‘Kami alami tekanan, kesunyian.’ Gagal beri cucu, anak dan menantu disaman RM2.6 juta oleh ibu, bapanya. Soal anak ini bukan sesuatu yang mudah macam petik jari.
Kalaulah mudah macam tu sekali, mesti ramai yang beranak ramai. Soal anak adaah rezeki yang ditentukan Tuhan. Jika belum tiba masa dan waktunya maka menantilah dengan redha.
Kami Alami Tekanan
Sepasang suami isteri di India nekad menyaman anak lelaki tunggal mereka sebanyak AS$610,795 (RM2.6 juta) kerana tidak mengurniakan cucu buat pasangan itu, lapor akhbar Daily Mail.
Sanjeev Prasad, 61, dan isteri Sadhana, 57, memfailkan petisyen terhadap Shrey Sagar dan isterinya Shubhangi, yang berkahwin pada 2016 dan masih tidak mempunyai anak.
Kesunyian
Perkahwinan itu diatur keluarga dan mereka juga dihantar ke Thailand untuk berbulan madu bagi melahirkan waris keluarga.
Dalam petisyen surat saman tersebut, Shrey dan Shubhangi diarahkan melahirkan zuriat dalam tempoh setahun atau membayar saman kepada ibu bapa mereka.
Ads
Shrey yang merupakan seorang juruterbang terlatih telah dihantar melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat (AS) dengan yuran serta perbelanjaan ditanggung penuh oleh ibu bapanya.
“Kami berhak mendapat kebahagiaan sebagai datuk dan nenek tetapi anak menantu seperti tidak mahu menunaikan impian tersebut. Jadi, kami mahu menuntut ganti rugi,” kata Sanjeev.
Sajneev juga menulis dalam hujah mahkamah ibu bapa bahawa mereka terpaksa membuat pinjaman untuk membina rumah dan kini berdepan masalah kewangan.
Ads
Anak Menantu DiSaman RM2.6 Juta
“Kami juga mengalami tekanan perasaan kerana kesunyian tanpa kehadiran cucu untuk menemani hari-hari tua,” ujarnya.
Pertuduhan yang dikemukakan ke Mahkamah Daerah Haridwar disenaraikan sebagai penyakit mental dan gangguan atau secara teknikalnya dilabelkan sebagai kes keganasan rumah tangga. – Agensi.
Macam sudah menjadi satu stigma dan perkara yang menggerunkan bila mentua tinggal dengan menantu perempuan. Tiada keserasian dan selalu ada masalah, tidak bersefahaman antara mereka.
Menantu salahkan mentua dan mentua pula salahkan menantu. Pasti ada saja yang tak kena di mata mentua.
Jangan nak salahkan menantu perempuan semata-mata. Kena tengok juga sikap mentua macam mana terutamanya bila tinggal dengan menantu, barulah nampak ‘true colur’.
Pesanan atok ini boleh dijadikan panduan. Betul apa yang dikatakan. Mentua tinggal dengan menantu kenalah jaga mulut. Nampak menantu salah, semua nak dijaja pada orang luar. Tka perlu buka aib sebab dia jugalah yang jaga anak kita.
Inilah antara pesanan daripada atok yang viral di tiktok tentang tip mentua tinggal dengan menantu. Mungkin menantu lelaki tidak banyak ‘hal’ sebab yang perempuannya anak kita.
Tapi kalau tinggal dengan menantu perempuan, janganlah diceritakan serba serbi kekurangan menantu.
Salah satu mulut tak jaga, ia boleh jadi menantu jadi benci dan marah.
Mingguan Wanita : Kalau dah berlaku dan baru nak ubah, rasanya dah terlambat.
Terlampau inginkan perhatian, tolonglah jangan buka aib di media sosial. Pada waktu ini, media sosial mejadi medan utama masyarakat meluahkan perasaan dan perkongsian.
Bukan itu saja malah ada individu yang memaparkan keretakan rumah tangga, pergeseran antara suami isteri, pergaduhan pasangan bercinta, salah faham antara ibu bapa dan anak anak dipamerkan.
Menerusi pandangan Perunding Psikologi Keibubapaan, Puan Saleha Idris yang pernah dipaparkan menerusi majalah Mingguan Wanita tentang isu media sosial tempat buka ‘aib’. Puan Saleha telah memperincikan isu ini.
Malah menurut Puan Saleha mereka yang gemar buka ‘aib’ di media sosial juga sebenarnya menunjukkan tanda-tanda gangguan jiwa atau tekanan.
“Untuk orang yang buka aib sudah tentu tidak wajar dan memang perlu dinasihatkan supaya mereka tidak tersasar daripada agama dan sebagainya.
“Memang mereka ini orang yang sebenarnya inginkan perhatian daripada warga media sosial.
“Mungkin mereka ada sejarah tersendiri contohnya tidak dipedulikan semasa kecil. Atau mereka ada masalah dalam keluarga, mungkin diabaikan oleh ibu bapa, bersendiri dan mereka tidak tahu nak buat apa.
“Jadi yang menjadi tempat untuk mereka melempiaskan segala apa yang ingin ditunjukan sudah tentu media sosial.
“Cuma media sosial tidak ada baik dan buruk, baik dan buruk kita yang tentukan. Mula-mula memang kita anggap benda ni senda gurau, anggap biasa-biasa saja, nak buka aib atau nak lebih-lebih.
“Kadang tu, ada yang mencabar jadi kita ambil untuk sahut cabaran. Walhal benda ni di luar daripada kebaikan diri kita.
“Kenapa perkara sebegini berlaku, pertamanya kerana kita terlampau inginkan perhatian. Kerana mungkin orang tidak mendengar suara kita, bila kita luahkan perasaan mungkin ada yang menilaikan diri kita. Bila kita tunjuk depan masyarakat baru puas. Tapi perbuatan yang instant, keputusan yang segera, yang tidak bemaruah, tidak berpaksi pada agama, bangsa dan masyarakat tentulah keputusannya sudah tentu ‘cepat’.
“Kalau marah kita up benda ni. Sepatutnya apabila kita dalam emosi yang tidak stabil, untuk orang yang ada fikiran yang rasional dan logik pertimbangkan antara baik dan buruk. Jangan bila marah saja ‘up status’. Kita perlu menjaga diri sendiri. Media sosial sekarang ini kita boleh cari pakar jika ingin timba ilmu. Dimana carilah imu yang membawa kita kebaikan dalam menggunakan media sosial.
“Cadangan saya untuk mengatasi masalah ini, sudah tentu kita perlu berhati-hati dalam apa juga yang kita tulis. Kadang tu, orang yang suka buka aib pun, orang boleh tahu status kita yang kita tulis di media sosial, samada nak bantai orang atau luah perasaan atau sebarkan kebaikan. Kalau nak sebarkan kebaikan itu lebih baik.
“Nasihat saya, jangalah hidup kita menjadi sumber depresi kepada orang lain, cuba-cubalah jadi sumber inspirasi yang lebih baik untuk diri kita, agama bangsa dan negara.”
‘Budak Tahun 1,2 tak boleh baca, kira.’ Murid ketinggalan akibat PdPR, dikurung masa PKP. Sedihnya memikirkan situasi ini apabila anak mak ayah masih tidak boleh membaca walaupun sudah di tahun dua.
Bukan seorang, dua yang berdepan situasi ini, malah ramai anak-anak tahun 1 dan 2 masih tidak boleh membaca. Ikuti perkongsian Cikgu Fadli Salleh dan ketahui langkah atau solusi terbaik untuk selesaikan masalah ini.
10 solusi murid tak kuasai 3m. Fokus perkasakan kelas pemulihan
Kelas pemulihan tempat intervensi murid tidak pandai asas membaca, menulis dan mengira dipulihkan. Tahun ni, guru-guru pemulihan pening kepala perlu pulihkan murid TP1 dan TP2 yang terlampau ramai.
Sedangkan kelas pemulihan itu sangat terhad (Satu sekolah hanya diperuntukkan 1 kelas sahaja) dan banyak masalah yang perlu yang mereka pikul sejak sekian lama.
Jom baca sekilas fakta tentang kelas pemulihan dan apa yang perlu diperkasa.
1. Kelas pemulihan sangat-sangat membantu dalam memulihkan murid. Sangat-sangat!
Namun guru pemulihan biasanya hanya seorang untuk satu sekolah. Maka terkejar-kejar guru yang seorang ini nak handle semua benda.
Bahkan ada sekolah tiada guru pemulihan pun. Bagaimana murid nak dipulihkan?
Guru pemulihan perlu ada dan ditambah untuk setiap sekolah. Ini keperluan segera.
2. Masa guru pemulihan sangat padat. Seorang guru pemulihan perlu mengajar 34 waktu seminggu, termasuk waktu persediaan 4 waktu.
34 waktu adalah satu masa yang padat sedangkan beban mereka bawa sangat berat. Mereka perlu lebih masa persediaan untuk memastikan PdP yang dilaksanakan betul-betul berkesan.
Nak kurangkan masa untuk beri ruang persediaan lebih bagus, kembali pada point 1. Tambah guru pemulihan.
3. Guru pemulihan perlu pembantu.
Tugas memulihkan murid ini sangat penat. Nisbah guru pula agak tinggi. 1:15 murid.
Murid lemah ini perlu diberi tumpuan secara satu hadap satu. Maka seorang guru tidak dapat mengajar dengan berkesan jika murid sampai 15 orang.
Yang mereka hadap tu bukan murid biasa. Tu murid ‘hardcore’. Perlu lebih perhatian dan tumpuan. 1 guru seeloknya ajar 5 hingga 7 murid sahaja.
Di sini perlunya pembantu guru. Membantu menyediakan bahan dan membantu tunjuk ajar dahulu murid lain sebelum mereka berhadapan dengan guru secara satu hadap satu.
4. Guru pemulihan tiada peruntukan. Ini sangat menyedihkan dan tidak patut berlaku. Kasihan wei nak run kelas special begini tapi tiada duit.
Guru pemulihan merupakan guru yang perlu punya banyak bahan bantu mengajar kerana mereka ini mengajar anak-anak yang lambat dan sangat perlahan.
Bantuan LCD, laptop, printer, radio, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik perlu dibekalkan. Kena beri peruntukan khas untuk kelas pemulihan.
Ramai guru pemulihan keluar duit poket sendiri sampai beribu-ribu untuk sediakan bahan dan persiapan demi anak-anak didik tercinta.
5. Seorang guru pemulihan kena ajar dua subjek. Matematik dan Bahasa Malaysia. Dan tidak semua masa BM dan Maths murid belajar di kelas pemulihan walau mereka murid pemulihan.
Ada murid hanya belajar 2 masa dari 6 masa sahaja seminggu di kelas pemulihan dan selebihnya belajar di kelas biasa.
Maka sangat rugi bila pelajar sangat lemah berada di kelas biasa kerana mereka tidak mampu catch up pengajaran guru. Level mereka terlalu berbeza!
Kenapa begitu? Kerana guru pemulihan tak cukup. Kembali pada point 1, tambah guru pemulihan, settle masalah ni.
6. Guru pemulihan sepatutnya dibekalkan mengikut kemahiran. Satu guru pemulihan untuk Matematik, satu guru pemulihan yang lain pula untuk Bahasa Malaysia.
Selagi murid itu belum lepas, biarlah 100% masa BM dan Matematik mereka bersama kelas pemulihan. Hanya matapelajaran elektif sahaja mereka belajar bersama murid lain dalam kelas aliran perdana.
7. Tiada guru pemulihan Bahasa Inggeris. Hal ini menjadi rungutan Cikgu English saban tahun namun dipandang sepi.
Murid yang tak kenal huruf, tak boleh membaca BM langsung, tapi tetap masuk kelas English macam biasa. Memang jadi bebanan guru English nak hadap mereka pula.
Alangkah bagusnya jika yang tak tahu baca kira ni pun masuk kelas pemulihan masa subjek English agar mereka dipulihkan dahulu sebelum belajar dalam kelas aliran perdana bersama murid lain macam biasa. Itu yang sebaiknya.
Kena wujudkan jawatan guru pemulihan English dalam kadar segera. Ini betul-betul keperluan pendidikan demi anak bangsa dan generasi akan datang.
8. Kelas perlu di’streaming’ semula.
Kena asingkan murid yang terlampau perlahan dan laju untuk memudahkan proses PdP. Murid lemah berterabur dalam setiap kelas, nak kutip tu payah, guru subjek beredar pun sukar nak laksanakan PdP kerana aras murid dalam kelas jauh berbeza.
9. Silibus perlu disemak semula.
Tahap tahu tekan pada 3M sahaja. Sangat ramai murid ketinggalan akibat PdPR dan dikurung masa PKP. Ia memberi kesan besar pada murid.
Murid melangkah ke masuk sekolah dengan basic yang sangat lemah, tapi perlu belajar mengikut silibus yang tinggi, padat, susah, KBAT dan mencabar.
Umpama budak baru belajar merangkak disuruh naik basikal dua roda. Memang susah lah.
10. Okey, aku dah habis idea. Korang pulak tambah. Saja tulis no 10 untuk cukupkan 10 point. Haha.
Mingguan Wanita : Sebagai mak, ayah tentu rasa sedih melihat anak berumur tujuh atau lapan tahun masih belum pandai membaca. Sedangkan anak orang lain sudah lancar membaca. Semoga ada sinar untuk anak-anak mak ayah.
Nak cerita pasal curang, memang tidak akan ada penamatnya. Baik lelaki atau perempuan, masing-masing bijak buat hal diam-diam tanpa memikirkan kesannya.