Bila mak-mak masak telur dadar di rumah mesti tak sama seperti yang dibeli di kedai tomyam, lembut, gebu dan garing. Kadang-kadang macam-macam cara yang guna tapi tetap tak jadi.
Walaupun mungkin mak-mak guna teknik yang sama dan ada juga yang guna tip untuk bagi telur dadar gebu tapi, ia tetap tidak sama. Lain orang lain air tangannya.
Kalau sudah cuba pelbagai cara nak bagi telur dadar gebu, apa kata cuba teknik yang dicadangkan oleh Nur Mashitah ini.
Teknik masakan yang berbeza mampu menghasilkan hidangan yang berbeza meski pun menggunakan bahan yang sama. Begitu juga apabila anda ingin menghasilkan telur dadar yang gebu.
Ada teknik atau cara yang boleh diguna pakai bagi menghasilkan telur dadar yang gebu. Cuba bezakan dua teknik di bawah:
Ads
Teknik Pertama
Pukul telur putih dan telur kuning di dalam satu bekas dan kemudian goreng.
Teknik Kedua
Asingkan kuning telur dan putih telur. Pukul kedua bahan di dalam bekas yang berasingan. Putih telur dipukul sehingga kembang seakan-akan awan putih. Kemudian kuning telur di gaul dengan perlahan ke dalam bekas yang mengandungi putih telur tadi dan kemudian goreng.
Kedua-dua teknik ini menggunakan bahan yang sama, tetapi hasilnya berbeza. Telur dadar yang dihasilkan dengan teknik kedua akan lebih gebu daripada teknik pertama.
Hasilnya…
Apabila putih telur dipukul, anda sebenarnya sedang menambahkan udara pada putih telur.
Udara yang terperangkap menghasilkan buih-buih seperti awan putih tadi dan meningkatkan isipadu telur. Hasilnya telur tampak lebih gebu dan lebih besar berbanding teknik pertama.
Ads
Hebat bukan, hanya dengan mengubah cara atau teknik masakan mampu menghasilkan produk yang berbeza.
Selain teknik pukulan, kesegaran dan suhu telur juga memainkan peranan dalam penghasilan buih yang stabil.
Jom kongsikan cara anda menghasilkan telur dadar yang gebu?
Sumber rujukan: Lomakina, K., Míková, K. (2006). A study of the factors affecting the foaming properties of egg white – a review. Czech Journal of Food Sciences, 24(No. 3), 110–118.
Mingguan Wanita : Mungkin ambil masa sedikit sebab kena pukul telur putih dan kuning berasingan. Tapi hasilnya, memang padu!
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ragam anak-anak di rumah juga pelru dipenuhi, mereka akan sentiasa rasa lapar. Maklumlah, selepas menonton TV dan melayan gajet perut mula berkeroncong. Masa ini ibu-ibu yang bekerja dari rumah kenalah memasak menu yang pantas dan sedap agar dapat memenuhi selera anak-anak dan suami.
Menerusi status Facebook seorang rakan @nanaazman telah berkongsi resipi yang cukup ringkas. Ibu-ibu hanya perlu ke dapur dan siapkan juadah dalam tempoh 10 minit dan kemudian boleh fokus semula lakukan kerja-kerja pejabat dari rumah anda.
Paling seronok bahan-bahan yang digunakan memang sentiasa ada di dapur dan peti sejuk rumah anda. Jom cuba resipi ini! Terliur pula dibuatnya, memang tak sabar nak cuba.
Resipi ini bukan sekadar mudah juga jimat kos, sangat sesuai pada mereka yang mempunyai ramai anak kecil.
Mi Kuning
3 ulas Bawang Putih
1 hiris Bawang Besar
1 biji Telur
Sebiji Lada Besar dipotong
Sawi
Ayam Dipotong Dadu
Air
Lada Hitam ditumbuk
Cara Cara Memasak: Tumis bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau. Masukkan air, bawang besar, lada, sawi, ayam. Bila mendidih kecilkan api dan pecahkan telur kedalamnya. Bila sudah masak masukkan mee kuning. Makan semasa panas.Tuang sedikit sos cili diatasnya.
Hujung minggu atau musim cuti sekolah, bila anak-anak ada di rumah, mak-mak memang kena sediakan macam-macam makanan. Sebab anak selalu lapar minta macam-macam makanan. Selain hidangan makan berat, kena ada juga kudapan sampingan macam Biskut Cornflakes Nestum ni. Anak-anak gerenti suka lebih-lebih lagi sebab guna cornflakes dan nestum.
Cara nak buat biskut ni pun cukup mudah dan bahan-bahannya pun tak banyak.Lebih menarik, biskut ni rangup dan tak menggunakan tepung langsung seperti dalam kebanyakkan resipi.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Zahidah Kamal ini sebagai rujukan.
“Biskut paling simple dan sedap,tak dapat banyak pun sebab baru keluar oven 2 hero dah amik seorang dekat 3 keping. Resepi dekat bawah ya saya share resepi biskut nya. Saya panggil biskut conflakes nestum or biskut diet,sebab kalau lapar makan biskut ini jadi kenyang.”
Bahan-Bahan:
300g Cornflakes (beli dekat bakery je,kalau nak guna yang kotak pun boleh terpulang)
500g atau 1 peket nestum
6 sudu makan madu
250g atau 1 cawan majerin cap Pelangai (nak guna butter cup ke apa tak kisah)
1/4 cawan gula aising (kalau suka manis boleh tambah,ini sebab mak dan abah tak makan manis kena kurangkan)
Cara Membuat:
1. Ramas conflakes sehingga hancur (ramas manja-manja je) selepas itu masukkan nestum.
2. Gaul madu, gula dan majerin sehingga sebati (guna senduk je)
3. Kemudian masukkan majerin, madu dan gula yang dah sebati ke dalam conflakes dan nestum tadi.
4. Gaul sehingga kelihatan melekat dan basah-basah sikit.
5. Masukkan ke dalam acuan mini muffin dan padatkan dengan cawan.
6. Bakar pada suhu 200°c selama 10 minit.Bergantung pada oven masing-masing (panaskan oven selama 10 minit sebelum tu ye).
Limau kasturi, asam boi dan madu rupanya boleh jadi ramuan berkesan untuk sembuhkan batuk. Bukan apa peritnya tekak bila batuk tak sembuh-sembuh, sesak rasa didada, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk.
Jika dah cuba macam-macam cara tak berkesan, boleh cuba petua alternatif dan ikhtiar semulajadi untuk legakan batuk ini. Hanya menggunakan bahan semulajadi yang ada di dapur sahaja.Malah katanya ia merupakan amalan kaum cina zaman dulu dalam melegakan batuk.
Pagi ni sediakan ramuan ubat batuk. Pesakit autoimmune macam saya kalau batuk susah nak kebah.
So ini laa ubat batuk saya selama ni.. tqsm Kyung Kakyung Ayza kerana berkongsi ilmu ni. Ini adalah ramuan zaman dulu kala bagi kaum cina.
Awal bulan anak buah dan cucu sedara saya batuk teruk. 3 kali ke klinik masih tak sembuh. Saya buatkan ini, 2 hari dia Ok.Kalau ada sahabat yang ada anak-anak batuk dah lama dan tak sembuh boleh cuba.
Bahan-Bahan:
2 sudu makan madu
3/4 balang Air
Limau kasturi dan asam boisama banyak
Cara Membuat:
1. Bancuh air madu isi dalam botol kaca atau plastik.
2. Belah 2 limau jangan putus.
3. Perah jus limau ke dalam bancuhan air madu.
4. Isi asam boi dalam limau.
5. Isi limau ke dalam air madu tadi.
Simpan pada suhu bilik sahaja.
Cara Mengamalkannya:
# Ambil 2 sudu makan bancuh dengan air suam (cara minum madu begitu supaya cepat diserap oleh badan).
# lagi lama perap lagi bagus.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...