Beg Tangan mahupun ‘clutch’ memang sinonim dengan kaum wanita. Tidak hairanlah ramai wanita yang suka mengumpul beg tangan samaada untuk digunakan seharian atau sekadar dijadikan koleksi kerana minat yang mendalam pada beg tangan ini.Terdapat pelbagai rekaan bag dipasaran, namun antara faktor yang menyebabkan sesuatu beg tangan itu menarik adalah rekabentuk, warna, jenama dan juga harga.
Bercakap pasal harga, sesetengah wanita sanggup menghabiskan sejumlah wang yang sangat banyak demi mendapatkan beg tangan yang diingini, sehingga mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit. Ini antara 5 beg tangan yang paling mahal di atas muka bumi. Kalau mampu dan duit berlebihan apa salahnya untuk dapatkan beg-beg ini.Kan?
5. The Louis Vuitton Urban Satchel Bag
Pasti anda sudah menjangkakan jenama Louis Vuitton akan berada dalam senarai ini. Namun, jika dilihatkan kepada beg ini, anda pasti berkata ia kelihatan seperti sampah yang dilekatkan pada beg dan dijual dengan harga RM642,000. Beg yang sangat eksklusif ini dihasilkan daripada kulit yang terbaik dan dihiasi dengan “urban charms”.
Louis Vuitton menggunakan Ashley Olsen dalam pengiklanan ini, dan dikhabarkan kembar Olsen sedang bertarung untuk mendapatkan beg ini, manakala Anna Wintour dan Victoria juga berperang membida untuk mendapatkan beg “sampah” ini.
Ads
4. Lana Marks Cleopatra
Mungkin ada di antara anda yang tak pernah mendengar jenama ini, namun Lana Marks mengeluarkan beg ke-4 termahal di dunia iaitu beg Cleopatra dengan harga RM1.07 juta. Beg Cleopatra ini hanya dikeluarkan oleh Lana Marks setahun sekali sahaja, dan bagi beg ini, ia diperbuat daripada kulit buaya yang berwarna perak metalik dan dihiasi dengan 1,500 bentuk berlian hitam dan putih di atas emas putih 18 karat.
3. Chanel Diamond Forever Classic
Ads
Chanel juga berada di dalam senarai beg termahal dunia mempertaruhkan keluaran Chanel Diamond Forever Classic, dengan harga yang tidak mampu milik iaitu RM1.12 juta. Beg serba putih yang sangat mempersonakan ini mempunyai 334 bentuk berlian yang mana 3.56 karat setiap satunya dipasangkan pada emas putih 18 karat. Tali bahu beg ini juga diperbuat daripada emas putih, dan jika anda ingin memilikinya, mungkin sudah terlambat kerana di atas muka bumi ini hanya terdapat 13 unit sahaja. Sayonara!
2. Hermes Birkin
Siapa tak kenal jenama Hermes, antara jenama beg tangan termahal di atas muka bumi ini. Beg yang badannya dihasilkan daripada 100% platinum adalah rekaan pereka dari Jepun iaitu Ginza Tanaka. Tak cukup dengan itu, beg ini diperhalusi dengan 2,000 bentuk berlian dan berlian 8 karat berbentuk pir. Tali beg ini dan berlian 8 karat itu boleh dijadikan sebagai gelang tangan atau rantai leher. Harganya? RM8.13 juta.
Ads
1. The 1001 Nights Diamond Purse
Beg termahal dunia ini merupakan keluaran House of Mouawad, sebuah syarikat barang kemas terkemuka dunia. Beg ini mendapat pengiktirafan daripada Guinness Book of World Records sebagai beg paling mahal di dunia dengan harga RM16.26 juta. Beg The 1001 Nights Diamond ini memerlukan masa selama 8,800 jam untuk disiapkan, iaitu melebihi setahun, oleh 10 orang professional. Beg ini dihiasi dengan 4,356 bentuk berlian lutsinar, 105 bentuk berlian kuning dan 56 bentuk berlian merah jambu, dan disempurnakan dengan emas 18k.
Sekitar jam 5 pagi tadi seorang nenek 68 tahun yang mahu menyediakan juadah bersahur tersedar cucunya hilang dari rumah. Rentetan itu, ibu bayi berusia 17 bulan itu, Siti Noorfadilah Yusofe, 30 memuat naik satu status memaklumkan anaknya, Nur Aisyah Hasmizan telah hilang diculik dalam rumahnya sendiri. Dia juga meminta bantuan orang ramai me’viral’kan rayuan pencariannya itu.
Dikatakan Individu yang tidak dikenali telah memecah masuk kediaman keluarga ini yang terletak di Kampung Parit Lanjut Sungai Terap, Muar. Terus-terusan Noorfadila berdoa semoga anaknya ini ditemui semula. Sayu hati baca luahan ibu ini, apabila merayu sekiranya ada orang yang mahu mengkhianatinya agar menggantikan saja dirinya. Dan pulangkan anaknya kembali dalam keadaan selamat.
Sungguh ibu ini tidak keruan dengan ujian hebat yang melanda dirinya hari ini. Syukur alhamdulillah, Selepas 12 jam kehilangan, bayi 17 bulan itu telah ditemui dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Si kecil ini juga memerlukan pemeriksaan lanjut memandangkan terdapat kesan gigitan serangga pada muka dan badannya.
Kejam sungguh pelakunya sampai berani bertindak membiarkan serangga menggigit anak kecil yang tidak berdosa. Disebabkan kesakitan yang dialami, kini Nur Aisyah masih lagi dirawat di zon kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.
Anak Bongsu, Hasmizan Othman, 35, Nur Aisyah dipercayai telah ditemui oleh sepasukan anggota polis. Yang mana, si kecil itu secara berseorangan di kawasan semak samun berdekatan pencawang elektrik di sekitar Muar, kira-kira jam 4 petang tadi. Jarak pencarang berkenaan kira-kira 1 kilometer saja dari rumah mangsa.
Tahan Warga Nepal
Berikutan kes kehilangan Nur Aisyah seorang warga Nepal berusia 25 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
Lelaki berkenaan ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontijen Johor dan Polis Daerag Muar di sebuah rumah kongsi di Kampung Bukit Treh kira-kira jam 9 pagi tadi. Telefon bimbit yang hilang turut ditemui bersamanya.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip, berkata hasil daripada penahanan suspek dan soal siasat yang dilakukan kemudiannya membawa kepada penemuan bayi perempuan berkenaan.
Siasatan menyeluruh akan dilakukan terhadap kes ini. Yang mana, kes disiasat mengikut Sekyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Sekyen 457 kanun yang sama kerana pecah masuk kediaman.
Sumber/Foto : Sinar Harian, Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sampainya hati seorang adik, sanggup biarkan kakaknya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) sendirian dirumah, terbaring lemah dalam keadaan kotor dan tidak terurus, malah lantai dipenuhi najis dan sampah!
Memetik laporan Berita Harian, suara jeritan dari dapur di sebuah rumah di Pengkalan Chepa di sini membawa penemuan seorang wanita dalam keadaan tidak bermaya.Mangsa Wan Hasmarina Wan Mohammad berusia 44, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) kategori lembam ditemui dalam keadaan lemah dan kotor malah di lantai penuh dengan najis mangsa.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata jeritan mangsa didengari seorang jiran pada jam 9.15 malam tadi yang curiga sebelum bertindak mengintai dari cermin tingkap sebelum menghubungi pihak polis.
“Anggota kami segera ke lokasi di Taman Pinggiran Industri dan apabila tiba, keadaan rumah berkunci sebelum anggota bertindak memecahkan pintu dapur. Sebaik pintu dipecahkan mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berbau hamis serta busuk disebabkan keadaannya yang tidak terurus dan najis turut ditemui di lantai.
“Kita percaya mangsa berkeadaan begitu (tidak terurus) sudah lama melihat kepada keadaannya yang lemah dan susuk badan yang kurus,” katanya ketika dihubungi.
Tinggal Bersama Adik Perempuan
Mangsa tinggal bersama adik perempuannya yang berusia 40 tahun yang sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur sebelum mereka berpindah ke Pengkalan Chepa sejak enam bulan lalu. Adik perempuan mangsa bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di sini dan ketika serbuan dibuat tiada di rumah. Mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menerima rawatan lanjut. Ismail berkata siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenalpasti sama ada mangsa diabaikan penjaga atau mempunyai sebarang unsur lain.
Ketika ditemui di hospital, mangsa yang sedang dirawat mengadu sejuk dan lapar, manakala adik perempuan mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk soal siasat.
Direman 3 Hari
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Tuan Ruzuaini Tuan Lah kepada wanita berusia 40 tahun itu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata wanita terbabit direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui kejadian sama ada mangsa diabaikan atau sebaliknya,” katanya.
Jika sabit kesalahan, wanita itu boleh dipenjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Mingguan Wanita mengucapkan semoga kesihatan kakak malang ini kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.Ikatan adik beradik sedarah sedaging merupakan satu amanah yang selayaknya dilayan dengan sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi jika ada dikalangan ahli keluarga yang kategori istimewa. Jika tidak mahu atau tidak mampu untuk menguruskan mereka, hantarlah ke rumah kebajikan atau pusat penjagaan. Janganlah dibiarkan sahaja dan menganiaya mereka.
Gadis hilang selepas jumpa lelaki baru dikenali, mayat Nurul Asikin ditemui sudah mereput. Seorang wanita, Nurul Asikin Lan yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak lebih seminggu yang lalu ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa semalam di Jalan Setia Raja Tabuan, Sarawak.
Gadis Hilang Selepas Jumpa Lelaki Baru Dikenali
Berusia 26 tahun, ahli keluarganya melaporkan arwah tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang lelaki warga tempatan sehingga kes kehilangannya dilaporkan ke pihak berkuasa selain hebahan dibuat di media sosial beserta gambaran lelaki yang dikatakan keluar bersamanya.
Namun kepulangan yang diharapkan berakhir dengan air mata apabila mayat Nurul Asikin ditemui sudah mereput di dalam longkang.
Mayat Nurul Asikin Ditemui Sudah Mereput
Ketika keluar rumah, ahli keluarga mangsa memaklumkan yang arwah memakai pakaian berwarna kuning, lengkap dengan aksesori emas, beg tangan, dompet serta telefon bimbit iPhone 14. Semasa kehilangannya, keluarganya dikatakan telah melakukan solat hajat memohon agar dirinya ditemukan namun lebih seminggu, usaha tersebut tidak menemui jawapan sebelum mayatnya ditemui di dalam longkang.
Teman lelaki sempat ke Kemboja, konon sebagai penyokong Harimau Malaya
Namun kehilangannya mulai menjadi misteri apabila telefon bimbit Nurul Ashikin tidak lagi berfungsi. Bagaimana pun telefon lelaki berkenaan masih boleh dihubungi namun namun tidak pernah berjawab, selain dikatakan dirinya telah menyekat semua nombor telefon ahli keluarga mangsa.
Lelaki tersebut juga dilaporkan telah terbang ke Kemboja, kononnya bagi menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Kemboja yang lalu. Namun, perjalanannya ke sana tidak ditemani oleh mangsa, menyebabkan keberadaan mangsa menjadi tanda tanya besar.
Kes kehilangan Nurul Ashikin turut mendapat perhatian dari Menteri Wanita Pembangunan & Masyarakat YB Nancy Shukri yang datang menziarahi keluarga ini serta mengingatkan agar tidak sebegitu mudah mengikut lelaki yang baru dikenali.
Kes masih dalam siasatan polis dan masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa namun kenalan lelaki kepada Nurul Ashikin telah direman pihak berkuasa bagi siasatan lanjut.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kisah menyentuh hati seorang nenek memangku jenazah bayi meredah banjir sejauh 3km menaiki pacuan empat roda demi menyempurnakan pengebumian. Ketabahan keluarga ini mengundang sebak.