersama Adira.
Namun poses itu gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.
Ads
Datuk Red Mahu Selamatkan Rumah Tangga
Sebagai manusia biasa, Datuk Red akaui dirinya lali namun sudah memohon kemaafan kepada dua orang isterinya.
“Saya juga manusia, lalai dan asyik minta maaf banyak kali, tapi benda ini (perpisahan) tetap berulang lagi.
“Biasalah dalam rumah tangga banyak berlaku perselisihan faham, tapi saya akan tetap berusaha menyelamatkan rumah tangga,” sambungnya.
Pada masa yang sama Peguam mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman memberitahu permohonan cerai yang difailkan isteri pertama akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac ini.
Akaun Tik Tok Adira Suhaimi disekat, “inilah tempat saya cari rezeki selama ini. Baru ini nama Adira menjadi perhatian ramai termasuk dirinya nekad meminta cerai dari pasangannya, Datuk Red.
Datuk Red yang kini diuji dengan masalah kewangan termasuk mengaku sudah lama bangkrup mengakui terpaksa menumpang belas ikhlas dari isteri keduanya itu yang banyak menyara keluarga. Malah dirinya turut berkongsi detik pengenalannya bersama pelantun lagu Kesempatan Bersamamu.
Dalam pada kisah perceraian mereka belum selesai, Adira Suhaimi diuji bila mana akaun Tik Toknya telah dibanned tanpa sebab yang jelas.
Mempunyai jumlah pengikut 879.1k dengan 13.5 tanda suka, Adira nyata bersedih kerana di platform itulah punca rezekinya selama ini.
Tulisnya, “Selamat tinggal. Akaun inilah punca rezeki Ami selama ini,” katanya yang turut berkongsi akaun Tik Tok terbarunya, @adirasuhaimi_.
Bagi sesiapa yang mengikuti Adira sebelum ini, jangan lupa follow akaun barunya itu ya. Semoga dipermudahkan.
Isu ‘Jampi Masakan’ Datin Thalia Baiduri Tak Sangka Gurauan Jadi Kecaman. Sosok wanita jelita yang juga seorang pelakon dan usahawan, Datin Thalia Baiduri tidak menyangka isu ‘jampi masakan’ untuk suami menjadi tular selepas dirinya bergurau ketika mengadakan sesi siaran langsung di akaun media sosial miliknya baru-baru ini.
Pengasas jenama Talia, Datin Thalia Baiduri yang juga lebih dikenali dengan panggilan Bunda Lia ketika ditemui di Majlis Talia Glitz Raya Preview – Budaya Bertemu Busana juga menerangkan apa yang berlaku adalah sekadar gurauan dan tidak menyangka akan menimbulkan isu serta kecaman.
“Tapi, alhamdulillah, ada yang komen positif walaupun ada juga yang kecam. Jadi, orang salah faham kepada gurauan saya itu.
“Suami saya tahu isteri dia bukan begitu. Dia pun ketawa sebab tahu itu gurauan.
“Dalam siaran langsung itu pun, dia bergurau ‘Betul ke jampi? Nak kena jumpa ustaz ni’,
“Kita tahu, nenek kita pun amalkan ayat suci dan selawat. Itu amalan yang disarankan kepada kita umat Islam membaca ayat-ayat suci dalam masakan.
“Bukan basuh beras sahaja, apa sahaja. Saya cuma bergurau ketika siaran langsung. Tak sangka pula ini menjadi satu isu,” ungkap Thalia.
Sebelum ini telah tular mengenai satu klip video konon dirinya mengaku sedang menjampi masakan tular dan mendapat pelbagai respon netizen. Dalam siaran langsung itu, Thalia turut dipetik berkata dirinya memang membaca jampi untuk menundukkan suaminya, Datuk Shahriza Amir.
Ada netizen yang menyokong malah ada yang turut menegur Thalia dan mengatakan ia perbuatan syirik.
Meskipun sibuk, Thalia juga mengakui dirinya tidak pernah mengabaikan keluarga dan menguruskan rumah tangga setiap hari termasuk memasak.
Suri hati kepada Datuk Shahriza Amir walaupun sibuk dalam perniagaan namun sebagai isteri dan ibu perlu menjadi keutamaan.
“Ya saya memang ada pembantu rumah, tapi itu bukan alasan saya lepas tangan dan saya tetap masuk dapur dan masak untuk suami dan anak-anak.
“Bagi saya itu penting untuk menawan hati serta amanah kita menjaga keluarga serta pastikan mereka dapat air tangan yang bersih dan sedap.
“Tak kisah masakan biasa sekali pun, biarlah dari tangan kita dan curi juga masa untuk tujuan itu,” jawab ibu kepada empat cahaya mata itu.
Menyentuh tentang jenama Talia pula, Tahlia menerangkan jenama produk kecantikan dan penjagaan peribadi miliknya itu menawarkan dua buah motosikal untuk pelanggan sepanjang kempen jualan Ramadan dan Syawal kali ini.
“Kali ini antara fokus jualan kita ialah Dolly Milk iaitu susu penggalak untuk putih dengan rasa sedap dan memberikan kesan efektif.
“Saya berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, dulu saya agak gelap lepas amalkan setahun susu ni, Alhamdulillah memang nampak perubahan,” ujarnya.
Wanita berusia 37 tahun ini juga menerangkan Talia Dolly Milk juga diperkaya dengan bahan premium termasuk Korean Pearl Powder dan didatangkan dalam dua perisa iaitu strawberry serta honey dew.
Mengulas mengenai cara untuk memenangi dua motorsikal itu, Talia berkata setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan.
Sempena Syawal kali ini juga, lima edisi rekaan eksklusif baju raya dikeluarkan untuk digayakan pada pagi lebaran nanti.
“Kita tampilkan lima jenis rekaan lima warna berbeza mengikut koleksi. Rekaan yang ditampilkan juga kontemporari moden dengan potongan baju kurung juga kaftan. Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri,” kongsinya.
Tambahnya, satu lagi produk Talia ialah Glam V iaitu membantu mengurangkan berat badan dengan perisa terbaharu latte. Dalam usaha menggalakan lebih ramai usahawan dalam kalangan wanita Thalia juga mengalu-alukan mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan untuk bersama dengan jenama itu.
“Sertai keluarga kami dan kami akan bimbing untuk kita sama-sama berjaya,” katanya yang mula aktif berniaga sejak 2018.
Kongsinya, jenama Talia juga sedang mengintai peluang untuk ke pasaran Indonesia dalam tahu ini menerusi produk Dolly Milk. Thalia juga berkata, segalanya dalam perancangan dan akan diumumkan sebelum penghujung tahun ini.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dr Sheikh Muszaphar pilih Kolej Permata Pintar Buat Bella. Menerima tawaran dari beberapa sekolah berasrama penuh seperti Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Kolej Yayasan Saad (KYS) dan Kolej Permata Pintar Negara (KPPN) hasil kecemerlangan akademik Bella, angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar akhirnya mengumumkan di Instagram mereka sekeluarga memilih Kolej Permata Pintar bagi anak sulungnya itu meneruskan pendidikan di peringkat menengah.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, dirinya dan keluarga sudah membuat pelbagai perbincangan termasuk melakukan solat istikharah, akhirnya sepakat memilih pusat berprestij tersebut untuk anak sulungnya, Sophea Isabella, 13.
Menulis di instagram rasminya, kata angkasawan negara ini, walau menerima beberapa tawaran sekolah berprestij lain, namun ada pelbagai faktor diambil kira oleh dirinya dan isteri, Dr Halina Mohd Yunos sebelum membuat pilihan ini.
Apa yang menjadikan sebuah sekolah yang hebat? Guru-guru, kemudahan, persekitaran, kepimpinan, pendidikan berpusatkan pelajar, jangkaan tinggi, program yang ditawarkan, rangkaian alumni yang teguh dan sebagainya.
“Banyak sekolah hebat di luar sana dan setiap sekolah ada kelebihan tersendiri. Kecemelangan, prestasi dan sejarah yang terbukti.
“Selepas berfikir dan berbincang serta solat istikharah, kami memilih Genius Permata Pintar (Kolej Permata Pintar), kongsinya.
Tambahnya, hal ini didorong oleh persekitaran yang bakal menggilap bakat dan kemampuan anaknya.
“Sekolah KPPN yang mencabar minda Bella, bercampur dengan rakan sebaya yang cemerlang membuatnya mampu menunjukkan potensi sebenar.
Jelasnya lagi, memilih sekolah yang betul penting tetapi pada akhirnya ia bergantung kepada pelajar itu sendiri. Kami berharap ia adalah pilihan yang tepat untuk Bella, kata bapa kepada tujuh anak ini.
Baru ini tular video di media sosial seorang wanita yang didakwa sudah tinggal setahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.