Meriah sungguh ucapan Hari Ibu di laman sosial dua tiga hari ini, walau dah berlalu tapi aura hari istimewa mak-mak tetap dirasai. Bukan hanya kita-kita saja yang excited tepek gambar bersama mak tetapi artis pun sama dan salah seorang yang menjadi perhatian netizen ialah ucapan istimewa Dato’ Fazley Yaakob buat insan tersayang.

Apa yang menarik, dalam ucapannya terselit cerita suka duka sepanjang 13 tahun berumah tangga. Kalau orang lain diuji tentang rezeki duit, lain pula kisah dugaan pasangan suami isteri ini. Namun apa yang terjadi, mereka berdua dah redha dan sekarang saling menghargai apa yang Allah bungkuskan saat ini dengan 4 orang anak walau isterinya, Azrene Ahmad pernah keguguran sebanyak 10 kali.

“Happy Mothers day buat semua yang bergelar Ibu, Umi, Mama, Mommy, Emak! Selamat Hari Ibu buat 3 insan yang bergelar ibu ini: Ibu saya, Ibu kepada anak-anak saya dan Ibu mertua saya.”

Kata-kata Buat Ibu Tersayang

“Terima kasih diatas segala pengorbanan ibu buat Paji dan adik-adik serta Azrene dan cucu-cucu ibu selama ini. Ibu terlalu banyak bertahan demi Paji & Azrene dan 9 orang cucu-cucu kesayangan. Doa keramat seorang ibu sentiasa menjadi pendinding dan keberkatan untuk seorang anak. Paji sayang ibu sangat sangat SANGAT! Selamat Hari Ibu! @rsd.umi”

Luahan Buat Isteri Tercinta

“Buat Isteri saya yang juga Ibu kepada 4 orang anak-anak saya- Adik sayang, terima kasih di atas 13 tahun hidup kita yang penuh keindahan walaupun ada kedukaan kita tersendiri. Adik seorang ibu yang serba lengkap buat anak-anak kita, seorang ibu yang terlalu penyayang. 10 kali keguguran bukan sesuatu yang mudah untuk di lalui, namun Adik telah bersabung nyawa untuk 4 orang anak-anak kita @payishpiyashpiyush dan @ellie_alaynaselma . Adik sayang, Abang loves you so very much. Happy Mothers Day! @azrene_ahmad”

Ini Ucapan Buat Mentua

“Buat Ibu mertuaku- Terima kasih juga kerana melahirkan Azrene yang kini menjadi ibu kepada anak-anak saya. Segala usaha yang dilakukan oleh mu untuk membesarkan Azrene tetap dihargai. Doa saya buatmu tak pernah putus sepanjang 13 tahun ini, agar hidupmu diberkati dan diberikan ketenangan. Walau apa pun yang telah berlaku, hubungan anak dan seorang ibu takkan pernah putus. Insyaallah moga kita bertemu jua di satu hari nanti! Happy Mothers Day!”

Kasih Sayang Seorang Suami Buat Isterinya

Kalau ikuti di laman Instagram milik Dato’ Fazley Yaakob, ternyata dia seorang suami yang penyanyang dan sangat menghargai isterinya. Tak pernah terlupa wish hari-hari penting buat ‘orang rumahnya’ dan ibu tersayang. Ini salah satu ucapan manis seorang lelaki berpangkat suami buat isterinya…

“Thank you Adik sayang, @azrene_ahmad sentiasa berdiri teguh di belakang abang, walau pun abang teruk di cerca, dimaki dan dihina dari awal kita berkahwin. “Syurga isteri di bawah telapak kaki suami”.. maka abang doakan syurgalah tempatmu nyawaku. Segala pengorbanan adik buat abang dan anak-anak, jasa adik pada arwah bapak dan uwan, bakti adik pada ibu @rsd.umi , serta kasih sayang adik yang tak putus putus pada ibu kandung adik sendiri malahan sentiasa mendoakan beliau di dalam solat. Tabahlah isteri ku, Allah maha adil Maha mendengar! Bertahanlah nyawaku ❤️”

Kenapa Panggilan ‘Adik Sayang’

Mungkin ada yang tak perasan tentang isu panggilan Dato’ Fazley Yaakob pada isterinya, namun di Twitter agak ‘panas’ sekejap. Macam biasa, ada yang komen positif dan ada sesetengah netizen pertikaikan kenapa panggilan ‘ADIK’ pula digunakan buat isteri tersayang. Haaa… khas buat anda yang rasa pelik sangat, ini cerita sebenar dari pihak Dato’ Fazley sendiri…

“Wow ramainya berasa pelik kenapa saya panggil isteri saya “Adik Sayang” . Macam ni ceritanya, Isteri saya anak bongsu, so semua ahli keluarga dia panggil dia “Adik”, lepas tu masa saya jumpa dia di Albert Hall #London (Semasa menguruskan concert Datuk Siti Nurhaliza) it was love at first sight.

Saya ingat dia baru berumur 18 tahun, saya pun naturally panggil dia “Adik” dan dia panggil saya “Abang”, sebab kami berdua agak traditional dari segi panggilan ni. Nak dijadikan cerita, arwah Bapak saya panggil ibu saya @rsd.umi sebagai “Dik Mi”, so bila saya dah makin rapat dengan Azrene, panggilan manja kami terus menjadi “Adik Sayang” dan “Abang Sayang”, dan panggilan ni lekat walau pun kami dah ada 4 orang anak dan 13 tahun bercinta, dah jangan gaduh-gaduh sebab nak mencari sebab kenapa saya panggil @azrene_ahmad “Adik” ok?”

Jadi tak perlulah kecoh-kecoh tentang panggilan apa yang pasangan ni nak guna ya. Moga penjelasan ini dapat memuaskan hati semua pihak, dan team Mingguan Wanita sendiri mendoakan moga hubungan Dato’ Fazley Yaakob sekeluarga makin bahagia dan murah rezeki. Kita doakan yang baik-baik, in shaa Allah yang baik-baik itu juga akan balik pada kita.

Aamiinn.

Jangan Lupa Komen

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
KORPORAT   |   POLISI DATA PERIBADI  |  PENAFIAN   |   LANGGANAN   |   PENGIKLANAN   |   KERJAYA   |    HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error:
" "