Tak perlu malu untuk mengakui, tiap orang pastinya akan melalui saat-saat yang mereka akan diuji dengan pelbagai ujian hidup. Tidak kira dari segi peribadi, kerjaya dan sebagainya.

Tak Sama Ujian Hidup

Perkongsian daripada Dr. Nurhidayah Roslan ini pastinya sedikit sebanyak membuka mata kita betapa besarnya mukjizat Al-Quran bagi mereka yang telah benar-benar memahaminya.

“ Walau berkelulusan di dalam bidangKejuruteraan Genetik Dan Sains Biomolekul, saya memilih untuk menjalankan bisnes bersama suami. Sebenarnya dunia perniagaan sangat dengan jiwa saya dan sejak zaman belajar lagi saya sudah mula meniaga.

“ Apabila menjalankan bisnes sendiri, saya sangat cepat stres kerana saya seorang yang memiliki ekspektasi yang sangat tinggi dalam tiap apa yang saya lakukan. Bila tak mampu capai, saya akan rasa ‘down’ dan tertekan,” Ujar Dr. Nurhidayah membuka bicara.

Tak Perlu Mengadu Pada Manusia, Al-Quran Ada Jawapan…Buka Dan Baca!

 Kawan Suruh Buka Al-Quran

Jika dahulu, al-Quran sekadar dibaca saja. Akuinya, seorang rakannya pernah menyarankan supaya apa saja masalah yang dihadapi, bukalah al-Quran.

“ Pada ketika itu saya tak berapa nak faham sangat. Sehinggalah pada satu ketika, saya berada dalam satu situasi di persimpangan dilema. Saya rasa sangat sedih, down dan rasa tak ada manusia yang boleh bantu saya. Akhirnya saat itu, selepas saya mengadu pada Allah; saya buka al-Quran dan mata saya terpaku pada satu ayat yang lebih kurang maksudnya: Bukan manusia yang buat pilihan tapi Allah yang rancang.  Bermakna, apa yang terjadi, kita tak boleh salahkan orang lain. Saya kena ikut saja apa yang Allah rancang dan tak boleh salahkan orang lain. Akhirnya timbul rasa reda dan tenang dalam diri.” Jelasnya.

Menurut Dr. Nurhidayah lagi, ini juga menjadi titik tolak untuk dirinya dan membawa perubahan besar pada hidupnya secara keseluruhan.

IKLAN

 Sebelum Kongsi Di Media Sosial, Buka Al-Quran

Tambah Dr. Nurhidayah lagi, kadangkala bila diri jadi mangsa fitnah dan rasa sakit hati, pasti tercetus rasa hendak berkongsi di media sosial untuk memalukan orang itu.

“ Bila saya dah faham al-Quran, saya dah tak ada perasaan itu. Sebelum buka media sosial, mengadulah dulu pada Allah dan buka al-Quran. Pasti akan hadir rasa tenang dan reda. Kita juga akan ada perasaan takkan salahkan orang lain atas apa juga yang berlaku.

“ Dahulu, saya seorang yang cepat stres dan panas baran. Sikap ini jugas sebenarnya memberi kesan terhadap hubungan saya dengan suami dan anak-anak. Asyik panas dan tegang saja bila mereka tak dapat buat seperti yang saya inginkan.

“ Bila saya rasakan segalanya Allah yang rancang, saya lebih tenang untuk terima kekurangan orang lain dan tak salahkan orang lain. Akhirnya, Subhanallah, banyak perkara baik berlaku. Jika di musim PKP ini, ramai yang terkesan terutama yang menjalankan bisnes. Namun Alhamdulillah, Allah takdirkan banyak peluang di luar kebiasaan untuk diri saya. Rezeki datang daripada pelbagai arah dan tanpa diduga. Syukur Alhamdulillah.” Kongsinya penuh kesyukuran.

Tak Rugi Didik anak Sayang Al-Quran

Hubungan dengan anak-anak juga semakin baik malah anak sulungnya pernah mengatakan yang kini dirinya sudah jauh berubah.Tiada lagi panas baran dan marah-marah.

IKLAN

“ Bila anak suarakan tentang perubahan diri saya, maka saya terangkan puncanya bagaimana saya lebih tenang iaitu al-Quran. Saya ajar anak-anak yang berusia 11, 9 dan 7 tahun untuk sayang dan hormat al-Quran. Mereka akan mengaji setiap hari dan membaca tafsir al-Quran. Saya ingin jiwa mereka penuh dengan al-Quran.

“ Al- Quran adalah satu budaya hidup. Bukan bulan Ramadan saja kita kena baca. Al-Quran kena dijadikan sebagai panduan hidup. Kalau rasa sedih, nak jawapan dan panduan, bukalah al-Quran sebab al-Quran adalah mukjizat nabi untuk kita. Ia relevan sepanjang zaman. Apa lagi kita nak pertikaikan?

“ Kalau kita anggap al-Quran sebagai sebuah kitab yang kita baca saja, maka setakat itu sajalah. Sebaliknya kalau kita faham al-Quran sebagai panduan, impaknya cukup luar biasa bagi kita. Akan ada ada jawapan untuk tiap persoalan dalam hidup. Bila buka al-Quran pasti ada jawapan yang Allah bagi.” Tambah Dr. Nurhidayah tegas.

Tak Perlu Mengadu Pada Manusia, Al-Quran Ada Jawapan…Buka Dan Baca!

Akan Ikut Serta World Quran Hour

Ujar Dr. Nurhidayah lagi, besar hikmah tersirat bila mengadakan World Quran Hour pada tempoh PKP ini.

IKLAN

“ Semua orang sedang duduk di rumah bersama keluarga, jadi lebih memudahkan untuk turut serta dengan program ini. Pasti lebih bermakna andai dapat membaca al-Quran bersama keluarga. Insya-Allah saya sekeluarga akan turut serta dalam program World Quran Hour tanggal 13 Mei nanti. FB: https://www.facebook.com/WorldQuranHour/ 

Dalam masa yang sama, marilah kita sebarkan kasih sayang pada seluruh umat Islam. Sayang tanpa syarat, sayang tanpa batasan. Itulah akhlak Rasulullah s.a.w.” Akhiri Dr. Nurhidayah menutup bicara.

World Quran Hour akan diadakan pada 13 Mei ini bermula jam 12 tengah hari. Ayuh semua! Kita gemakan alunan Al-Quran ke seluruh dunia!

https://www.mingguanwanita.my/viral-18-dan-19-rupanya-ada-signifikan-dalam-surah-al-quran/

https://www.mingguanwanita.my/ini-4-tip-berkesan-ajar-anak-mengaji-al-quran-mulakan-ketika-hamil-hingga-usianya-4-tahun/

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI