Suaminya sempat peluk dan cium sebelum dia 'ghaib' tanpa sebarang berita.

“Tiada perselisihan faham.” Suami sempat peluk, cium sebelum ghaib atau hilangkan diri pada malam kejadian.

Lagi pula memang suaminya biasa bersikap demikian, jadi wanita ini langsung tidak curiga sehinggalah sehingga hari ini suami masih tidak ditemui.

Tiada Perselisihan Faham

Suami sempat peluk, cium dan memuji kecantikan saya sebelum dia ‘ghaib’ tanpa sebarang berita,” kata wanita yang hanya mahu dikenali DJ Sal, 47, isteri kepada DJ Wong atau nama sebenar Noor Aziz Johari, 53, yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Pasangan terbabit aktif bersiaran secara dalam talian di Facebook (FB) “DJ Wong And Sal Bollywood” yang kini mempunyai hampir 100,000 pengikut.

Baca Di Sini : “Saya Mahu DiSayangi.” Sedih DiTinggalkan Suami, Seorang Ibu Tergamak Cederakan Anak-Anak

Suami Sempat Peluk, Cium

Menurutnya, pada hari kejadian mereka sedang bersiap untuk bersiaran secara langsung di FB pada 10 malam sebelum dia dipeluk suami, dicium tiga kali serta dipuji cantik.

“Ketika itu, saya tidak terfikir apa-apa kerana suami memang kerap berbuat demikian dan selepas itu saya memintanya pergi bersiap dalam bilik.

IKLAN

“Bagaimanapun, saya selepas itu menyedari yang suami tidak masuk bersiap dalam bilik sebaliknya dia terus menghilangkan diri,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Ria Mesra 2, Gurun, Kedah.

Sebelum Ghaib

Katanya, apabila menyedari suami tiada dalam bilik, dia cuba mencari dalam sekeliling rumah namun gagal menemui DJ Wong.

“Ketika itu hujan lebat dan saya cuba menghubungi suami namun telefon bimbitnya dimatikan. Bimbang dengan situasi itu, saya bergegas ke rumah keluarga suami di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena namun masih gagal mengesannya,” katanya yang masih bingung dengan kejadian itu.

Menurutnya, tiada sebarang perselisihan faham berlaku antara mereka yang boleh dikaitkan dengan misteri kehilangan suaminya itu yang dilihat keluar dengan memakai kemeja dan jeans biru.

“Saya hanya perasan suami kelihatan agak murung sejak kebelakangan ini dan tidak ceria berbanding sebelumnya namun tidak tahu apa masalah difikirkannya.

IKLAN

“Suami hanya membawa telefon bimbit serta kad pengenalan dan saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangannya itu,” katanya yang berharap suami ditemui dalam keadaan selamat.

Baca Juga Di Sini: Baru Berkahwin Seminggu, Gara-gara Nafkah RM8.80 Sehari, Suami Ditinggalkan Isteri

Meminta Bantuan

Katanya, dia sudah meminta bantuan saudara serta kenalan untuk mengesan dan memberi maklumat sekiranya terjumpa suaminya itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat DJ Wong boleh menghubungi DJ Sal di talian 0135783727 atau 0134194818.

IKLAN

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Mingguan Wanita : Semoga DJ Wong ditemui selamat dan kembali ke pangkuan isterinya. Insyallah.

Sumber : myMetro

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI