Ilmu ketika berada di dapur ini luas. Baik dari segi cara simpan bahan mentah, tip memasak, petua nak sedapkan masakan, mudahkan kerja-kerja di dapur dan sebagainya. Ilmu-ilmu inilah yang mak-mak dan wanita kena ceduk, agar lebih cekap di dapur, masakan pun jadi lebih sedap. Bergurulah daripada orang yang berpengalaman dalam bidang ini.

Boleh cuba perkongsian petua dan tip daripada Puan Ayue Jalal yang berpengalaman sebagai tukang masak ini sebagai panduan.

1. Elak Pedih Mata Kupas Bawang Merah

Rendam bawang dalam air garam 5-10 minit lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih.

2. Elak Ikan Goreng Melekat Di Kuali

Panaskan minyak, goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik.

Tukang Masak Kongsi Petua Dapur, Tip Sedapkan & Mudahkan Kerja Memasak

3. Warna Sambal Cantik

Nak sambal merah sedap cantik, masak lada lama + gunakan gula merah.

4. Buat Rendang

Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi.

5. Kurangkan Masin Makanan

Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masinnya.. tak caya cuba lah.

Tukang Masak Kongsi Petua Dapur, Tip Sedapkan & Mudahkan Kerja Memasak

6. Tomato Kekal Segar

Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu. Nak masak baru basuh.

IKLAN

7. Daging Cepat Empuk

Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu

8. Timun Rangup

Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas. Kesannya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun.

Tukang Masak Kongsi Petua Dapur, Tip Sedapkan & Mudahkan Kerja Memasak

9. Elak Nasi Cepat Basi

Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam. Nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik-balik kan nasi tu dan tutup sampai berwap.

10. Taugeh Kekal Segar

Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais.

IKLAN

11. Mudah Kupas Telur Rebus

Selepas rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc.

12. Ayam Goreng Sedap

Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit.Masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing.

13. Ayam Goreng Rangup

Nak merangup kan ayam goreng hendak lah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam.

Tukang Masak Kongsi Petua Dapur, Tip Sedapkan & Mudahkan Kerja Memasak

14. Nasi Lemak Cepat Masak

Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

IKLAN

15. Tahu Tahan Lama

Nak simpan tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tahu tu.

Tukang Masak Kongsi Petua Dapur, Tip Sedapkan & Mudahkan Kerja Memasak

16. Pekatkan Kuah Sup

Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek, sup lebih sedap/pekat tau.

17. Mata Pisau Blender Kekal Tajam

Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. Mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye

Rajin betul menaip hari ini, kongsi pengalaman sebab dah masuk 4 tahun kehidupan sebagai tukang masak didapur.

MW: Terima kasih berkongsi petua dan tip dapur. Semoga bemanfaat buat mak-mak dalam urusan memasak dan kerja-kerja dapur.

Kredit: Ayue Jalal

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI