Dipijak bapa tiri hingga mata bengkak, ramai sedih ibu kandung hanya pandang saat anak dibelasah suami. Tindakan seorang bapa tiri menerajang anak tirinya, menarik perhatian media sosial hari ini apabila gadis berkenaan membuat curahan hatinya di instagram miliknya, @D4hleea.
Menurut pengadu dikenali sebagai Puteri Dahlia binti Taufik Hidayah pada 17 hb lalu, sekitar jam 11 malam dirinya telah pergi ke rumah ibunya, Salmi Abd Radzi di Parit Buntar, Perak. Namun telah berlaku perang mulut dengan ibu kandungnya itu semasa dirinya mengunjungi ibu kandungnya.
Dipijak Bapa Tiri Hingga Mata Bengkak
Akibat pertengkaran kedua mereka (anak dan ibu) bapa tiri mangsa, Mohamad Khuzairi telah bertindak kasar dengan menarik lehernya, menampar pipi, menendang belakang badannya sebelum memijak kepalanya hingga mendatangkan kecederaan teruk.
Ekoran dibelasah malam itu, dalam keadaan kesakitan, dirinya telah meminta pertolongan dari kawannya, Ainul Mardiah untuk menghantarnya pulang ke rumah bapa kandungnya juga di Perak.
Laporan polis dibuatnya
Memandangkan kesakitan dialaminya selepas dibelasah bapa tirinya itu, keesokan harinya, @D4hleea telah pergi ke Hospital Parit Buntar sebelum kesnya dirujuk ke Hospital Taiping berikutan kecederaan teruk dialaminya.
Mengejutkan hasil pemeriksaan rapi di Hospital Taiping mendapati penglihatannya menjadi kurang jelas, pipi bengkak, bahagian belakang badan bengkak selain kaki kanan dan kiri kesan dari dibelasah itu.
Dalam pada itu, ketika menulis curahan hatinya, dirinya memaklumkan, saat dia dipukul dan dipijak-pijak menggunakan tumit di bahagian mata hingga pecah darah oleh bapa tirinya itu, dakwanya ibunya hanya mampu memandang sedangkan sebagai anak dirinya patut dilindungi oleh ibu kandungnya sendiri.
Sedih dengan ujian menimpanya, semasa membuat laporan di balai polis dalam keadaan menangis, dirinya menyebut, “kau mak kandung aku yang lahirkan aku patut kau tolong aku”.
Kata Dahlia lagi, semasa dibelasah separuh mati itu, bapa tirinya ada mengeluarkan parang dan hampir mahu menetaknya sebelum dihalang oleh oleh jiran yang menyaksikan kejadian ini.
Ads
Dipijak bertubi-tubi hingga hampir separuh mati. Menakutkan dakwanya, bapa tirinya sudah keluarkan parang untuk menetaknyaLaporan perubatannya yang jelas kesakitan dialami
Apa yang membuatkan ramai berasa simpati saat mendengar tangisannya. Antara ungkapan disebutnya ialah “kau mak kandung aku yang lahirkan aku patut kau tolong aku”.
Jujurnya, kita tidak mengetahui lebih jelas akan pergaduhan hingga dirinya dibelasah. Dan hanya pihak berkuasa mampu menghuraikannya. Apa pun, semoga ada keadilan buat gadis ini.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Ads
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Persoalan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-enam Datuk Seri Najib Razak semakin menghampiri jawapan. Satu demi satu pendedahan di rungkaikan oleh pihak berkuasa diatas penyelewengan ini.
Terkini memetik laporan Berita Harian dalam sidang media oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull mendedahkan beliau bersama Tan Sri Abu Kassim Mohamed bertemu dengan menteri Kabinet dan Majlis Raja-raja bagi mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak digantikan sebagai Perdana Menteri selepas terdapat bukti berlaku penyelewengan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik ke jawatan itu Khamis lalu berkata, inisiatif mengadakan pertemuan itu digerakkan Abu Kassim yang ketika menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.
“Kami berpecah untuk bertemu dengan semua menteri merayu dan meminta supaya buang dan gantilah Najib dengan orang lain, dengan (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) ke, (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) ke, sebab jumlahnya terlalu besar RM2.6 bilion.
“Daripada semua menteri yang kami temui, hanya tiga sahaja berani bersuara iaitu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Kewangan kedua,Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Yang lain semua takut.
“Sekarang apabila sudah tidak jadi menteri, ada yang telefon saya dan kata ‘kalau saya dengar cakap kamu dulu pasti tidak akan jadi macam ini’ (Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Jaafar Mahad.
Mohd Shukri berkata, selepas usaha meyakinkan menteri tidak berjaya, beliau dan Abu Kassim mengambil inisiatif berjumpa dengan Majlis Raja-raja.
“Kami jumpa Majlis Raja-raja dua kali dan mohon kepada Tuanku supaya tengok masalah 1MDB ini dan gantikan Najib sebagai Perdana Menteri tetapi kami hampa,” katanya.
Beliau turut mendedahkan ditemui sebanyak dua kali oleh seorang Ahli Parlimen dari utara Semenanjung yang bertanya apakah beliau mahu sesuatu apabila menyiasat penyelewengan 1MDB dan mahu Najib disingkirkan.
“Saya tegaskan supaya jangan ganggu siasatan saya. Biar kami tamatkan siasatan dan serahkan kepada Peguam Negara untuk putuskan.
“Kali kedua Ahli Parlimen ini datang dan tanya, saya kata kepadanya kalau Datuk tanya lagi saya akan tangkap mengikut Akta SPRM,” katanya.
Mingguan Wanita mengharapkan agar penyiasatan dapat dilakukan dengan telus dan sebaiknya.Semoga segala penyelewengan dapat dapat dirungkai dan dibawa ke muka pengadilan serta hak rakyat dapat dikembalikan.
“Sebagai ibu saya hormati keputusan seorang anak untuk tinggal bersama bapanya” itulah luahan bekas madu kepada pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib apabila anaknya Nur Anisa memilih untuk tinggal bersama bapanya, Rosland Othman.
“Sebagai Ibu Saya Hormati Keputusan”
Adibah reda dengan pilihan anak itu, namun dia sangat bersyukur apabila dua anak iaitu Nur Liyana, 18, dan Nurin Tasnim, 11, memilih untuk tinggal bersamanya.
“Alhamdulillah, ini keputusan anak-anak yang memilih dengan siapa mereka mahu tinggal. Saya gembira dan berpuas hati dengan keputusan daripada mahkamah untuk hak penjagaan sementara.
“Bagi seorang lagi anak saya, Nur Anisa, 12, pula, memang sudah dijangka akan memilih tinggal bersama bapanya. Sebagai ibu kandung, saya hormati keputusan itu kerana ia dibuat atas pilihannya sendiri.
“Saya juga pernah katakan sebelum ini, anak-anak berhak untuk memilih sama ada mereka mahu tinggal dengan ibu atau bapa. Tinggal dengan siapa pun, tetap ibu bapa mereka,” luah Adibah seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Perbicaraan Tuntutan Hak Hadanah Penuh Atau Penjagaan Kekal Anak Akan Disambung 7 Disember Depan
Untuk rekod Adibah hidup bersama bekas suami selama 28 tahun, dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 11 hingga 26 tahun.
Rosland kemudian berkahwin kali kedua dengan Miera pada Julai 2020. Hasil perkongsian hidup itu, mereka kini dikurniakan seorang anak perempuan.
Semalam Adibah hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan hak penjagaan interim ke atas tiga anaknya di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Hussain. Pada prosiding itu, Adibah selaku defendan diwakili peguam, Md Taufeq Al Amin Sahri, manakala Rosland diwakili peguam, Nurul Balqis Nordin.
Perbicaraan untuk tuntutan hak hadanah penuh atau penjagaan kekal anak akan disambung mahkamah mulai 7 Disember depan.
Peluang mengalunkan surah Al -Asr di Festival Sunnah 6.0 tanggal 12-14 Okt ini di Alor Setar, Kedah adalah satu debaran buat Azza Elite. Mengakui masih banyak dipelajari, kata Azza dia bersyukur dengan peluang ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ada sebabnya bagi perjalanan jauh dan memandu seorang diri seeloknya setkan masa ‘live location’ di whatsapp dan kongsikan dengan keluarga mahupun rakan terdekat.
Bukan apa, memandu adakalanya memang cukup meletihkan, lebih-lebih lagi jika jarak perjalanan jauh dan memandu seorang diri. Lebih membahayakan apabila kawasan yang dilalui merupakan kawasan terpencil atau sunyi.
Ini kerana malang tidak berbau, semoga ia dapat memudahkan urusan nanti bagi mengenal pasti dan mengesan lokasi jika berlaku sebarang kemalangan mahupun kejadian yang tidak diingini.
Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.
Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.
Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan.Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).
Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.
Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:
1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.
2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas).
3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi).
4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak).
5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan.
6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.
Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.
Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.
Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
#NotaKesihatanDrKamarul
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat yang sering memandu seorang diri, dalam perjalanan jauh seeloknya guna ‘live location’ di WhatsApp ini dan kongsikan dengan keluarga mahupun rakan terdekat. Bukan apa, malang tidak berbau semoga ia memudahkan urusan nanti bagi mengenal pasti dan mengesan lokasi jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Tragedi kemalangan van kilang di Jalan Mount Erskine meragut nyawa seorang wanita dan mencederakan tujuh yang lain. Kisah sebak suami dan keluarga ini menyentuh hati ramai.