Kalau mak-mak nak tahu, resepi ayam rica rica ini bukan saja pedas malah sedap sangat kalau dimakan dengan nasi panas-panas. Istimewanya sebab penggunaan daun kemangi itu yang buatkan selera kita terbuka.
Perkongsian resepi daripada Parmiati Binti Suyudi (Atie – Yatie)ini memang rugi kalau tak dicuba. “Kalau nak rasa sedap dan sama macam gambar. Jangan derhakakan resepi.”
Haa… pesanan itu memang makan dalam. Tapi ada betulnya. Sebab nak bagi rasa original rica rica terasa sampai dalam perut.
Bahan Ayam Rica Rica
10 ketul Ayam – basuh bersih, (Jika suka ayam boleh digoreng terlebih dahulu)
5 biji Bawang merah – dikisar
6 tangkai Lada Api Merah Siam – dikisar
6 tangkai Lada Api Kampung (Kalau tak makan pedas, boleh tukar ke lada merah dan campur sedikit lada api sedikit ) -dikisar
1 biji Tomato – potong dadu
2 batang Serai – dihiris
4 helai Daun purut – ambil yang muda
2 batang Daun bawang
2 genggam Daun kemangi (kalau tak ada daun kemangi tak perlu letak. Kalau nak cari ada di jual di pasaraya )
3 sudu kecil Gula perang
1 1/2 sudu kecil Garam halus
* Daun kemangi ini tak sama ya dengan daun selasih. Kemangi ini bunganya yang berwarna putih.
Jom Mulakan Kerja-kerja Memasak
Ayam yang sudah dipotong dan dibasuh bersih
Ads
Daun kemangi segar. Petik dari kebun kecilku
Gula perang dan garam.
Ads
Tomato potong dadu kecil kecil
Serai, daun limau purut, daun kemangi semua dihiris dan asing-asingkan.
Daun bawang potong memanjang
Bawang merah dan lada dikisar, selepas itu. Panaskan kuali tuang minyak secukupnya, goreng bawang dan cili kisar hingga garing dan masak
Ads
Masukkan ayam tadi kacau sebati.
Masukkan sedikit air dan tomato yang dipotong tadi, masak selama 4-5 minit.
Selepas itu masukkan serai, kacau sebati, masak selama 2 minit.
Masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Kacau seketika.
Masukkan gula dan garam.
Akhir sekali masukkan daun kemangi dan daun bawang. Masak sekejap. Tutup api. Sedap makan dengan nasi panas panas.
Sumber/Foto : Parmiati Binti Suyudi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bukan mudah sebenarnya mahu melaksanakan solat sunat di taman syurga Raudhah. Sebabnya nak menjejak ke sana saja ada masa-masa tertentu yang ditetapkan. Ikuti perkongsian penulis buku Diari Umrah Pertamaku, Suhaili Mohd Zain tentang pengalamannya masuk ke Raudhah dan boleh solat semahu-mahunya dengan cara paling selamat dan tenang.
Perkongsian Suhaili yang lebih senang dipanggil Sally ini agak panjang, namun berbaloi untuk disimpan dan dihayati terutama buat para jemaah yang bakal berangkat ke tanah suci Makkah kelak.
Malam ini Sally nak kongsi pengalaman masuk ke Raudhah di mana anda boleh solat semahu-mahunya. Cara paling selamat, paling aman, tidak bertolak, tidak perlu berlari dan paling penting boleh berdoa dan bersolat tanpa ada gangguan dari Jemaah lain dan pengawal Arab wanita.
Alhamdulillahh kali ini Sally berpeluang 4 kali memasuki Raudhah. Itu pun sebab sehari Sally demam. Kalau tidak pastinya setiap hari paling tidak 2 kali sehari pasti hendak mengunjungi makam Rasulullah SAW. Itulah tempat yang menjadi idaman setiap muslim jika di Tanah Madinah Al Munawwarah.
Berlainan dengan pengalaman umrah pertama, kali ini Sally memilih untuk memasuki Raudhah mengikut keadaan Sally sekarang. Sally tidak boleh berlari dan bertolak-tolakan.
Mengandung 3 bulan membataskan pergerakan agresif Sally. Lebih-lebih lagi membawa bonda bersama yang baru sahaja recover dari stroke.
Kali pertama beliau masuk ke Raudhah mengikuti kumpulan kerusi roda. Tapi apabila Sally amati keadaan, seperti biasa, strategi Sally buat dan susun secantiknya. Yang paling penting adalah kesabaran. Masuk dan sabar menunggu. Tidak perlu tergopoh-gapah.
Waktu yang paling sesuai untuk memasuki Raudhah bagi wanita adalah selepas Subuh dan selepas Isyak. Pastinya melalui pintu masjid no 25. Tidak perlu terburu-buru atau tunggu di masjid selepas solat.
Sally nasihatkan anda balik dulu selepas solat. Selepas Subuh misalnya, balik ke hotel untuk sarapan dulu. Berehat, buang air, berwuduk dan sebagainya dan sebagusnya kenakan jubah dan khimar berwarna hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal Arab wanita kerana kita nampak serupa dengan orang Arab, Pakistan dan sebagainya.
Dan kalau boleh beg umrah yang diberikan oleh travel agen tu digantung di dalam telekung atau tidak dibawa langsung. Kerana beg itu adalah pengenalan kita dan dah dikenalpasti kita dari Malaysia.
Selepas berwuduk dan mengenakan pakaian serba hitam, kembali ke masjid Nabawi mengikuti pintu 25 sekitar pukul 8.00 pagi dan terus ke bahagian depan.
Penghadang kayu antara ruangan wanita dan lelaki telah dibuka. Laluan ini adalah laluan menuju ke Raudhah. Waktu ini anda tidak perlu berebut dan tidak perlu bertolak dan berhimpit. Hanya perlu berjalan lemah lembut dan terus ke Raudhah.
Maybe kali pertama pergi, anda boleh mengikuti kumpulan mutawif tetapi untuk sekian kalinya, better pergi sendiri. Lagi kecil group lagi senang pergerakan kita dan sukar dicam oleh pengawal wanita arab.
Kita boleh menyelit di mana-mana kumpulan. Jika anda nak masuk selepas Isyak, balik dulu ke hotel untuk dinner dan sekitar pukul 10.00 malam kembali ke masjid Nabawi mengikut cara yang Sally jelaskan di atas tadi.
Selepas melalui penghadang kayu, anda akan masuk ke kawasan dataran Raudhah. Dari sini sudah kelihatan makam Rasulullah di bahagian hujung iaitu kawasan bilik Siti Fatimah.
Anda boleh duduk dulu di dataran Raudhah, solat tahiyatul masjid, berzikir, baca al Quran dan apa-apa sahaja di sini. Biasanya Sally lebih suka masuk selepas Isyak. Sally tunggu sahaja di sini lebih kurang 1 jam setengah.
Tidak terasa lama jika waktu yang ada diisi sebaiknya. Biarkan sahaja kumpulan lain masuk terlebih dahulu. Kita sabar sahaja menunggu. Bila orang sudah tidak ramai, sekitar 1-2 kumpulan sahaja, kita sudah boleh mula menyelit masuk.
Sampai giliran kumpulan yang kita menyelit tadi, berjalanlah menuju ke Raudhah dan menghimpit ke kiri rapat ke makam Rasulullah SAW. Tidak perlu terus ke karpet hijau. Biasanya Sally duduk dahulu di karpet merah. Sampai salam sahabat dan sebagainya.
Bila keadaan agak reda, Sally akan masuk terus ke karpet hijau, rapat ke dinding dan mula bersolat di situ. Oleh kerana keadaan kita di bahagian tepi dinding, jadi tiada siapa yang akan menolak.
Jika ada 3-5 orang sekumpulan, beraturlah dan pastikan semua mendapat tempat di tepi dinding. Solat taubat dahulu dan kemudian solat hajat. Satu solat hajat untuk satu hajat dan disambung lagi solat dan solat dan solat. Doa dibaca ketika setiap sujud terakhir.
Solat sambung menyambung tanpa henti. Tidak pernah ada kekuatan untuk solat sebanyak itu. Jika di Malaysia, solat sunat hajat 2 rakaat sekali sahaja. Dhuha pun paling banyak 6 rakaat. huhuhu.. tetapi bila di Raudhah rasa seperti tidak mahu berhenti solat.
Jangan sesekali berdoa mengangkat tangan dan duduk termenung menangis. Pengawal Arab wanita akan menghalau kita keluar secepatnya. Tapi jika kita kekal dalam keadaan solat, mereka tidak akan ganggu atau menyuruh kita berhenti dan keluar.
Biasanya Sally akan menyertai kumpulan masuk ke Raudhah sekitar pukul 11.30 malam selepas sejam setengah menunggu. Dan kami habiskan masa lebih kurang 1 jam di dalam Raudhah.
Selepas solat di dinding bahagian kiri, bergeraklah ke kanan seolah-olah ingin keluar. Tapi masa ini Sally akan rapat ke bahagian depan berdekatan dengan tiang Siti Aisyah dan ambik peluang bersolat di situ.
Kawasan tengah Raudhah sekitar pukul 12.30 malam agak lengang. Dan kita boleh bersolat di mana sahaja. Pengawal Arab wanita sudah mula untuk meminta jemaah keluar dari Raudhah kerana pukul 1 pagi mereka akan menutup Raudhah bagi wanita dan buka peluang untuk jemaah lelaki pula pada pukul 2 pagi.
Dan waktu ini, kita akan rasa puas, aman dan rasa macam dah habis doa nak dibaca dan bersolatlah taubat sebanyaknya. Jika kita masuk berebut- rebut dan tergopoh gapah dan bersesak kemungkinan kita berpeluang solat sekali sahaja.
Alhamdulillahh kali ini Allah berikan jalan yang terbaik buat Sally dan keluarga. Bonda, nenda dan kakanda amat berpuas hati dan semua kembali ke hotel dengan senyum puas dan syukur pada peluang yang Allah berikan.
Sally harap perkongsian Sally ini dapat dimanfaatkan dan anda juga berpeluang ke Raudhah dan rebutlah peluang beribadat di sana. Sally tidak mengikuti mana-mana mutawif kerana rasakan agak susah bergerak dalam kumpulan yang besar. Dan ada yang tergopoh untuk balik dan selesai awal.
Sally lebih suka santai dan punyai lebih masa di sana. Cubalah, anda akan lebih rasa manisnya. Jangan pernah serik memasuki Raudhah dan sentiasalah semai rasa rindu untuk ke sana sepanjang di Madinah.
Di sini Sally kongsi video malam terakhir Sally di Raudhah pada 11hb Dec 2017. Video pertama di dataran Raudhah tempat Sally menunggu dengan sabar dan video ke dua sekitar pukul 12.35pagi saat Sally hendak meninggalkan Raudhah. Keadaan agak lengang.
Semoga anda juga dapat mengunjungi Taman Syurga. Amin.
Sumber/Foto : Facebook Suhaili Mohd Zain
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sempena tahun baru ini, elok la kita pasang azam dan niat rancang semula kewangan sebelum terlewat.Jika selama ini, gaji/untung bersih yang diperolehi hanya cukup-cukup makan atau tidak mencukupi, agihkan semula sumber kewangan kita kedalam 6 tabung ini.Menurut perkongsian oleh Siti Hawa Izzah, tips ini diperolehi oleh Azizan Osman.
Merancang kewangan kita sebelum terlewat.Semua untung bersih @ gaji bersih mesti diagihkan ke dalam 6 TABUNG
Singkatan kepada neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, bayar sewa, kereta, bil.,diambil dari tabung NEC ini.
Financial Freedom Account.
Simpanan tetap kita. Jangan guna langsung untuk tempoh yang panjang.Contohnya dalam tempoh 10 tahun.
Pilihan simpanan untuk FFA –
1. Unit trust
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold
6. Simpan dalam tabung di rumah.
Yang penting kita dah start create passive income untuk masa depan kita.
Simpanan Jangka Panjang untuk dibelanjakan.
Contoh, kumpul untuk beli hand phone, deposit kereta, melancong, deposit rumah dan sebagainya.
Duit dari tabung ni baru boleh guna unutk joli, belanja makan, reward diri sendiri.
Tabung pendidikan.
Untuk diri sendiri macam pergi motivasi, kelas agama, kelas bisnes,kelas keibubapaand dan sebagainya.
Sebab yang nak kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna untuk pergi seminar, beli buku dan lain-lain.
Lepas ni tiada alasan tak ada duit untuk tambah ilmu. Korban skit untuk dapat yang lebih besar.
Anak akan ada bahagian dia bila kita dah berjaya nanti.
Kita slalu pikir anak je tapi tak pernah fikir nak majukan diri sendiri dulu.
Yang ni yang paling penting. Gunakan untuk sedekah dan derma.
Wajib ada Tabung kebajikan.
Tabung tu kita guna untuk bantu orang lain.
INGAT!
Kita jangan jadi perompak kepada bisnes kita sendiri!
Besarkan kapasiti tabung anda, supaya kita boleh masukkan lebih banyak rezeki.
Untuk mengelakkan Kebocoran Wang.
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET.
Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat.
Banyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan.
Kebocoran berlaku sebab duit tu bukan hak kita sebenarnya. Banyak faktor yang jadi penyebabnya
Ada duit je adalah masalah datang, kereta rosak, anak sakit dan lain-lain.
Bermakna duit kurang berkat,selalu berlaku pada ramai orang.
Selepas ni check balik diri kita.
Hubungan dengan manusia, ibubapa, suami, isteri, anak-anak.
Ada dendam sesiapa
Ada tak maafkan orang.
Ada sakitkan hati orang.
Pikir semula.
Mohon maaf dan memaafkan orang adalah perkara yang terbaik.
Setiap kehamilan pasti berbeza perasaan malah kondisi tubuh ibu yang melaluinya. Ada ketikanya senang sekali menghadapi kehamilan dari trimester pertama sampai yang terakhir, ada pula yang sebaliknya. Sepertinya pelakon dan pengacara terkenal Indonesia Oki Setiana Dewi bahagia sekali dengan kehamilan puteranya yang diberi nama Ibrahim Muhammad Abdullah.
Anak bongsu Oki bersama pasangannya, Ory Vitrio Abdullah ini dilahirkan pada 18 Disember 2017, Isnin jam 6.20 pagi waktu Indonesia. Beratnya 3.7 kg dan panjangnya 51cm. Catatan indah, 7 kisah kelahiran Ibrahim dikongsikan ibu anak tiga ini dalam instagram miliknya, Oki Setiana Dewi.
Cerita bahagia pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih ini dikongsikan selepas tiga hari melahirkan Ibrahim. “Tak terasa Ibrahim sudah berumur 3 hari. Esok saya dan Ibrahim sudah bisa pulang ke rumah. Alhamdulillah.. setelah hamil dan melahirkan, perjuangan selanjutnya pun segera dimulai.
“Menyusui, menggantikan popok, dan mendengar tangisan baby kembali. Seperti yang sudah-sudah, kita bekerjasama lagi ya suamiku dan terimakasih @toko_dessert_table yang udah membahagiakan hati saya dengan dekor yang lucu dan menggemaskan.
“Padahal pesannya mendadak. anak-anak yang datang jenguk ibrahim jadi betah lama-lama karena balonnya (belonnya) yang lucu-lucu hehe. “
Sebelum itu, Oki sempat mencatatkan 7 kisah indah sepanjang proses melahirkan anak ketiganya, Ibrahim. Oki juga mempunyai dua orang puteri yang comel bernama Maryam Nusaibah Abdullah dan Khadeejah Fatimah Abdullah.
Setiap kehamilan memiliki ceritanya sendiri-sendiri. Kehamilan ini berbeda dari sebelumnya.. seingat saya, saya hanya muntah 2-3 kali saja pada kehamilan ini. Mengandungnya menyenangkan. Saya berterbangan ke mana saja sampai usia kehamilan 32 minggu.
Pada saat mengandungnya, saya mendapatkan 2 beasiswa untuk mempelajari Islam di Australia dan Jerman untuk menjalankan studi singkat. Allah izinkan saya menjelajah bumi Andalusia dalam proyek pembangunan masjid di Seville, hingga pergi haji ke Baitullah.
Di minggu-minggu terakhir kehamilan, saya betul-betul membatasi kegiatan. saya hanya pergi kuliah sambil menyelesaikan tulisan saya untuk sebuah buku. serta menghadiri beberapa kegiatan yang saya anggap sangat penting. Salah satunya : Palestina.
Banyak waktu dihabiskan bersama kakak Maryam dan kakak Khadeejah. mengajak mereka berdua bercengkrama dan merasakan tendangan sang adik.
Hal yang tak pernah saya lupakan dan saya tau merupakan mustajab nya doa adalah meminta doa dari para jemaah pengajian/ dalam majelis ilmu serta doa dari santri penghafal quran @maskanulhuffadz . Doa-doa mereka mustajab. Selain doa dari para orang tua dan guru tentunya.
Tiba saatnya melahirkan. Sungguh saya ingin menjalani persalinan normal sejak kehamilan pertama. Saya begitu sedih saat dokter menyatakan saya harus menjalani oprasi caesar saat itu karena saya mengalami simpisis pubis disfungsi yang membuat saya tak bisa menggerakkan kaki. Hingga qodarullah sampai persalinan ketiga pun harus menjalankan oprasi caesar.
Saya tak ingin kelelahan seperti kehamilan kedua yang lalu. Saat persalinan Khadeejah, hemoglobin saya yang hanya 9 membuat saya sangat lemah saat menjalankan oprasi dan merasa sulit sekali bernafas. Kehamilan ketiga ini saya betul-betul menjaga agar keadaan fisik saya baik.
Ditangani semua dokter perempuan (dokter kandungan, dokter anak, dokter anastesi) dan perawat-perawat perempuan , ditemani alunan murottal Syeikh Mishari Rashid favorit saya serta genggaman tangan yang erat dari suami, persalinan pun berjalan cepat dan lancar. Alhamdulillah!
Alhamdulillah, telah lahir anak ke 3 kami, Ibrahim Muhammad Abdullah, pada hari Senin ,18 Desember 2017 pukul 6.20 pagi dengan panjang 51cm dan berat 3.7 kg.
Semoga anak ini diberkahi dan dikaruniakan kebaikkan olehNya.
Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.” (QS. Huud: 75). Yang berbahagia, Ory Vitrio Abdullah dan Oki Setiana Dewi.
Dalam satu temubual, Oki memilih nama-nama tokoh Islam untuk setiap anak-anaknya. Anak pertamanya maryam Nusaibah Abdullah, adalah nama tokoh yang ada dalam Al Quran. Anak keduanya pula, Khadeejah Faatimah Abdullah, adalah gabungan nama dua tokoh.
Sementara Ibrahim Muhammad Abdullah sendiri merupakan gabungan nama tiga tokoh. Akui Oku, Ibrahim itu anak yang mulia yang tawaduk. Muhammad adalah nama junjungan besar nabi dan Abdullah sudah sedia ada dalam nama keluarganya.
Tentunya kehadiran anak lelaki bernama Ibrahim dalam hidup Oki dan Ory menjadi pelengkap kebahagiaan pasangan suami isteri ini.
Petahnya Maryam menjawab setiap pertanyaan ibunya, Oki. Khadeeja pun seakan tak sabar nak membawa Ibrahim pulang. Syukur, mereka telah selamat sampai ke kediaman masing-masing.