Seorang ibu yang baru melahirkan anak terkejut apabila diberitahu bahawa dia mendapat anak lelaki selepas diberitahu sebelum ini dia bakal mendapat anak perempuan.
Ibu bernama Hayley Sexton, 33, juga telah memilih nama Isabella untuk diberikan kepada anaknya itu. Bukan itu sahaja, dia juga telah menghias bilik anaknya itu bersesuaian dengan tema warna pink.
Keputusan itu dibuat berikutan dengan keputusan scan yang dilakukan sebanyak 2 kali menunjukkan dia bakal mendapat anak perempuan.
Semasa scan, disangka perempuan. Sekali keluar lelaki.
Kemudiannya sebaik ibu tunggal dari Stockton-on-Tees, County Durham ini melahirkan bayinya itu, dia terkejut dan tak terkata apabila diberitahu bahawa dia mendapat bayi lelaki, bukannya bayi perempuan seperti yang dijangkakan.
Hayley teruja apabila mendapat tahu bakal mendapat anak perempuan
Disangka Perempuan Sebab Terlalu Kecil
Bayi comel yang diberi nama Alfie Sexton dilahirkan pada pukul 4.39 p.m. Dengan berat lebih kurang 6lbs 6oz, Alfie dilahirkan selepas 3 jam Hayley dimasukkan ke hospital. Alfie dilahirkan di University Hospital of North Tees pada 20 September 2020.
Alfie dilahirkan pada 20 September
Menurut Hayley, sewaktu dia melakukan scan atau imbasan ultrasound itu, pegawai perubatan memberitahu Hayley bahawa dia bakal mendapat anak perempuan. Alfie kelihatan terlalu kecil ketika diimbas. Itulah sebabnya pegawai perubatan mengatakan bayinya itu perempuan.
Baby Shower Bertemakan Warna Pink
Sebelum kelahiran bayinya, Hayley telah membuat baby shower bertemakan warna pink. Dia juga turut menerima banyak pakaian berwarna pastel dan hadiah khas yang turut diukir dengan nama Isabella.
Ads
Hayley seronok menerima hadiah daripada rakan-rakan semasa majlis baby shower
Menurut Pembantu Guru ini lagi, bercerita mengenai keputusan memilih warna pink untuk anaknya itu dibuat sebaik sahaja dia berpindah ke rumah baru.
“Sebaik tahu bakal dapat anak perempuan, saya pilih warna pink untuk bilik dan semua barangan bayi. Malah saya turut menulis nama Isabella pada dinding bilik.
“Saya teruja apabila mendapat tahu bahawa bakal mendapat anak perempuan. Dalam hati saya fikir bahawa saya akan mempunyai ‘kawan baik kecil’ sepanjang hidup saya ini.”
Hayley gembira bila dapat tahu bakal dapat anak perempuan
Mengimbas semula saat diberitahu bahawa dia sebenarnya melahirkan anak lelaki, Hayley ternyata amat terkejut ketika itu.
Ads
“Apabila bidan berkata, “ini bayi lelaki awak”, terus keluar soalan “Apa maksud awak anak lelaki” daripada mulut saya.
“Memang saya terkejut besar. Saya tak sangka akan mendapat anak lelaki setelah 2 kali scan diberitahu bakal dapat anak perempuan. Saya amat menyayangi Alfie tetapi sebaik sahaja kami balik ke rumah, banyak benda perlu ditukar.”
Kata Hayley, keseluruhan bilik Alfie perlu dihias semula. Tema bilik perlu ditukar dan semua pakaian berwarna pink yang telah dibeli perlu ditukar.
Semua barang-barang untuk bayi perempuan perlu ditukarPink warna tema bilik
Walau banyak kerja perlu dibuat sebaik Alfie dibawa balik, namun Hayley sanggup melakukannya.
Ads
Pernah Bermimpi Melahirkan Anak Lelaki
Cerita Hayley lagi, sebaik melahirkan anak, dia masih tidak percaya apabila bidan mengatakan anak lelakinya sudah keluar.
“Ini merupakan pengalaman paling tak dijangka dalam hidup saya. Pada mulanya saya tidak menyedarinya bahawa diri melahirkan anak lelaki. Hanya setelah bidan mengangkat dan membersihkan bayi saya barulah saya nampak kemaluan anak.
“Memang pelik kerana semasa saya hamil saya pernah bermimpi yang saya akan melahirkan anak lelaki. Malah bapa saya pernah membuat lawak dan mengatakan jika saya dapat anak lelaki, apa yang saya akan buat. Sekali betul saya dapat anak lelaki.”
Apabila Hayley menelefon ahli keluarganya dan memberitahu mereka bahawa dia melahirkan anak lelaki, semua ahli keluarganya amat terkejut.
“Apabila saya memberitahu ibu saya bahawa saya melahirkan anak lelaki, ibu saya tidak percaya. Ada antara ahli keluarga saya seperti rasa sedih sedikit sebab saya tidak dapat anak perempuan. Tetapi saya tidak rasa seperti mereka. Saya sayangkan Alfie. Ini memang takdir saya.”
Sebaknya baca catatan Norman Hakim dari Mekah untuk anak Abby Abadi dan Muhamad Faizal Zakaria, Baby D yang menghembuskan nafas terakhirnya selepas Isyak waktu Mekah.
Dekat dua bulan, Baby D atau nama sebenarnya Muhammad Danial Firman Faizal Bin Muhamad Faizal bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sungai Buloh akhirnya pulang ke kampung akhirat kerana komplikasi hati.
Kongsi Norman,
“Salam Tahajud dari Makkah Baby D sayang..”
Walau papa, mummy, abang-abang dan kakak-kakak semua tak pernah bertentang mata dan tak pernah dapat peluang belai Baby D kecuali abah dengan mama, tapi kami sangat-sangat menyayangi Baby D tau. Hari-hari dengar progress Baby D dari abah dan mama.
Dan sekarang Baby dengan izinNya dah pun ke syurga tinggalkan kami dulu. Antara asbab untuk Baby D bawa abah @jaiezzany dan mama @abby_abadi112 ke syurga jugak nanti.
Bangkit Dari Tahajud, Rasa Macam Mimpi
Semalam rasa macam mimpi bila abah bagitau yang Baby D dah tak ada tinggalkan kami lepas Isyak waktu Makkah.
Hari ni bangkit dari tahajud, pun rasa mimpi jugak tapi bila bukak IG tengok comment dan tengoka ramai yang mendoakan dan sedekahkan Baby D Al-Fatihah memang kenyataan Baby D dah takde, dah tinggalkan kami semua.
In shaa Allah selesai umrah, bila balik Malaysia nanti kitaorang ramai-ramai akan ziarah Baby D kat pusara nanti.
Tunggu kami datang ya sayang. In shaa Allah kita jumpa lagi nanti betul-betul kat syurga (kalau tak jumpa, selain dari abah dan mama, tolong cari kami nanti jugak tau sayang).
AL FATIHAH buat Muhammad Danial Firman Faizal Bin Muhamad Faizal (27/9/19 – 7/11/19).
Terima kasih buat semua sahabat-sahabat yang baik budiman kesayangan Allah SWT dan rasulullah s.a.w di atas ucapan dan doa-doa yang dikirim buat Baby D.
MW : Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Abby Abadi dan Jai Ezzany. Tentunya ada hikmah yang besar di sebalik dugaan ini.
Dekat 6 bulan berlalu, kesan parut pembedahan Baby Xandra semakin cantik dan sempurna. Si comel ini pun semakin tembam dan gebu. Bak kata ibunya, Sheila Razlan, “Kuat makan, kuat menyusu sebab itu dia bam bam.”
Syukur lihat perkembangan positif Baby Xandra ini. Memandangkan luka parut pembedahan dah semakin sempurna, ibunya berkongsi petua bagaimana dia mencantikkan kesan parut sumbing anaknya itu.
Sebelum pembedahan pemulihan sumbing bibir
Selepas pembedahan
Kesan parut terkini makin cantik sempurna
Ini Cara ’Sempurnakan’ Kesan Parut Sumbing Baby Xandra
Jadi ibu-ibu di luar sana yang sedang dalam proses memulihkan kesan parut anak sumbing, bolehlah cuba petua Sheila ini.
Kata Sheila, “Salam Jumaat Untie Uncle (sebagai mewakili anaknya), Ramai tanya condition baby Xandra sekarang kan.”
“Okay, ni mommy nak close up bekas jahitan dari hidung sampai bibir luar Xandra. Alhamdulillah cantik dah. Nampak sempurna kan?”
Kata Sheila lagi dalam instagram, cara dia mendapatkan kesan parut yang cantik dan tak menggelembung adalah dengan menggunakan Dermatix setiap hari WITHOUT FAILED!
“Rajin urut 100 kali sehari.”
“Nak senang ikut waktu solat. 1 waktu, 20 kali urut kat kesan jahit tu.”
Rancang Bawa Baby Xandra Buat Pembedahan Plastik
“For now nampak semua normal. Kecuali gusi yang cleft tu, tengah tunggu masa ada gigi tumbuh atau tak je. Nebes mommy.”
“InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih mommy plan nak bawa Xandra pi buat plastic surgery untuk lebih sempurnakan Xandra. Sebab dia girl kan?”
Itulah doa yang ibu kepada Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, Muhammad Akid Qassyaff, 3 dan baby Xandra tuturkan.
“Apa apa pun, biar Xandra membesar dengan sihat ya. Sampai masa yang sesuai Allah izinkan kita pi buat plastic surgery ya dik.”
MW : Mendoakan kemudahan rezeki untuk kedua ibu ayah Xandra, semoga urusan pembedahan plastik untuk Xandra dapat dilaksanakan dalam keadaan Baby Xandra sihat dan kuat.
Baca buku di tepi pantai, tengok filem indie atau filem pendek anak tempatan. Sambil itu lihat seni persembahan budaya setempat Terengganu dalam suasana yang santai. Ketiga-tiga aktiviti lepak berilmiah ini digabungkan di bawah satu lokasi iaitu Panggung Pantai.
Apa itu Panggung Pantai? Panggung Pantai terletak di Uptown Kontena dekat Pantai Tok Jembal, Terengganu. Pengunjung yang ke sini berpeluang terlibat sama, atau menyaksikan tiga aktiviti seni, baca buku, tengok filem indie atau filem pendek dan lihat seni persembahan budaya setempat setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
“Tujuan Panggung Pantai adalah menjadi satu ruang altenatif dan lebih terbuka untuk komuniti menyertai atau menikmati seni, budaya, buku dan filem dalam proses memupuk budaya membaca.”
Boleh bayangkan tak suasana membaca buku di tepian pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Bawa pula anak-anak, seharian lepak di Panggung Pantai pun tak terasa nak balik.
Ketika berkongsi info dengan Mingguan Wanita, pengasas Panggung Pantai, Mohamad Fazrul Azril Abdul Muhayidi memaklumkan Panggung Pantai cuma ada satu lokasi. Tapi terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Panggung Buku, Panggung Seni dan Panggung Visual.
1. Panggung Buku
Panggung Buku adalah inisiatif mewujudkan satu ruang yang terbuka dan santai untuk komuniti di Terengganu membaca buku di tepi pantai.
2. Panggung Seni
Panggung Seni adalah satu ruangan untuk seni persembahan dan budaya setempat di Terengganu ini sendiri dengan lebih santai dan terbuka di tepi pantai
3. Panggung Visual
Panggung visual adalah satu ruangan atau projek khas untuk filem filem indie atau short filem tempatan di tayangkan dan ada satu sesi diskusi tentang filem itu sendiri.
Dialu-alukan Sumbangan Bahan Bacaan Dari Orang Ramai
Anak muda usia 25 tahun ini bersama team sukalerawan yang bergerak sendiri berjaya membangunkan dan menguruskan tempat lepak ilmiah yang memberi manfaat besar kepada pengunjung pantai.
“Antara benda yang buat aku puas dan nikmati untuk tahun ni. Berjaya wujudkan Panggung Buku ni.” Kongsi Fazrul lagi.
Sebenarnya, Panggung Pantai ini sudah lama bergerak mengumpul buku-buku lama atau baru yang diberi oleh orang ramai sebagai sumbangan untuk bahan bacaan.
“Yang mana orang ramai boleh menderma buku dengan menghantar ke lokasi kami di Uptown Kontena sendiri atau boleh post kepada kami.”
Buat masa ini Panggung Buku, ada 12 kotak buku dan ada beberapa rak dalam susunan mereka. “Di sini ada bangunan berbumbung. Cuma sekarang tengah crowdfunding untuk set up. In sha Allah mencukupi duit kami set up.” catat Fazrul dalam twitternya.
Menerima kunjungan rakan dari Korea.
Penulis Tempatan Berkumpul
“Bila malam buku-buku kami simpan balik dalam kontena. Setiap malam minggu kami buat sembang movie, bedah buku dan open mic.”
Aktiviti yang dianjurkan ini terdapat dalam siri jelajah buku yang diadakan khusus untuk penulis tempatan, bedah buku, bacaan cerpen, bacaan sajak dan puisi.
Sudah pasti usaha yang dilakukan oleh anak muda ini dan teamnya memberi kesan yang positif. Walaupun baru minggu kedua (ketika temuramah dijalankan) ianya mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat.
Jadi, anda yang ada atau jalan-jalan ke Terengganu tu, bawalah anak-anak singgah ke lokasi menarik ini. Aktiviti berfaedah yang membangunkan jiwa anak-anak muda ke arah kebaikan perlu mak ayah sokong. Betulkan?
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...