musim cuti sekolah

Musim cuti sekolah dah tiba, maka ramailah mak-mak yang pening kepala memikirkan aktiviti untuk penuhkan masa anak-anak dengan benda berfaedah. Eh, risau tau dengan ledakan teknologi canggih dan penularan penggunaan internet memperlihatkan majoriti kes yang dahulunya menjadi sulit namun kini dengan mudah tersebar luas tanpa kawalan.

Baca berita viral di media sosial pun boleh buat hati mak-mak tak senang duduk di pejabat. Hah, agak-agak mak-mak yang keluar bekerja boleh duduk diam di rumah?

Kadang kes-kes yang belum sempat mendapat maklum balas daripada pihak berkuasa namun sudah dihakimi oleh ‘keypad warriors’. Sehinggakan mengganggu tugas pihak berkuasa untuk mendapatkan bukti.

Mungkin ada pro dan kontra peranan media sosial dalam menyebarkan kes-kes kehilangan mahupun kes culik kanak-kanak. Maklumat akan cepat dan masyarakat boleh tahu perkembangan yang berlaku dan jika ada yang ternampak atau melihat maka mereka akan cepat melaporkan kepada pihak berkuasa.

Ini memudahkan tugas pihak berkuasa dan kanak-kanak tersebut akan dapat diselamatkan. Tetapi dari sudut negatif, pihak penculik atau yang terbabit dengan sindiket ini sudah tahu tentang strategi dan biasanya mereka akan mengubah kepada strategi yang lain.

Namun dari pihak ibu bapa sendiri, eloklah jika mampu terapkan bab keselamatan dari awal dalam diri anak-anak. Tambah pula musim cuti sekolah bakal tiba dalam beberapa minggu lagi…

1. Kunci pintu

Ini ramai yang terlepas pandang. Tolonglah alert dengan keselamatan anak-anak. Kunci pintu, pagar dan anak-anak sentiasa dalam pengawasan. Kes culik pun makin menjadi-jadi zaman sekarang. Agak-agak ada orang yang tak dikenali tekan loceng rumah atau panggil keluar, sila ajar anak jangan cepat buka pintu. BAHAYA!

IKLAN

2. Ada peneman

Yang ini memang selalu berlaku, tahu-tahu anak ghaib depan mata sebab terlalu khusyuk pilih barang! Janganlah biarkan anak-anak sendirian di luar rumah, baik ketika berada di pusat membeli belah mahupun ketika bercuti.

3. Peka dengan aktiviti anak

Sentiasa peka dan prihatin dengan langkah anak-anak dan jangan biarkan anak-anak melakukan aktiviti sendirian tanpa pengawasan. Kalau dah tahu anak minat sesuatu, mak-mak boleh hantar dia ke kelas khas pada musim cuti. Contoh, kalau minat muzik, hantarlah anak kelas muzik.

4. Ajar bab keselamatan

Kalau anak dah faham arahan dan cerita, umur 2 tahun pun dah boleh ajar anak tentang bahaya dengan persekitaran. Biasakan anak bergerak ke tempat orang ramai dan bukan keluar ke mana-mana lalu tempat sunyi.

5. Sediakan jadual

Menyediakan jadual yang tersusun bagi dimanfaatkan oleh anak-anak terutama ketika cuti sekolah. Jangan harapkan anak main gajet 24 jam, eloklah ibu ayah belikan buku atau permainan yang boleh asah skill.

IKLAN

6. Biar ada rutin

Sediakan rutin harian lengkap kepada anak-anak di rumah dari pagi hingga ibu bapa pulang dari tempat kerja. Kalau macam ini, anak mesti sibuk dengan jadualnya. Tidaklah anak keluar rumah sesuka hati, bahaya! Nak lagi best, belikan buku banyak-banyak kat anak untuk dia isi kekosongan pada musim cuti. #kalauanakminatmembaca

7. Selalu telefon

Walau anak tu dah besar dan mampu buat segalanya, mak-mak jangan sampai lupa tanya khabar anak di rumah ya. Biasakan sentiasa berhubung dengan membuat panggilan ke rumah dan tanya keadaan anak.

8. Ada orang dewasa

Kalau dulu, anak-anak main basikal kampung sebelah pun tak ada masalah tetapi sekarang tak boleh biarkan. Yang main depan rumah pun boleh jadi macam-macam. Jadi pastikan ada orang dewasa berumur lebih 18 tahun yang menemani anak-anak di rumah apabila ibu bapa ke tempat kerja.

9. Bergilir dengan pasangan jaga anak

Bergilir-gilir antara suami isteri dalam mengawasi keselamatan anak-anak. Tambah kalau sama-sama keluar mencari rezeki, anda tetap kena ambil tahu hal anak-anak.  Kalau boleh ‘lari-lari’ balik rumah sekejap pun lagi OK.

IKLAN

10. Hantar anak ke kem

Menghantar anak-anak ke kem-kem yang boleh membantu menambahkan ilmu selain memberi motivasi kepada anak-anak. Cara ini sedikit sebanyak suntik sikap positif dan boleh isi masa terluang anak-anak.

KALAU ANAK MASIH KECIL?

Mungkin boleh hantar anak balik kampung dan biar lepaskan rindu dengan nenek dan saudara di kampung. Itu pun kalau mak ayah masih sihat. Ada banyak sisi kebaikan bila anak rapat dengan nenek di kampung, dan sekurang-kurangnya dia boleh eratkan hubungan dengan sepupu sepapat yang ada.

Lagi pun cara hidup dan didikan di kampung dah tentu jauh beza dengan kehidupan bersama mak ayah di bandar. Banyak yang anak-anak boleh cedok terutamanya dalam bab melayani orang tua. Tapi jangan pula sampaikan susahkan mak ayah.

Haaa… sebelum terlambat, awasilah dan ajarlah anak-anak tentang keselamatan, baik sewaktu berada di luar atau di dalam rumah. Moga info ini bermanfaat buat ibu ayah.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI