Menyesal. Pernah terfikir tak, selepas apa yang kita lakukan, tiba-tiba timbul rasa menyesal dan bersalah. Kalaulah takdir dapat memberi peluang kedua kepada kita tentu, ia tidak akan dilakukan lagi.
Sebenarnya, setiap orang pasti akan lalui saat-saat ini. Rasa bersalah dan menyesal. Mungkin kita anggap itu hanya perkara kecil tapi bagi orang lain, itu adalah sesuatu yang sukar untuk diterima.
Begitu juga semasa kecil, imbas kembali kenangan kita ‘nakal-nakal’ dahulu. Kalau boleh diundurkan masa, mahu kembali ke zaman itu dan buat sehabis baik.
Ingat, apa yang kita lalui itu dijadikan pengalaman dan dalam memperbaiki diri, kita masih diberi peluang kedua. Jadikan peluang yang diberi ini lebih baik untuk masa akan datang.
Kita manusia tidak pernah sempurna, ada masa kita lalai dengan mengejar dunia. Bukan sahaja lalai dengan diri tetapi dengan orang di sekeliling, sehingga ada yang terluka dengan perangai kita.
Perkongsian daripada Shauqi Hasan boleh kita jadikan pandian dan manfaat untuk diri. Percayalah, belum terlambat untuk kita berubah dan gunakan peluang kedua ini menjadikan kita lebih baik daripada sebelum ini.
Syaitan tu, kalau tak boleh jadikan kita jahat, ia akan jadikan kita malas.
Malas solat, baca Quran, malas kerja dan masla tutup aurat.
Ads
Setiap manusia ada cerita masing-masing dan ada pengalaman hidup yang berbeza.
Malahan, setiap orang yang baik ada masa silam yang buruk dan setiap orang yang buruk ada masa depan yang lebih baik.
Maka, jangan lihat seseorang dari masa lampaunya.
Tapi lihatlah seseorang dari masa sekarangnya dan macam mana dia berjuang untuk berubah menjadi lebih baik lagi.
Boleh jadi juga disebabkan pernah menjadi kelompok yang jahil, menjadikan kami lebih ‘tolerate’ dalam menyampaikan pesan-pesan Allah.
Bukan mengambil mudah hukum Allah, tapi berdasarkan pengalaman sendiri, nak mengajak orang berubah bukan semua keadaan perlu bersuara lantang.
Tiada Siapa Sempurna
Tak ada manusia yang sempurna, jadi jangan merasa diri kita dah baik.
Ads
Percayalah, ketika kita merasa kita dah baik, itu petanda awal kita bakal jadi jahat.
Kalau nampak ada orang lain lebih buruk dari kita, doakan, bukan menerakakan dia.
Ramai daripada mereka yang berubah jadi baik, belajar dari kesilapan, belajar dari masa lalu.
“Someone who has a dark past will turn into a much better person and will even turn out to be a good person more than those who don’t have a dark past.”
Selalunya begitulah. Kecuali Darth Vader.
Jadi, jangan pandang remeh hanya kerana dia ada sejarah hitam kerana dia juga ada masa depan jika dia SEDAR AKAN KESILAPAN DAN KEKHILAFANNYA.
Diberi Hidayah
Setiap orang ADA PELUANG KEDUA! Percayalah.
Allah itu Maha Adil. Cuma kita saja yang kadang kala BUTA tak nampak peluang di depan mata. Ini kerana terlalu sibuk dan lalai sangat dengan perhiasan dunia.
Ads
Bersyukurlah siapa yang dapat hidayah.
Bagi yang belum, kita terus mencari.
Kalau kita ikhlas nak someone berubah, tolonglah jangan gunakan kata-kata kecaman atau kutuk-mengutuk.
Takkan ada efek pada orang yang kita kutuk tu, makin menjadi dia punya keras adalah.
Mengajak orang berubah tanpa berdoa adalah satu bentuk kesombongan. Sebab bukan kita yang bagi hidayah, melainkan Allah.
Jadi, setiap kali mengajak, sertakan dengan doa.
Ini kerana ada perkara yang tak boleh diubah dengan dakwah tapi boleh diubah dengan doa.
MW: Masa silam adalah masa lalu yang telah kita lalui. Masa sekarang kita tempuh dengan lebih baik lagi. Lupakan yang lalu dan gunakan peluang yang ada untuk bersyukurlah serta berusaha menjadi seorang yang lebih baik.
Sumber: Shauqi Hasan
Doakan Abang dalam seruan mu.
Setiap yang hidup, pasti diuji dengan pelbagai masalah. Namun seberat mana pun masalah, sebagai manusia kita perlu terima hakikat bahawa semuanya adalah milik Allah SWT.
Tidak kiralah ujian yang kecil mahu pun besar, hadapilah dengan penuh kesabaran. Tidak lupa berbaliklah kepada hakikatnya, apa yang berlaku atas kehendaknya dan segala yang pernah menjadi milik kita adalah milik Allah.
Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri ini dan fahami sedalam-dalamnya :
Walau seberat mana pun masalah kita, kita tetap kena balik semula kepada hakikat bahawa semuanya milik Allah.
Bila kita sedar hakikat itu, maka kita tak akan sedih, risau atau bimbang berlebih-lebihan. Semuanya Allah yang punya. Dia berhak untuk ambil semua apa yang Dia punya.
Allah Berhak Ambil Milik-Nya
Duit yang banyak. Itu semua Allah yang punya. Dia ada hak untuk bagi dekat kita, Dia juga ada hak untuk ambil semula dari kita.
Anak yang ramai. Itu semua Allah yang punya. Dia ada hak untuk bagi dekat kita, Dia juga ada hak untuk ambil semula dari kita.
Suami atau isteri kita. Itu semua Allah yang punya. Dia ada hak untuk bagi dekat kita, Dia juga ada hak untuk ambil semula dari kita.
Rumah yang besar, harta yang bertimbun, kerja yang selesa, hidup yang mewah, rezeki yang mencurah-curah…. semua-semualah.
Semua tu milik mutlak Allah. Kalau dia nak bagi Dia boleh bagi. Kalau dia tak nak bagi, itu juga hak Dia.
MW: Bertawakal dan bersyukurlah dengan setiap benda yang Allah kurniakan. Jika ia bukan milik kita, terimalah hakikat bahawa itulah ketentuan-Nya. Aturan Allah yang terbaik.
Soal hukum jangan dipandang ringan, bab dahulukan siapa ini juga perlu diambil kira betul-betul mengikut hukum agama.
Setuju atau tidak hukum tetap hukum, bila semua faham hukum agama barulah harmoni kehidupan berkeluarga. Barulah tiada yang kecil hati atau bermasam muka. Betul tak?
Ikuti perkongsian Puan Maya Sofea berkaitan tentang hukum feqah siapa yang wajib didahulukan mengikut situasi:
Setuju Atau Tidak Hukum Tetap Hukum
Anak lelaki bila mak suruh balik kampung.. Kemudian, mak mertua pun suruh balik hari yang sama juga.. Hendak balik rumah yang mana dulu? Hukum feqah kata wajib dahulukan mak kandung.
Anak perempuan apabila makan bersama mak ayah dan suaminya.. Hendak senduk nasi untuk mak ayahnya dahulu atau suaminya? Hukum feqah kata wajib layan suaminya dahulu.
Seorang anak bila ayahnya suruh buat sesuatu.. Dalam masa yang sama mak pun suruh buat sesuatu yang lain.. Hendak buat yang mana dulu? Hukum feqah kata wajib dahulukan perintah mak.
Antara ibu ayah dan dan anak isteri mana dahulu yang wajib diberi nafkah? Menurut hukum feqah, wajib dahulukan anak dan isteri.
Kita ada adik-beradik yang hidup susah… Kawan kita pun ada yang susah.. Nak tolong siapa dulu.. Hukum feqah kata dahulukan adik-beradik…
Urusan rumah tangga bila bertembung dengan urusan jemaah berbaiah yang kita sertai… Mana dulu nak diutamakan? Hukum feqah kata anak isteri dahulu.
Setuju atau tidak, hukum tetap hukum… Wajib kita ikuti..
Bila Semua Faham Barulah Harmoni Keluarga
Kalaulah semua orang faham hukum-hakam agama ini.. Bukankah itu dapat mengharmonikan kehidupan berkeluarga… Lebih harmoni jika kita dapat bertoleransi dan bertolak ansur…
Contoh, bila kita makan dengan mertua, isteri sendukkan dahulu nasi untuk kita (suami)…
Kita pula beri nasi itu pada mertua, bukankah lebih cantik macam itu? Bila ibu boleh berkata “Tak apa… buat dulu apa yang ayah kau suruh buat itu.. Selepas itu buat yang mak suruh”… Inilah tasawuf… Wallahualam.
MW: Hukum agama jika dipatuhi memang memudahkan semua pihak, namun tidak semua memahaminya. Oleh itu jika berdepan dengan masalah atau hukum agama, rujuklah kepada yang pakar barulah keluarga mak ayah lebih harmoni serta bahagia.
Bertuah punya anak, inilah ayat yang paling sesuai untuk mak ayah bila marah anak. nakal, degil atau tak dengar kata sekalipun sebut dan sumpahlah dengan kata-kata ini.
Begitulah, anak-anak yang tengah nak membesar, ada masanya buat kita sebagai mak ayah marah, sakit hati dan sebagainya. Waktu itu, mulalah keluar perkataan yang tak sepatutnya.
Jangan cepat sumpah anak dengan perkataan yang tidak elok. Apa yang keluar dari mulut mak itu doa. Jadi, sebutlah bertuah punya anak. Mudah-mudahan dengan perkataan ini termakbullah, jadi anak yang bertuah.
Antara perkongsian daripada Ustaz Irwan Zahuri supaya mak-mak menjaga percakapan bila marah anak dan sebutlah perkataan yang baik-baik.
Bila marah anak, jangan sampai terkeluar perkataan yang anda tak mahu ia terjadi pada anak.
Sebut perkataan yang elok walau nadanya mungkin ‘high pitch’. Mak-mak pun kadang-kadang emosional juga kan. Cuma, tolonglah jaga perkataan yang terkeluar dari mulut kita.
Sebaik-baiknya, kalau marah anak, terus sumpah mereka dengan doa. Secara psikologi pun apabila anak tu dengar doa untuknya jadi motivasi untuk dia berubah jadi baik Insya ALLAH.
Contohnya, kalau anak masih sekolah lagi dan aktif menyepahkan rumah, bila nampak rumah sepah aje doa kuat-kuat.
Ya ALLAH Ya Tuhanku, jadikanlah anak-anakku orang yang mendengar kata ibunya, suka mengemas rumah dan jadikanlah anak-anakku orang yang menyimpan mainan selepas menggunakannya.
Bunyi macam sambil doa sambil menyindir. Tapi daripada kita tersebut perkataan negatif, lebih baik kita mengajar, meluah perasaan dalam doa yang baik di hadapan mereka.
Yang paling kerap mak-mak sebut, bertuah punya anak!!!
Ok la tu. Mudah-mudahan bertuah betul la anak tu. Insya ALLAH.
Mak Jaga Perkataan
Kenapa perlu jaga perkataan mak-mak? Sebab doa ibubapa kepada anaknya merupakan salah satu bentuk doa yang mustajab.
Ini berdasarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa NABI SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya. [Riwayat Ibn Majah (3862)]
Doa di bawah ni kalau belum kahwin dah boleh baca, mudah-mudahan dikurniakan pasangan yang baik dan anak yang menyejukkan hati.
Bagi yang dah kahwin sedang menanti cahaya mata pun boleh baca dan untuk yang ada anak kecil sampai dah besar pun perlu baca.
Kalau dah jadi atuk nenek pun perlu baca. Mudah-mudahan anak cucu dan keturunannya termasuk dalam golongan orang yang soleh solehah.
Rabbana hablana min azwaajina wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw waj’alna lil muttaqiena imaamaa.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (QS Al Furqan ayat 74).
Kita cuba amalkan selepas solat fardhu ya Insya ALLAH.
Mingguan Wanita : Marah sekalipun pada anak, doakan yang baik-baik untuk dia.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...