
Penemuan terbaru oleh seorang Ahli Geologi menyatakan cara mudah cari berlian ialah di bawah Pokok Pandan. Ramai yang sedia maklum, berlian merupakan batu perhiasan yang punyai nilai yang sangat tinggi. Tidak semua orang mampu untuk memiliki berlian kerana harganya yang terlampau mahal.
Menerusi seorang ahli geologi, Stephen Haggertu daripada Universiti Antarabangsa Florida dalam penemuan terbaru memberitahu bahawa, kemungkinan terdapat berlian asli di sekitar kawasan yang ditanam pokok pandan.
Menurutnya, berlian biasanya tersembunyi dibawah tanaman ini, kerana berlian pada mulanya terbentuk jauh didalam dasar tanah dan akan naik ke permukaan oleh kesan volcanic. Seterusnya berlian akan terkumpul di kawasan batu yang disebut sebagai kimberlite.
Contoh Rupa Batu Kimberlite


Menariknya, pokok pandan biasanya tumbuh dikawasan yang ada banyak batu kimberlite ini. Dan tak hairan kalau ramai orang cari pokok pandan demi berlian!
Namun hati-hati iya, dalam ‘misi’ mencari berlian, pokok pandan juga sering menjadi sarang bagi haiwan berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking menumpang teduh!
Video dibawah berkongsikan cerita ringkas tentang penemuan baru ini:
Sumber: Taikotai
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Datuk Fazley Nafi Gosip Rumah Tangga Adiknya & Mawar Berantakan “Tiada Masalah Pergolakan Rumah Tangga”

Datuk Fazley nafi gosip rumah tangga adiknya & Mawar berantakan. Sebelum ini heboh di media sosial adik ipar kepada Datuk Fazley yang juga isteri kepada Raf Yaakob, Mawar Rashid mengambil keputusan tidak lagi berhijab dan menyatakan mempunyai masalah kesihatan mental yang serius.
Dek kerana itu juga bertebaran khabar angin yang menyatakan rumah tangga adiknya itu sedang berantakan.
Terbaru Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob membuka mulut dan menafikan rumah tangga adiknya bergolak.
Datuk Fazley Nafi Gosip Rumah Tangga Adiknya & Mawar Berantakan
Datuk Fazley menyatakan sebagai abang long dia begitu rapat dengan adiknya. Malah turut menegaskan hubungan Raf dan Mawar tidak punya apa masalah.

“Sebenarnya tak ada pun. Sebab saya memang sangat rapat dengan Raf.
“Raf bercerita apa saja dengan saya. Kami sangat dapat. Jadi saya tahu tiada masalah pergolakan rumah tangga.
“Yang seronoknya, Raf pun baru balik umrah kan.
“Saya tanya bagaimana (rumah tangga), dia cakap semua okay. Sebab dia memang jenis sangat ‘open’ dengan saya,” katanya seperti mana dipetik menerusi portal Berita Harian.
Ambil Berat Tentang Mawar
Heboh tentang Mawar yang sebelum ini bertindak membuka tudung, Fazley menerangkan Mawar dalam keadaan baik.
“Itu adalah pilihan peribadinya. Keluarga menanti, melihat, mendoakan yang terbaik untuknya.
“Sejak isu itu, saya tidak berjumpa dengannya (Mawar). Saya bagi ruanglah.
“Tapi sudah tentulah sebagai abang long, saya orang pertama yang ‘WhatsApp’ dia.
“Saya nyatakan sentiasa di belakangnya dan yakin dia sudah fikir betul-betul. Raf kata keadaannya baik-baik saja, alhamdulillah,” ungkap Fazley.


Menarik Disini ; Tanggal Tudung, Mawar Rashid Mohon Maaf Gagal Untuk Terus Istiqamah
‘Umur 26 Dapat Beli Banglo..’ Mawar Rashid Sedih Dikata Materialistik
Sumber : Berita Harian
Sumber Foto : Instagram Mawar Rashid
Mingguan Wanita : Semoga baik-baik saja buat Mawar Rashid.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Muka Anak Bengkak, Bercalar-calar, Pecah Tangan Anak… Saya Dah Tak Boleh Terima. Cukuplah!” Luah Ziana Zain

Agak lama berdiam diri, akhirnya penyanyi dan pelakon, Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, membuka mulut dan meluahkan apa yang terbuku di hati tentang isu permohonan cerai yang dibuat.
Cukup sebak bila membayangkan situasi seorang isteri yang sudah lama memendam rasa tentang sikap baran suami yang dilepaskan pada anak-anak yang masih kecil. Ya, inilah yang dilalui oleh penyanyi Madah Berhelah dalam rumah tangganya bersama Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53 tahun.
Apa yang lagi menyakitkan hati ibu ini, apabila melihat keadaan anak sulungnya Muhammad Aiman yang berumur 18 tahun dan Ammar jadi murung serta lebih suka duduk dalam bilik. Punyalah tertekan kadang sampai migrain!
Ibu mana yang sanggup derita si anak, orang luar marah anak pun mak-mak dah rasa geram sampai ketap bibir. Ini pula suami sendiri yang melukakan anak-anak. Satu dugaan besar buat Ziana sekali gus nekad untuk failkan cerai. Ada suatu ketika anak-anak sampai serik nak makan luar…
“Saya pernah tanya pada anak-anak tak nak makan diluar ke? Pastu dia menjawab, ‘Tak nak Ma, nanti Ayah maki kita. Malu kita nanti dekat restoran.”
Luah Ziana dengan nada yang sedih, malahan dia merasakan tiada guna untuk teruskan hidup bersama jika perasaan takut-takut itu selalu ada.
“Tiap kali nak keluar dengan dia, kena berjaga-jaga. Jangan jadi apa-apa. We are not living in the reality. What for? This is not life.
Bila ditanya adakah ini waktu kemuncak segala emosinya, Ziana tenang menjawab…
“Dah lama benda-benda ni cuma major tak major je lah. Dulu kita pernah juga kena rotan dengan mak kita. Tapi rotan tu tahap mana. Kalau dah sehingga mencederakan anak saya, sampai muka anak bengkak, bercalar-calar, pecah tangan anak… saya dah tak boleh terima. Cukuplah. Sebelum ini pun anak yang kecik tu pun dicilikannya, Si Aril tu baru 3-4 tahun. Ini diperingkat dah tak boleh tahan.”
Namun Armin atau Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, dia hanya akan bersetuju melafazkan cerai terhadap Ziana sekiranya dia dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.
Dari pihak Ziana sendiri, bukan tak bagi tapi Ziana pun hanya mengikut prosedur ditetapkan polis yang tidak membenarkan semua anak mereka menemui Armin sepanjang kes perbicaraan.
“Saya bukannya zalim dan tidak mahu membenarkan dia berjumpa anak tapi saya perlu mematuhi arahan polis kerana mereka menjadi saksi kes penderaan seorang daripada anak kami.”
Rasa sedih bila dapat tahu masalah rumah tangga pasangan ini, tetapi inilah salah satu ujian bila sudah bertahun berkongsi hidup. Mungkin netizen boleh tepek macam-macam tentang keputusan ini tapi hakikatnya Ziana lebih mengenali siapa suaminya itu setelah 20 tahun hidup bersama.
Walau apa pun yang berlaku, team Mingguan Wanita mendoakan moga Ziana Zain terus kuat demi masa depan anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Derita Patah Tulang Rusuk & Usus Pecah, Kanak-Kanak Lelaki 6 Tahun Maut Disyaki Didera Teman Lelaki Ibu

Azabnya kesengsaraan fizikal yang ditanggung oleh anak kecil ini sebelum meninggal dunia akibat hilangya sifat perikemanusiaan seorang manusia.Dipukul dengan objek tumpul sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus, itu penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh kanak-kanak 6 tahun, Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan, sehingga menemui ajal akibat disyaki didera oleh teman lelaki ibunya, kelmarin.
Terbongkar Selepas Bedah Siasat
Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar selepas pakar patologi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menjalankan bedah siasat ke atas jenazah kanak-kanak malang itu, semalam. Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias berkata, laporan bedah siasat menunjukkan mangsa maut selepas dipercayai dipukul dengan objek tumpul pada bahagian badan.
“Mangsa mengalami kecederaan dalaman yang serius, selain ususnya pecah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis hari ini.
Azisman berkata mangsa telah meninggal dunia pada 4 pagi Rabu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, selepas tidak sedarkan diri dan muntah beberapa jam sebelum itu. Beliau berkata susulan kematian Mohamad Rayyan, polis telah menahan ibu mangsa berusia 31 tahun dan teman lelakinya yang berusia 26 tahun.
“Suspek serta ibu mangsa ditahan petang semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek mempunyai 12 rekod lampau atas pelbagai kesalahan dan kebanyakannya membabitkan curi motosikal,” katanya.
Azisman berkata, polis telah mendapat perintah tahanan reman selama seminggu ke atas pasangan itu bermula hari ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ditemui Sihat Bulan Lalu
Sementara itu, bapa mangsa, Hairil Khan Azali, 32, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas dihubungi anak saudaranya pada Rabu.
“Rayyan dibawa ke hospital pada malam Selasa dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
“Saya hanya mengetahui dia dipercayai didera selepas laporan forensik yang dikeluarkan Hospital Sultanah Bahiyah pada 8 malam, semalam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Hairil berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya sekitar bulan lalu dan ketika itu keadaannya masih sihat.
“Saya berpisah dengan bekas isteri sejak tiga tahun lalu. Saya kerap berjumpa dengan Rayyan sebelum ini kerana dia tinggal dengan bekas mentua di Kampung Abi, di sini.
“Namun, sebulan lalu saya tidak dapat berjumpa dengannya selepas bekas isteri membawa Rayyan keluar dan tinggal dengan kekasihnya.
“Tetapi saya tak tahu di mana mereka tinggal kerana bekas mentua saya pun tidak dimaklumkan,” katanya.
Menurutnya, jenazah anaknya selamat dikebumikan tengah malam tadi Tanah Perkuburan Islam Kampung Abi Tok Hashim.
Semoga anak kecil ini dicucuri rahmat dan berbahagia disyurga hendaknya. Pesanan buat para wanita mahupun mak-mak, jangan sesekali sanggup ‘korbankan’ anak, pejamkan mata yang berlaku demi cinta buta. Anak kecil seharusnya disayangi dan dilindungi bukannya dijadikan tempat melepaskan segala amarah dan rasa benci.
Sumber: hmetro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




