‘Sebelum kahwin, ke mana pasti keluarga hantar.’ Selepas nikah, kecil hati suami suruh berdikari, disuruhnya ambil lesen agar mudah hendak ke mana-mana.
Padahal tindakan suami itu betul kerana mahu isterinya lebih berdikari dan dirinya tidak risau bila terpaksa berjauhan dengan isteri kerana tugas atau sebagainya.
Begitulah perkongsian Puan Farizal Radzali tentang pentingnya untuk wanita berdikari. Bukan untuk orang, sebaliknya berdikari untuk diri sendiri di masa depan.
Saya mempunyai 3 adik lelaki dan abah yang baik. Sebelum berkahwin, nak ke mana-mana ada saja orang akan bawakan. Saya tak perlu risau kalau tak pandai bawa kereta atau motor sendiri.
Kalau naik bas sekalipun, dekat bus stop sudah ada yang menunggu untuk bawa saya balik sampai rumah dengan selamat.
Tapi, lepas berkahwin, suami suruh saya ambil lesen motor dan kereta. Katanya saya kena berdikari, nanti senang nak ke sana sini. Masa tu, saya kecil hati.
Ke Mana Pasti Keluarga Hantar
Saya rasa adik-adik dan ayah saya lebih sayangkan saya, sebab itu mereka boleh bawa saya ke mana saya hendak pergi. Tapi bila dengan suami, dia suruh saya ambil lesen pula. Terus fikir betullah kata orang, kasih ayah tak akan sama dengan kasih suami.
Ads
Bila usia makin meningkat, adik-adik pun sudah ada keluarga sendiri, abah pula semakin tua, masa ni saya rasa berterima kasih kepada suami saya yang menyuruh saya ambil lesen.
Tak selamanya kita boleh mengharap kepada orang lain untuk membantu kita. Tak kiralah adik beradik, ibu ayah, hatta suami sendiri sekalipun. Pada akhirnya, kita perlu berdikari walau untuk perkara yang kecil.
Kalaulah saya berdegil dengan rasa kecil hati dekat suami dulu, mungkin saya belum ada lesen kereta motor sekarang ini. Atau mungkin sudah tua baru hendak ambil lesen, baru terkial-kial hendak belajar bawa kenderaan. Sudahlah harga makin mahal.
Bukannya encik suami itu tak boleh bawa ke sana sini, tapi rupanya dia sudah fikir lebih jauh. Dia tak akan selalu ada untuk saya. Adik-adik tak akan terus menerus boleh bawa saya ke mana-mana.
Lesen kereta motor ini cuma contoh ilmu yang perlu ada. Apa yang cuba saya sampaikan buat para wanita ialah belajarlah sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita sendiri. Bukan hendak tunjuk pandai atau untuk rasa gah, tapi ianya boleh digunakan pada masa yang diperlukan.
Ads
Kecil Hati Suami Suruh Berdikari
Sekarang sudah tak macam dulu. Wanita di rumah, suami keluar. Walau suri rumah sekalipun, walau semua ditanggung suami sekalipun, belajarlah sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita. Percayalah, kita akan bersyukur satu hati nanti kerana kita tahu sesuatu.
Walau siapa pun orang-orang di keliling kita, akhirnya kita perlu menjaga diri sendiri. Baik buruk kita, adalah dari diri sendiri. Hatta, di dalam kubur nanti pun kita sendiri. Belajarlah walau sejengkal ilmu. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita sendiri.
Farizal Radzali
Mingguan Wanita : Kadang-kadang kita perlu belajar sesuatu dan keluar daripada keselesaan. Belajarlah sesuatu untuk manfaat sendiri.
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Bekas isteri tuntut nafkah anak, suami wajib bagi.’ Isteri baru tak berhak larang bekas isteri minta keperluan anak-anak selagi mereka masih kecil dan tak mampu berdikari.
Nama pun berkahwin dengan suami orang, kenalah beralah bila bekas isteri tuntut nafkah untuk anak-anak. Apatah lagi hubungan anak-anak dan ayahnya tidak terputus sampai bila-bila.
Kongsi Azlan Noor, hari tu terbaca satu confession. Dia marah sebab bekas isteri suami dia sekarang minta duit untuk sekolah anak-anak dia dengan bekas isteri. Yuran yang tinggi dan peralatan yang mahal.
Paling best, dia minta bekas isteri itu berhenti kacau rumah tangga dia sekarang. Dia begini. Dua benda dia kena faham.
Suami Wajib Bagi
Pertama.
Segala yang suami bagi, bayar dan habiskan untuk anak-anak itu adalah nafkah wajib dia atas tanggungan dia. Sampai mati tak akan putus hubungan itu.
Tak kiralah bekas isteri itu nak apa pun, dia berhak minta untuk anak-anak dia. Dan suami wajib tunaikan. Kalau dia hendak bincang pun, kena dapat persetujuan antara dua pihak jika tak mampu.
Isteri baru tidak ada hak langsung untuk larang atau halang suami bagi nafkah kepada anak-anak dia. Berdosa hukumnya tak beri nafkah dan biarkan bekas isteri yang tanggung semuanya.
Macam mana isteri sekarang rasa terganggu, macam itu jugalah bekas isteri itu rasa masa dia ganggu rumah tangga orang dulu.
Orang kata, buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Sekarang, rasakan pula sakitnya hati diganggu. Bezanya, bekas isteri tak ganggu, hanya tuntut hak bagi pihak anak-anaknya sahaja. Itu pun sudah rasa tercabar.
Tak Berhak Larang
Masa dia kacau dulu, tak fikir pula hati dan perasaan orang. Padahal sama-sama wanita. Boleh jadi mata dan hati sudah dikaburi niat jahat dan kotor, tak rasa yang dia buat dulu itu salah.
Hubungan anak dan ayah tak akan putus sampai bila-bila. Kena ingat itu. Selama itulah nafkah atas si anak perlu dipenuhi sampailah dia mampu berdikari.
Sebagaimana kita tak mahu orang sakiti kita, macam tu jugalah kita jangan sakiti orang lain. Bimbang kalau-kalau doa orang yang dizalimi ini makbul dan Allah timpakan balasan on the spot. Mana mungkin kita nak bahagia atas kesengsaraan orang lain.
Semoga Allah lindungi rumah tangga dan keluarga kita semua dari manusia yang berniat jahat dan dengki kepada kebahagiaan kita.
Insyallah.
Mingguan Wanita : Beringatlah bila berkahwin dengan duda atau bekas suami orang lain, sudah tentu dia memiliki tanggungjawab ke atas anak-anaknya dalam perkahwinan terdahulu. Jangan dinafikan hak anak-anak yang tak berdosa.
Sayangnya, berniaga online dah bertahun tapi duit simpanan selalu ‘kering’. Lebih parah, setiap bulan terpaksa ambil pula duit berniaga. Jika ini yang peniaga hadapi bermakna ada yang silap dengan cara simpanan kewangan anda.
Bimbang jika anda berterusan begini, anda cuma mampu bertahan setahun dua saja dalam perniagaan. Niat mahu bersenang-senang di usia persaraan takkan tercapai jika gagal buat perancangan kewangan dari awal lagi.
Ada cara sebenarnya untuk uruskan simpanan anda setiap bulan secara sistematik. Yang penting, disiplin menyimpan tu kena ada.
Pertama : Gajikan Dulu Diri Sendiri
Apabila anda menggajikan diri sendiri, kemungkinan untuk anda mengambil duit berniaga dapat dikurangkan. Selepas tolak segala kos, hasil keuntungan itulah anda asingkan sejumlah untuk menggajikan diri sendiri.
Jumlahnya, perlulah secukupnya untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga. Cadangan; 40% daripada keuntungan. Gaji ini pun sebahagian daripada motivasi untuk konsisten berniaga.
Kedua : Tukar Wang Jadi Emas
Apabila anda membuat simpanan emas fizikal, susah dalam fikiran anda untuk berbelanja dengan emas itu. Proses untuk mencairkannya yang agak panjang, membuatkan simpanan anda lebih bertahan lama.
Setiap bulan boleh beli 1 gram emas, cukup setahun sudah ada 12 gram emas. Bukankah itu lebih baik, dari tidak usahakan menyimpan langsung. Jangan lupa bayar zakat emas agar harta anda lebih berkat.
Ketiga : Melabur Dalam Unit Trust
Carilah unit trust atau dana pelaburan yang stabil dan berisiko rendah. Misalnya Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Bumiputera (ASNB). Ini pun salah satu cara untuk gandakan wang simpanan anda.
Setiap tahun, akan ada kadar dividen dan bonus yang akan diagihkan kepada pemegang akaun. Untuk tabung haji misalnya, tak perlu lagi fikirkan soal zakat, kerana zakat simpanan pendeposit sudah dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji.
Keempat : Simpan Dalam KWSP
Sebenarnya, para peniaga online boleh memilih untuk mencarum secara sukarela dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Skim i-Saraan diwujudkan untuk memberi perlindungan sosial kepada para pekerja ekonomi gig yang tidak ada majikan tetap.
Sebagai pencarum KWSP, peniaga online akan turut menikmati kelebihan sebagai ahli KWSP seperti menerima dividen tahunan. Untuk maklumat lanjut tentang produk yang membantu para peniaga online, boleh rujuk laman web KWSP.
Manfaatnya Untuk Anda Juga..
Akhir kata, sebagai peniaga anda seharusnya memikirkan soal simpanan kewangan masa depan agar anak-anak dan keluarga dapat menerima manfaatnya. Sekiranya, anda sendiri hebat dalam pengurusan kewangan, tentunya anak-anak akan ikut jejak langkah ibu bapanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami yang bertanggungjawab dan anak yang sihat antara rezeki yang Allah kurniakan. Jangan hanya fikir duit dan harta saja rezeki yang Allah kurniakan. Rezeki itu bukan hanya pada wang ringgit.
Walau tak memiliki harta yang banyak dan hidup mewah, sebenarnya kita perlu melihat pelbagai sudut lain yang mampu membuatkan kita bahagia dalam hidup. Rezeki itu meliputi kesihatan, ilmu, sahabat, masa lapang, idea dan pelbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki.
Suami Tak Kaya Tak Apa, Asal Bertanggungjawab
Tak mengapa kalau pun tak punya harta banyak, tapi melihatkan anak-anak dapat membesar dengan sihat dan cergas, ia juga satu rezeki yang tak ternilai harganya. Andainya anak-anak kita cemerlang dalam akademik, itu satu lagi BONUS. Betul kan?
Anak Tak Bijak Akademik Tapi Cemerlang Akhirat, Itu Semua Rezeki
Namun, yang paling penting, didiklah anak untuk cemerlang di akhirat. Tiada gunanya anak hanya cemerlang di dunia. Pandai belajar dan berkelulusan tinggi namun tak mampu mendoakan kita kelak bila kita sudah tiada. Alangkah ruginya kita.
Oleh itu jangan bersedih andai anak kita mungkin tak secemerlang anak orang lain. Tapi dia seorang anak yang taat pada Allah dan pada kita ibu bapanya. Seorang anak yang sangat menyenangkan hati. Itu pun rezeki bukan? Cuma sebagai mak, sentiasa doakan agar dia tetap menjadi orang yang berguna dan berjaya dengan caranya yang tersendiri kelak.
Walau Tak Kaya, Suami Penyayang Dan Bertanggungjawab
Apa lagi yang wanita inginkan selain memiliki suami yang penyayang dan bertanggungjawab pada dirinya dan anak-anak. Itu juga REZEKI bagi seorang isteri. Apatah lagi pada zaman sekarang, ramai suami yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Tak dinafikan, duit itu penting namun ia bukan perkara paling utama dalam hidup. Bila suami seorang yang bertanggungjawab, sudah pasti dia akan berusaha keras untuk memenuhi kecukupan keluarganya biar pun mungkin tidaklah mewah.
Keluarga Sihat Juga Rezeki
Apa gunanya harta dan duit yang melimpah ruah jika tidak sihat. Tak kira yang diuji sakit itu suami, anak-anak atau kita sendiri. Maka, bersyukurklah bila ada keluarga yang sihat kerana kesihatan tak mampu dinilai dengan wang ringgit.
Bila anak sihat, kita tak risau dan boleh bekerja tanpa rasa risau. Bayangkan kalau anak asyik sakit, tentu hati tak selesa hinggakan terpaksa ambil cuti untuk menjaga anak.
Hidup Ikut Kemampuan
Kita perlu sedar tentang kemampuan diri. Jadi jangan terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain. Mungkin orang lain boleh setiap minggu membeli pakaian baru untuk anak-anaknya tapi kita hanya setiap tiga empat bukan sekali baru boleh belikan. Atau bila tiba musim perayaan barulah dibeli yang baru.
Lagi pula, daripada membeli pakaian baru untuk anak-anak, lebih baik beri anak makan makanan yang sedap walau pun yang dimasak sendiri.
Bila kita hidup berlandaskan kemampuan diri kita, pasti semuakan akan cukup. Namun, tak salah sesekali nak reward diri dan keluarga dengan pergi makan di tempat mahal, tapi kira bajet dulu ye.
Sentiasa Syukur
Sentiasa ingatkan diri supaya sentiasa brsyukur dengan rezeki yang kita peroleh dalam hidup. Bila kita sentiasa bersyukur tak tak merungut, hati kita akan tenang. Kita dapat terima keadaan diri kita yang mungkin tak semewah orang lain.Tapi kita tetap mampu bahagia dengan cara kita sendiri. Memang duit itu penting namun bukan segala-galanya.
Polis mengesahkan tiada unsur buli dalam kes tikaman pelajar Tingkatan Empat di Bandar Utama. Siasatan awal menunjukkan insiden tidak berkait dengan perlakuan buli, menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.