Sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibunya yang lumpuh. Mungkin ini satu keputusan yang cukup berat bagi seorang anak. Apatah lagi kerjaya yang cukup hebat dengan gaji yang lumayan.
Namun, apalah sangat untuk dinilai dengan pengorbanan seorang ibu. Berhenti kerja dan fokus dalam menjaga ibu yang sakit, tidak seskali akan membuatkan diri rasa menyesal kerana sudah lakukan yang terbaik untuk orang tua.
Mungkin inilah yang dilalui oleh Rashidah Razali yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang lumpuh. Inilah peluang yang dia ada selagi hayat ibu dikandung badan.
Bagi Rashidah Razali, dia sedikit pun tidak menyesal berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang terlantar sakit (bedridden).
Menurut wanita berusia 30 tahun itu, dia dan iparnya bertanggungjawab dalam membantu menjaga ibu yang uzur selain mereka 11 beradik.
Kata anak kelapan ini, ibunya mengalami strok sejak Jun tahun lepas dan lumpuh sebelah kanan badan.
“Sejak itu urusan berkaitan diri ibu dijalankan oleh adik beradik. Sama ada mengangkat ke tandas, mandikan dan membantu ibu solat.
Gambar sebelum ibunya jatuh sakit.
“Sekarang ibu bedridden dan keadaan ini masih baru lagi iaitu pada Jun. Ia disebabkan paras oksigen dalam badan ibu menurun selain terdapat jangkitan kuman pada paru-paru sehingga terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan.
“Jururawat tidak galakkan kami adik beradik urus ibu seperti sediakala iaitu angkat masuk bilik mandi seperti sebelumnya.
Ads
“Mereka sarankan semua urusan ibu dilakukan di atas katil dan mereka terus ajar teknik untuk menguruskan ibu bedridden serta memberi tips lain sebagai panduan,” katanya.
Menurut anak jati Kuala Berang Terengganu itu lagi, dia mula menjaga ibu sejak kerajaan mewujudkan skim bekerja dari rumah (BDR) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021.
Bagaimanapun selepas BDR ditamatkan, dia perlu berulang alik ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur.
.
Ekoran itu, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung.
“Bermula dari situ saya melakukan kerja sendiri dan Alhamdulillah suami menyokong setiap tindakan yang diambil. Saya juga berpeluang menjaga ibu secara bergilir dengan adik beradik yang lain,” luahnya.
Tidak Rasa Terbeban
Rashidah yang kini bekerja sebagai ahli fisioterapi di samping terlibat dalam perniagaan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan berkata, dia sedikit pun tidak berasa lelah atau terbeban sepanjang tempoh mengurus dan menjaga ibu yang terlantar sakit.
“Alhamdulillah kesukaran jaga ibu bagi saya tiada, memandangkan ibu bukanlah pesakit yang panas baran.
“Disebabkan background pekerjaan saya sebelum ini banyak berkecimpung dengan kecederaan dan atlet, ia membuatkan saya terbiasa dengan pengurusan pesakit.
Ads
“Cuma bezanya teknik urus bedridden, tetapi ia mudah dilakukan selepas diajar jururawat hospital ketika ibu warded,” jelasnya yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2021.
Bercerita lanjut, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana keperluan ibu dapat dijaga dengan baik.
“Alhamdulillah saya dan adik beradik serta ipar bergilir urus ibu. Sesi saya jaga rutin ibu adalah pada waktu siang iaitu pagi memandangkan selepas Zohor saya perlu bekerja.
“Jadi selepas waktu itu, adik beradik mahupun ipar yang akan ambil alih,” tambahnya.
Dalam pada itu, Rashidah turut menyatakan bahawa kekuatannya hadir saat melihat wajah ibu walaupun kadang kala penat.
Ads
“Mengeluh terbeban tu tiada sebab saya bergilir dengan adik beradik. Penat pasti ada dan itu perkara biasa dalam uruskan orang s4k1t.
“Cuma satu saja saya pasak dalam hati, pasti ada ganjaran bagi orang yang menyantuni ibu bapa.
“Tambahan pula ibu bapa cuma satu dan pergi mereka tak ada ganti. Jadi sementara ibu masih ada saya akan berbakti sebaik mungkin sebelum terlambat atau menyesal di kemudian hari.
“Saya nak elakkan perkara-perkara seperti itu. Oleh itu apabila ada peluang saya akan buat dan berikan yang terbaik,” luahnya lagi.
.
Mingguan Wanita : Besar rahmatnya anak menjaga ibu. Moga Rashidah dan kelaurga dipermudah segala urusan. Aamiin.
Dirinya lebih rela berpuasa daripada meminta-minta makanan daripada jiran, nenek dari Jakarta, Indonesia ini tinggal sebatang kara sejak kehilangan suami.
Biarpun dia hidup serba kekurangan tetapi dia masih gemar teruskan hidup tanpa menyusahkan orang lain dan rela berlapar.
Nenek Tinggal Sebatang Kara Sejak Kehilangan Suami
Seorang wanita warga emas yang hidup susah menyatakan bahawa dia bertahan hidup dengan berlapar dan minum air teh berusia empat hari, lapor laman Merdeka.com kelmarin.
Wanita bernama Sunimah itu hidup sebatang kara dan telah kehilangan suami sejak 20 tahun lalu. Dia juga tidak mempunyai anak atau cucu.
Sunimah kini hanya bertahan hidup dengan menumpang tinggal di rumah orang lain yang keadaannya sudah hampir roboh.
Akaun Instagram @rumahyatim yang berkongsi kisah Sunimah berkata, wanita itu hanya mampu melakukan kerja menjemur kerak nasi kerana tubuhnya sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat yang lain.
Lebih Rela Berpuasa Daripada Meminta-Minta
“Nenek sudah terbiasa lapar, namun kadangkala ada jiran tetangga yang akan memberikan makanan kepada nenek,” katanya.
Sekiranya tiada jiran yang memberikannya makanan, Sunimah akan berpuasa kerana menurutnya, itu lebih baik daripada meminta-minta.
Wanita itu juga akan menyimpan air teh sehingga empat hari dan akan meminumnya sedikit demi sedikit supaya ia bertahan lama.
Kisah nenek Sunimah membuatkan netizen bersedih dan mahu membantu nenek itu.
“Di mana (lokasi) ini?,” tulis seorang netizen.
“Semoga nenek sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan untuk terus berjuang ya. Tuhan melihat, Tuhan tidak pernah tidur,” tulis seorang lagi netizen. -Agensi
Mingguan Wanita : Walaupun tak berdaya, nenek ini berusaha meneruskan hidup dengan caranya sendiri tanpa mahu menyusahkan orang lain. Kagum betul.
Mungkin anda rasa pelik tetapi percayalah kalau ikut cara ini anda dah tak perlulah berpeluh bagai semata-mata nak gosok baju setiap pagi.
Cara ini agak membantu kalau anda jenis ibu yang bekerja, tambah pula kalau dapat suami yang memang harapkan anda selesaikan bab pakaian.
Namun jangan risau, anda boleh guna cara ini untuk pastikan baju tak berkedut tanpa menggunakan seterika. Haaaa… macam mana nak buat dan apa yang anda perlukan?
BAHAN-BAHAN:
Sehelai baju berkedut
Air batu
Mesin basuh yang ada pengering
Cara Senang Buat Mak-mak Yang Tak Rajin Gosok Baju:
Cukup masukkan baju dan 3-4 ketul air batudan tutup mesin basuh.
Set selama 10 minit dan biarkan baju berpusing bersama air batu di dalam mesin pengering.
Setelah itu keluarkan baju dan anda akan dapat hasil baju yang tak kusut!
Selama berpusing di dalam pengering, air batu akan meleleh dan menyebabkan baju jadi lembab dan kesannya lebih lembut dan fleksibel. Cara ini cukup unik dan banyak orang yang sudah pernah mencubanya.
Well… cuba dulu, siapa tahu kerja anda lebih mudah ya wanita!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru-baru ini pendakwah dan penceramah terkenal Ustaz Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff, 39 telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan kereta yang dipandunya hangus terbakar. Beberapa hari setelah kejadian berlaku, Ustaz Izhar ada memuatkan penghargaan buat keretanya yang ‘terkorban’ yang sering digunakan untuknya dalam membuat kerja-kerja dakwah dan menyampaikan ilmu.
Walaupun ia hanya sebuah kereta, peranannya untuk bergerak ke mana-mana, namun ia juga mungkin boleh menjadi ‘asbab’ dan saksi, perhitungan amalan untuk masuk ke syurga.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Rehatlah Kuda Putihku… Setiap yang hidup pasti mati. Setiap yang bermula pasti berakhir. Inilah kisah kehidupan. Saya amat menghargai kereta ini.”
“Banyak jasa kereta ini kepada saya sepanjang 3 tahun. Ia peneman ke utara, ke timur, ke selatan ke barat demi memenuhi semua undangan ceramah yang diminta.Tak pernah kereta ini menjerit sakit atau keletihan kerana ia tahu aku pergi bukan untuk bersukaria tetapi bagi memenuhi keperluan ummah.”
“Separuh waktu ku banyak bersamanya demi agama…Tanggal 29 Mei 2018, aku menjadi saksi betapa kerasnya ia melindungi aku dari kecederaan yang serius atau maut DENGAN IZIN ALLAH JUA demi memastikan perkongsian ilmu dan dakwah dapat diteruskan walaupun ia terpaksa mengorbankan hayatnya buat SELAMA-LAMA… Pergi mu sungguh menyedihkan. Semoga Allah jadikan mu sebagai syafaat untukku masuk ke Syurga satu masa nanti.”
Sebelum ini, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM Ustaz Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff telah terlibat dalam kemalangan di Bandar Bukit Mahkota Bangi.Kemalangan jam 8.30 pagi itu ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjadi panel program bual bicara pagi di stesen televisyen swasta.
Kereta yang dipandu Ustaz telah merempuh pokok kerana mengelak anjing yang melintas,lalu terbakar. Beliau sempat diselamat kan oleh orang ramai ditempat kejadian yang berjaya mengeluarkan dirinya dari kereta sebelum kereta tersebut terbakar keseluruhan.
Alhamdulillah tiada kecederaan parah, hanya mengalami pemeriksaan doktor mengesahkan hanya mengalami luka di bahagian kaki.Antara rakan pendakwah yang turut hadir menziarahi Ustaz Izhar seperti Imam Muda Asyraff, Ustaz Kazim Elias dan ramai lagi.
Didoakan semoga Ustaz Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff, cepat sembuh dan kembali dapat meneruskan kerja-kerja dakwah dan menyampaikan ceramah.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...