Sekarang ini harga emas melambung. Emas 916 saja segram dah cecah RM215. Mak-mak nak membeli pun berkira-kira. Inikan pula nak cerita pasal tabungan emas. ‘Mengarut!’ ‘Makan pun tak cukup, macam mana nak menyimpan emas?’ Rata-rata komen akan keluar begini.
Sebenarnya tak mustahil jika mak-mak tahu bagaimana nak tunaikan impian tabungan emas anak. Bagusnya menyimpan emas ini, sebab ia tak susut nilai. Dari tahun ke tahun tak pernahnya turun harga. Makin naik lagi ada.
Tapi, nak buat simpanan emas pun kena ada ilmu. Jangan main redah dan akhirnya ‘tersontot’ duit tu tak ke mana. Perkongsian Puan Sara Salleh (Maryam) tentang 5 tip tabungan emas ini bermanfaat untuk dipraktikkan ya mak-mak.
NAK SIMPAN EMAS FIZIKAL IKUT 5 CARA INI
#PERTAMA – PASANG NIAT
Nawaitu. Ofkos la nk buat apepun kena mulakan dengan niat menabung emas untuk persaraan, untuk beli rumah idaman, untuk pendidikan anak-anak di masa depan.
Emas ni kalis inflasi tak seperti wang kertas. Ia juga membantu mengawal nafsu berbelanja yang boros. Siyes emas bantu awak daripada seorang pemboros kepada lebih kedekut. Tak caya? cubalah…hehee .
#KEDUA- ASINGKAN 10% PENDAPATAN
Terima gaji setiap bulan tu sisihkan sesiap 10% untuk tabung emas. Simpan duit tu dalam tong ke mana-mana bekas. Bila dah cukup untuk beli goldbar atau dinar terus jer beli tanpa tunda-tunda daa…
Sekarang ni 0.5gm syiling emas 999.9 dah ada di jual. Dalam RM100++ je nilai nya. Tak mahal pun. Jika mampu beli 1 dinar 1 bulan lagi bagus. Nak pi haji nanti guna jer dinar tu sebagai kos haji.
Ads
La ni dah ada syarikat-syarikat travel yang terima dinar emas sebagai kos. Ya lah emas tu kan duit juga cuma dalam bentuk emas. Harap faham la ye.
#KETIGA – ILMU EMAS
Kenalah ada sikit-sikit ilmu emas ni, sebab logam ciptaan Allah SWT ni unik sikit sebab logam ni dikenakan zakat jika cukup haul & nisab. Yang ni uols boleh beli buku-buku tentang emas. Adanya ilmu senang la nak capai matlamat sebenar kenapa menabung emas. .
#KEEMPAT- DISIPLIN & ISTIQAMAH
Haaaa yang ni memang payah sikit la. Dalam bab menabung emas jika tak ada disiplin maka matlamat uols tak kan tercapai. Tau tak ramalan ekonomi bagitau tahun 2020 ni emas akan naik ke paras harga RM500++ per gram? Ni adalah anggaran harga untuk emas 999.9 .
Buat masa sekarang 1 gm goldbar bernilai RM200++, tahun 2014 masa sy mula-mula beli GB (goldbar) yang pertama baru RM150/gm so nampak tak value emas menaik? Nak jadi jutawan boleh la uols start tabungan asm melalui sekarang. Masih belum terlambat dan masih mampu di beli. Mulakan 1 gm yang pertama. .
#KELIMA- PILIH SYARIKAT EMAS
Jangan tertipu dengan penjual emas bila nak beli emas tau. So pilih trusted seller, supaya emas yang kita beli tu benar-benar tulen. Jangan terkena emas palsu. Antara syarikat emas di Malaysia ni Public Gold, HMG dan banyak lagi tapi sy rekemen sykt Powergold.
Ads
Emasnya adalah berkualiti dan mampu di miliki. Tulen tu opkozz laaa. Support syarikat Melayu. Bukan apa sebab dan tentunya bos Melayu & Islam ni membayar zakat kan? Kita pun tumpang dapat pahala.
Contoh Kiraan Emas Untuk Tabungan Anak
Berapa gram saya kena ada ye jika anggaran kos pendidikan anak saya 10 tahun lagi ialah RM 30K ? Jom kita congak ramai-ramai :
Tahun 2017 : Harga emas 1 gm = RM200 Tahun 2020 : Harga emas anggaran 1 gm = RM500 KOS pendidikan anak = RM30K 60 gm x RM500 (nilai emas) = RM30k So minimum uols kena ada 60 gm emas. Jika ada 4 orang anak macam saya so minimum tabungan emas 60 gm x 4 org = 240 gram.
Slow-slow kita menabung ya disiplin kena tinggi! Jika simpan duit kertas agak-agak berapa RM yang harus kita simpan setiap bulan untuk dapat 30k ye? 5 tahun rasanya, tak cukup tu..
Ads
Sila rancang dari sekarang jika mampu beli 1 gm 1 bulan so setahun dah ada 12 gram kan? Untuk dapatkan 60 gm tu perlukan masa 5 tahun je.
Simpan Emas Boleh Langsaikan Hutang PTPTN
Kakmery nak kongsi dengan rakan-rakan untuk menjadi parents yang bijak menabung demi masa depan pendidikan anak-anak. Dengan adanya simpanan yang mencukupi so kita tak yah risau dah tentang kewangan bila anak-anak menginjak dewasa & melanjutkan pelajaran ke kolej @ universiti. Pinjaman pendidikan amat membebankan apabila kita harus membayar balik beserta faedah & lain-lain caj yang tersembunyi.
“Pengalaman saya membuat pinjaman PTPTN ketika di Universiti dan gagal membayar balik setelah grad membuatkan saya di saman dan di blacklist. Dapat surat lawyer & kena naik court tau!
“Senang citer nak pergi oversea memang tak boleh. Hanya kerana pinjaman PTPTN. Pada tahun 2015, Alhamdulillah saya telah menjelaskan kesemua hutang PTPTN hanya dengan simpanan emas! Lega Allahurabbi jer yang faham. (pandai pinjam pepandai lah bayar kan)” Maka kakmey nekad menabung untuk anak-anak supaya mereka tak melalui peritnya nak membayar balik loan study.
Ekceli banyak pilihan menabung ni seperti ASB, Tabung Haji, life insurance, unit trust, saham, Fixed deposit dan lain-lain. Cuma kakmey lebih tertarik dengan emas ni sebab value yang ada pada logam kurniaan Allah SWT.
Lagipun emas adalah magnet rezeki yang akan menarik emas-emas yang lain pula, macam ketagih gituew. Sapa yang dah saving gold ni memang tau la betapa syok feeling itu. Aura yang ada pada logam emas sangat osem!
Sumber/Foto : Facebook Sara Salleh
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pedophilia atau paedophile adalah satu spesis manusia yang rare. Manusia jenis ini kalau tengok budak-budak akan timbul rasa ‘geram’ budak budak.
Kata mudah rasa STIM.
Scary kan?
Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini. Memang ada dan memang wujud.
Cuma kesedaran mak ayah di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit sikit. Jadi untuk jentik sedikit kesedaran mak ayah di luar sana, jemput baca pengalaman Puan Farah Hazwanie Suhaimi…
Terkena Anak Sendiri
Kisah ini betul-betul berlaku sebentar tadi. Allahu takutnya, mengigil kaki tangan. Sebelum ni baca pengalaman orang dalam fb tentang Paedophilia.
Jam 4.45pm, usai Mama habis membeli beberapa keperluan facial di Watson dan dek takde elektrik di rumah, niat nk lepak di medan selera disebabkan hujan lebat di luar dan nak happy kan Afya bagi dia naik Toy Coin Music berhampiran medan selera ini.
Mama letak Afya di salah satu Toy Coin Music dan leka mencari punat bg memasukkan syiling. Tetiba ada seorg lelaki berkulit gelap, persisnya seperti bukan org Malaysia. Matanya lekap tajam ke atas Afya sambil jalan menuju ke arah kami. Aku pelik dan terus memerhati tajam kepadanya.
Ada Tanda Pedophilia
Sebelum ni jika ada yang sukakan Afya, mereka hanya memerhati sambil senyum ibarat suka dgn kanak-kanak, tetapi cara pandangan lelaki ini teramat pelik, berjalan ke arah kami dan pandangan yang tajam melekap kepada Afya sambil memegang handphone di tgnnya. Bila dia sedar Mama menjeling tajam kepada dia, dia berjalan menjauhi kami dan berdiri tidak jauh dr kami, dlm 6,7 langkah kaki seperti gmbr itu.
Kemudian sibuk memeriksa telefonnya. Mama lantas mengambil gmbr dia sebagai langkah berjaga-jaga. Kawasan toys memang sunyi sebentar tadi, Toy Coin Music ni betul-betul berhadapan Medan Selera Tesco Puncak Alam tp dipisahkan dgn stall Pop Corn n Waffle suma. Tak sedap hati Mama menelefon Abi Afya dan bercakap kuat seolah-olah Abi juga ada di tesco itu. Memaklumkan Abi mencari kami di situ, padahal Abi Afya xde di situ dan sedang bekerja jauh nun di Perodua Rawang. Abi pelik kenapa Mama bercakap macam tu. Kemudian Mama dukung Afya dan berlari jauh dr kwsn itu, dan menceritakan hal sebenar kpd Abi. Kemudian Abi menyuruh kami pergi ke kereta.
Terus Masuk Kereta
Tengok kelibat mamat tu dah tak ada dari pandangan mata kami, terus masuk ke kereta dan lock pintu. Allahu, mengigilnya kaki dan tgn hanya Allah yg tahu. Terasa spt modus operandi menculik budak, Mama kemudian bawa kereta ronda di luar kawasan pintu tesco tmpt laki ini menunggu. Allahuakbar, memang tak syak lagi, ada seorg lelaki berbaju hijau muka gelap dan wajahnya mirip seperti lelaki ini lagaknya bukan seperti orang Malaysia sedang menunggu 20 langkah dr pintu luar kawasan toys ini. Kawasan toys ini memang strategik sbb terus ke pintu luar, mereka dapat berlari atau menaiki kenderaan dan terus berlalu pergi dari situ.
Alhamdulillah, Allah lindungi kami anak beranak. Syukur Ya Allah sbb Mama masih tak lalai, mata kat anak je sentiasa. Fobia terus nak keluar berdua dgn anak lps ni.
Posting ini khas buat warga Puncak Alam dan sekitar Selangor. Buat guard di Tesco Puncak Alam dan #PDRM mohon giat meronda di kawasan Tesco Puncak Alam tersebut. Mencegah lebih baik dari mengubati bukan? Untuk peringatan bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada ramai suami isteri yang duduk asing lepas kahwin dan situasi ini amat menyiksakan bagi pasangan tambah pula bila dah ada anak-anak.
Semua wanita yang telah bergelar isteri sentiasa ingin bersama suaminya. Jika boleh sepanjang masa setiap saat berkepit disebelah suaminya.
Bagi suami pula yang mindanya boleh fokus dan menyibukkan dengan tugasannya, hanya akan terasa sunyi rindu kepada isterinya apabila hendak tidur malam.
Namun demi tugas, mencari ilmu dan kerjaya, mereka terpaksa berpisah jua. Adakah di sana jalan penyelesaian?
Ok di sini ada sedikit nota daripada Pak Utih untuk mengurangkan kebimbangan, kerisauan, keperitan perpisahan antara suami isteri yang duduk asing selepas kahwin…
Kalau Ditakdirkan Duduk Asing
1. Suami ada rancangan dan kelihatan berusaha bersungguh-sungguh untuk tinggal bersama-sama nanti. Anda berdua tetapkan tarikh “keramat” penamat duduk berasingan itu. In sya Allah, yakinlah, isteri itu pasti akan menanda “the count-down” memangkah hari demi hari “looking forward” tarikh yang dinantikan. Jiwanya ada harapan sedikit dan dia bertambah tenang melihat “count-down” itu.
2. Sebaik-baiknya jangan berpisah lebih daripada 3 bulan. Naluri wanita terasa sangat gelisah jika ditinggal suami lebih 3 bulan. Semasa zaman pemerintahan Saidina Umar ra, beliau telah mengarahkan semua tentera di perbatasan pulang ke rumah selepas 3 bulan. Oleh itu, usahakan untuk bertemu melepaskan rindu dendam paling setiap 3 bulan.
3. Pertemuan ini hendaklah khas berjumpa memadu kasih berdua sahaja. Bukan pulang ke kampong bersama menziarah ibubapa mertua di kampong. Pertemuan ini tidak memberikan nilai tambah kepada pasangan. Malah dikhuatiri bertambah stres kerana terpaksa melayani ibubapa mertua yang juga merindui anaknya yang terpisah ini.
4. Contoh: Suami belajar di Australia, isteri kerja di Malaysia. Buat pertemuan 3 bulan sekali di Bali atau yang seumpama dengannya (ikut kemampuan baget) selama 3 hari 2 malam. Selepas itu pulang semula ke tempat masing-masing.
5. Jika kedua pasangan berada di Malaysia, tempah menginap di hotel-hotel kegemaran dahulu dalam 2-3 hari sebelum bertandang ke rumah mertua atau rumah yang diduduki isterinya sekarang. Suasana bilik hotel yang romantis boleh menambah nilai cinta berahi menampung keperitan kerinduan perpisahan itu.
Bagi Hadiah, Salah Satu Cara
6. Setiap kali pertemuan bersejarah itu, digalakkan memberi hadiah kepada isteri satu cenderamata istemewa secara ala-kadar sebagai ingatan pertemuan di tempat itu. Jika suami ini orang berada, dicadangkan hadiahkan kepada isteri gelang “Pandora” atau yang sewaktu dengannya. Setiap kali pertemuan cinta ini, isteri itu pula akan membeli “Charm” tersendiri untuk mengingati peristewa tersebut.
7. Semasa berpisah, buatkan S.O.P. (Standard Operating Procedures) komunikasi antara anda berdua. Contoh setiap malam atau setiap dua malam (terpulang mengikut persetujuan anda berdua) waktu tempatan antara jam 11-12 akan hubungi melalui Skype atau App yang sewaktu dengannya “without fail”. Jika ada hari-hari yang terlepas, maka diwujudkan denda yang boleh menambah nilai kasih sayang antara anda berdua seperti beli hadiah yang bernilai lebih RM50 kepada pasangan.
8. Waktu solat semasa sujud, jangan lupa mendoakan si dia agar Allah menetapkan iman dan menyatukan hati-hati anda berdua di atas jalan perkahwinanNya walaupun tinggal berjauhan.
9. Sekiranya isteri mendapat berita yang kurang enak daripada sumber ketiga, abaikan sahaja. Terimalah yang sah daripada suami anda sendiri walaupun hati terasa gundah akan jawapannya. Yakinlah, itu bisikan syaitan yang bijak merosakkan kasih sayang anda berdua. Tidak perlulah anda menjadi spy merungkai “password” suami anda. Serahkan kepada Allah kerana “password”nya Allah yang tahu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada Sebabnya Manfaatkan Waktu SAHUR, Masa Paling Sesuai Mak Ayah Nasihat Anak! Bulan Ramadan merupakan bulan yang cukup istimewa dan penuh keberkatan. Segala amal ibadat dilipat gandakan pahalanya pada bulan mulia ini.
Sebenarnya waktu sahur adalah masa paling sesuai dan perlu dimanfaatkan oleh mak ayah untuk memberi nasihat pada anak-anak berbanding waktu lain. Ini kerana pada ketika ini segala nasihat, pesanan dan nilai positif yang disampaikan pada anak-anak akan lebih terus ‘melekat’ di hati mereka.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian pengalaman daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini sebagai rujukan.
Bila kita bercakap tentang berpuasa di bulan Ramadan, kita cenderung cerita tentang kemeriahan dan keseronokan ketika berbuka puasa. Kenikmatan bersahur pula tak berapa dapat perhatian.
Saya dibesarkan dalam keluarga yang amalkan bangun bersahur dan makan nasi yang berlauk lengkap. Semua orang akan bangun dan makan dengan tekun. Senyap je semua.
Manfaatkan Waktu Bersahur Nasihat Anak
Ibubapa saya biasanya akan manfaatkan waktu bersahur ni untuk memberi pesanan atau nasihat. Saya rasa ia waktu yang amat sesuai kerana waktu ni fikiran kita akan polos.
Maksudnya,pada ketika itu minda kita tak serabut, emosi kita tenang, dan jiwa kita tenteram. Maka apabila diberikan pesanan dan nasihat, kita lebih reseptif dan rasional.
Tambahan pula suasana sebelum Subuh ini lebih aman; suram, sunyi, dan dingin. Tiada gangguan TV atau komputer. Suasana begini memudahkan kita untuk fokus pada apa yang disampaikan.
Secara peribadi, apabila saya berpesan atau menegur sesuatu pada anak-anak ketika bersahur, mereka lebih mendengar dan patuh. Selain itu, saya bacakan doa pelembut hati sesuai lafaz niat berpuasa.
Lazimnya sepanjang hari berkenaan, mereka akan berkelakuan lebih baik. Mereka lebih mendengar kata. Lebih mudah nak diuruskan. Mungkin kerana minda mereka telah di”primed” (disiapsiagakan).
Selain Bulan Ramadan Hasil Tak Sama
Ini antara sebab saya sangat ternanti-nanti Ramadan. Saya dah cuba terapkan konsep yang sama pada bulan selain Ramadan, cuma masanya diubah kepada waktu sebelum tidur atau sewaktu sarapan.
Hasilnya tak sama.
Pada saya ini adalah salah satu keistimewaan waktu bersahur di bulan Ramadan. Ia waktu yang sangat kondusif untuk menerapkan nilai-nilai baik dan positif kepada minda anak-anak.
Kalian boleh cuba, manalah tahu boleh dapat hasil yang sama seperti mana yang saya dapat.
Semoga bermanfaat!
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Keibubapaan di Bulan Ramadan
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah, jika ini menasihatkan anak, rebutlah peluang pada waktu sahur di bulan ramadan ini. Kesannya tak sama seperti kita memberi nasihat pada waktu lain. Ia terus sampai ke hati anak-anak.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...