Bukan mudah menjadi isteri kepada pengasas produk kecantikan dan kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. Datuk Seri Aliff Syukri ini. Hati kena kental dengan kata-kata nista, kutukan dan kecaman tak henti-henti. Lebih-lebih suami sendiri sering menimbulkan pelbagai kontroversi yang ‘menjentik’ hati netizen untuk menulis itu dan ini.

Berkesempatan menunaikan ibadah haji bersama ayah dan ibu mertua tersayang, Datin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid yang kini sedang hamil 5 bulan masih berada di tanah suci, menyelesaikan rukun haji yang berbaki.

Berkongsi pendirian wanita berwajah lembut penuh keibuan ini berdepan dengan segala kutukan dan kecaman di media, cukup positif. Antara ‘azimat’ utama beliau, banyakkan bersabar dan bandingkan dengan pelbagai nikmat yang diberikan Allah berbanding ujian yang dibagi.

Sabar Dikutuk & Dikecam, Datin Sri Shahida Pegang Kemas Pendirian Ini

IKLAN

Berikut antara luahan yang dikongsikan di laman instagram beliau;

“Alhamdulillah dah selesai melontar maka selesai rukun haji kami.Kalau orang tanya saya macam mana ya saya ni boleh sabar begitu begini orang kutuk dan kecam. Bagi saya apalah sangat Allah uji saya sedikit berbanding banyak nikmat yang banyak Allah bagi. Bila saya stress saya mengeluh saya akan cakap dengan diri kenapa saya nak stress sedangkan betapa banyak nikmat yang Allah bagi.Allah minta saya cuma bersabar,sabar dan sabar.”

“Saya belajar satu perkara saya tak boleh puaskan hati orang lain sebab adat dunia ada orang suka dan ada orang benci.”

IKLAN
Sabar Dikutuk & Dikecam, Datin Sri Shahida Pegang Kemas Pendirian Ini
Bersama ibu mentua tersayang, ketika di Mina, menunaikan rukun melontar.

Rezeki Ibu Hamil

Sementara itu, rezeki buat Datin Shahida menunaikan ibadah haji ketika kandungan memasuki usia 5 bulan, segala urusannya dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik.

Sabar Dikutuk & Dikecam, Datin Sri Shahida Pegang Kemas Pendirian Ini

IKLAN

“Alhamdulillah saya sihat di sini.Rezeki ibu hamil dari segala sudut ibadah dipermudahkan banyak hamba Allah yang memberi laluan syukur kepada Allah SWT memberikan kesihatan yang terbaik buat saya dan baby dalam perut, mudahan terus sihat sehingga pulang dan sehingga melahirkan nanti.

MW: Setuju dengan pendirian dan sikap positif Datin Sri Shahida ini. Biarlah orang nak kata apa, banyakkan bersabar dan anggap ia satu ujian. Banyakkan bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan. Mingguan Wanita mendoakan semoga Datin Sri Shahida dipermudahkan segala urusan ibadah di tanah suci dan mendapat haji yang mabrur.

Sumber: shahidadherbs

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI