2 tahun tak berjumpa keluarga di Indonesia Tya Arifin reda. Begitulah luahan menantu tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga pelakon yang berasal dari seberang, Tya Arifin.
2 Tahun Tak Berjumpa Keluarga Di Indonesia Tya Arifin
Dek kerana pandemik Covid-19 sememangnya bukan mudah untuk merentas negara. Malah apabila disua tentang keluarga yang berada di Indonesia, Tya akui kerinduan terhadap mereka sungguh mendalam. Apatah lagi apabila hampir dua tahun tidak bersua.
“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” ungkap Tya yang sudah lengkap dos dua vaksin.
Isteri kepada Asyraf Khalid yang juga ibu kepada dua cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa kini bergelar pengacara dan mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Walaupun ada yang beranggapan pelbagai cabang seni seperti berlakon, menyanyi dan menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara namun Tya mengakui sebenarnya semasa di negara asalnya dia pernah menjadi penyampai radio. Cuma sebelum ini belum sempat berjinak jinak bergelar pengacara dan kini direalisasikan.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia… saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara,” jawabnya.
Ads
Sejak 14 Jun lalu program kendaliannya telah bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’. Malah paling membanggakan, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Norma Baru, Biasakan Diri Bekerja Dari Rumah
Wanita kelahiran Palembang, Indonesia ini juga membiasakan diri bekerja dari rumah.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Undang Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah & Personaliti Lain
Ads
Tya juga berasa bertuah kerana dapat mencungkil dan berkongsi kisah inspirasi dengan tetamu jemputan terkenal di Malaysia mahupun Indonesia. Malah dia juga pernah mengundang ibu mentua tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza dan ibu mentuanya Tengku Zawiyah sebagai tetamu.
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
Sumber Foto : Tya Arifin
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Ads
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pelakon, Nabila Huda akui dirinya berubah dalam tempoh dua tahun melalui ujian MCO pandemik Covid-19 ini. Dia berubah menjadi seorang yang lebih baik lagi.
Biarpun masanya habis di rumah dengan ahli keluarga. Malah perniagaan yang diusahakan juga tidak berjalan dengan baik, namun Nabila dapat melihat hikmah yang cukup besar ke atas dirinya.
Masa yang ada juga dihabiskan dengan waktu yang cukup berkualiti dengan anak dan suami. Yang mana, semua itu tentunya sukar untuk dilakukannya.
Malah, dia juga dapat menjalankan rutin membuat kerja-kerja rumah yang sebelum ini tidak pandai dilakukannya. Paling indah baginya, apabila dia mula belajar mengaji bersama anak perempuannya, Keisha dan rakan-rakan baiknya.
Tahun Yang Sukar Untuk Satu Dunia
Nabila juga ketika ini dapat berkongsi kelas online secara percuma kepada mana-mana individu yang berminat dengan ilmu lakonan. Tentunya, hal ini membuatkan dirinya lebih berasa bersyukur dengan apa yang dilalui dalam tempoh dua tahun ini.
Kongsinya, “In these 2 years adalah the toughest year untuk satu dunia..Tapi abil ada pandangan yang positive dengan apa yang terjadi and abil harap dapat membantu korang untuk bangkit semula..
Here goes my pandemic journey tapi dia takkan berhenti after this pandemic’s over. There’s more to come!
Semoga anda dapat sesuatu daripada perkongsian Nabila Huda ini.
Mingguan Wanita : Apabila seseorang dapat melihat kesukaran, dan kepayahan itu sebagai satu peluang. Maka, itu adalah nikmat yang indah untuk dirinya.
Selepas lebih 2 minggu berjuang meneruskan kehidupan, terkini dilaporkan penerima hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati, awal pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail sebentar tadi.
Kini jenazah sedang dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang .Jenazah akan dibawa pulang ke kampung bapa Allahyarham di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah,” katanya.
Bagaimanapun, usaha menghubungi waris Mohd Afiq Ikmal masih belum berjaya.
Komplikasi Hati Selepas 23 Tahun
Baru-baru ini, dilaporkan Mohd Afiq Ikmal dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati, selepas 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati.
Pemuda berkenaan menjalani pembedahan itu ketika berusia 14 bulan, selepas Wan Mohd Hafizam menyatakan kesediaan mendermakan sebahagian hatinya.
Paparan kisah Mohd Afiq Ikmal itu mendorong Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu, walaupun antara mereka tiada pertalian saudara dengan keputusan itu dibuat atas dasar kemanusiaan.
Dalam pada itu, Wan Mohd Hafizam mengakui sedih dengan khabar pemergian Mohd Afiq Ikmal.
“Saya jangka saya pergi dulu kerana dari segi usia saya lebih tua berbanding Allahyarham. Saya sebenarnya berharap Afiq dapat terus hidup lebih lama dan menyambung legasi sebagai penderma organ suatu hari nanti, tetapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya.
“Sebahagian hati saya dalam tubuh Allahyarham dan dia bawa sekali bahagian itu menghadap llahi. Sebahagian daripada saya juga sudah dikebumikan,” katanya.
Hasrat Dermakan Hati Sekali Lagi
Mengimbau perjalanan Mohd Afiq Ikmal dirawat di Hospital Selayang, Wan Mohd Hafizam berkata, beliau ada menyuarakan hasrat untuk sekali lagi mendermakan sebahagian hatinya kepada Allahyarham.
“Hasrat ini dinyatakan kepada keluarga Mohd Afiq Ikmal selepas saya dimaklumkan Allahyarham perlu menjalani sekali lagi pembedahan pemindahan organ, apabila dia berada dalam keadaan stabil.
“Bagaimanapun, ia tidak kesampaian dan kami semua ketika itu sentiasa mendoakan Allahyarham dapat kembali sembuh seperti sedia kala,” katanya.
MW: Salam Takziah buat keluarga adik Afiq Ikmal, semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Al Fatihah.
Pelakon terkenal Datuk Seri Eizlan Yusof mengumumkan berita gembira kehamilan isterinya, Datin Seri Natasha Rosa pada sambutan hari ulang tahun perkahwinan pertama mereka 12 Disember lalu.
Kiriman doa dikongsikan buat isterinya itu yang kini hamil lima bulan. Malah, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka.
Pelakon berusia 49 tahun ini juga berkongsi pengalaman mengandung isterinya. Ternyata di awal kehamilan, alami morning sickness yang teruk.
“Alhamdulillah dah stabil. Dalam tempoh dua tiga bulan pertama agaka huru hara. Tasha tak selera makan dan muntah semula lepas makan. Morning sicknessnya teruk.”
Selepas melalui fasa pertama itu, isterinya semakin berselera makan malah berat badan pun bertambah. “Alhamdulillah, tiada permintaan makan yang bukan-bukan. Yang penting, dia dan anak dalam kandungan sihat.”
Sepanjang kehamilan isterinya itu, Eizlan sudah pun membawa isteri menjalani pemeriksaan kehamilan untuk beberapa kali. Dan isterinya berada dalam keadaan baik.
Anak-anak Pun Sama Teruja Nak Terima Adik Baru – Eizlan Yusof
Bukan saja dirinya gembira, malah anak-anak dari perkahwinan terdahulu, Vie Zaara, 12, Zareef Yusof, 10 dan Vie Zaalia, 7 sama teruja menerima kehadiran adik baru mereka kelak.
Akui bapa ini, anak-anaknya yang lain memang sukakan adik. Kerap kali bertanyakan pada mama Tasha nya bila mereka boleh dapt adik.
Bila saja tahu yang mama nya mengandung, lebih teruja anak-anak ini. Anak-anak pun sama macam ayah mereka, tak kisah jantina adik baru mereka kelak. Yang penting, lahirnya sihat dan selamat.
Kemalangan pikap polis Perlis mengakibatkan seorang pemuda maut selepas dirempuh. Keluarga kini menuntut keadilan. Baca laporan penuh perkembangan kes.