kanser payudara

Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita dan juga kanser paling tinggi kejadiannya di kalangan rakyat Malaysia!

Statistik dan angka ini sudah tentunya tidak asing lagi bagi kita, namun ianya amat membimbangkan di kalangan semua wanita, betul?

Nak tahu lebih jauh tentang kanser payudara dari sudut punca yang boleh berlaku, ikuti perkongsian daripada doktor Dr Ezairy M Sallih ini…

Beberapa tanda awal kanser payudara yang perlu anda tahu…

1. Tanda paling kerap adalah benjolan atau penebalan pada lapisan kulit/tisu payudara.

2. Tanda-tanda lain adalah perubahan pada saiz atau bentuk payudara.

3. Terdapat lelehan dari puting atau perubahan pada warna dan rupa kulit payudara.

IKLAN

4. Walaubagaimanapun, Kadang kala, tidak ada sebarang tanda sehinggalah kanser payudara telah merebak.

Apakah yang perlu anda lakukan jika benjol dikesan pada payudara?

1. Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan bersama doktor jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas.

2. Doktor akan menggunakan suatu jarum untuk mengeluarkan cairan atau sedikit tisu dari benjol tersebut.

IKLAN

3. Ini akan menunjukkan sama ada benjol tersebut adalah ketumbuhan berbahaya atau pun tidak.

4. Doktor juga boleh melakukan biopsi di mana sebahagian atau keseluruhan benjol dikeluarkan dan dihantar ke makmal untuk dipastikan sama ada ianya kanser atau bukan kanser.

5. Pemeriksaan ultrasound boleh juga digunakan untuk mengenalpasti jenis ketulan atau ketumbuhan tersebut.

IKLAN

6. Lakukan pemeriksaan payudara sendiri di rumah. Perhatikan jika ada apa- apa perubahan pada tisu payudara seperti perubahan pada saiz, benjolan, kulit berkedut atau lelehan dari puting.

7. Untuk wanita berusia kurang dari 40 tahun, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan di klinik atau hospital jika terdapat benjolan. Untuk wanita berumur lebih dari 40 tahun, cara yang paling berkesan adalah mamogram. Walaubagaimanapun, doktor perlu juga melakukan pemeriksaan klinikal.

8. Yang terakhir, namun paling penting bagi saya ialah JANGAN sekali-kali tinggalkan follow up dan temujanji bersama doktor. JANGAN cuba-cuba buat rawatan alternatif atau bomoh-bomoh dengan andaian kanser tersebut akan sembuh. Fikirlah sepuluh kali sebelum berbuat demikian. Jangan sampai terlambat!

Sayangi diri anda dan orang yang mengasihi anda.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI