Kasihan sungguh nasib seekor kucing yang ditinggalkan dalam rumah kosong selama 52 hari, hingga terdesak makan cebisan kertas untuk terus hidup. Fitrah kucing makan sumber makanan berasaskan daging, namun siapa sangka kerana lapar dan tiada sumber makanan lain, hingga terpaksa makan kertas.

Makan Kepingan Kertas

Seekor kucing ditemui terselamat selepas ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah rumah kosong selama 52 hari dengan hanya memakan kepingan kertas, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kucing yang dinamakan Finn itu ditemui oleh seorang pembeli rumah yang ingin memasuki rumah baharunya itu.

Haiwan tersebut kemudiannya dibawa menemui doktor haiwan, dan hasil pemeriksaan mendapati, perutnya dipenuhi dengan kertas yang dimakan akibat terdesak.

Enggan Di Samping Manusia

Menurut Ketua Perlindungan Haiwan Belanda, Dik Nagtegaal, Finn buat masa ini enggan berada di samping manusia.

“Finn amat kurus ketika ia ditemui di rumah tersebut, namun kini telah sihat.

IKLAN

“Berkemungkinan terdapat paip bocor di mana-mana yang membolehkannya untuk minum air.

“Ia amat sedih dengan apa yang telah dilaluinya. Jadi, kami akan mencari seorang pemilik yang sesuai dengannya,” kata Nagtegaal.

Dibuang Tanpa Makanan & Minuman

Setakat ini, polis masih mencari pemilik lama Finn, yang berkemungkinan berdepan dengan tuduhan kekejaman terhadap haiwan.

Selain itu, polis juga tidak dapat memastikan bagaimana kucing itu boleh berada di dalam rumah kosong tersebut, selain tidak menolak kemungkinan bahawa ia dibuang oleh pemiliknya di situ tanpa sebarang makanan dan minuman.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Sayangkan Kucing, Nak Dia Sihat Kena Beri Makanan Berasaskan Daging!

Kucing Peliharaan Tak Makan Cuma Minum, Terlalu RINDU Sejak Arwah Pergi

Air Rebusan RUMPUT PENDUL, Berkesan Rawat KUCING Sakit Parvo, Selsema Atau Demam

Sapu KUNYIT Pada Batang Hidung, Rawatan Alternatif Sembuhkan DEMAM SELESEMA Kucing

IKLAN

Mingguan Wanita: Kasihannya, terdesak lapar sehingga terpaksa makan cebisan kertas. Jika nak ‘buang’ kucing sekalipun, letaklah ditempat terbuka dan ramai orang, serta letak sekali makanan dan minummanya. Bukannya dibiarkan begitu sahaja, terkurung dalam rumah kosong.

Sumber: Kosmo, Daily star

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita