Artis yang penuh versatile, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina begitu bermurah hati ingin memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Tidak dinadikan. Sepanjang PKP dijalankan ramai yang menghadapi masalah dari segi kewangan dan sumber pendapatan terjejas.
Elly Mazlein Berkongsi Rezeki
Lalu, tidak kira selebriti atau tidak, ramai yang menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan, Begitu juga dengan ibu kepada seorang cahaya mata ini, dirinya begitu bermurah hati.
Malah pelakon, penyanyi, pengacara ini juga menyatakan mereka yang memerlukan bantuan boleh meninggalkan nombor telefon menerusi Direct Message (DM) di Instagramnya.
Harapkan Kejujuran
Seperti mana hantaran sebuah video menerusi akauan Instagram selebriti popular ini menyatakan ingin berkongsi rezeki.
“Älhamdulillah dapat rezeki lebih sikit, Yang betul-betul memerlukan bantuan Kak Lina nak share rezeki ini bersama-sama.
“Kak Lina ingin membantu sedikit sebanyak dan cuba beri apa yang termampu. Jadi Kak Lina mengharapkan kejujuran dsini, mohon sangat jujur.
“Yang betul-betul memerlukan bantuan, Kak Lina harap kamu boleh DM nombor telefon ataupun mungkin kamu tah uada yang memerlukan, boleh bagi nombor telefon mereka yang berkenaan supaya senang Kak Lina dan team hubungi,” kongsi Elly Mazlein.
“Lepas Lock Down Usaha Ke Luar KL”
Selain itu menerusi kapsyen video berkenaan juga, Elly Mazlein berharap dapat memanjangkan sumbangan buat mereka yang tinggak di luar Kuala Lumpur.
Ads
“Alhamdulillah rezeki kita share bersama.
“InsyaAllah ada rezki lebih nanti, lepas lock down dan dah bole merentas negeri Kak lina usaha pulak untuk pergi luar dari KL pulak.
“Cuma satu yang ku pinta , kejujuran.
“Siapa yg memerlukan bole DM kak lina ya. InsyaAllah kak lina cuba bantu apa yg mampu kak lina bantu sikit-sikit ya supaya ramai boleh merasa. Assalamualaikum,” luah Elly Mazlein lagi.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Ajal dan jodoh ketentuan tuhan,berpuluh tahun hidup bersama peluang berbakti pada pasangan sehingga ke akhir hayat ternyata beri kepuasan yang tersendiri.
“Saya puas hati dapat berbakti terhadapnya sepanjang 48 tahun perkahwinan kami.”
“Dia (Mek Habsah) ada cakap umurnya dah tak lama. Saya pun faham dan reda sebab terlalu lama dia sakit.
Demikian kata Rahamis Hamid, 72, suami kepada penyanyi dan pelakon, Habshah Bakar yang meninggal dunia pagi ini.
Masalah Paru-Paru Kronik
Habsah, 67, atau lebih sinonim dengan panggilan Mek Habsah menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat masalah paru-paru kronik pada jam 2.45 pagi.
Rahamis berkata, isterinya kritikal sejak Jumaat lalu apabila keadaan kesihatannya menurun.
“Hari-hari saya tak pernah tertinggal datang melawatnya di wad. Dia dah hilang selera makan sejak Jumaat sehingga Ahad.
“Dia tanya saya pada Jumaat itu boleh tak balik rumah? Saya kata nak balik macam mana kerana paras oksigennya menurun 30 peratus dan dia perlukan oksigen. Sabtu lalu saya datang melawatnya dan doktor beritahu suruh tunggu.
“Katanya Mek Habsah akan pergi bila-bila masa. Harapan untuk pulih dah tiada. Dia dalam keadaan tak sedar kerana doktor bagi ubat morfin untuk bagi dia tenang,” katanya yang ditemui di Masjid Bilal Bin Rabah, di sini, hari ini.
Menurutnya, anak-anak dan cucu juga sudah dibawa menziarahi Mek Habsah semasa akhir hayatnya.
“Saya akan kenang saat-saat indah sepanjang kami bersama. Kali terakhir kami keluar berdua ialah semasa hadir ke majlis perkahwinan Datuk Siti Fairuz pada 24 Jun lalu.
Allahyarham Mek Habsah meninggalkan dua anak iaitu Rosmawaty dan Rosmarina serta 10 cucu.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Tragedi Batang Kali, Huang Shaoqi pelajar 11 tahun. Satu-satunya mangsa belum ditemui. Hari ini memasuki hari ke 8 pencarian insiden tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya.
Semalam membawa berita positif apabila empat mayat ditemui di kedalaman tujuh meter melibatkan dua kanak-kanak dan dua dewasa yang ditemui dalam khemahdi Sektor C (Riverside) pada kedalaman tujuh meter.
Tragedi Batang Kali, Huang Shaoqi Pelajar 11 Tahun
Semua mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemukan lengkap berpakaian, namun keadaannya sudah mula mereput.
Dengan penemuan itu, menjadikan keseluruhan 30 mayat mangsa ditemukan sehingga kini sejak tragedi berlaku awal pagi Jumaat lalu, dengan tiga lagi mangsa masih hilang.
Namun dalam sidang media dikeluarkan semalam oleh Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, jumlah mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh adalah 92 orang dan bukannya 94 seperti dilaporkan sebelum ini.
Jelasnya, berlaku kekeliruan mengenai jumlah mangsa pada awalnya dan setelah beberapa semakan dibuat pihaknya berpuas hati bahawa jumlah sebenar adalah 92 orang.
Jadi kita buat rumusan bahawa jumlah sebenar, ini rasmi kecuali ada mana-mana pihak lagi datang tuntut ada ahli keluarga yang hilang.
“Jumlah yang rasmi adalah 92 orang, kurang dua orang. Berdasarkan jumlah tersebut, yang telah kita jumpai meninggal dunia 30 orang, yang selamat 61, dan yang kita belum jumpa lagi maknanya ada satu sahaja,” jelasnya.
Tambah Arjunaidi, berlaku dua pertindihan nama dalam pendaftaran di tapak perkhemahan berkenaan.
Mengulas lanjut ujarnya, ketika ini seorang sahaja mangsa iaitu seorang kanak-kanak lelaki masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan.
Ini menjadikan hanya seorang sahaja tidak dijumpai iaitu Huang Shaoqi, pelajar berusia 11 tahun.
Pelajar darjah 5 ini merupakan anak kepada pengusaha kantin sekolah iaitu SJKC Mun Choong. Namun sehingga semalam pencarian dihentikan kerana hujan lebat dan bakal disambun semula mengikut masa yang sesuai.
Marilah kita berdoa agar mangsa terakhir ini dapat dijumpai segera dan semoga urusan ini dipermudahkan. Gambar pelajar kredit :- Sin Chew Daily
Alhamdulillah meniti usia 47 tahun, penyanyi dan pelakon terkemuka Indonesia, Krisdayanti kini bergelar nenek apabila anaknya, Aurel Hermansyah,23 selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan YouTuber sensasi Indonesia, Atta Halilintar,27 pada 22 Februari baru-baru ini.
Berita gembira itu turut dimuat naik Krisdayanti di akaun Instagram miliknya dengan gambar jari-jemari comel cucunya yang dipanggil ‘Baby A’ yang dilahirkan dengan berat 3.3kg.
Momen kelahiran ‘Baby A’ atau nama penuhnya Ameena Hanna Nur Atta di Rumah Sakit Bunda Jakarta juga dihadiri ibu tiri Aurel, Ashanty dan bapanya Anang Hermansyah.
Detik berkenaan turut dimuatnaik secara langsung oleh menantunya, Atta di laman YouTube miliknya.
Sebelum ini, Krisdayanti, 46, dilihat begitu teruja ketika majlis sambutan kelahiran cucunya itu, dan tidak sabar untuk bergelar nenek.
Kecantikan Cucu Jadi Tumpuan
Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan, kecantikan dan kecomelan cucu pertama pelantun lagu ‘Menghitung Hari’ ini juga mencuri tumpuan ramai. Ramai yang memuji kecomelan cucu pertama penyanyi ini, malah saling tak tumpah, iras nendanya.
Terdahulu Krisdayanti mempunyai dua anak termasuk Aurel, hasil perkahwinannya dengan penyanyi Anang. Bersama suaminya kini, Raul Limos, pelantun lagu Menghitung Hari itu mempunyai dua lagi anak Ariannha Amora Lemos, 10, dan Kellen Alexander Lemos, 9.
Bayi kembar tiga Mejar Mohd. Fikry dimasukkan semula ke NICU selepas didakwa berlaku kecuaian Hospital Melaka. Mejar Mohd. Fikry luah rasa kecewa namun tetap reda dan berharap kejadian sama tidak berulang.