Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini telah disiarkan bermula 11 Mac lalu, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Ria.
Memang istimewa program masakan Rasa Mak Ajar Masak kali ini kerana menampilkan 22 selebriti yang memasak bersama bonda tersayang dan berkongsi resipi tradisi keluarga. Masakan yang paling sedap tentunya masakan yang mak kita masak kan?
Memang gamat dapur dengan pelbagai celoteh mereka sambil berkongsi cerita suka duka serta ketawa gembira yang menjadi kenangan setiap kali tibanya Ramadan. Masing-masing punyak cerita menarik yang tersendiri.
Ads
Menonton nostalgia mereka membuatkan kita turut mengingati kembali kisah masing-masing ketika masih kecil dan memori pertama kali belajar memasak bersama ibu. Percayalah, memang indah untuk dikenang kembali.
Pelbagai Resipi Menarik Turut Dikongsi
Paling best, rancangan ini dapat memberi idea kepada kita untuk memasak kerana ada 46 resipi yang telah dikongsi oleh mereka. Ada lauk pauk serta hidangan pencuci mulut yang boleh anda cuba di rumah.
Ads
Antara resipi yang dikongsi adalah Kari Ikan Merah, Rendang Maman Itik, Udang Goreng Berempah, Daging Bakar Danok, Kuih Kole Kacang, Pajeri Nanas, Asam Pedas Ikan Jenahak, Daging Masak Hitam, Bubur Cha Cha, Lepat Labu dan banyak lagi.
Sekiranya anda tengah rancang untuk buat rumah terbuka, boleh cuba menu Nasi Briyani BABA’S ni. Mudah dan sedap! Hanya guna Rempah Briyani BABA’S, hasilnya macam beli kat restoran. Pasti tetamu puji nanti. Nak resipi penuh, boleh tonton video di bawah. Selamat mencuba!
Berbaki dua hari lagi umat Islam bakal meraikan sambutan Aidilfitri. Kemeriahan sememangnya sudah terasa sejak beberapa hari yang lalu apatah lagi apabila melihat berbondong-bondong kenderaan memenuhi lebuhraya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Buat perantau yang masih mempunyai ibu bapa, alangkah beruntungnya mereka masih dapat meraikan Aidilfitri bersama mereka. Sementara mereka masih ada, luangkanlah masa terbaik bersama mereka, meraikan Aidilfitri dan mencipta memori yang sentiasa akan dikenang sepanjang hayat. Bagi penulis, kepulangan bonda tercinta pada tangga 17 Julai 2020 yang lalu telah banyak memberi kesan terhadap sambutan Aidilfitri.
Baru-baru ini, penulis ada menonton video iklan Raya Ideaktiv berjudul Pangsa Makmur yang sedikit sebanyak mengimbas kembali memori penulis bersama mama tersayang, Allahyarhamah Hajjah Rosna Abdullah. Mana tidaknya, salah satu babak dalam Pangsa Makmur memperlihatkan watak Myra membongkar ‘khazanah peninggalan arwah ibunya’ iaitu sebuah buku resipi begitu dekat dengan penulis.
Bertitik dari babak tersebut, penulis turut membongkar almari di dapur kepunyaan arwah mama dan buku resipi milik mama tersusun rapi di dalam almari tersebut tidak diusik. Rasa syahdu sememangnya menyentuh jiwa penulis dan rasa rindu yang tiada penghujungnya singgah di hati.
Terdetik di hati penulis, mama ada tinggalkan ‘memori indah’ melalui buku resipi dan membuat biskut raya menjelang Aidilfitri ketika penulis meniti alam remaja, namun memori tersebut tidak diteruskan dengan anak-anak penulis. Rasa bersalah membungkam diri apatah lagi bila melihat menu-menu istimewa Allahyarhamah ditulis cantik di dalam buku tersebut yang pastinya menjadi memori indah buat diri penulis.
Saksikan kisah menarik Myra, seorang gadis Melayu yang menetap di sebuah pangsapuri yang berbilang kaum. Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, Myra sentiasa bersemangat dan tersenyum dalam setiap situasi. Myra tekun bekerja keras untuk mencari rezeki dan berhasrat untuk berkongsi resepi kuih tradisional yang diwarisi daripada Arwah ibunya. Namun, kebahagiaannya terhenti… Apakah yang menyebabkan kebahagiaannya terhenti?
Berlatarbelakangkan di tengah-tengah masyarakat bandar yang sibuk, filem ini mengisahkan perjalanan Myra, seorang gadis Melayu berusia 26 tahun, anak yatim piatu yang gigih menyara kehidupannya dengan semangat kentalnya menjadi penyeri harapan di saat hidupnya diuji.
Menyongsong hari-hari sendirian di kota raya. Myra merupakan seorang ambivert dimana dia sentiasa mempamerkan perwatakan yang ceria di depan orang ramai namun cenderung untuk menyendiri. Myra adalah representasi generasi muda Malaysia yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan sifat keikhlasan yang mendalam untuk orang sekelilingnya.
Pasti anda mempunyai memori Aidilfitri bersama ibu tersayang bukan? Jom kongsikan bersama Mingguan Wanita momen Aidilfitri bersama ibu yang telah menghadap Illahi untuk dikongsi sebagai memori indah bersama.
Al Fatihah buat ibu-ibu yang sudah pergi. Buat yang masih mempunyai ibu, hargai mereka, luangkan masa berharga dengan mereka sempena Aidilfitiri ini.
Sejak kebelakangan ini, penggunaan telefon pintar sememangnya mendominasi kehidupan harian setiap individu. Segalanya berada di hujung jari, kepentingan telefon pintar sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.
Baru-baru ini, team Mingguan Wanita berpeluang mencuba sendiri kehebatan siri Galaxy S24 Ultra, telefon pintar keluaran terbaharu Samsung yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI) pertama daripada Samsung. Siri Galaxy S24 merangkumi model Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra, yang setiap satunya menjanjikan pengalaman mudah alih terunggul dengan Galaxy AI yang akan mengubah cara peranti mudah alih memperkasakan pengguna buat selamanya.
Samsung Galaxy S24 Ultra bukti kegemilangan terbaru dalam dunia teknologi dan ini adalah rumusan pengalaman saya bersama peranti pintar yang luar biasa.
Setelah menggunakan Samsung Galaxy S24 Ultra ini selama hampir sebulan, keyakinan terhadap peranti ini semakin kukuh dan dengan itu, saya ingin berkongsi pengalaman saya melalui ulasan yang jujur dan komprehensif mengenai pengalaman saya bersamanya.
Apabila diberi peluang oleh Samsung Malaysia mencuba sendiri telefon pintar ini, penulis kagum dengan reka bentuk dan siluet Galaxy S24 Ultra yang memancarkan aura elegan dan moden apabila berada dalam genggaman. Dicipta dengan bahan premium, ciri kalis air dan habuk yang luar biasa meningkatkan kebolehpercayaannya dengan mudah.
Ia didatangkan dalam lapan pilihan warna yang menarik termasuk Titanium Black, Titanium Yellow, Titanium Gray, Titanium Violet, Titanium Green, Titanium Blue dan Titanium Orange. Warna-warna yang ditawarkan ini memberi ruang untuk pengguna memilih berdasarkan personaliti dan gaya hidup mereka.
Sebagai pengguna setia jenama ini, saya dapat menyimpulkan bahawa peranti ini telah melebihi tanggapan saya. Baik dari segi reka bentuk, prestasi, hingga kepada kemampuan kamera yang luar biasa, Galaxy S24 Ultra merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang menghargai kecanggihan dalam sebuah telefon pintar.
Apatah lagi dalam kerjaya sebagai Content Creator, mutu kamera yang terbaik merupakan salah satu faktor penting untuk memastikan video yang dihasilkan lebih bermutu tinggi.
Sistem kamera menjadi fokus utama dalam penelitian saya terhadap peranti ini. Dengan susunan tiga lensa yang canggih, termasuk lensa utama dan telefoto, pengalaman fotografi saya menjadi lebih seronok dan mengagumkan.
Saya amat berpuas hati dengan penggunaan mode fotografi yang ditawarkan oleh peranti ini. Dari potret hingga pemandangan malam, setiap mode menyediakan penyesuaian yang sesuai untuk menghasilkan gambar yang menakjubkan. Kualiti kamera depan juga tidak kurang hebat, memberikan hasil yang tajam untuk swafoto atau panggilan video.
Lebih membanggakan, peranti Samsung ini menjadi pilihan utama kami untuk merakam momen-momen indah sekitar majlis LEBARAN KITA “SEMPURNA” — MINAZ x NONA Glam Lebaran Show dan Gemersik Raya LeeyanaRahman X Nona baru-baru ini. Memang puas hati kualiti video dan gambar yang dirakamkan untuk majlis berkenaan menepati standard kualiti kami!
Selain itu, segala kemudahan yang ada dipermudahkan dengan kuasa Galaxy AI yang akan menunjukkan cara baharu berkomunikasi, bercipta dan bermain serta membuka potensi serta kemungkinan tak terbatas – di tapak tangan anda. Siri Galaxy S24 merangkumi model Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra, yang setiap satunya menjanjikan pengalaman mudah alih terunggul dengan Galaxy AI yang akan mengubah cara peranti mudah alih memperkasakan pengguna buat selamanya.
AI memperkasa hampir setiap pengalaman dalam Siri Galaxy S24, dari membolehkan komunikasi tanpa batasan menerusi terjemahan teks dan panggilan secara pintar, kepada memaksimumkan kebebasan kreatif dalam pengambilan serta penyuntingan gambar dan video.
Meskipun ‘tanda harga’ yang ditawarkan untuk varian asas dengan 256GB penyimpanan, adalah RM6,299, tidak dinafikan ia merupakan nilai yang baik jika anda mempertimbangkan ciri-ciri dan prestasi yang ditawarkan oleh telefon ini.
Bagi mereka yang memerlukan lebih banyak ruang, versi 512GB boleh didapati dengan harga RM6,799. Meskipun harga sedikit ‘keras’, peningkatan kapasiti penyimpanan ini adalah nilai tambah yang baik untuk pengguna yang mempunyai keperluan penyimpanan yang lebih besar.
Dan bagi mereka yang menghargai ruang penyimpanan yang sangat luas, terdapat juga pilihan 1TB penyimpanan dengan harga RM7,299, yang merupakan pilihan berbaloi untuk keperluan penyimpanan yang besar. Berbaloi bukan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Proses pengecaman mangsa tragedi kemalangan yang membabitkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec (M502-6) pada jam 9.30 pagi semalam telah dilakukan oleh waris mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Menurut anak sulung Bintara Muda TNL, Noor Rahiza Anuar, Nur Qistina Awliyah Mohd Azinor, 16, mendedahkan jenazah ibunya masih sempurna dengan kecederaan di muka selepas proses pengecaman siang tadi.
Pelajar Tingkatan Empat itu memaklumkan hanya rahang di wajah ibunya patah selain itu tiada kecederaan serius lain pada jenazah.
Nur Qistina Awliyah berkata, kali terakhir dia bertemu ibunya pada pagi tadi sebelum pergi ke sekolah yang berhampiran dengan rumah di kuaters dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.
“Sejak akhir-akhir ini mama memang sibuk, kadang-kadang balik sampai malam, mama cuma pesan belajar rajin-rajin,” katanya sebak.
Bercerita mengenai kenangan Aidilfitri lalu bersama arwah, Nur Qistina Awliyah tidak menyangka keterujaan ibunya menyambut lebaran adalah petanda akhir dia akan meninggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya.
“Masa hari raya lalu, dialah yang paling teruja untuk tangkap gambar. Sampai ayah pun pelik.
“Lepas itu, mama cakap tak mengapalah mungkin ini akan jadi kenangan terakhir boleh simpan buat kenangan,” katanya menambah baju raya ibunya akan menjadi kenangan terakhir buat mereka sekeluarga.
Menurut Qistina Awliyah lagi, ini adalah kali pertama ibunya mengikuti program sempena Sambutan Hari TLDM.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, jenazah ibunya akan dikebumikan di Yan, Kedah.
Noor Rahiza, 39, merupakan salah seorang daripada 10 mangsa korban nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pagi tadi. Allahyarham meninggalkan suami dan empat anak berusia antara enam hingga 16 tahun.
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.