Bayangkan sejak dari kecil sudah menjadi penghuni tetap di hospital, tidak tahu apa-apa perkembangan dunia luar. 18 tahun terlantar di hospital bukan jangka masa yang pendek. Itulah rumah kedua sejak dia dilahirkan.

Takdir Allah, tahun ini adalah paling bermakna buat dirinya setelah 18 tahun terlantar di hospital, akhirnya dia dibenarkan pulang untuk sambut ramadan bersama keluarga.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Wang Dalam Bank Lesap Dicuri Anak Ketika Terlantar Sakit, Wanita Dapat Ganti Rugi RM27 Juta!

Galas Tanggungjawab, Anak Usia 10 Tahun Jaga Ibu Terlantar Selepas Kematian Suami

Terlantar Di Hospital Sejak Kecil

Berita yang menggembirakan ahli keluarga juga. Sambutan Ramadan tahun ini paling bermakna buat seorang ibu apabila anak gadisnya yang sebelum ini terpaksa ‘tinggal’ di hospital sejak 18 tahun lalu akhirnya dibenarkan pulang ke kediamannya di Bahau.

Siti Nurul Hidayah Mohamad Sofi, yang kini berusia 25 tahun terlantar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah akibat penyakit Cervical Cord Myelopathy iaitu kerosakan saraf tunjang dan pengecutan paru-paru selepas terjatuh di rumahnya ketika berusia enam tahun.

18 Tahun Terlantar Di Hospital, Akhirnya Sambut Ramadan Paling Bermakna Di Rumah

Keadaan itu menyebabkan dirinya perlu menggunakan alat bantuan pernafasan dan memerlukan pemantauan doktor selain hanya mampu menggerakkan bibir sebagai isyarat jika mahu meminta sesuatu.

Menurut ibunya, Dayang Lohani Awang Zain, 56 tahun, perasaannya bercampur baur apabila impiannya untuk membawa pulang anak ketiga daripada lima beradik itu menjadi kenyataan.

Jelasnya, usaha untuk membawa Siti Nurul Hidayah pulang sudah lama namun disebabkan beberapa kekangan terutamanya dari segi kesihatan dan peralatan berkaitan menyebabkan usaha itu tertangguh.

IKLAN

18 Tahun Terlantar Di Hospital, Akhirnya Sambut Ramadan Paling Bermakna Di Rumah

“Gembira dan sedih semuanya ada, dalam tempoh 18 tahun itu kami sekeluarga berkorban masa dan tenaga selama 24 jam menjaganya di hospital tanpa memikirkan perkembangan dunia luar.

“Sekarang, Alhamduillah dia pun begitu ceria apabila dapat keluar dari hospital. Siapa tahu selepas ini dia dapat bernafas sendiri tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan dengan izin ALLAH SWT,” katanya.

18 Tahun Terlantar Di Hospital, Akhirnya Sambut Ramadan Paling Bermakna Di Rumah

Berpuasa & Berbuka Di Hospital

Dalam pada itu, Dayang Lohani meluahkan rasa terima kasih kepada warga HTAN, Yayasan Munarah dan semua pihak yang banyak membantunya sama ada secara langsung ataupun tidak dalam memastikan rawatan dan perubatan termasuklah peralatan bantuan kesihatan anaknya itu berjalan dengan baik.

IKLAN

Malah Dayang Lohani juga tidak menyangka dapat meraikan Ramadan ini dalam suasana yang berbeza walaupun dalam keadaan serba sederhana.

18 Tahun Terlantar Di Hospital, Akhirnya Sambut Ramadan Paling Bermakna Di Rumah

“Selama 18 tahun kita berpuasa dan berbuka di hospital sahaja, raya pun di situ. Kali ini merasalah berpuasa di luar walau pada dasarnya tidaklah seperti orang lain dan kami masih perlu memberi tumpuan kepada Siti Nurul Hidayah,” katanya yang menerima kunjungan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Dalam pada itu, MAINS akan menyalurkan bantuan satu unit mesin bantuan pernafasan, set katil pesakit bersama tilam angin dan peralatan mekanikal ventilasi pernafasan seperti ‘suction catheter’, ‘suction tubing’ dan ‘tracheostomy cannula’.

Media pada tahun 2015 melaporkan kisah Siti Nurul Hidayah yang terjatuh dalam bilik air menyebabkan dia lumpuh dan terlantar di HTAN sejak Januari 2005.

Kehidupan mereka sekeluarga sekali lagi diuji apabila bapanya, Mohd Sofi Mohamad Amin meninggal dunia setahun kemudian akibat angin ahmar dan serangan jantung sekali gus menyebabkannya hilang tempat mengadu.

IKLAN

18 Tahun Terlantar Di Hospital, Akhirnya Sambut Ramadan Paling Bermakna Di Rumah

Mingguan Wanita : Moga Siti Nurul Hidayah diberi kesembuhan dan gembiralah dapat berkumpul bersama keluarga.

Sumber: Sinar Harian & MAINS

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI