Sejak dua menjak ni resipi kek Milo viral betul di kalangan suri rumah mahupun Mr. mama. Sebabnya nak membuat bukan susah mana pun. Resipi asalnya cuma guna dua bahan saja iaitu Milo dan telur. Ada yang rajin improvise sampai jadi 3 versi; kukus, bakar mahupun derhaka. Kreatif tak kreatifnya resepi ini boleh jadi menu petang yang enak, mahupun sarapan pagi yang menyelerakan.
Macam tak percayakan? Tapi rasanya boleh tahan mengancam. Kali ini MW kongsikan 3 versi resipi kek Milo dari 3 perkongsian suri dan sura dari grup Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Jangan sampai alami kemurungan waktu berpantang iaitu selepas bersalin. Sebab jika tak dirawat dalaman kemas-kemas, kesannya boleh membawa kemudaratan. Benarlah istighfar dan doa jadi kekuatan buat ibu halang kemurungan. Ibu anak 4, Puan Aznina Ismail ini melalui saat sayu sepanjang berpantang. Rupanya emosi turun naik itulah membuatkannya hampir alami kemurungan atau meroyan.
Tarikh 21 September anak kecilnya, Eunus sudah memasuki 2 bulan. Barangkali itulah kali terakhir buatnya melalui fasa berpantang. Pengalaman 2 bulan berpantang selepas bersalin inilah yang benar-benar meninggalkan kesan untuknya sampai saat ini. Dua minggu sebelum bersalin abahnya, Ismail Bin Md Taib dijemput Ilahi. Seperti yang doktor sahkan abahnya alami Hypovolaemic Shock Secondary To Acute Gastroenteritis.
Paling terkesan, arwahlah yang selalu mencari daun-daun herba untuk mandiannya sewaktu berpantang. Dialah yang bantu mak urus perihal berpantang dari A sampai Z. Sentiasa ada di sisi maknya setiap kali anak bongsunya itu berpantang. Bayi pun bila alami demam kuning arwah abahnya lah yang akan berusaha carikan penawar.
2 bulan dalam pantang jujurnya aku hampir alami kemurungan. Namun dengan sisa semangat yang ada, melihat wajah ank-anak, suami, keluarga terutama mak, aku kumpul saki baki semangat tu. (Tak seorang pun tau aku hampir kemurungan)
Masa masuk wad, fikiran aku hanya kenangkan arwah abah.
Semuanya tentang abah.
Teringat dan terngiang-ngiang abah nak datang ambil aku. Abah nak bawa aku balik kampung. Abah yang janji nak jaga aku waktu pantang.
Sepanjang mengandung memang berkali-kali dia duk cakap nak jaga aku. Nak siapkan tempat ‘berdian’ (tangas). Dia cakap aku kena pantang betul-betul sebab muda lagi, kena jaga badan, nak pakai lama.
Dia puji mak aku melambung-lambung sebab mak disiplin bab pantang. Walaupun dah 73 tahun masih sihat. Lagi pula abah memang rajin jaga mak waktu berpantang. Ujian tuhan tiada siapa menduga, 1 July hari terakhir abah bernafas di muka bumi ini.
Sampai saat itu, setiap kali dirinya terkenangkan abah, dia akan menangis. Paling tak sanggup nak dengar suara mak dengan kata-kata pilu.
Aku tak kuat bila mak call, mak cakap “Maafkan mak tak dapat datang, orang yang selalu bawa mak dah ‘tak de.”
Bergetar suara mak menangis. Ya Allah hampir meraung aku dalam wad tu. Hanya zikir, Yaasin dan Tahlil je mampu mengubat perasaan masa tu. Entah kenapa malam sebelum melahirkan, aku rasa abah ada di tepi katil. Seolah-olah memberikan semangat untuk aku.
Seminggu dalam pantang aku di rumah mertua. Aku jadi ‘diam’. Mungkin sakit bahagian jahitan, hilang bius makin terasa. Ketika ini aku ‘melayang’. Adakala ok adakala aku murung, diam, menangis.
Bila rasa macam tu terus istighfar dan baca apa yang patut. Aku tak sabar nak balik kampung. Sebab aku nak tengok muka mak. Aku nak curi semangat dan kekuatan dia. Bila sampai kampungg lega yang amat dapat sedikit semangat yang aku nak.
Aku dah start terbayang abah. Aku duk terbayang dia yang pagi-pagi lepas subuh duk bakar batu tungku dan tolong mak tungkukan aku. Selalunya mak tungku kat perut abah kat kaki.
Begitulah setiap pagi, dan sepanjang hari dia la yang bergilir bakarkan tungku. Kali ni aku nampak mak pun hilang semangat, bila abah tak ada. Tapi mak tetap buat semua tu.
Untuk mandian aku pula, abah pagi-pagi naik motor akan cari daun-daun untuk mandian. Harum satu rumah. Kali ni tak ada… Itu belum berurut. Petang-petang tengok TV sambil bertungku abah duk urut kaki, kepala. Tu belum bab baby, kuning ke, pergi klinik ke.. Abahla yang buat. Menangis lagi…….
Mak hari-hari rindu abah. Hari-hari cerita pasal abah. Aku tahan air mata, aku tak nak mak sedih. Sebab aku tahu, mak pun perlukan kekuatan. Tapi hanya Allah je tau lepas tu aku nangis.
Al Fatihah je yang mampu redakan. Itu je aku mampu kirim. Mujur ada kakak-kakak aku. Anak-anak buah yang bantu mak dan aku. Eunus kuning tinggi setiap hari kena pergi klinik, ank buah aku la yang bawa. Suami, mertua, kakak-kakak ipar pula banyak membantu uruskan anak-anak aku yang lain. Alhamdulillah Allah permudahkan.
2 bulan lebih ni aku masih kumpul kekuatan. Rasanya kami sekeluarga sedang mencari kekuatan lagi. Rindu itu tak pernah padam. Hari-hari wajah abah sentiasa terbayang. Bagusnya setiap kali teringat memang sentiasa sedekah bacaan untuknya. Moga sampai pada abah. InshaAllah.
Kalau dalaman tak kuat memang mudah ‘meroyan’. Alhamdulillah aku lepasi zon tu walaupun kali ni pantang aku tak sedisiplin sebelum ni.
Terima kasih semua yang membantu.
Suami, keluarga mertua yang uruskan persekolahan dan menjaga anak-anak sementara aku berpantang di kampung. Terima kasih ku ucapkan.
Keluarga ku yang menjaga dan membantu pelbagai urusan semasa berpantang, terima kasih banyak-banyak atas jasa kalian. Alhamdulillah keluarga suami dan keluarga ku sendiri banyak membantu. Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Buat abah, kami sentiasa rindu abah. Kami bukan meratapi, tapi kami sentiasa ingat kebaikan abah. Bukan kami je, orang lain pun bercerita tentang abah. Bahagianya semua cerita tentang kebaikan abah. Semoga kita akan bersatu di sana. Amin. Al-Fatihah.
Sumber/Foto : Facebook Aznina Ismail
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Saat anak didiagnosis ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders), pastinya mak ayah berfikir macam mana untuk sembuhkan penyakit ini. Malah mungkin ada yang tertanya-tanya, sebenarnya ADHD ini boleh disembuhkan ke?
Ok mari selami dunia Puan Nurul Ilyani yang anaknya sendiri mengalami ADHD, moga cara yang diamalkan boleh membantu mak ayah sana mendidik anak-anak dengan cara yang lebih baik…
Ini cerita anak special saya..
Saya ada seorang saja anak perempuan. Lagi 3 lelaki. Seorang, yang tua sudah ada di syurga (sekarang 8 tahun, umur di dunia).
Yang ada di dunia 3 orang. Masa kecil anak saya didiagnosis dengan ADHD. Kemudian saya gigih. Gigih itu bukan mudah buat saya. Mencabarnya anak saya sampai saya dapat bipolar disorder. (Sebenarnya tanda daripada awal sudah ada, life event, cabaran hidup saya menjadikan mental semakin teruk, kini saya mengambil ubat dengan jadual yang saya adjust ikut keperluan badan seumur hidup saya)
Nak kata itu pengorbanan saya, wallahu’alam. Saya cuma rasa itu tanggungjawab saya. Sekarang, anak saya sudah berubah. Sangat baik. Nampak normal. ADHD mungkin mild saja.
Apabila belajar saja dia tidak suka. Dia tidak suka belajar benda baru. Dia ada visual processing disorder. Dia cepat terganggu. Tidak boleh tumpu lama.
Tapi dia sudah boleh baca Quran. 6 tahun sudah boleh baca dengan keadaan saya ajar dia 3 minit saja sehari sejak usia dia 3 tahun.
Sejak itu, fokus bertambah. Saya ada juga buat rangsangan sensori yang lain untuk anak-anak ADHD. Apa yang OT ajar, saya rutin buat dan intensif.
Sekarang, kalau saya ajak dia baca Quran, kadang-kadang dia tak nak. Sebab dia kata susah. Ya, dia susah nak fokus visual. Otak dia susah proses info daripada visual. Tapi saya tahu, dia berusaha. Bila dia tak mahu, saya tak paksa. Wallahi saya tak paksa.
Saya cuba lagi. Saya banyak guna positive reinforcement. Anak saya juga sebenarnya sudah boleh membaca BM dengan lancar. Sama juga, awalnya dia tidak suka. Lepas belajar Quran yang sukar, membaca BM dan English pada dia lebih mudah.
Anak saya masih suka main. Hari-hari main. Dia suka buat projek. Dia tidak suka table task yang akademik. Dia suka doodle. Lukis. Lukis. Warna.
Dia tidak suka matematik. Tapi dia faham konsep nombor. Dia boleh celup biskut, kira sampai 20 baru angkat biskut. Dia kata macam ini baru lembut. Anak ADHD biasanya tak suka problem solving. Benda kena fikir, kena fokus secara visual semua dia tak suka.
Saya faham. Saya tak paksa. Saya bagi dia buat apa yang dia suka buat.
Walaupun dia tidak berapa dalam akademik(ikut sistem Malaysia), anak saya sangat rajin dan ringan tulang. Dia selalu tolong saya basuh pinggan. Pinggan penuh satu sinki dia boleh habiskan.
Saya raikan. Saya puji. Anak ADHD cakap lepas. Kadang saya sedih. Kadang-kadang tangan dia pun laju. Dia impulsif, kadang-kadang dia buat adik-adik. Kadang-kadang dia cakap dengan logik dia walaupun pada kawan-kawan dia macam tidak logik. Tapi tak mengapa.
Anak ADHD, dia sangat sensitif. Mudah rasa gelisah dan resah. Dia baru saja berhenti buang air besar pakai diaper. Dia ada isu anxiety dengan tandas.
Ada benda-benda lain yang kurang. Anak saya banyak flaws. Banyak sangat. Tapi saya selalu fokus pada kebaikan dia.
Ada banyak ujian dalam hidup saya yang tidak mampu saya cerita. Tidak semua orang faham. Tapi saya yakin Allah sayang saya, sayang anak saya, sayang suami saya, sayang keluarga saya. Jadi Allah bagi ujian ini semua supaya kami lebih redha.
Kepada mereka yang melalui jalan hidup lebih kurang saya, saya doakan kalian sentiasa tenang dan tabah.
Hasbunallah wa ni’mal wakeel.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila usia mencecah 30 tahun, anda patut fikir tentang masa depan. Pada usia ini anda mula sibuk dengan dunia bekerja dan mula mencari pengalaman baru.
Namun dalam kesibukan mencari sesuatu itu, jangan sampai terlepas pandang dan lebih teruk duduk di takuk yang sama.
Ok, kalau anda sudah bersedia untuk tempuh fasa baru dalam kehidupan, 10 perkara ini adalah target yang anda kena capai bila masuk 30 tahun.
Jangan malas sangat, kurus pun belum tentu anda selamat dari segala penyakit. Cuba jadikan bersukan itu sebadai salah satu hobi. Pergi berjoging ke, zumba ke. Tolong jangan nak tambah berat badan sebab makin meningkat umur, makin susah nak kurus balik.
Ada yang kata jodoh itu urusan Tuhan tapi kalau tak usaha macam mana Allah nak bagi? Ok sekarang tukar mindset, yang mana nak kahwin, sambung belajar, tukar kerja lain, sila buat sekarang. Umur tu dah 30 ok. Jangan tangguh. Kalau ada impian ke Makkah lakukan ketika muda, waktu badan tu sihat dan bertenaga.
Kalau sebelum ini ada bergaduh dengan adik-beradik, baiki hubungan tersebut. Ikatan keluarga paling penting. Apa pun yang jadi, keluarga lah tulang belakang anda.
Bila umur meningkat, kesihatan pun kena lebih terjaga. Jangan la nak makan benda bukan-bukan. Kurangkan makanan segera dan jajan.
Lupakan dunia membeli belah ikut kehendak dan bersenang lenang. Anda kena mula simpan walapun jumlahnya sikit. Malu kalau umur dah 30 tahun, karier pun dah stabil tapi masih tak ada wang simpanan. Jangan bazirkan wang tak tentu hala.
Merokok ni umpama bakar duit. Sudahlah harga mahal, bahayakan kesihatan lepas itu bau pun busuk! Tolong buang tabiat buruk kalau betul sayang keluarga.
Bila umur dah 30 tahun, kulit tu kena jaga. Sinaran matahari jadi punca kulit berkedut. Pakai krim pelindung matahari kalau tak nak nampak muka tu lagi tua dari usia.
Bila kerja dah stabil dan ada simpanan, pergilah melancong sejauh mungkin. Bak kata pepatah, jauh pemandangan luas pengetahuan.
Kawan datang dan pergi, tapi hargai la teman yang sentiasa ada ketika susah mahupun senang. Walaupun jarang berjumpa, hubungi mereka selalu. Mana tau, mereka tu la teman ketika tua.
Bila kewangan dah stabil, beli rumah anda sendiri. Ramai yang ambil remeh tentang aset penting ni. Jika beli rumah di usia 30 tahun, bila umur mencecah 50 tahun, hutang pun dah nak habis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kes bunuh isteri Seberang Jaya menggemparkan penduduk apabila seorang penganggur direman tujuh hari selepas dipercayai menyimpan mayat isterinya di sebuah pangsapuri.