’20 tahun kahwin, orang nampak indah.’ Kalau tiada sifat sabar, memang tak kekal rumah tangga. Dalam masa 20 tahun sudah pelbagai onak dan duri mak ayah lalui.
Bukan mudah kerana rumah tangga yang dibina tak selamanya bahagia, pasti ada pasang surutnya. Namun selagi sifat sabar wujud dalam hati, insyallah 10, 15, atau 30 tahun rumah tangga akan berkekalan seperti mana yang dikongsikan Loveta Scarves by Siti Sarah ini.
Sebenarnya, kunci kepada lamanya perhubungan itu adalah sabar. Orang akan nampak macam 20 tahun itu adalah tempoh yang seronok, yang bahagia, walhal dalam 20 tahun itu sudah macam-macam yang jadi dalam rumah tangga.
Sudah pernah ada rasa nak berpisah, malah pernah ada rasa nak mengalah, sudah pernah ada rasa tawar hati. Juga pernah ada rasa nak hidup sendiri. Kalau bukan disebabkan sifat sabar yang ada dalam hati itu, tak mungkin dan hampir mustahil untuk bertahan selama tempoh tersebut…
Ads
Sepanjang tempoh mendirikan rumah tangga, ada naik turunnya. Ada ketikanya bahagia dan ada masanya bermasam muka. Bukan hari-hari kita gembira dan bukan juga hari-hari kita berduka…
Sabar dalam rumah tangga ini tak terhad kepada sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan semata-mata. Ada orang bersabar dengan mertua. Kemudian ada orang bersabar dengan ipar duai.
Kalau Tiada Sifat Sabar
Malah, ada orang bersabar dengan orang ketiga, selepas itu ada orang bersabar dengan kesusahan keluarga, ada orang bersabar dengan ujian kesihatan. Serta ada orang bersabar dengan rezeki Allah SWT dan sebagainya.
Kalau sabar itu tiada di hati, dalam beberapa bulan sahaja hubungan itu sudah tamat atau sudah diletakkan titik hanya kerana tak sabar…
Ads
Tak sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan, atau tak sabar dengan mulut mertua dan tak sabar dgn karenah ipar duai. Segelintir pula tak sabar dengan kehadiran orang ketiga, ada juga tak sabar hidup susah dan sebagainya…
Uniknya hati itu kerana hati sentiasa berpesan dan menasihati diri serta akal untuk terus menanti sesuatu yang tak pasti…hati kalau sudah sayang, akan sentiasa meletakkan harapan dalam hubungan itu agar ianya berkekalan…
Selagi hati boleh bersabar, maka selagi itulah hubungan akan berjalan walaupun ianya tidak selancar yang difikirkan…
Ads
Untuk berada dalam tempoh 15 tahun, 20 tahun perhubungan bukanlah sesuatu yang sukar, namun ianya juga tidak semudah yg disangkakan…
Hanya SABAR sebagai peneman…
Nota Kaki : Ada orang, kesabaran dia hilang selepas 20 tahun…disaat kesabaran dia hilanglah dia mula untuk buat pilihan yang baru kerana dia sudah cukup lama bersabar….
Mingguan Wanita : Kalau hilang sabar, hancurlah segalanya.
Sambal Udang Terkejut Petai Mengancam! Idea menu berbuka puasa hari ketiga mak-mak jangan fikir lama sangat nanti buntu jadinya. Apa kata jamulah keluarga dengan Sambal Udang Terkejut Petai Mengancam! Makan sekali pasti nak tambah lagi.
Video khas ‘Mak Empal Buka Apa Hari Ini? Khas buat pelayar Mingguan Wanita sediakan resipi Sambal Udang Terkejut Petai Mengancam. Rasa mengancam sambal ni memang tak boleh tolak lagi-lagi dihidangkan dengan nasi panas. Waktu berbuka anda dan keluarga memang tak boleh dilupakan.
Air tangan mak-mak ni memang nostalgia tau. Campaklah apa saja dalam kuali akan menjadi ingatan anak-anak sampai mereka dewasa kelak. Jomlah masak menu kegemaran ramai ini.
Bahan- Bahan :
10 ekor udang
15 tangkai cili kering – dikisar
2 ulas bawang merah – dikisar
Sedikit belacan
Petai
Sos cili
2 ulas bawang merah – dipotong gegelung
Cara Memasak :
Goreng dahulu udang bila dah kekuningan tos minyak dan angkat.
Kisarkan cili kering bersama bawang merah dan sedikit belacan
Bahan yang telah dikisar kemudian ditumiskan, nak jimat pakailah minyak gorengan udang tadi.
Bila dah garing masukkan sos cili, petai dan udang serta bawang yang dipotong gegelung.
Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
Tunggu hingga masakan garing kacau dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Peluang bersama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pada awalnya mungkin nampak indah apabila ahli keluarga berada di rumah sepanjang masa bersama. Inilah masa yang tepat untuk kita uruskan rumahtangga bersama, masak dan makan bersama serta bergilir-gilir menguruskan anak.
Kebanyakannya dalam tempoh dua minggu pertama PKP segalanya nampak lancar. Walaupun berbunyi sedikit di sana dan di sini, tetapi masih boleh dikawal. Namun apabila memasuki fasa kedua dan 24 jam bersama, perkara kecil mula nampak besar di mata pasangan. Jadi kenalah ubah fokus dan cermin kelemahan diri sendiri juga.
Ikuti perkongsian Nora Aidaini dan cuba fahami sebaiknya:
24 jam duduk bersama pasangan membuatkan kita lebih nampak dan memahami siapa pasangan kita sebenarnya.
Mungkin sudah bertahun-tahun kahwin, PKP kali ini membuatkan 19 hari (ketika artikel ini ditulis) kita bersama-sama dia setiap masa. (Situasi ini valid untuk pasangan yang perlu work from home dan duduk di rumah setiap hari)
Nampak Besar Kesalahan
Sebelum ini mungkin kita nampak kekurangan pasangan itu sebaldi. Namun selepas 19 hari ini, kekurangan yang nampak itu berbaldi-baldi. Lagi-lagi apabila saat ini semakin genting dan sedikit susah atau kurang selesa seperti sebelum ini.
.
Bila senang dan situasi tenang, ramai orang boleh buat baik. Namun bila situasi tegang, susah, saat ini perangai sebenar mula muncul. Kesabarannya setinggi mana, tolak ansurnya besar mana.
Nak siapkan kerja lagi, nak melayan anak-anak lagi, nak reply atau beri komitmen melalui handphone lagi.
.
Saat ini kita perlu banyak refleksi diri. Kelemahan pasangan itu akan nampak semakin besar jika itu yang kita fokuskan. Walaupun kelemahan itu tetap ada, namun ia nampak seperti semut apabila kita ubah fokus kita.
Pasangan Adalah Cerminan
Prinsip saya, pasangan kita adalah cerminan diri kita. Cerminan sikap kita, cerminan hati kita, cerminan attitude kita pada Allah. Cermin besar, meliputi banyak faktor. Jadi saat ini, alihkan fokus untuk perbaiki diri, bersihkan hati.
.
Kenapa mata kita lebih banyak nampak kekurangan dan kelemahan pasangan? Mungkin hati kita penuh keladak, dan perlu dicuci. Selain alihkan fokus melihat kebaikan pasangan, konsistenlah untuk melihat kekurangan dan kelemahan diri. Fokus untuk perbaiki diri.
.
Dalam hidup, it’s not about apa yang kita terima, it’s about bagaimana respon kita terhadap apa yang kita terima. Pasangan kita ini adalah yang terbaik untuk kita. Terbaik dari segi apa? Wallahualam. Hanya Allah yang tahu.
.
Mungkin sikap pasangan kita, sebenarnya Allah hendak didik kita jadi manusia yang lebih sabar dan redha. Mungkin sebelum ini kita ni spesis kurang sabar, cepat melatah. Whatever baik atau buruk pasangan kita itu, itulah yang terbaik untuk kita.
.
Pasangan kita, amanah kita.
Terkejutkan bila baca cerita murid ponteng sekolah 53 hari sebab malam main game sampai tak boleh bangun pagi. Nak dijadikan cerita, pihak sekolah pun sampai minta bantuan polis untuk kejutkan anak tadi.
Dari catatan itu katanya ibu ayahnya tak sampai hati nak kejutkan anak pagi hari. Apa pun alasan itu, cuma merekalah yang memahami hakikat sebenar kisah dalam keluarga mereka. Kita yang membaca terkesan sebenarnya dengan cerita-cerita sebegini.
Rasa betapa semakin sukarnya mahu mendidik anak di zaman sekarang. Inilah yang turut dialami Puan Ina Mohd, ibu 4 orang anak perempuan dan seorang lelaki yang pernah satu ketika berdepan dengan kerenah anak degil yang bukan biasa-biasa punya nakal.
Tapi lihat cara ibu ini tangani salah laku anaknya. Yang mana akhir cerita nanti akan buat anda sayu dan rasa bahagia. Kerana anak yang berusia 33 tahun ini akhirnya berubah menjadi orang berjaya.
Viral Anak Main Game Sampai Tak Boleh Bangun
Susahkan nak didik anak sekarang. Pengalaman saya pun sama. Seorang je anak lelaki. Masa umur 11 tahun dia dah terpengaruh dengan game sampai ponteng sekolah. Ambil duit tanpa pengetahuan.
Basikal yang saya belikan untuk ke sekolah dijualnya untuk main game. Lepas itu dia bagitau basikal hilang kena curi. Nakalnya Ya Allah.
Sampaikan kita kunci pintu depan tak bagi keluar rumah, dia boleh terjun ikut pintu belakang dari tingkat dua dengan tali. Hanya DIA je yang tahu.
Tapi masa tu saya tak percaya anak saya sampai tahap tu pengaruhnye. Sehinggalah suatu hari Kak Long mengadu yang abang ni tak pergi sekolah. Kena rotan kat perhimpunan. Macam-macam di usia baru 11 tahun.. huuu ape lagi. Mengamuk laaa si mama ni.
Pintu Saya Rotan Sampai Pecah
Ujar ibu ini lagi, waktu zaman anaknya permainan video game cuma ada di kedai. Tak macam sekarang yang mudah search di handphone.
Saya pergi kedai game warning jangan sampai anak saya masuk lagi. Kat rumah saya rotan (acah-acah rotan). Tak cukup rotan dia, pintu saya rotan sampai pecah pintu (sebetulnye).
Sehinggalah suatu pagi tu dia cakap (ALLAH bukakan pintu hati dia).
“Mama kalau nak abang jadi baik, hantar abang kat sekolah tahfizlah.”
Pada mulanya terkesima juga tapi demi untuk menjadikan dia seorang manusia, saya pejam mata cari sekolah tahfiz.
Di usia 13 tahun dah berpisah dengan dia. Walaupun ada mulut-mulut yang berkata anak tak ada akademik nak kerja apa. Hati remuk tak payah nak cakap sebab satu-satunya anak lelaki.
Hari-hari tanpa dia tak tidur juga malam-malam. Tapi Alhamdulillah bila tengok dia seperti selesa dapat jugalah pujuk hati saya untuk lepaskan dia.
Cumanya tiap-tiap minggu akan ke sekolah dia. Sehinggalah tamat pengajian tahfiz kat Shubro Mesir.
Sujud Syukur Ibu PadaNya
Waktu dia di Mesir tu, 2 minggu juga saya kat sana temankan dia. Balik Mesir baru ambil SPM tanpa belajar di usia 23 tahun. Dan Allah bersamanya. Alhamdulillah sekarang dia merupakan seorang anak yang berjaya dengan bisnesnya serta kelas Al-Qurannya. Sujud syukur padaNYA. Umur dia pun dah 33 tahun sekarang. Adik Kak Long.
Pengajaran kat sini kita boleh je rotan anak yang degil tapi rotanlah dengan lafaz bismillah kerana Allah bukan dengan perasaan nafsu amarah. InsyaAllah Allah akan bantu kita. Pandanglah syurga di wajah mereka.
Bukan nampak kenakalan mereka semasa merotan. Ingatlah ibu adalah guru pertama untuk mencorakkan mereka.
“Mama akan sentiasa mendoakan abang untuk menjadi seorang insan jutawan dunia akhirat dan dapat bersama-sama KakLong untuk tarik tangan Mama..Aamiin.. Mama bangga dengan abang sekarang.”
Nota: Waktu Mingguan Wanita meminta keizinan siar semula kisah Puan Ina di web kami, beliau mohon agar sama-sama memberi sedeqah Al-Fatihah untuk bidadarinya, Kak Long yang telah kembali ke kampung akhirat.
Kematian Nurul Asyura mengejutkan keluarga dan mengundang kesedihan mendalam. Ikuti kisah penuh detik cemas, luahan pilu si ibu dan perkembangan terkini mengenai punca kejadian.