Singki, tempat yang wajib ada di dapur setiap rumah. Inilah tempat yang penting untuk membersihkan pinggan mangkuk, sementelah bila nak memasak, lauk basah semua di letakkan di situ.
Tanpa kita sedar, inilah yang boleh membuatkan ahli keluarga sakit perut, cirit birit ata umuntah. Puncanya, singki kotor dan tidak dibersihkan sebaiknya.
Perkogsian daripada Dr Mazliana Mazlan ini jangan diabaikan. Perhatikan singki tempat kita selalu gunakan itu. Hati-hati dan jaalah kebersihannya.
Singki antara tempat paling kotor dalam rumah kita.
Ada doktor pakar mikrobiologist kata, singki sebenarnya lebih kotor dari tandas. Sebab kandungan bakteria yang ada di singki, lebih banyak dari bakteria yang ada di tandas.
Lebih 17,000 bakteria untuk setiap inci persegi sinki, menurut kajian dari Global Hygeine Council. Tak termasuk lagi 13,000 bakteria pada handle paip di singki.
Ads
Ini baru untuk setiap inci persegi, cuba darab dengan saiz singki rumah kita. Banyak mana lah kuman yang ada kat situ kan. Seram pulak.
Bakteria boleh datang dari;
Makanan mentah yang kita siang.
Lebihan makanan yang kita buang.
Pinggan mangkuk dengan sisa makanan yang kita biar dalam sinki.
Ads
Singki sentiasa dalam keadaan basah dan lembap.
Jadinya, elakkan letak terus ikan yang kita nak siang dalam singki tau. Ramai kan suka buat macam ni. Ada yang macam tak puas siang ikan dalam bekas, nak jugak letak dalam singki.
Tak nak buat dah lepas ni. Bakteria tu, tak tahu bila nak bagi kesan kat badan kita dan anak-anak kan.
Ikan ke, ketam ke, ayam ke, apa-apa lah bahan makanan mentah. Makanan yang belum dimasak tu sendiri pun dah ada bakteria, bila kita campur pulak dengan bakteria dalam singki, berganda-ganda makanan kita dipenuhi dengan bakteria.
Ada hari, kita tak masak dengan betul pulak makanan tu, bakteria masih ada tak habis lagi riwayat dia. Anak makan makanan yang kita sendiri masak kat rumah, pun boleh dapat cirit birit dan muntah nanti.
Ads
Kalau yang dah tak buat macam ni, alhamdulillah. Kalau ada yang masih buat, harini jadi hari terakhir, insya Allah.
Mingguan Wanita : Ingatkan anak sakit perut dan muntah salah ambil makanan yang dibeli, rupanya dari masakan kita. Puncanya tak basuh bersih dan bakteria pada singki melkat pada makanan. Mak-mak kena hati-hati.
Boleh dikatakan Cili Padi antara bahan wajib beli setiap kali kita ke pasar atau beli barang dapur. Kalau beli cili padi kampung, walaupun sepeket kecil boleh tahan juga harganya. Lebih jimat kalau kita dapat tanam sendiri dalam pasu di balkoni rumah. Sepohon merimbun cili, tak habis makan. Bila nak guna pun senang tinggal petik je.Nak tanam cili padi yang subur merimbun ni ada caranya.
Boleh ikut tip tanam Cili Padi Kampung yang dikongsikan oleh Cik Pooja ini.
“Cikpooja nak belanje picture pokok cabai burung @ cili kampung @ cili padi. Tanam dalam pasu kat balkoni umah je. Alhamdulillah..sepokok je pon!! Makan tak habih.”
“Kepada yang bertanya cara tanam. Cikpooja ni tak lah pakar sangat. Semua ni bidang terjun je nih.Ni cara cikpooja tanam cili ni yea.”
“Cikpooja tak tau kaedah apa yang cikpooja guna ni. Janji hidup subur sudah.”
Bahan-Bahan untuk kaedah cikpooja tanam nih:
Anak pokok cili
Pasu yang diisi tanah bakar (pasu yang berlubang dibawah yea)
Baldi (yang ngam-ngam ngan pasu yea)
Bancuhan baja AB
Cara-Caranya:
1.Tanam anak pokok cili dalam pasu
2.Letak pasu di atas baldi yang diisi dengan air bancuhan baja AB tu. (Air baja tu isi agak-agak bila letak pasu. Bontot pasu cecah air baja yea.)
3.Cikpooja guna cara ni sebab mudah dan senang. Tanah akan sentiasa lembap.
4.Bila air baja dah nak kering, kita topup lagi.
5.Bila pokok dah naik segar elok. Cikpooja guna kaedah CUBIT-CUBIT buang pucuk pokok cili tu supaya dia bertambah tunas baru.InsyaAllah akan lagi merimbun pokok cili kita lepas tu.
6.Satu je masalah bila tanam cili ni, serangan bena (bende yang putih-putih tu). Cikpooja tak guna pape racun serangga pon. Cuma hari-hari cikpooja akan intai-intai bawah-bawah daun tu dan tenyeh-tenyeh deme tu. Daun yang patut buang, kita buang.
Macam tu je lah caranya.Takde rahsia lain dah.
Tip Ekstra!
*Cikpooja tanam guna biji cili yang dah masak ranum (Lenyek-lenyek je kat tanah dalam pasu semaian)
*Selepas seminggu.Insya Allah dia akan bercambah.
*Masa ni kita cuma kena pantau kelembapan tanah je. Jangan terlebih siram yea. Tak payah guna baja lagi.(sat gi baby pokok panaih, teruih KO)
*Bila pokok dah keluarkan daun dalam 5,6 helai, tempoh tanam dalam sebulan gitu, Okeyyyyy boleh ubah ke pasu baru yea!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang nak cuba tanam cili padi kampung boleh ikut tip dan cara yang dikongsikan ini. Jimat belanja dapur!
Rasa sedap laksa ini bergantung kepada kuahnya, kalau tahu rahsia buat kuah mak-mak mesti rasa puas hati buat laksa sendiri.
Tetapi kali ini, mak-mak boleh buat laksa dalam masa yang singkat dengan rasa kuah yang sedap!
Haa… pastikan ada periuk noxxa dulu ya! Jimat masa tak payah perisi tulang dan isi satu-satu.
Bahan-Bahan Buat Laksa:
1 peket laksa bihun beras cik Siti. Rendam semalaman.
1 kg ikan sardin + kembung dibuang kepala dan ekor dan masukkan dalam periuk Noxxa HP selama 90 min
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
Segenggam cili kering dipotong-potong dan direbus
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
2-3 keping asam gelugur/keping
Segenggam daun kesom
Sekuntum bunga kantan
Ulam
Sebatang timun
Sebiji bawang besar Holland
Nenas
Telur Rebus
Cili Merah
Daun Pudina/Salad
*Semua ulam ini dipotong dan dihiris
Cara-Cara:
Tapis dan celur laksa yang telah direndam tadi. Tapis sekali lagi.
Untuk Kuah Laksa
Ikan Sardin + Kembung tadi dikeluarkan dari periuk Noxxa dan diblend sehingga hancur semua tulang-tulang.
Blend semua bahan-bahn bertanda *
Masukkan bahan-bahan blend dalam periuk dan tumis tanpa minyak sehingga naik bau.
Masukkan ikan-ikan yang telah diblend tadi ke dalam periuk.
Apabila telah mendidih, masukkan daun kesom dan bunga kantan. Tambah air sebanyak yang diperlukan.
Perasakan dengan gula, garam dan asam keping.
Masukkan laksa dalam pinggan, tuangkan kuah laksa dan hias dengan ulaman. Boleh ditambah petis udang jika suka.
Khas Buat Anda Yang Suka Laksa beras:
2cawan tepung beras.
2sudu tepung gandum.
2sudu tepung jagung.
Air panas baru lepas mendidih.
Gaul semua guna senduk kayu. Lepas tu masuk dlm acuan pulas dlm air mendidih. Biar terapung. Kemudian angkat masuk kan dlm air sejuk n tapis. Ok dh siap!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Semai Benih LADA SOLOK Beli Di Pasaraya, Tanam Kaedah Nutripot Tak Perlu Siram! Tak rugi berbudi pada tanah memang banyak hasilnya. Mudah rupanya nak tanam solok lada sendiri di rumah. Semai hanya guna biji benih dari solok lada yang kita beli di pasaraya je. Tanam pula guna kaedah nutripot, lebih memudahkan tak perlu siram setiap hari hanya perlu pantau sukatan air dalam bekas selang 2, 3 hari.
Ini cara yang tanam solok lada yang dikongsikan daripada Kebun Dapur Alin sebagai panduan;
Saya ingin kongsikan sedikit tanaman yang paling mengembirakan hati. Lada solok je pon tapi sangat membanggakan hasil dia. Mari saya cerita serba sedikit ye. Saya pon budak baru belajar mana tau perkongsian saya ini bermanfaat untuk orang lain untuk mencuba juga tanamkan.
1. Biji Benih
Untuk biji benih saya dapat hasil dari beli di pasaraya sahaja saya ambil dan semai.. lada solok yang asal memang jenis besar dan panjang. bila tanam dia tak la sebesar lada yang asal tapi takpe la..hasil masih memuaskan hati.
2. Bekas Media
Untuk bekas media tanaman saya menggunakan bekas terpakai dari bekas biskut dan sabun basuh pinggan je dan ada juga bekas botol sahaja. senang kan apa yang ada je tak perlu kuar modal beli pasu pun.
3. Kawalan Bena
Untuk kawalan bena saya hanya pantau bawah daun setiap kali siram. Bila ada bena saya akan buang daun yang dah terkena bena putih. Manakala bila pucuk daun memgerekot sy akan cantas terus tanpa fikir panjang. Sebab tak nak pokok berpenyakit terus bila di biarkan.
4. Baja
Untuk pembajaan pula saya menggunakan baja biji untuk bunga dan buah. Manakala untuk baja cecair saya akan letak di dalam air kerana lada yang saya tanam ni secara nutripot yang mana air akan di serap secara automatik menggunakan sumbu.Jika menggunakan media tanah saya hanya akan siram terus sahaja ke tanah.
5. Kaedah Nutripot
Untuk kaedah nutripot pastikan ada lubang sedikit di tepi bekas untuk mengelakkan akar terendam dan membusuk yang boleh menyebabkan pokok mati awal. Lubang pada tepi bekas untuk mengeluarkan air yang berlebihan.
Cara ini lebih mudah kerana cuma pantau sahaja air setiap 2 or 3 hari sekali untuk tambah air. Bila tambah air kadang-kadang guna baja ab dan ada kalanya hanya guna air paip sahaja. Sebab bila tabur guna baja biji saya akan letak air paip sahaja.
6. Media Tanaman
Media tanaman yang saya gunakan adalah campuran dari tanah hitam 6 in 1 dan cocopeat. Anggaran nisbah campuran 1:1 or 1:2 pon boleh juga.
Akhir sekali untuk belajar menanam lada kena la banyak bersabar kerana cabaran tanam cili ni tak semudah tanam sayur lain sebab paling senang kena serangan bena putih dan penyakit daun berkerekut.
Di sini saya kongsikan tutorial cara tanam sehingga petik lada solok ni.
Info Ekstra!
Nak jimat tanam cili tanpa keluarkan modal boleh guna cili yang dalam peti ais je atau yang dibeli di pasaraya tu dan boleh guna bekas terpakai sahaja. Kena kreatif sedikit sebab nak jimatkan. Bolehla share pada kawan-kawan yang baru nk belajar tanam cili. usaha tangga kejayaan. Selamat mencuba.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mudah nak tanam solok lada kampung, semai dari biji benih je, tanam guna kaedah nutripot tak payah nak siram setiap hari. Memang puas hati, jimat belanja dapur.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...