otot tangan

Macam-macam cara yang mak ayah boleh cuba untuk latih otot tangan anak, agar pandai pegang pensel & menulis sendiri di awal usia.Bila dah mula masuk sekolah, ia jadi lebih mudah kerana tidak perlulah bergantung sepenuhnya pada cikgu nanti.

Untuk latih otot tangan ni, mak ayah boleh cuba aktiviti permainan yang santai dengan anak-anak, pasti mereka lebih enjoy.

Berikut merupakan perkongsian tip oleh Puan Noor Ameera Rahmat ;

“Ayyash sekarang 3y.kalau masa usianya dulu 1y saya fokuskan pada perkenalkan perkara basic seperti alif ba ta,abc 123 dan alquran sehingga dia boleh membaca.pada usianya 2y saya fokuskan pula akhlaqnya.Dan kini usianya 3y saya perlu fokus pada kemahiran menulis sebab umurnya 4y disekolah nanti dia perlu tulis sendiri.Saya tak nak bergantung 100% pada teacher dia untuk ajar sepenuhnya sebab saya pun nak dapat saham di akhirat kelak.

Sebenanrnya menulis agak sukar bagi kanak-kanak sebab ia perlu menggunakan otot tangan.Jadi untuk anak terus pandai menulis selepas di ajar memegang pensel sangatlah mustahil melainkan kita trained otot-otot tangan mereka seawal yang mungkin.

Disini saya ingin kongsikan agar anak cepat pandai menulis dan memegang pensel.Dan aktiviti-aktiviti ini saya lakukan untuk ayyash melalui aktiviti permainan.ia sangat santai dan saya pasti tidak Ayyash sangat enjoy bila bermain:

1) Bermain Playdough
-saya sarankan untuk gunakan playdough yang bebas kimia atau lebih baik buat sendiri.tapi saya lebih suka gunakan air dry clay sebab free chemical,air drying fastly dan no hand sticky.

Aktiviti:
Saya hanya menyuruh ayyash tekan-tekan playdough,guna mould yang simple atau saya ajar buat animals menggunakan pkaydough tersebut.

IKLAN

2)Kinetic Sand
-kinetic sand sekarang banyak dijual di pasaran.Bila bermain perlu dibawah pengawasan ibu bapa.bagi saya,semua aktiviti yang anak-anak main perlukan penglibatan ibu bapa agar sentiasa selamat.

Aktiviti:
-Saya hanya suruh ayyash ambil kinetic sand tu seperti buat jemput-jemput atau tepung goreng.Secara tak langsung dia menggunakan jari-jari kecil dia.

3)Bermain Penyepit.(tweezer)
-Sediakan penyepit kecil atau boleh juga yang besar dan ajar dia ambil barang dengan menggunakn penyepit.

Aktiviti:
-Saya sediakan cotton ball & penyepit.Dia akan pindahkan cotton ball dari satu tempat ke tempat yang lain.

4)Bermain dengan kacang atau manik
-Boleh juga sediakan beras,kacang hijau,kacang merah dan manik.sifat mereka adalah keras.anak-anak perlu fokus jika bermain dengan manik dan kacang ini.Sebab ia menggunakan tangan dan mata.selain warnanya yang menarik.anak-anak pasti seronok bermain.

IKLAN

Aktiviti:
-sediakan beras/kacang dan botol.minta anak pindahkan atau masukkan kacang/beras ke dalam botol tersebut.boleh juga set masa untuk melihat kepantasan anak.

5)Menconteng kertas
-Lebih baik tampal kertas mahjong yang besar dan sediakn pen yang besar.seeloknya marker pen.

Aktiviti:
-Minta anak conteng apa-apa sahaja atas kertas mahjong dan ajar dia supaya tidak angkat tangan sewaktu menconteng.atau ibu boleh minta anak sambung lukisan mengikut titik-titik yang ibu sediakn.buat sahaja yang mudah-mudah seperti bentuk bulat,empat segi dan sebagainya.

6)Mengoyak Kertas
-Aktiviti ini adalah sangat mudah dan saya pasti tidak perlu disuruh pun anak2 pandai mengoyak kertas.aktiviti ini memerlukan otot2nya bekerja keras agar kertas tersebut dapat dikoyak.lebih baik ibu lukiskan garis dan minta anak koyakkan kertas ikut garisan si ibu.

IKLAN

7)Mewarna menggunakan crayon/pensel warna/warna air
-Cara yang terbaik untuk ajar anak pegang pensel adalah menggunakan crayon dahulu.Sebab sifatnya yang besar dan anak-anak lebih selesa apabila memegangnya.gunakan juga berus yang besar agar anak lebih bebas mewarna di atas kertas kosong.
Gunakan juga span atau mewarna menggunakan tangan.Aktiviti ini namapk sedikit bersepah atau messy tapi sangat membantu anak-anak.

8)Beri semangat dan bantu mereka.
-Setiap kali ayyash memegang pensel,saya akan bantu dia untuk pegang sekali pensel tersebut agar dia yakin.Saya guide gerakan tangan dia. Sampailah lama-lama bila dia makin stabil, saya cuma pegang saja just untuk keyakinan.Lepas tu perlahan-lahan saya lepaskan tanpa dia sedar.berikan dia galakan dan semngat.katakan pada dia tulisan mereka sangat cantik!

Cara ayyash pegang pensel banyak yang saya perlu baiki.tapi bagi saya,yang usianya baru 3y saya gembira untuk dia.saya sangat meraikan kelebihan dan kekurangan yabg ada pada dia.

Setiap anak tu perkembangan dia berbeza-beza dan setiap anak juga unik. Jadi masing-masing ada kelebihan masing-masing. Kadang-kadang ada budak yang lambat sangat pandai menulis.Tapi ibu bapa adalah orang yang paling hampir dan terdekat untuk memberi galakan pada mereka.usahalah bagaimanapun agak anak-anak menjadi terbaik di mata kita.

Ini sahaja perkongsian saya setakat ini.share jika bermanfaat tanpa minta izin.semoga sahamnya sehingga ke akhirat sana.

Sekian,
-ummAmeera

Sumber & Foto: Noor Ameera Rahmat 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI