Sumber / Sumber Foto : Instagram drfietawfek & @nubhan.ahamad

Bekerja sebagai seorang Doktor Gigi, Dr Afifah Tawfek atau lebih dikenali dengan Fie mencuri perhatian ramai apabila nekad dengan keputusan mahu meninggalkan kerjayanya untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Sanggup Berhenti Kerja, Doktor Gigi Ini Anggap Suri Rumah ‘Pekerjaan’ Mulia

Korbankan Kerjaya Doktor Gigi

Isteri kepada penyanyi yang pernah lahir menerusi rancangan realiti Akademi Fantasia, Nubhan ini juga senang hati untuk mengikut kata suaminya dan menganggap tugas sebagai suri rumah adalah ‘pekerjaan’ yang mulia.

Artikel berkaitan: ‘Tunjal Kepala, Cuba Buat You Marah, Tapi Tak Marah-marah’ – Nubhan

Video Berkasar Dengan Isteri, Nubhan Mohon Beri Ruang Untuknya Bertenang

IKLAN

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.

Seperti mana dikongsi menerusi akaun Instagram, ketika hari terakhir bekerja sebagai Doktor Gigi di Klinik Pergigian Seremban baru-baru ini Nubhan telah menjemputnya dengan menghadiahkan sejambak bunga. Suaminya juga turut menghadiahkan Fie sekotak perkakas dapur dan kelengkapan pembersihan rumah sebagai permulaan menjadi suri rumah.

Sanggup Berhenti Kerja, Doktor Gigi Ini Anggap Suri Rumah ‘Pekerjaan’ Mulia

IKLAN

Keputusan Fie Sangat Mulia

“Husband @nubhan.ahamad kata pekerjaan suri rumah ni pekerjaan paling mulia. Bukan main meriah sambutan masuk kerja hari pertama as housewife. Dulu masuk kerja as doctor xde pulak mcm ni..Hehehehe….

Sanggup Berhenti Kerja, Doktor Gigi Ini Anggap Suri Rumah ‘Pekerjaan’ Mulia

Keputusan Fie untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh sangat mulia dan diharap pintu rezeki itu sentiasa terbuka walau di mana-mana. Namun pada masa yang sama pasangan romantic ini juga turut gigih mengusahakan produk kecantikan milik mereka sendiri yang diberi nama Lantara Beauty.

IKLAN
Sanggup Berhenti Kerja, Doktor Gigi Ini Anggap Suri Rumah ‘Pekerjaan’ Mulia
Bersama rakan sekerja di Klinik Pergigian Seremban.

Tolong Hormat, Hentikan Andaian Yang Buruk-Buruk

Sanggup Berhenti Kerja, Doktor Gigi Ini Anggap Suri Rumah ‘Pekerjaan’ Mulia
Menjelaskan andaian-andaian yang kurang baik dari netizen.

Namun disebalik kegembiraan itu, baru-baru ini, Fie memuat naik entri tentang dirinya yang dikatakan sudah habis kontrak dan pelbagai kata kurang enak dari netizen. Jawabnya;

“Ramai yg ckp sy ni dah hbis kontrak la,
“Tak de tempat di klinik kerajaan la,
“Mcm2 andaian yg bukan2 org ckp pasal saya.
“Salah ke nak berbakti untuk keluarga?
“Ini bukti saya ditawarkan sebagai dr permanant di kerajaan dan suami memberikan saya 100% support samada terima atau tolak.
“Tp sebaliknya saya pilih keluarga…
“Dan saya ada perancangan saya sendiri.
“Xsemua perkara sya perlu share dengan semua.
“Tolong hormat dengan keputusan saya hentikanlah andaian yang buruk-buruk. I love you gais!
#sayainsanbiasa @lantarabeauty

MW: Bukan semua wanita sanggup meninggalkan kerjaya demi keluarga. Semoga Fie dan Nubhan dimurahkan rezeki.

Sumber / Sumber Foto : Instagram drfietawfek & @nubhan.ahamad
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI