Dalam keluarga, mesti ada anak yang mak ayah paling suka, selalu minta tolong dan ada yang dimanjakan. Lebih-lebih lagi bila tengok anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Bila anak ada kelebihan dan kekurangan, mulalah mak ayah bandingkan dan pilih kasih. Kalau perhatikan, anak sulung rasanya menjadi harapan yang tinggi pada mak ayah untuk beri contoh dan menjaga adik-adik. Ini belum lagi, anak bongsu yang paling dimanjakan.
Begitu juga dalam pelajaran, mak ayah memang letak harapan tinggi untuk anak jadi pandai. Kalau tak, mulalah bandingkan anak dengan anak yang lain. Kadang-kadang, inilah yang boleh menjadi dendam dan dengki sesama mereka adik beradik.
Jadinya, mak ayah janganlah pilih kasih, layanlah mereka seadilnya sebab mereka ini adalah dariah daging kita juga. Swtiap anak ada kelebihan dan kekurangannya.
“Kalaulah ada pilihan untuk jadi pandai, semua budak pun nak jadi pandai.”
“Kenapa?” tanya saya.
Ads
“Sebab budak pun faham, kalau kita pandai mak ayah sayang lebih.
Saya tahu anak saya ni belajar slow sangat. Tapi hati dia baik,” sebak suara ibunya.
Pada usia 9 tahun, dia belum pandai membaca dan mengira. Selepas dirujuk ke klinik kanak-kanak, dia memang ada masalah pembelajaran yang spesifik.
Apa yang si ibu nampak, layanan suami pada anak sulung sangat berbeza dengan layanan pada adik-adiknya.
Adik beradik lain bergaduh, abang kena marah. Adik sepahkan rumah, pun dia kena marah.
Bab permainan, cuma dibeli untuk adik-adik.
Ads
Sampai ada 1 hari tu, terluah ayat ni dari mulut anak, “Ayah tu memang lebihkan adik adik.”
Boleh Timbulkan Rasa Dengki Anak
“Favouritism” berlaku bila kita selalu pilih kasih antara anak.
Dari pandangan mata pun anak boleh terasa mak ayah pilih kasih. Apatah lagi, kalau adik kerap dipuji, diberi hadiah dan dipeluk sayang.
Pilih kasih ni boleh suburkan rasa dengki dalam hati anak.
Setiap anak tu unik, pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Ads
Bila anak berebut perhatian, ‘eye contact’ dan sentuhan mesti sampai pada semua anak. Belai mereka dan beri fokus secara bergilir.
Jangan pilih kasih tak kisah pada anak lelaki atau perempuan, sulung atau bongsu. Anak kita semuanya ada perasaan. Layan mereka dengan seadilnya. Mereka juga punya hati.
Mingguan Wanita : Anak-anak ini adalah darah daging kita. Layanlah seadilnya, buang sikpa pilih kasih pada anak.
Proses mendidik dan membesarkan anak-anak sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan.Dalam ramai anak-anak, pasti adanya seorang dua yang boleh membuatkan mak ayah menangis dengan perangai mereka yang bermasalah. Menerusi perkongsian oleh pendakwah Datuk Ustazah Norhafizah Musa didalam Forum Perdana Keluarga SAKINAH terdapat 3 cara bagi menangai anak-anak yang bermasalah ini.
Berikut antara intipati perkongsian ringkas tersebut;
“Bila cakap pasal anak-anak, kadangkala kita kita tak sentuh secara detail anak-anak yang kita anggap bermasalah. Anak yang selalu buat kita menangis. Ada tak dikalangan anak-anak, seorang dua yang selalu buat hati kita menjerit? Ada atau tidak. macam mana nak buat dengan anak-anak ini?Jika dibiarkan ia akan menambah statistik-statistik gejala sosial yang lain.Jadi anak-anak yang selalu kita kata buat kita menangis harus ditangani.”
Tangani dan pertimbangkan anak-anak yang bermasalah dengan cara ini:
1. Jangan Buang Anak-Anak Daripada Hati Kita
Jangan sampai kita kata “dahlah biarlah dia, lantak dialah.. mak dah tak fikir pasal dia, dia nak jadi apa dia punya pasal. Mak dah redha dah dia jadi apa pun.Ini semacam ayat yang menafikan anak ada dalam hati kita.Kalau seorang ibu dan ayah dah buang anak dia, fikirlah siapa nak sambut anak itu. Malah lebih dasyat anak-anak yang ibu ayah telah dibuang dari hatinya, berpontensi untuk mendapat laknat daripada Allah, sebab ibu bapa tidak bersedia untuk meletakkan anak dalam hati lagi.
Selagi mana anak masih ada ruang dihati kita, percayalah insya allah dia ada peluang untuk berubah dan jadi anak yang soleh. Doa mak ayah adalah doa yang mustajab cuma prosesnya kita perlu laluinya dengan tenang.
2. Sebelum Mengubah Anak-Anak Dekati Mereka
Dekatilah anak-anak dahulu sebelum mengubahnya.Mendekati anak-anak lebih besar daripada mengubahnya.Mengubah akan datang bilamana kita mendekati mereka.Tengoklah anak, peganglah tangan anak-anak, duduk sebelah anak, perhatikan dia ketika tidur. Insya allah jalan untuk berubah akan ada.Dekatilah anak itu.
3.Sesuaikan Harapan Munasabah Buat Anak
Anak yang bermasalah sesuaikanlah dengan harapan munasabah yang realistik. Contohnya jika anak kurang cemerlang dalam akademik, jangan harapkan anak boleh ambil bidang sains, jadi doktor pakar.
Sebaliknya sesuaikan dengan harapan seperti insya allah mak harapkan kamu jadi anak yang berguna, ada kemahiran, boleh jaga diri sendiri, boleh cari nafkah sara hidup, bila dah kahwin boleh jaga anak orang dengan baik, boleh anak-anak dengan baik dan boleh jaga adik beradik. Sesuaikan keutamaan dengan lebih baik.
Bila kita dah tua, lihat pengalaman orang lain.Susah untuk mendapat komitmen daripada anak yang sudah berjaya.Cuba pandang masa depan yang jauh, mungkin anak-anak yang kurang bijak inilah yang akan menjaga diri kita bila dah tua. Berlemah lembut dengan anak-anak yang bermasalah, Insya allah anak kita akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Semoga bermanfaat!
Sumber:Forum Perdana Keluarga SAKINAH
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dapat bayangkan, baru kehilangan bapa, gagal hubungi ibu di ICU, kanak-kanak berusia 12 tahun ini tabah jalani kuarantin seorang diri di rumah.
Sepatutnya kanak-kanak sebayanya diberi perhatian kerana baru saja kehilangan ayah tercinta. Dalam masa yang sama runsing dengan keadaan ibu di ICU yang hilang khabar berita.
Malah diri sendiri juga berdepan dengan masalah kesihatan, namun apa yang dia mampu lakukan. Terpaksa kuarantin seorang tanpa sesiapa di sisi.
Kanak-Kanak Ini Tabah Jalani Kuarantin
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini bernama Arshad, kuarantin sendirian di rumahnya, selepas swab test kedua positif Covid-19.
Bapanya berusia 38 tahun baharu sahaja meninggal dunia kerana Covid-19. Tiga adiknya dibawa ke rumah saudara mereka kerana negatif Covid-19, manakala ibu Arshad dan adik bongsunya ditahan di hospital berikutan keadaan level oksigen yang sangat rendah.
Zalifah Ithnin, pengerusi Kluang Community Welfare Association (PETAK) datang memberi sumbangan makanan kepada Arshad selepas mengetahui perkara ini.
Setiap hari saudara-mara Arshad datang menghantar makanan buat kanak-kanak itu. Arshad tiada pilihan kecuali kuarantin sendirian di rumah.
Baru Kehilangan Bapa, Gagal Hubungi Ibu Di ICU
Yang menyedihkan kita, Arshad memaklumkan kepada Zalifah, Arshad gagal menghubungi ibunya yang berada di ICU sejak semalam kerana ibunya tidak lagi menjawab panggilan telefon dan Arshad nampak sedih serta keliru berikutan baharu sahaja kehilangan bapanya.
Keep strong Arshad. Hugs dari jauh.
Sesungguhnya Allah SWT memberikan ujian hebat ini kerana Allah SWT sayang kepada Arshad sekeluarga.
Terima kasih Zalifah Ithnin dan NGO PETAK kerana menyampaikan sumbangan buat adik Arshad.
Dicadangkan kepada kerajaan agar menyediakan tempat kuarantin khas yang selesa dan selamat untuk kanak-kanak positif Covid-19 yang ibu bapanya di ICU.
Supaya kanak-kanak dapat dijaga dengan baik dari segi mendapatkan rawatan, mendapat sokongan emosi dan sebagainya, memandangkan bilangan pesakit Covid-19 kritikal daripada dalam kalangan ibu, bapa muda semakin meningkat.
Kementerian Pendidikan juga kena dapatkan data terkini kanak-kanak yang kehilangan ibubapa di Malaysia. Pasca Covid-19 bakal melukakan hati ramai pihak kerana sudah pasti bilangan anak-anak yatim di sekolah-sekolah meningkat mendadak.
Berilah Sumbangan Kepada Anak Yatim
Andainya kita mahu memberi sumbangan, berilah sumbangan kepada anak-anak yatim kerana setiap sen yang kita belanjakan jika disampaikan kepada insan yang berhak akan menjadi bekalan pahala sedekah yang berpanjangan buat kita di Akhirat nanti.
Bersama-sama kita doakan kesembuhan segera buat Arshad, ibu Arshad dan adiknya, serta semua pesakit Covid19 yang berada di ICU.
This news really broke my heart..
Dr. Kayra,
Putrajaya.
Mingguan Wanita : Sedih kenangkan nasib anak-anak yang kehilangan mak dan ayah kerana Covid-19. Semoga anak-anak ini mendapat bantuan, perhatian dan pembelaan yang sewajarnya daripada pihak berwajib.
Sumber/ Foto : Dr Kayra/ NGO PETAK / New Strait Times
“Ibu sibuk ni, pergi main sana!” Walaupun mak ayah sibuk sekalipun jangan cakap begini pada anak. Bimbang anak-anak akan serik dengan sikap mak ayah bila dimalukan sebegini.
Ternyata pada mak, ayah mungkin tidak berniat untuk melafazkan kata-kata tersebut, tetapi kesannya amat berat pada emosi anak.
Sibuk Sekalipun Jangan Cakap Begini Pada Anak
Oleh itu sebelum berkata-kata fikirkan dahulu baik, buruknya. Kongsi Mohd Fhais Salim, kasihan sungguh pada anak-anak yang selalu kena shaming trap.
Shaming trap ini adalah situasi di mana anak-anak di malukan oleh ibu ayah sendiri.
Anak cuma hendak perhatian dan main dengan ibu ayah saja, tapi terkena shaming trap pula.
Pasti dia rasa, – kecewa – kecil hati – serik – sedih – marah – malu – sebak
Ibu Sibuk Ni, Pergi Main Sana!
Sebab itulah walau sibuk mana pun kita dengan kerja tolong jangan cakap begini pada anak, – jangan kacau ayah tengah buat kerja ni. – bisinglah, pergi main dekat luar. – ibu sibuk ini, pergi main sana.
Dan seumpamanya. Tolong jangan ucapkan pada anak-anak ketika dia sedang menagih perhatian kita.
Mingguan Wanita : Sebelum anak-anak tidak pedulikan mak, ayah, lebih baik berubah dan layanilah anak sebaik mungkin. Hargailah masa bersama anak-anak selagi mereka masih perlukan mak, ayah.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...