Lepas 12 Tahun Berkahwin, Dr Say Terbuka Hati Belikan Emas Untuk Isteri, Mentua

Walau sudah lama menjadi suami, belum tentu suami faham apa sebenarnya keinginan isteri. Begitulah yang Dr Say Shazril ini alami bila mana akhirnya ada followernya yang menyedarkan apa yang orang rumahnya, Dr Azura Abas itu hajati.

Awal bulan lalu, isterinya pernah suarakan hajat mahu memakai emas perhiasan. Bila mana dia tahu isterinya itu tak pernah memakai emas sepanjang 12 tahun mengenali isterinya. Jadi, daripada membeli emas lebih baiklah dia membelikan keperluan pendidikan untuk isterinya.

Yang masa, ketika itu Dr Say menghadiahkan iPad untuk isterinya. Sekaligus, mudahlah untuk isteri menelaah ilmu baru. Sehinggalah Dr Say terbaca satu komen follower dan dia tersedar akan kesilapannya bergelar suami.

Baca sini : Belajar tinggi-tinggi tapi jadi pelakon. Risau dibuatnya bila fikirkan tanggapan orang lain.

Coco Melon Untuk Bini Dan Mak Mentua

Aritu saya cerita lebih baik utamakan education dari emas, pastu ada yang reply “awat tak beli dua-dua tuk bini?.”

Bila pikiaq balik, “betui jugak cakap followers ku ni.”

IKLAN

Baru-baru ni saya ternampak bini saya pakai seutas gelang emas kuning. Menangis dalaman saya bila melihatnya peeps. Kiranya selama ni bini saya mengidamkan emas kuning tapi saya terlalu dungu untuk perasan kehendaknya.

Saya tanya dia “u beli mane ni?.”
Dia reply “owh! i kirim kat staf-staf klinik i diorg tolong belikan.”
Lagi menangis dalaman saya peeps. Kiranya saya gagal sebagai seorang suami dalam membaca isteri saya.

Lepas 12 Tahun, Dr Say Terbuka Hati Belikan Emas Untuk Isteri, Mentua

IKLAN

Walaupun Hanya Seulas Ratai Halus…

Saya ingat Lululemon cukup untuk membahagiakannya tapi barang perhiasan tetap mempunyai tempat istimewa dalam hatinya. Arini mak mertua saya ajak bini untuk tengok-tengok emas, maka saya gunakan peluang ini untuk memenuhi kehendak bini yang selama ini saya abaikan.

Walaupun hanya seutas rantai halus & bukan coco petai/ coco kendi/ biskut tawar/ pulut dakap, saya rasa cukup gembira hadiahkan sesuatu yang bukan sahaja bini saya idamkan, malah mak mertua saya idamkan.

Saya racun bini dah tuk try sek sek coco, dia cakap “tebal sangat, tak sesuai dengan i sekarang,” gulppp terduduk saya dengar perkataan “SEKARANG” tu kerana daku bakal ikat perut makan koko krunch pabila masa bini untuk ber-coco tiba haha.

IKLAN

Prinsip Dr Say, Tak Berkira Dengan Isteri

Prinsip yang saya selalu pegang, JANGANLAH SESEKALI KITA BERKIRA DENGAN ISTERI KITA. Merekalah lubuk rezeki kita.

Ingat kejayaan kita selama ni kejayaan kita seorang? Tidak peeps, kejayaan kita selama ni bertulang belakangkan isteri kita maka fahami kehendak mereka & sekali sekala limpahi mereka dengan apa yang mereka mahukan & bukannya apa yang kita fikir mereka mahukan.

View this post on Instagram

Topik : Education Or Emas? Sy tahu harga emas naik mendadak baru-baru ni. Atas sebab ni, bini di momok orang sekelilingnya supaya meminta sy membelikan emas perhiasan kepadanya. Sepanjang mengenali bini selama 12 tahun, sy tahu dia tak pakai emas perhiasan langsung tapi sy tahu kalau kita sering dimomok semestinya kita terkulai juga sepertimana sy terkulai jika ternampak Nike Metcon baru ataupun Iphone baru ataupun SUV baru seperti BMW X4/ Range Rover Velar/ Lamborghini Urus (take note permintaan i hun hehe). Maka suatu hari ada dia menyatakan hasratnya mahukan emas perhiasan. Tapi sebab sy tahu dia tak pakai emas, hasratnya itu bagaikan suara hariannya, ditapis terus ataupun masuk telinga kanan laju2 dikeluarkan telinga kiri. Bagi sy what for spend on perhiasan sedangkan perhiasan itu tidak mempunyai kegunaan dalam kehidupan harian (mampuih semua old emas collector & wanita fanatik emas bash aku niii). Sabaq dulu, macam sy cakap sy tahu emas is a good investment. Tapi memandangkan bini sy tengah sambung belajar sy tanya dia “ade tak ape2 yg i boleh belanja untuk memudahkan pelajaran u?”. Bini fikir & fikir (sebab momokan emas perhiasan tu bagai minyak guna2, gundah gulana bini dibuatnya) tup tap bini jawab “kalau ade Ipad Mini senang i nak baca journal tuk study”. Terus sy tarik tangan bini, masuk dalam SUV, pergi ke IOI City & voila ku belikannya Ipad Mini. Sy tahu mesti ramai nak cakap “emas boleh invest doc” tapi to me EDUCATION IS AN INVESTMENT. Hari2 sy tengok dia mentelaah journals kat ipad dia, kadang2 dipasangkan Coco Melon Ace kat ipad tu, bukankah itu juga sebentuk investment?

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

MW : Bersyukur jika ramai suami ada kesedaran untuk fahami kehendak isteri. Alangkah beruntungnya isteri itu.

Sumber/Foto : Dr Say Shazril

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI