
Isi Kandungan
TogglePerkongsian ini khusus untuk mak-mak yang teringin nak buat biskut raya, tapi tak ada oven. Sebabnya dengan cara betul bakar biskut raya atas dapur gas ini pun hasrat nak buat bermacam biskut raya boleh jadi kenyataan. Syaratnya.. RAJIN DENGAN TIDAK je.
MW teruja betul tengok cara Puan Irhana Canella hasilkan bermacam-macam biskut raya yang dibakar atas dapur gas rumahnya saja. Bermakna tanpa oven tak jadi halangan untuk mak-mak tak buat biskut raya ya.
Ini serba sedikit garis panduan yang mak-mak boleh ikut, cara nak bakar biskut atas dapur gas bagi tak hangit. Yang penting hasilnya biskut rangup, cantik, gebu dan menjadi. Malah, pan yang digunakan tak hangit pun.
Cara Wanita Ini Bakar Biskut Raya Atas Dapur Gas

1. Mak-mak boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Sediakan pan atau kuali atau periuk bertutup. alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali tu akan buatkan aliran udara sekata dan biskut naik cantik.
2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan tu. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
Nota : Kalau letak air nanti tak jadi bakar biskut. Dia jadi kukus biskut pulak.

3. Sebelum mulakan kerja-kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit. Kemudian, barulah letakkan dulang untuk bakar biskut.
4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.

5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Misalnya, biskut Arab ambil masa 15 minit, biskut coklat cip dalam 20 ke 25 minit.
6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.
7. Puan Irhana pernah cuba kaedah ini untuk bakar kek, dia ambil masa satu jam untuk bagi kek masak sepenuhnya.
8. Dengan kaedah ini, Puan Irhana berjaya membuat 3 jenis biskut serentak.

Resepi Biskut Raya Tart 3 Bahan
Ini Resepi Biskut Arab
Resepi Biskut Chocolate Chip
Sumber/Foto : Irhana Carnella
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi VIRAL Telur Goreng Crispy, Serius Sedap Rasa Macam Kulit Ayam!

Isi Kandungan
ToggleSelain Bihun Goreng Udang Kering 12 Sudu Teh Gula, Telur Goreng Crispy ini juga antara resipi yang sedang viral dan ramai yang dah cuba. Katanya Telur Goreng Crispy ini serius sedap dan rasa macam kulit ayam. Nak buat pun mudah dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, sedia ada di dapur je.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Siti Zalikha ini.
Viral betul telur goreng crispy ni ye..penangan tiktok betul. Serius sedap rasa macam kulit ayam. Cara nak buat ada di setiap gambar bawah ini ye. Selamat mencuba.Suami dan mertua suke sangat.
Bahan-Bahan:
2 biji Telur
Sedikit secukup rasa
Sedikit chili flakes
*(Kacau-kacau macam nak buat telur dadar)
Cara Membuat:
1.Guna pan untuk gorengkan telur ni.Lagi nipis lagi bagus.
2.Celupkan telur yang dah goreng tadi dengan tepung bestari, celupkan dengan air kemudian celupkan semula dengan tepung bestari.
3.Goreng dengan minyak, api jangan kuat sangat ye takut nanti hangus.
4.Tadaaaaa….dah siap. Rupa macam kulit ayam kan. Rasa sedap sangat.
Baca Lagi Di Sini :
Bihun Goreng Udang Kering 12 Sudu Gula VIRAL, Resipi Arwah Tok Nek!
RAHSIA Buat Telur Dadar Crispy, Pastikan Bancuhan Betul-Betul SEJUK Sebelum Goreng!
Wanita Ini Kongsi Cara & Teknik Nak Buat Telur Dadar Nampak Gebu Macam Kat Kedai
Rupanya Begini Goreng Telur ‘Gedik’, Rangup Kat Luar Cair Di Tengah
Mingguan Wanita : Menarik dah nampak mudah Telur Goreng Crispy ini. Bolehlah cuba resipi viral ni, katanya sedap macam rasa kulit ayam.

Sumber: Puan Siti Zalikha
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hamil Anak Kedua, Raja Farah Ada Kencing Manis, Kurang Air Ketuban & Bakal Bersalin Secara Induce!

Isi Kandungan
TogglePengorbanan buat para ibu-ibu sewaktu melalui tempoh kehamilan bukan semuanya ditempuhi dengan mudah. Ada yang diduga dengan mengalami pelbagai komplikasi dan masalah sepanjang tempoh kehamilan.
Alhamdulillah rezeki pelakon, pengacara dan model iklan Raja Farah Raja Aziz, 30 sedang hamil anak kedua dan telah memasuki usia 36 minggu. Farah hanya sedang menunggu hari untuk melahirkan cahaya matanya, namun menerusi perkongsian selebriti ini di Instagram, dirinya bakal bersalin secara induce memandangkan mengalami masalah kencing manis serta beberapa beberapa komplikasi sewaktu kehamilan.
Masuk Wad Sebab Batu Dalam Hempedu
Menurut Farah, dia melalui beberapa situasi sewaktu tempoh kehamilan kedua ini. Antaranya ketika usia kandungan berusia 5 bulan, Farah telah di masukkan dalam wad kerana mempunyai batu di pundi hempedu.
“Nak story sikit pasal some conditions I have to face in this pregnancy…masa pregnant 5 months, Farah kena admit di ward sebab ada gallstones dalam gallbladder..tentang yang ni, Farah akan cerita panjang lagi dalam 1 post khas nanti..InsyaAllah..Mm..selepas 4 hari di ward, semua makin Baik..sakit perut pun dah tak de sampai sekarang..Syukur sangat”
Air Ketuban Kurang
Menurut Farah lagi, ketika usia kandungan 33 minggu dia mengalami air ketuban yang tak banyak dan menjadi punca bayinya lambat berpusing kepala ke bawah. Namun atas nasihat doktor, Farah kerap memujuk bayinya dan ternyata cara tersebut berkesan.
“Masa pregnant 33 minggu lebih hari tu, baby masih belum pusing kepala kebawah…tapi tak de lah merisau kan, Sebab masih ada masa untuk baby pusing..tapi Farah jadi risau balik, bila my gynae said, my amniotic fluid or air ketuban, tak dekat borderline je..Jadi kemungkinan, baby susah nak pusing sendiri, sebab Air ketuban tak banyak.Tapi Doctor tetap suruh pujuk baby untuk pusingkan kepala kebawah”
“Betul lah method tu, memang bayi dalam rahim kita ni mendengar bila kita cakap dengan dia.so Farah selalu pujuk baby supaya pusing kebawah, termasuk lah Abang dia Imran tu..everyday akan cakap “baby….shinggg”. So base on my 35 weeks checkup, Alhamdulillah, baby dah pusing! Sekali lagi syukur sangat” ujar Farah.
Ada Kencing Manis Sewaktu Hamil
Bukan itu sahaja, Farah turut mengakui kehamilan kedua ini dirinya gemarkan makanan manis dan menyebabkan mengalami kencing manis sewaktu mengandung sekaligus menyebabkan air ketubannya kurang.
“Tentang air ketuban pulak, so far belum ada good progress…masih di paras borderline…next check up will be next week pulak for 35 weeks pregnant.My gynae said, low amniotic fluid ni disebabkan gestational diabetes I had in this pregnancy..aih..! Mama suka makan manis this time….tu yang Gula tinggi…akibat nye Air ketuban rendah”

“Doctor said antara, Air ketuban terlalu banyak atau terlalu sikit bila Gula terlalu tinggi atau terlalu rendah.So again Farah down sikit..no more sweet foods & drinks for me…seharian minum plain water je sekarang ni, sungguh terseksa rasa.Sebab tekak memang nak benda-benda manis…tapi kena fikir kan untuk kebaikan baby.Mama kena berkorban demi baby Mama ni…InsyaAllah…pray for my strength yea everyone” kata Farah lagi.
Terdahulu, menerusi perkahwinan kedua, Raja Farah telah berkahwin dengan Iskandar Ismail pada 2015 dan dikurniakan cahayamata pertama Imran yang kini berusia 3 tahun.
MW: Selamat bersalin buat Raja Farah. Semoga dipermudahkan segala urusan nanti. Pengorbanan buat ibu-ibu dan isteri menanggung pelbagai kesusahan dan komplikasi sewaktu hamil demi memberikan zuriat buat suami tersayang.
Sumber: Raja Farah Aziz
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penangan Nostalgia Gambar Lama 8 Beradik Lelaki, Rupanya ‘Emak Bersalin 14 Kali’

Isi Kandungan
ToggleGambar lama 8 adik-beradik lelaki ini viral di media sosial. Seronok tengok, bersusun 8 beradik dari besar ke kecil. Bila dah dewasa, mereka rakam semula gambar ikut susunan yang sama. Daripada 8 beradik lelaki ini, ada lagi 6 beradik perempuan satu ayah, satu emak.
Pemilik gambar nostalgia, Salman Sulong akhirnya membuka cerita. Kata Salman, gambar yang menular itu dikongsikan di media sosial sekitar tahun 2019. Masuk dalam Grup Dulu Dulu dan Malaysia Dulu Dulu.
Memandangkan, gambar itu kembali tular, Salman buat keputusan kongsikan semula gambar nostalgia itu dalam Grup Malaysiaku Dulu Dulu Official.
“Memandangkan ini grup yang bawa trend ‘Dulu Dulu’ yang official saya masuk, saya rasa berhak juga jika gambar ini disampaikan di Group Official ini yang saya masuk ketika jumlah member masih lagi bawah 1k.”
Ok. Let’s start.
Apa kaitannya gambar ini dengan Malaysiaku Dulu Dulu Official? Haaa.. Nak cakap macam mana?
Dulu, besi dulu sangat tahan. Tahun 1998 ketika kami bergambar depan garaj kereta ni, besi itu masih baru. Pada 2019, ketika ‘remake’ gambar ini, besi itu masih utuh lagi dan memberikan fungsinya. Amat berbeza dengan besi zaman sekarang, cepat sangat berkarat dan berlubang. Mungkin sebab sudah ‘recycle’.
Ye, ini kami 8 beradik lelaki satu emak satu ayah. Tapi, jangan komen dulu, sebenarnya ada lagi 6 beradik lagi yang perempuan, tapi tak masuk dalam gambar. Benar, emak pernah merasa pengalaman bersalin sebanyak 14 kali termasuk sekali yang terpaksa disambut oleh ayah sendiri. Hebat kan emak zaman dulu dulu.
Remake Gambar Lama 8 Beradik Sebab Nak Gembirakan Hati Emak
Idea bermula untuk remake gambar ini ialah untuk menggembirakan emak pada musim raya tahun 2019. Semua adik beradik balik beraya di kampung dan kami teringat dulu emak suka sangat minta kami adik beradik ni bergambar susun macam tangga. Lalu terhasil lah gambar ini; 1998 vs 2019.
Alhamdulillah semua masih bernyawa ke saat tulisan ini. ‘Alive n kicking’ kata orang putih.
Kenangan Merasa Kasut Multi Purpose
Dahulu, kasut raya kami pastinya kasut yang multi purpose. Selalunya yang boleh dipakai untuk acara sukan di sekolah. Tak perlu keluar bajet lain untuk beli kasut. Alhamdulillah merasa juga pakai kasut raya walau adik beradik ramai. Bajet mestilah besar, syukur ayah kami mampu. Selain itu kasut raya turut kami pakai kalau kami sekeluarga ‘travel’ akhir tahun naik van/4×4 pusing negeri lain melawat saudara mara. Bergaya la sikit.
Dulu Rambut Adik Beradik Semua Sepesen
Apa lagi nak cerita kalau bab dahulu ni? Haa.. Satu perkara yang sekarang ni saya rasa orang sekarang sudah jarang buat. Cuba lihat gambar 1998. Rambut yang kecil-kecil tu sepesen je. Memang dari dulu, ayah kami akan guna skil tangan dia sejak dia bujang untuk potong rambut kami semua.
Pakai mesin gerit yang macam playar tu. Bukan mesin bermotor macam sekarang. Memang kami akan kena tadah kepala bila ‘panggilan potong rambut’ sudah berbunyi.
Waktu tu, memang ada juga masa yang rasa tak suka atau tak puas hati dengan fesyen yang tak up to date, tapi bila dewasa ni, baru tahu sebenarnya bukan fesyen sangat yang ayah titik beratkan, tapi BONDING FATHER N SON yang ayah cuba buat.
Dalam kesibukan kerja beliau dan keseronokan kami bermain dan bersekolah, masih juga beliau cuba luangkan masa bersama untuk beliau turunkan beberapa sentuhan bekalan pesanan masa depan buat anak-anak tersayang. Merasa juga la perit kalau mesin tu terlekat atau kurang minyak.
Baju Raya Sepeses Dari Sekayu Kain
Emak? Emak seboleh-bolehnya nak kami adik beradik pakai baju yang sama atau sepesen. Jenuh juga la nak mencari. Alhamdulillah sampai sekarang Baju Melayu Raya kami akan satu warna. Bahkan selalunya dari kayu kain yang sama. Memang untunglah tokei kedai kalau emak pergi kedai kain, tak payah promote banyak tapi satu atau dua kayu kain baju raya akan terjual. Tapi sebelum dia tersenyum, dia kena mengadap skil tawar menawar dari emak dulu Hahaha.
‘Mengaji, makan, berjalan, tengok TV pun berjemaah’ Rahsia harmoni 10 beradik.

Kesemua Anak Berjaya Dalam Bidang Masing-masing
Itu je lah sebahagian ceritanya tentang gambar ini. Alhamdulillah adik beradik membesar sihat dan berjaya dalam pelajaran semua. Dari 8 jejaka ni, dua belum kahwin dan yang bongsu je yang kerja part time sementara result U keluar. Syukur juga, pendidikan sampai untuk kami semua dan semua sudah diizinkan Allah jejak kaki ke Tanah Suci.
Ini Keberkatan Didikan Mak Ayah
Bergaduh? Biasalah tu. Masa kecil, gaduh gaya kecil. Masa besar, gaya besar. Memang ada la terkucil sana sini, tapi orang kata carik carik bulu ayam kan? Bila kenangkan betapa susahnya ayah dan emak membesarkan kami 8 Plus 6 ni, rasa tak patut amat kalau bila dah besar ni, kami nak bergaduh lagi. Apatah lagi kalau disebabkan perkara kecil je pun. Mohon Allah satukan hati kami semua adik beradik, sayang menyayangi dan ambil berat sesama sendiri, hasil KEBERKATAN ayah dan emak yang bersusah payah membesarkan kami.
Ada Abang-abang, Takde Siapa Berani Ganggu Adik
Ada satu cerita tambah. Satu waktu tu, adik yang bawah tu kena buli oleh sekumpulan pelajar di sekolahnya. Lebih tepat lagi, di asrama. ( tak boleh sebut secara tepat yang mana satu, akta kerahsiaan Hahaha)
Dijadikan cerita, bila berita buli tu emak sampaikan pada kami, abang-abang yang atas ni, pada waktu malam tu juga, kami terjah ke asrama tu untuk tahu cerita sebenar. Bukan nak bela adik semata, tapi kalau dia yang salah, biarlah dia merasa. Warden kebetulan malam tu tak ada, jadi terus kami masuk bilik dan cari hamba-hamba Allah yang dikatakan buli adik tu. Sungguh dramatik, bertempiaran melarikan diri dan bersembunyi katanya ‘saspek-saspek’ tu.
Alhamdulillah tiada pertumpahan darah atau sentuhan fizikal. Tak tahu la mereka yang terlibat tu masih ingat atau tidak hahaha. Kenang balik, gaya kami masuk ke asrama tu dah sebijik macam geng Young and Dangerous filem Hong Kong tu. Cuma tak bawa pedang, kayu atau pisau dapur.

Cerita Anak Ramai..
Okay lah, panjang sangat dah ni. Insya Allah bersua lagi cerita lain (kalau rajin, sebab saya tak pandai nak tulis). Cerita anak ramai ini pasti berulang lagi dalam generasi kami dan seterusnya InsyaAllah.
Terima kasih sebab membaca. Harap menjawab banyak persoalan tentang gambar ini ye. Kalau orang tanya kenapa yang tengah tu terbantut (kurang asam punya statement), tak pandai la kami nak jawab.
Tapi, kalau tanya kenapa hensem-hensem, jawapannya senang je. Sebab ayah dan emak kami pun hensem dan jelita.
Sekian.
BangLong.
Nak tengok video kami beraya, boleh tengok di channel YouTube adik. Please subscribe, dia perlukan support untuk terus hasilkan content.
https://youtu.be/06_ayJ0ORl4
Yang ni pulak, keluarga sekunder yang tengah ikut jejak sama insya Allah.
https://www.youtube.com/channel/UCplNw8hfrvvNBJfHqRFj6mQ
MW : Dah tau kan kisah gambar lama 8 beradik lelaki ini. Bagus untuk dijadikan sumber inspirasi. Sejuk perut ibu mengandung dan melahirkan.
Sumber/Foto : Salman Sulong
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI