Tahniah diucapkan buat pelakon Risteena Munim yang kini sah menjadi isteri kepada pelakon, Isa Khan. Pasangan ini selamat bernikah dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.40 pagi tadi.
Majlis bersejarah pasangan popular ini diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan disiarkan secara langsung menerusi Intagram @project2pi selaku jurufoto rasmi perkahwinan.
Risteena Sah Bernikah, Pasangan Sama Cantik Sama Padan
Ads
Pada majlis ini, Risteena kelihatan begitu anggun dengan sepersalinan busana putih rekaan Ezuwan Ismail.
Turut hadir menyaksikan detik bersejarah pasangan itu adalah adik Risteena yang juga pelakon, Ruhainies bersama beberapa ahli keluarga kedua-dua belah pihak mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Untuk rekod sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan dek kerana penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Ads
Sebelum ini, pasangan selebriti cukup sensasi ini juga telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia.
Tahniah diucapkan buat Mohd Noor Murad, 36 tahun atau lebih popular dengan nama pentas Mamat Sepah dan isteri yang baru saja menyambut ulang tahun perkahwinannya baru-baru ini.
Pelawak yang berasal dari Johor ini mendirikan rumahtangga dengan seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam iaitu Diana Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Nana pada tanggal 1 Mac 2020.
Mamat meluahkan rasa syukur dan berkongsikan perasaannya selepas setahun melayari kehidupan rumah tangga dengan isterinya yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu.
Perkongsian yang cukup mencuit hati dan berunsur lawak memberi maksud yang mendalam diluahkan oleh Mamat buat isterinya yang begitu jelita. Malah Mamat juga mengimbas kembali detik pertemuan dengan isteri tercinta.
“ I SUREENDER “Pertemuan buat kali pertama di balai polis seksyen 9 Shah Alam pada tahun 2016 membuatkan aku terus di gari, di tembak dan di lokap kan di hati @_cik_nana.
“Tanpa sedar hari ni genap setahun hari pernikahan kami. Walaupun rasa macam semalam je ia nya berlaku tapi banyak liku-liku yang di lalui bersama.
“Sesungguhnya penat kahwin dengan polis pempuan kalau korang nak tau. Sebb dia akan perhatikan setiap gerak geri kau hingga kau rasa “seperti kena tahan kat roblock tapi kau tak paakai seluar” Itu akan mmbuatkan kau lebih dewasa dan berhati-hati dalam melangkah ke depan.
MW mendoakan pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Seperti mana yang dilaporkan baru-baru ini pelawak Atu Zero telah rebah tiba-tiba selepas menunaikan solat Isyak sebelum dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam .
Menurut isterinya Shafeeqa Johari, Atu alami strok haba berikutan cuaca yang panas. Malah suaminya juga diminta berehat sepenuhnya buat masa ini.
Sewaktu kejadian Shafeeqa menerangkan Atu tiba-tiba pitam dan rebah di hadapannya.
“Saya ingatkan dia penat sangat disebabkan sehari suntuk menjalani penggambaran semalam. Selepas solat Isyak, dia terduduk lama sebelum tiba-tiba pitam dan rebah depan saya.
“Saya terus bergegas membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan dia terkena serangan strok haba. Menurut doktor, badannya kekurangan air disebabkan cuaca panas yang melanda sekarang.
“Doktor juga menyatakan strok haba berbahaya dan mampu membuatkan badan lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Malah, Atu pun ada juga mengadu tidak dapat merasa separuh tangannya sebelum ini,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Bukan itu saja malah Atu dinasihatkan berehat lebih kurang tiga hari sebelum boleh bekerja semula.
“Doktor sudah memasukkan air sebanyak dua botol ke dalam badannya. Kemungkinan besar, hari ini juga dia akan dibenarkan keluar dari wad.
“Namun begitu, dia perlu berehat paling kurang tiga hari sebelum boleh bekerja semula. Atu memang sentiasa terfikir komitmen kerjanya yang tertangguh, namun buat masa ini dia kena lupakan seketika,” ungkapnya.
Terbaru menerusi entri di Instagramnya, Atu mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan kesihatannya.
Sebelum itu, isteriny Shafeeqa telah memuat naik entri di laman Instagram dan memberitahu tentang keadaan Atu yang kecundang kerana kurang rehat.
“Kecundang jua hero kami…. bukan Covid ya… rehydrate, kepenatan, keletihan… slalu nya kami yg sakit, dia yg gagah… x pernah ak lihat dia di atas katil hospital…. time nk cucuk air pon dia masih tanya, boleh ambil wuduk kah kalau cucuk masuk air ni … boleh b… pedih pon sikit je lah. Kita tayamum… doakan hero kami sehat cepat,” luahnya.
“Salam subuh…. Allah tahu kau strugle cari rezeki b. Dia suh rehat jap. Tak apa b, jangan risau… ada lagi rezeki lain… Suami, orang paling gagah dalam rumah tangga. Kalau sakit pon dia gagahkan juga mencari rezeki. Sayu tgk muka suami… syukur alhamdulillah tiada apa-apa yang serius… kalau sakit jangan biarkan lama-lama… terus lah pergi hospital… Kadang-kadang suami ni pura-pura sihat, tak kan kita ni risau… Atu ni rajin… tapi dah sampai limit dah kekuatan badan tu… tak boleh nak buat apa-apa terus,” tulisnya.
Bertarikh 23 Februari lalu, jam 4.53 pagi, pendakwah terkenal, Da’i Hamidah selamat melahirkan bayi keduanya. Ketika ini, beliau sedang melalui fasa berpantang tenang bersama anak keduanya itu.
Berkongsi titipan di media sosial, instagramnya, Da’i Hamidah atau nama sebenarnya, Hamidah Abdul Razak betapa kehadiran suami dan insan-insan yang dekat dengannya banyak memudahkan urusannya di sepanjang kehamilan hingga melahirkan.
Fasa mengandung, melahirkan dan mendidik bukanlah satu perkara yang mudah. Sebab itu disebut kepada ibu yang mengandung “wahnan ala wahnin “. Benar- benar sakit dan benar-benar mendebarkan. Maka suamilah tempat isteri menumpang kekuatan. Terima kasih suamiku yang menemani dari awal sehingga melahirkan.
Walaupun dalam labour room tersengguk-sengguk sangat mengantuk almaklumlah anak lahir waktu tahajjud. Terima kasih juga insan terpenting dalam hidup kami berdua iaitu mak, ummi & ayah yang banyak membantu.
Berkat adanya mereka terlalu banyak urusan kami menjadi mudah. Ya Allah mana nikmatmu yang ingin kami dustakan. Semoga kehadiran permata kedua ini menambah seri kebahgiaan dalam rumahtangga kami In Sya Allah.
Sebelumnya, Da’i Hamidah juga berkongsi ilmu untuk mak ayah. Ada 8 perkara yang perlu dilakukan pada bayi yang baru dilahirkan.
– 3 perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja dia dilahirkan iaitu ( azan , iqomat, dan tahnik )
– 4 perkara yang perlu dilakukan pada hari ketujuh kelahirannya : ( akikah, diberi nama, bercukur, dan bersedekah )
– 1 perkara yang perlu dilakukan pada hari kelapan : ( khitan )
* Tak wajib ikut hari senarai atas ni sebijik-sebijik tapi kita usaha buat semua perkara di atas *
“Alhamdulillah hari kesembilan (ketika status dan gambar ini dimuat naik di instagram Da’i Hamidah) dah permata kami. Syukur selesai apa yang penting. Tapi masih tak boleh lupa pengalaman bersalin anak kedua ni begitu mudah. Alhamdulillah.” Kongsi Da’i Hamidah lagi.
Selepas 21 hari dihantar ke penjara selepas Mahkamah Tinggi memutuskan dirinya bersalah atas kesalahan rogol, hari ini Mahkamah Rayuan membebaskan sementara Da'i Syed.