gaya tidur

Setiap orang pasti ada posisi gaya tidur yang tersendiri, tak kiralah macam mana bentuk rupanya sekalipun. Ada yang tidur cukup sopan bak ‘Sleeping Beauty’ ada yang tidur lasak bagaikan sedang berenang dengan gaya Kuak Lentang dan macam-macam gaya tidur lagi. Apa pun gaya tidur kita, meskipun berbeza itulah gaya kebiasaan yang dirasakan paling selesa ketika tidur.

Sebenarnya gaya tidur juga menggambarkan rahsia personaliti diri dalam diri seseorang. Ini maksud disebalik 6 posisi gaya tidur yang sering dilakukan.

Jom Semak!

1. Tidur Mengiring

Jika gemar tidur mengiring dengan keadaan lutut membengkok, bermakna seorang yang tenang dan boleh diharap. Tidak mudah berasa tersinggung dan berani menghadapi sebarang cabaran. Pandai mengawal perasaan dan sentiasa berfikiran positif walau apa jua cabaran mendatang.

IKLAN

2. Tidur Seperti Bayi

Posisi tidur seperti bayi, digambarkan sebagai seseorang yang selalu memerlukan perlindungan dan mudah dikasihani orang lain. Dengan menggulung badan, ia menunjukkan akan cuba sedaya upaya untuk keluar daripada masalah. Gaya tidur seperti ini sebenarnya mempunyai bakat seperti melukis, menari dan menulis blog kerana aktiviti ini dapat meluahkan perasaan bimbang.

3. Tidur Meniarap

Jika suka tidur dalam keadaan meniarap dengan tangan dan kaki terbuka luas, ia menunjukkan anda adalah seorang ketua yang bagus! Suka mengambil inisiatif dalam menentukan hidup dan kerjaya. Seorang yang suka merancang sesuatu plan, juga dilihat sebagai seorang yang bertanggungjawab, kunci kepada kejayaan yang dikecapi selama ini.

IKLAN

4. Tidur Melentang

Posisi tidur melentang menghadap dinding, kamu seorang yang positif dan sering menjadi perhatian orang ramai. Kamu dikelilingi oleh sekumpulan rakan yang baik kerana kamu suka berterus terang. Kamu yang sukakan posisi tidur ini mempunyai personaliti yang kuat.

5. Tidur Tegak

Jika kamu tidur tegak dengan tangan di sisi, kamu seorang yang mudah dibentuk. Kamu tahu apa yang kamu mahukan dan akan berusaha untuk mencapainya. Tegas dan tidak mudah mengalah, kamu mungkin kadangakala dilihat sebagai seseorang yang pentingkan diri sendiri.

IKLAN

6. Tidur Meniarap,Kaki Bengkok

Posisi tidur seperti ini dilihat sebagai individu yang sukar dijangka dan mempunyai personaliti yang pelbagai. Mood kamu mudah berubah dan kamu sukar membuat keputusan dalam masa yang singkat. Namun kamu mempunyai kehidupan yang stabil dan kamu sukakan suasana tenang yang tidak dipenuhi dengan manusia.

Hah, tepat ke tak personaliti disebalik gaya tidur diatas? Anda yang mana satu?

Sumber: Cosmopolitan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI