Kemelut kisah rumahtangga antara pasangan selebriti Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah semakin hari semakin rancak diperkatakan. Khabarnya pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung.
Seperti mana yang dilaporkan menerusi Harian Metro, Puteri Sarah akui sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
2 Bulan Tidak Tinggal Sebumbung, Syamsul Tetap Syurga Puteri Sarah
Namun jauh di lubuk hati sebagai seorang isteri dan ibu, Puteri Sarah akui walau apa pun yang terjadi sekarang dan selepas ini dia masih menyayangi perkahwinan mereka yang sudah dibina sejak enam tahun lalu.
“Tiada siapa mahukan masalah dan perpisahan. Saya tetap berdiri di belakang dan menyayangi dirinya sebab dia adalah syurga saya,” katanya.
Puteri Sarah dan Syamsul bernikah pada Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1 tahun 8 bulan.
Puteri Sarah juga menerangkan, tiada sebab untuk dia berbuat sedemikian sekiranya ‘masalah’ yang paling ditakuti dalam perhubungan rumah tangga tidak berlaku.Namun seperti yang dilaporkan dia enggan berkongsi lanjut ‘masalah’ dimaksudkannya itu.
“Dia (Syamsul) tahu sebab apa saya keluar rumah dan dia juga tahu sebab apa saya ‘dingin’.
Ads
“Apabila keluar cerita sebegini, saya percaya ada pihak lain yang suka.
“Dalam perkara ini, saya tidak mahu dianggap punca terhadap apa yang berlaku sekarang. Tentu saja sebagai lelaki, suami dan ketua rumah tangga dia perlu bertanggungjawab di atas semuanya. Itu yang saya harapkan,” luahnya.
Puteri Sarah Enggan Jawab Kisah Tentang Curang & Orang Ketiga
“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini, tapi cukup untuk saya katakan ada ‘masalah’ yang wujud dalam rumah tangga kami,” begitulah jawapan yang diberikan Puteri Sarah apabila ditanya tentang sejauh mana kebenaran perkongsiannya di Instagram Story baru-baru ini mengenai kisah curang dan orang ketiga dalam perkahwinan berlaku pada dirinya.
Sumber: Harian Metro
Ads
Sumber Foto: Instagram Syamsul Yusof & Instagram Puteri Sarah
Ini dinamakan rezeki terpijak. Sultan Johor yang terkenal dengan sikap pemurahnya, zahirkan penghargaan dengan mengurniakan kereta buat jururawat Wad Diraja HSA (Hospital Sultanah Aminah).
10 buah kereta Perodua Myvi berwarna biru diserahkan kepada 10 jururawat sebagai menghargai jasa dan khidmat mereka. Tahniah diucapkan kepada jururawat Wad Diraja HSA atas segala
10 Perodua Myvi Kepada Jururawat Bertugas
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, hari ini.
Dalam muat naik terbaharu di Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kenderaan itu bagi menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta khidmat 10 jururawat terbabit kepada baginda dan keluarga diraja Johor.
Jururawat Berterima Kasih Atas Kurniaan
Penyelia Jururawat, Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak 2006, melahirkan perasaan syukur di atas kurniaan berkenaan.
“Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku Sultan di atas kurniaan ini.
“Besar sungguh nilainya kepada kami semua dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda serta keluarga,” katanya.
Kenderaan berkenaan diserahkan dalam satu majlis di Larkin, Johor Bahru.
Turut berkongsi kesyukuran adalah Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak pada tiga hari yang lalu.
“Saya bersyukur kerana dapat hadir kerana ini adalah satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Sultan Johor dan keluarga diraja Johor,” katanya.
MW: Kegembiraan berganda apabila segala jasa dan khidmat dihargai apatah lagi oleh Sultan Johor sendiri. Tahniah.
“Lama Pujuk Mak Duduk Semenanjung,” Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Untuk Mak Ayah! Menjadi impian setiap anak untuk membahagiakan orang tua dan sentiasa berada dekat dengan mereka. Apabila ada rezeki lebih, tak salah berkongsi rezeki dengan mak ayah tersayang yang banyak berjasa pada kita.
Baru-baru ini selebriti dan usahawan terkenal, Wawa Zainal,31 berkongsi momen istimewa apabila menghadiahkan rumah teres setingkat buat mak ayahnya yang tersayang. Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, usaha memujuk ibunya untuk berpindah ke Semenanjung bukanlah mudah dan mengambil masa yang lama. Namun akhirkan ibunya bersetuju untuk berhijrah.
Beli Rumah Teres Setingkat
Wawa yang berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah berkata lagi pada mulanya berhasrat untuk membelikan rumah 2 tingkat. Namun memikirkan jangka panjang kedua ibu dan ayahnya yang semakin berusia, isteri kepada Aeril Zafrel ini menukar fikiran untuk hanya membeli rumah teres setingkat tanpa perlu naik turun tangga.
“Lama pujuk mak duduk semenanjung. Akhirnya dia setuju & wawa decide utk belikan rumah untuk mak dan bapak. Mula-mula nak beli 2 tingkat tapi bila fikir-fikir duduk berdua dan dah berusia untuk naik turun, jadi Wawa cari rumah setingkat” katanya.
Transformasi Rumah Lama Nampak Baru
Menariknya, menerusi video yang dikongsikan rumah teres lama yang dibeli cukup usang namun setelah di ubahsuai dan dihias indah oleh Pereka Dalaman menjadikan dekorasi rumah tersebut cukup cantik, selesa dan tampak mewah.
“Bila tengok keadaan rumah yang agak lama telan air liur juga la. Fikir macam mana nak bagi lawa balik. Tapi Wawa memang percaya yang @aqi_74 boleh jadikan rumah ni jadi rumah baru! and cuba tengok.. lawa kan? ?Sangat cozy,” ujar Wawa lagi.
Wawa juga meluahkan rasa sayang dan penghargaan pada ibu dan ayahnya pada posting yang dikongsikan tersebut.
“Kepada mak ku sayang yang lahirkan Wawa di dunia. Walaupun wawa tidak membesar dengan mak. Mak kena tahu wawa sayang dengan mak bapak dunia akhirat,” katanya.
Mak Ayah Terharu Gembira
Ternyata hadiah rumah baru tersebut, cukup membuatkan mak dan ayah Wawa berasa sebak dan terharu gembria sehingga menitiskan air mata. Malah ayah Wawa turut sempat mendoakan anaknya semoga bertambah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usianya.
Di ruangan komen, ramai yang tumpang gembira, menjadikan Wawa inspirasi malah turut mendoakan agar selebriti ini terus dimurahkan rezeki kerana berbakti dan berkongsi rezeki dengan mak ayah.
Mingguan Wanita: Tahniah buat Wawa Zainal, tak lokek berkongsi rezeki dan membahagiakan mak ayah tersayang. Semoga menjadi inspirasi juga buat kita yang bergelar anak dalam berbakti dan membahagiakan ibu bapa dalam pelbagai cara.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum ke 14 berjaya membentuk pentadbiran kerajaan baru di negara kita. Semalam merupakan hari mengundi yang penuh bersejarah, ramai yang meluahkan pendirian terhadap pegangan parti politik masing-masing dan figura yang disokong.
Antara yang mendapat perhatian ramai adalah kisah menarik yang dikongsikan sendiri oleh Mufti Perlis,Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin terhadap Tun Dr Mahathir. Kata-kata yang diluahkan oleh bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 ini, ketika mufti ini bertemu secara peribadi dengan beliau 4 tahun dulu, sungguh menyentuh hati dan terserlah sikap negarawan yang dimiliki.
Berikut antara pengalaman dan cerita yang dikongsikan oleh Dr MAZA sendiri;
Bukan semua perkara kita boleh setuju dengan YBg.Tun Mahathir. Banyak juga pendapat dan tindakan Tun M yang kita kurang setuju atau tidak boleh menerimanya. Beliau BUKAN MAKSUM untuk kita terima semua pendapatnya. Rekod Tun M pun bukan semuanya kita boleh puji. Di samping, secara adilnya, kita tidak boleh menafikan jasa, sumbangan dan kebijaksanaan beliau dalam banyak hal.
Tokoh-tokoh politik seperti Tun M, DS Najib, DS Anwar, DS Abdul Hadi dan lain-lain sering dikaitkan dengan pelbagai cerita positif dan negatif. Jangan kita telan semua yang dikaitkan dengan mereka tanpa penilaian yang matang dan jangan juga kita menerima segala apa yang mereka lontarkan tanpa berfikir dengan seimbang. Apapun, mempercayai mana-mana orang politik seratus peratus merupakan satu kesilapan.
Hari ini orang bercerita pasal Tun M dan kubur. Saya juga ingin berkongsi cerita pasal Tun M dan kubur. Walaupun cerita biasa, tapi mungkin ada sesuatu yang boleh kita belajar.
Tun M Dan Kubur
Pada tahun 2014, ketika itu saya sabatical di SOAS London, Tun M datang ke London. Tun M tinggal di rumah Kerajaan Malaysia yang ketika itu sedang bocor bumbungnya. Saya dan Tun M bertemu empat mata membincang beberapa perkara. Tun M bertanya saya beberapa soalan berkaitan agama. Kami berdiskusi. Kemudian Tun M membincangkan tentang YAB PM DS Najib. Masa itu beliau belum lagi menentang DS Najib secara terbuka. Beliau menyebut isu-isu seperti yang beliau sebut dalam kempen beliau sekarang. Saya hanya mendengar. Benar ataupun salah, saya tiada bahan untuk dinilai ketika itu.
Saya bertanya beliau, “Habis Tun nak buat apa? Tun nak bersuara ke “? Ketika itu Tun M mengungkap satu ungkapan yang selalu saya ingat apabila terlihat wajah beliau.
Kata Tun M kepada saya: “Nanti orang akan kata orang tua ni tak habis-habis asyik kacau orang lain jadi Perdana Menteri. Orang macam saya ini sepatutnya dah duduk bawah dah (masuk kubur). Tapi saya ni sayang kepada negara saya”.
Saya lihat Tun M yang ketika itu dalam keadaan keletihan, lesu dan sedih. Saya sendiri tersentuh dengan ucapan beliau itu. Saya diam sahaja. Kami bincang beberapa tajuk lain.
Semasa itu saya tidak sangka Tun M akan menubuhkan parti politik baru dan secara terang-terangan melawan DS Najib. Saya tidak sangka hari ini beliau yang menyatakan ‘sepatutnya beliau sudah masuk kubur’ berdiri atas pentas politik kempen pilihanraya secara besar-besaran. Ini kerana dalam ungkapan Tun M itu seolah-olah tidak banyak harapan dan beliau hanya menunggu masa untuk ‘masuk kubur’. Apatahlagi semasa itu anak beliau masih memegang jawatan MB Kedah.
Cumanya, dalam masa yang sama beliau kata ‘saya sayang kepada negara saya’. Allah Maha Mengetahui. Rasanya beliau ikhlas. Tapi saya fikir beliau mungkin terpaksa pertimbang antara usianya, kedudukannya yang dihormati di sisi negara, kedudukan anaknya dan banyak lagi kelebihan lain yang beliau sedang kecapi ketika itu.
Apabila saya balik ke Malaysia 2015 menjawat semula jawatan Mufti Perlis untuk kali kedua, beberapa kali juga saya berjumpa dengan Tun M secara empat mata. Beliau mengulangi cerita yang sama. Cumanya, tidak sangka sehingga hendak menubuhkan parti politik dan bertanding pilihanraya.
Jika orang beritahu saya Tun M bertindak begitu sebab mahu bela anaknya, maaf, secara peribadi, saya mempunyai pengalaman yang berbeza. Tun M telah menyuara bantahan itu sebelum anaknya terbuang.
Hari ini hari mengundi. Entahlah. Dunia bagaikan mimpi. Tun M bertanding dan mahu jadi PM semula. Tidak pernah di Malaysia seseorang jadi PM dua kali. Cumanya, saya sendiri jadi Mufti sebanyak dua, walaupun tidak pernah terjadi sebelum itu. Pada awalnya saya sendiri rasa ganjil. Dunia politik pasti tiada apa yang mustahil.
Saya tidak pasti sejauh manakah Tun M boleh bertahan dengan usianya itu. UMUR TIDAK BERPIHAK KEPADANYA. Itu apa yang ketara kita nampak. Selain itu, hanya Allah Yang Tahu. Tok Wan (lelaki) saya dahulu ketika dia berusia 100 tahun, orang sinis kepadanya bila beliau menanam pokok-pokok durian di tanahnya.
Mereka kata: “Sempatkah nak makan durian orang tua tu”?! Ditakdirkan Allah, beliau meninggal pada usia 126 tahun menurut hitungan anak-anaknya. Beliau sihat. Hanya sakit pada penghujung hayat. Sempat makan banyak musim durian yang beliau tanam.
Pastinya, menguruskan negara tidak seperti menanam durian. Namun, usia manusia dan apa yang akan terjadi di masa hadapan tiada siapa yang tahu.
Kita semua tidak tahu apa yang akan terjadi. Kita mengundi untuk masa depan. Namun tiada siapa yang tahu masa depan melainkan Tuhan. Agama mengajar kita berusaha dan bertawakal.
Kita berusaha untuk yang kita jangka lebih baik ataupun kurang buruk. SIAPAKAH yang terbaik?, ataupun SIAPAKAH yang kurang buruk? Itu semua memerlukan penilaian yang seimbang dan penuh kematangan. Setelah berijtihad dalam membuat penilaian, kita serah kepada Allah. Nilailah hujah Tun M, hujah DS Najib, hujah DS Abdul Hadi dengan adil. Dengarlah hujah dari semua pihak kemudian berijtihadlah, dan buatlah penilaian yang kita yakin terbaik. Selamat mengundi!
Tukar duit raya di mesin ATM tanpa stres beratur, ini 29 lokasi khusus untuk pengguna CIMB. Masuk je penghujung Ramadan, antara difikirkan ialah misi...