Menjadi tetamu, jangan dilupakan adab berziarah dan keselesaan buat tuan rumah.Pesanan buat mak ayah yang ada anak kecil, jangan lupa bawa plastik kecil untuk membungkus dan mengikat diapers anak selepas menggunakannya. Tak kiralah anak buang air kecil atau air besar.Kerana ia boleh meninggalkan bau dan rasa kurang senang buat tuan rumah jika dibuang begitu sahaja.
Jadilah mak ayah yang prihatin dan empati dengan tuan rumah. Bukan apa, perkara ini mungkin dianggap remeh sebab rasa ia perkara biasa, namun hati tuan rumah juga perlu dijaga demi keselesaan mereka. Silap-silap jika dilakukan boleh bermasam muka pula dengan tuan rumah nanti.
Ni pengalaman ummi Zayd sendiri. Masa tu umur Zayd baru 7 bulan lebih. Berkunjung ke rumah saudara yang takde anak kecik.
Diitakdirkan tengah rancak berbual dengan tuan rumah, Zayd buang air besar dan bau sangatt tak best. Serius busuk sangat sampai ummi pun tak boleh tahan. Ummi dah lupa zayd makan apa.
Ummi Zayd pun minta izin guna toilet dekat dapur untuk tukar pampers.
Ads
Bila dah siap tukar pampers, ummi zayd cari tong sampah. Bila nak buang pampers dalam tong sampah kat dapur, ummi jadi serba salah gilerrr. Dalam tong yang terbuka ada sampah sisa makan dan beberapa plastik makanan.
Lama ummi termenung pandang tong sampah tu. Rasa malu dan bersalah sangat nak ‘tumpang’ tong sampah tuan rumah. Inikah adab tetamu? Nak tinggalkan ‘buah tangan’ dan bau yang tak best dekat tuan rumah yang hidang kita makanan best? Layan kita dengan sopan santun dan beradab?
Ummi tak jadi buang. ummi pun mintak plastik, bungkus pamper zayd dan buang on the way balik rumah.
Ads
Lesson learnt untuk ummi, sejak dari peristiwa itu, ummi selalu bawak plastik diapers sendiri. Setiap kali tukar pampers, ummi akan bungkus siap-siap, ikat rapat-rapat untuk hilang rasa bersalah dan elakkan berbau.
Kita tak tahu, bolehjadi nampak remeh bagi kita, tapi boleh beri impak besar pada orang lain. Kita taknak orang mengata buruk pasal kita. Ini bukan pasal betul atau salah.
Ini pasal adab dan tanggungjawab menghormati sesama saudara lain supaya kita tidak jadi tetamu yang tak diundang lagi.
Dekat Lazada pun ada jual diapers disposal plastic bag. orang lain mungkin dah lama ada kesedaran, tapi ummi Zayd dapat kesedaran dari pengalaman. Ummi Zayd beli plastik yang murah harga tak sampai RM2. Kuantiti pun banyak dan jimat.
Ads
Semoga jadi pengajaran untuk parent lain.
Sekian, coretan ummi zayd.
Belajar dari anak pertama.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan. Adab menjadi tetamu, agar tuan rumah juga perlu rasa selesa. Perkara ini, mungkin dianggap remeh namun besar kesannya. Jadi buat mak-mak yang ada anak kecil, siap sedia beg plastik kecil untuk membungkus pampers anak, ketika datang berziarah di rumah orang.
Berita gembira buat peminat pasangan diraja ini, Kate Middleton yang merupakan isteri kepada Putera William, telah selamat melahirkan anak ketiga pasangan itu di hospital di London,semalam.Bayi lelaki pasangan ini dilahirkan pada 11.01 pagi waktu tempatan dan seberat 3.8 kilogram.
Menariknya, meskipun baru sahaja melahirkan anak, wajah Kate Middleton tampak sungguh berseri-seri, cergas dan anggun dengan memakai dress rona merah cili, malah manis mengukir senyuman serta memberikan lambaian mesra buat para peminat, rakyat dan media yang setia menunggu diperkarangan hospital.
Terdahulu, Putere William dan Kate Middleton, memilih untuk tidak mengetahui jantina bayi dengan lebih awal.Jantina bayi hanya diketahui ketika hari kelahirannya.
Pewaris Kelima Takhta Britain
Kenyataan Istana Buckingham menyatakan, William berada di sisi isterinya ketika Kate melahirkan pewaris kelima takhta Britain itu di Hospital St Mary di barat London.Dua lagi anak mereka, George dan Charlotte turut dilahirkan di hospital berkenaan.
“Ratu, Duke of Edinburgh, Putera Charles, Duchess of Cornwall, Putera Harry dan anggota kedua-dua keluarga dimaklumkan dan gembira dengan berita itu.
“Kate dan anak berada dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan istana.
Bayi lelaki yang masih belum diberi nama itu merupakan cicit keenam Ratu Elizabeth dan berada di belakang George, Charlotte, William dan datuknya, Putera Charles, sebagai pewaris takhta.
Nama bayi ini akan diumumkan dalam beberapa hari lagi. Dijangka, nama-nama seperti Arthur, Albert, Frederick, James dan Philip antara nama ramalan bayi yang bakal dipilih oleh pasangan diraja ini.
Sudah tentu setelah sekian lama mengusung bayi di dalam perut ke sana, sini buat sekian lama membuatkan hati ibu tak keruan untuk berjumpa dan memeluk bayi yang bakal dilahir.
Namun tidak semua di antara kita bernasib baik dapat memeluk anak yang dilahirkan setelah berlaku perkara yang tidak diingini dan bayi meninggal di dalam perut.
Wanita ini salah seorang daripada ibu yang diuji dengan kematian bayi di dalam kandungan. Luah ibu ini, “Maafkan ibu sayang kerana terlambat sedar yang bayinya sudah tidak ada lagi. Ibu ini turut kongsikan bahaya perut mengeras ketika mengandung, sila alert!
ikuti perkongsian Puan Emy Salina apa yang telah dilaluinya hingga kehilangan anaknya…
Ibu Ini Kongsikan Bahaya Perut Mengeras Ketika Mengandung
Assalamualaikum
Hari ini diberi sedikit kekuatan untuk berkongsi cerita dengan sahabat sekalian…
2 Ramadan pada jam 1230 tengah malam… Rasa sakit mengeras di bahagian perut dan pinggang… Saya cuba mencari posisi yang selesa dengan meletakkan bantal di bawah perut…
Nyenyak sungguh saya tidur time itu… Sudah menjadi kebiasaan dengan usia kandungan 35 minggu ++ agak sukar untuk saya tidur. Mana tidaknya ,dengan tendangannya, sikunya berpusing-pusing, sungguh aktif baby saya ketika itu.
Bayi Kurang Bergerak
Tapi malam 2 Ramadan itu tiada sebarang gerakan dan saya tidur nyenyak hingga jam 5 pagi..
Bangun saja terus kalut siapkan juadah bersahur, tidak terfikir yang baby tak bergerak… Maafkan ibu sayang…
Setelah selesai bersahur dan solat subuh, kalut pula siapkan anak-anak ke sekolah… Hati memang rasa lain macam… Tapi mengenangkan memang saya ada appointment dengan doktor dan nurse pada jam 8 pagi…
Lepas hantar anak ke sekolah, saya terus ke hospital (Klinik Ibu&Anak). Pada awalnya, saya berjumpa nurse dahulu..
Tiada Denyutan Jantung
Nurse buat pemeriksaan dan cuba mencari bunyi jantung baby (gunakan alat khas). Memang tak dengar sebarang bunyi, kemudian datang nurse lain lakukan perkara yang sama.
Kemudian, nurse minta doktor pula scan bila bunyi jantung tidak dapat dikesan. Ketika scan, hati ini berdebar-debar… Sah! Memang tidak ada sebarang pergerakan dan tiada lagi denyutan jantung baby.
Saya sudah tak hiraukan sesiapa pada ketika itu… Tak tahu hendak rasa apa… Sedih, kecewa, marah pada diri sendiri. Macam-macam saya rasa, berat hati nak beritahu suami…
Anak Sudah Meninggal
Tapi saya gagahkan juga, waktu call suami dengar saja suara dia… Saya sudah macam orang gila time itu. Tak boleh cakap, hanya menangis. Saya gagahkan juga beritahu suami yang anak kami sudah tidak ada, sudah meninggal.
Suami cuba tenangkan saya, hari itu juga saya naik ambulans terus ke hospital… Sampai hospital pada jam 10 lebih…
Doktor Pakar Sakit Puan confirmkan sekali lagi, sah memang baby sudah tidak ada, saya kena segerakan sebab waktu scan itu perut baby nampak sudah membuncit.
Lebih kurang jam 2, saya dibedah. Ketika pembedahan, doktor terkejut saya sudah empat kali melahirkan anak secara pembedahan. Yang last merupakan kali ke-5 saya dibedah dan rahim saya masih cantik lagi.
Mudah nak belah dan jahit semula… Jadi saya beritahu doktor tak payahlah ikat kalau sudah cantik. Tapi doktor suruh ikat juga takut risiko kalau mengandung lagi…
Terkilan Tidak Dapat Berjumpa
Baby keluar berat 3.09 kg, besar juga anak lelaki saya. Alhamdulillah cukup sifat, nurse bawa dekat saya baby tunjuk jantina… Selepas itu misi beritahu nak mandikan baby… Habis saja operation, saya masih menunggu misi bawa baby pada saya kerana nak belai dan peluk dia.
Sekali lagi saya terkilan, puas menunggu baby tak kunjung tiba… Rupanya baby sudah selamat dikebumikan…
Ya Allah… Berat sungguh ujian-Mu ya Allah…… Jari ibu ini tak sempat lagi membelai mu, menatap wajah mu dan memeluk mu.
Sila Alert! Jika Perut Mengeras
Maafkan ibu sayang, ibu terlambat sedar yang kamu sudah tak bergerak dalam perut… Maafkan ibu….
Ya Allah tenangkanlah jiwaku… Supaya aku redha menempuh ujian seberat ini… Pada yang masih mengandung jagalah sebaik mungkin… Sila alert dengan kandungan…
Perut mengeras itu sangat bahaya… Doakan saya ya kawan-kawan…
Al Fatihah untuk baby Muhammad Al Ramadhan…
Berlari-larilah kamu di sana, tariklah tangan ibu, abah, kakak, abang ya masuk syurga sama-sama dengan kamu… Kamu tetap dalam ingatan ibu.
MW: Semoga ibu ini terus kuat berdepan ujian yang berat ini. Ssesugguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Pernah tak ibu bapa terfikir apa yang hendak dibuat jika tiba-tiba anak tercekik?
Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat atau tertutup disebabkan oleh sesuatu objek. Ini menyebabkan bekalan oksigen terhalang ke paru-paru dan seterusnya ke otak.
Masalah tercekik boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Kejadian tercekik sering berlaku pada kanak-kanak dan ia merupakan salah satu penyebab kematian di kalangan kanak-kanak
Jangan panik!
Ikuti perkongsian Doktor Telinga, Hidung & Tekak, Dr. Ezairy M. Sallih berkaitan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak tercekik secara tiba-tiba.
Sedang anda menonton televisyen, anak anda tiba-tiba saja terbatuk-batuk. Beliau dilihat sedang termengah-mengah. Susah nak bernafas.
Apakah langkah anda pada saat itu?
Ingat, anak anda mungkin sedang tercekik. Beliau sedang bertarung dengan nyawa!
Pastikan Anda Lakukan Langkah Ini Untuk BAYI Anda:
Minta bantuan kecemasan
Tiarapkan bayi di atas lengan.Letakkan kepala sedikit di bawah. Tepuk belakang dada di antara tulang belikat sebanyak lima kali
Letakkan bayi menelentang. Periksa mulut bayi. Keluarkan benda asing jika kelihatan
Jika keadaan masih sama, letak dua jari di tengah-tengah dada. Lakukan tekanan sebanyak lima kali.
Foto kredit Facebook Dr Ezairy M.Sallih
Untuk KANAK-KANAK BERUSIA LEBIH SETAHUN, sekiranya gagal setelah melakukan tepukan lima kali di belakang, lakukan tekanan di bawah diafragm ‘Heimlich Manouvre’.
Cara melakukan Heimlich Manouvre:
Berdiri di belakang mangsa.
Letak kedua-dua tangan di pinggang mangsa dan tekan abdomen ke arah dalam dan atas.
Keluarkan benda asing jika kelihatan.
Jangan Buang Masa!
Jika anak anda tiba-tiba tidak sedarkan diri. Jangan buang masa. Lakukan CPR. Hubungi ambulans!
Saya tahu jika situasi ini berlaku kepada anda. Situasi panik boleh menguasai diri. Sebab tu amat penting untuk menguasai ilmu asas ini.
Semoga ilmu ni berguna untuk anda. Jangan lupa kongsi kepada pasangan anda dan juga orang yang anda sayang.
Jemput Like dan Follow Facebook page saya ni supaya anda tak terlepas nota-nota kesihatan daripada saya.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Telinga, Hidung & Tekak
(Ear, Nose & Throat, ENT)
Bunuh bapa kandung kerana tak puas hati pembahagian harta, lelaki didakwa. Seorang lelaki menganggur berusia 25 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya dalam kejadian Sabtu lalu.