buah pinggang

Sebenarnya ada banyak punca yang boleh menyebabkan masalah kerosakan buah pinggang berlaku. Kadangkala rutin atau tabiat selalu kita buat tanpa sedar rupanya boleh beri kesan kepada kesihatan buah pinggang.Ini antara 8 tabiat yang ramai orang selalu buat.

Antaranya:

1. Menahan Kencing

Tabiat kerap menahan kencing ni amat bahaya. Semakin lama kita biarkan air kencing berkumpul, semakin banyak pula bakteria membiak. Bakteria ni boleh sebabkan jangkitan salur kencing atau UTI (urinary tract infection). Menahan kencing boleh beri tekanan kepada buah pinggang kita.Malah boleh juga mengakibatkan lain seperti penyakit batu karang.Jadi, bila rasa nak kencing je, teruslah buang. Jangan tunggu-tunggu lagi.

2. Tak Cukup Minum Air

Tabiat malas nak minum banyak air pun bahaya. Bila kekurangan air, darah akan jadi sangat pekat dan kurang alirannya ke buah pinggang. Ini menyukarkan buah pinggang untuk menyingkirkan toksin daripada tubuh kita.

Lebih banyak toksin berkumpul, makin banyak penyakit yang akan muncul.Minumlah 8-12 gelas air kosong dalam sehari. Berlebihan air pun tak boleh juga sebab akan bebankan buah pinggang.Jadi biarlah berpada-pada, minum secukupnya.

8 Tabiat Ini Ramai Yang Selalu Buat, Rupanya Jadi Punca Masalah Buah Pinggang Rosak!

IKLAN

3. Makan Makanan Tinggi Garam

Terlalu banyak garam boleh rosakkan pinggang secara serius. 95% garam yang kita makan akan di proses pada buah pinggang. Jika banyak makan garam, buah pinggang akan bekerja keras untuk membuang lebihan garam tu.Bukan itu saja, buah pinggang akan rosak, menyebabkan retensi air dan kenaikan tekanan darah.

4. Minum Terlalu Banyak Kafein

Kafein memang sedap. Ada yang akan jadi lemau tanpa kafein setiap hari. Minum kafein atau kopi tak salah tapi tak boleh di ambil secara berlebihan.Kafein akan menyebabkan tekanan darah meningkat, boleh menyebabkan batu karang, dan menghalang penyerapan kalsium lalu menyebabkan kalsium mendap dalam buah pinggang.

IKLAN

5. Kurang Tidur

Masa kita tidurlah tisu organ akan diperbaharui, termasuk sel buah pinggang. Jika kita kurang tidur, tidur lambat, proses ni akan terganggu, toksin tak disingkirkan, kerosakan organ akan berlaku.Cukupkan tidur, dan kalau boleh tidur awal supaya sel, tisu dan organ boleh bekerja dengan cekap.

8 Tabiat Ini Ramai Yang Selalu Buat, Rupanya Jadi Punca Masalah Buah Pinggang Rosak!

IKLAN

6. Penggunaan Ubat Yang Berterusan

Pantang demam sikit, selsema sikit, batuk sikit, sakit sikit, terus kita beli ubat di farmasi. Bukan tak boleh. Tapi penggunaan ubat yang kerap dan berterusan seperti ubat tahan sakit (pain killer) akan mengurangkan aliran darah ke buah pinggang dan menjejaskan fungsinya.Jika boleh, elakkan pergantungan kepada ubat-ubatan dan kalau perlu sangat pun, minimakan penggunaannya. Lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

7. Diet Tinggi Protein

Makanan tinggi protein seperti daripada sumber haiwan dan daging jika di ambil terlalu kerap boleh meningkatkan risiko rosak buah pinggang.Buah pinggang terpaksa bekerja lebih untuk singkirkan bahan buangan daripada pemprosesan protein tersebut. Pun begitu, protein wajib juga di masukkan dalam hidangan seharian kerana banyak lagi fungsi yang lain. Makanlah secara sederhana, dan dapatkan sumber protein yang mudah di hadam seperti protein soya.

8. Makanan Segera

Makanan segera memang mudah dan sedap, tapi sebenarnya turut merosakkan buah pinggang. Makanan segera biasanya mengandungi garam berlebihan serta perasa tiruan.Makanan ini akan memekatkan darah menyebabkan buah pinggang susah nak proses.Banyakkan masak sendiri di rumah daripada makan makanan segera sama ada di restoran makanan segera atau yang telah disejukbekukan.

Semoga bermanfaat. Sayangilah buah pinggang, cuba kurangkan atau elak makan makanan tersebut dengan kerap.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI