Setiap hari kita terdedah kepada media sosial yang ada kalanya tunjukkan cara kehidupan keluarga masing-masing. Sampaikan kita banding keluarga lain yang berbeza dengan kehidupan kita.
Ada masa hati dan perasaan isteri dan ibu cemburu dengan kehidupan mereka yang kita rasa cukup bahagia dan sempurna. Belum lagi melihat kehidupan mereka yang nampak mewah dan berduit.
Sebaliknya, kita mula bandingkan dengan cara keluarga kita yang mungkin jauh berbeza. Rutin kita sebagai seorang isteri dan ibu yang memang tak pernah habis. Dari situ, mulalah kita nak bandingkan dengan keluarga lain yang lebih bahagia daripada kita.
Jangan begitu, rasanya, setiap isteri mahu pun ibu tidak dapat lari dengan rutin kehidupan yang sama. Bangun awal pagi, memasak, melayan karenah anak, membersihkan rumah dan belum lagi termasuk rasa nak marah pada suami, geram dan ‘bad mood’.
Semua ini sama dilalui oleh setiap isteri dan ibu di dunia ini. Cuma yang membezakan adalah cara kita meraikan kehidupan keluarga kita. Sama juga apa yang dikongsikan oleh Nur Farhana Fizal sebagai seorang isteri dan ibu.
Saya dapat banyak mesej di inbox bertanyakan macam-macam tentang kehidupan normal saya sebagai isteri dan ibu.
Ads
Kawan-kawan, saya sama je. 100% sama macam kawan-kawan yang bergelar ibu di luar sana. Sebab saya juga manusia biasa macam kalian.
Saya pun hari-hari marah anak dan saya pun banyak masa terasa hati dengan suami.
Begitu juga, bila rajin saya akan buat banyak kerja rumah. Tapi bila datang angin M, saya pun order juga makan. Saya biar saja kain tak basuh dan rumah tak kemas.
Perasaan Seorang Isteri
Ada masa, saya cepat terasa bila suami bercakap. Rasa dia tinggi suara lah, macam rasa dia tak nak layanlah, dia asyik sibuk je lah, sampai saya pun buat perangai diam tak bercakap-cakap. Sampai suami pula terasa dengan saya.
Mood saya terumbang ambing juga. Terbuai-buai emosi tu, pun sama juga macam kawan-kawan. Sampai sakit kepala berhari-hari. Rasa nak tidur dan nak baring saja. Tak nak buat apa-apa.
Ads
Kadang-kadang ada rasa nak berjalan, ambil cuti, tapi tak nak duduk rumah. Nak jalan-jalan ke tak ada tujuan. Dah penat, baru balik. Nak ‘me time’ konon.
Tak ada yang lain pun kan? Sama je kita. Malah pasti kawan-kawan jauh lebih baik daripada saya.
Raikan Diri Kita
Jadi, apa yang saya nak sampaikan di sini, just embrace our life. Raikan diri kita dan raikan kehidupan kita.
Latar belakang keluarga kita, cara rutin family kita dan setiap individu dalam keluarga kita berbeza dan unik.
Kita boleh ambil kebaikan daripada perkongsian yang kita baca, namun kita tak boleh terikat dengan membandingkan mengapa keluarga kita tak macam dia.
Ads
Kita sesuaikanlah cara itu dengan keluarga kita, buat cara keluarga kita dan laksanakan. Praktikkan ikut cara keluarga kita.
Berhenti mencari kesempurnaan dan membuat perbandingan. Malah, berhentilah merendahkan kemampuan kasih sayang keluarga yang kita ada.
Mari kita berbahagia dengan keluarga yang kita ada. Pasangan yang Allah dah berikan pada kita, lengkapilah kekurangan kita dengan kelebihan dia, juga sebaliknya. Anak-anak yang Allah hadiahkan pada kita, coraklah mereka sepenuh usaha yang kita ada.
Ingat, kita bukan dan takkan jadi sempurna. Tapi kita selalu usaha yang terbaik untuk menjadi ibu, ayah, anak-anak juga adik beradik dalam keluarga kita.
MW: Betul apa yang dikatakan itu. Kalau asyik nak bandingkan dengan orang lain tidak akan habis. Bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan pada kita dan keluarga.
Seronoknya bila tengok keluarga yang mempunyai anak ramai. Mungkin masa mereka kecil, mak ayah agak ‘struggle’ maklum saja macam-macam karenah dan perangai masing-masing.
Tak kurang juga yang mengatakan anak ramai susahnya masa kecil. Tapi bila mereka dah besar tentu seronok sebab masing-masing tugas dan fungsi. Boleh membantu mak ayah.
Kita tak tahu rezeki keluarga. Anak ramai pun satu rezeki yang Allah berikan. Mungkin orang luar atau tak mustahil juga adik beradik rasa kasihan bila tengok mak ayah tak tentu arah menjaga anak.
Jangan terkejut, ada keluarga yang mempunyai anak ramai dan tak kisah minta tolong ahli keluarga lain jaga. Bukan hanya anak ramai, anak seorang dua pun ada yang minta ahli keluarga tolong jaga.
Sampaikan boleh dengar orang mengata ‘buat anak pandai tapi bab menjaga tak pandai’. Wow..makan dalam dibuatnya.
Sebagai mak ayah yang diberikan anak ramai, jangan mengeluh atau minta ahli keluarga jaga untuk meringankan beban. Sebaliknya, jagalah sendiri anak-anak itu mengikut kemampuan kita, mereka itulah rezeki yang Allah beri.
Ikuti perkongsian daripada Juriah H Mazlan yang mempunyai 9 orang anak dan cabaran dia serta suami didik anak. Moga dijadikan panduan untuk mak ayah di luar sana
Ada beberapa orang yang pernah berkata, terinspirasi melihat keluarga mama fatim, suka tengok ahli keluarga yang ramai. Anak-anak yang kalau diikutkan pada zaman ini, agak ramai ahli-ahlinya.
Cuma untuk peringatan mama fatim dan kawan-kawan. Siapa yang ada anak-anak, tidak kira ramai atau sedikit.
1) Ingat sangat-sangat, anak-anak ni hanya pinjaman yang diamanahkan. Sebelum dapat dulu, beria-ria kita berdoa dan meminta. Jadi bila dapat, kita tak perlu buat acuh tak acuh sahaja. Jagalah amanah dengan sebaiknya.
2) Waktu anak-anak masih baby, mereka bukannya badut untuk kita merasa terhibur dan sayang waktu kecil je, bila sudah besar tak adalah sayang mana. Ambil peduli pun tidak.
3) Seramai mana pun anak-anak, jagalah dengan penuh kasih dan sayang. Sayangi mereka dengan sama rata. Tidak perlu sebelah pihak sahaja yang menjaga dan bertanggungjawab kerana mereka adalah di bawah tanggungjawab bersama sebagai ibu dan ayah.
4) Tanggungjawab terhadap anak-anak bukan hanya terletak kepada menyediakan mereka keperluan akademik dan fizikal seperti makan minum sahaja semata-mata, ia terletak juga kepada keperluan akidah dan keimanan kepada Allah.
5) Sentiasa berdoa kepada Allah untuk mendidik anak-anak, doakan anak-anak supaya dosa mereka diampunkan, supaya Allah redha pada mereka, kerana sekiranya kita sahaja sendiri-sendiri, memang tidak mampu. Kerana anak-anak ketika kecil lain cabarannya, sudah remaja lagi lah besar dugaan mendidik mereka. Jadi kepada Allah sahaja kita meminta petunjuk.
6) Perlulah kita menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab menyediakan segala keperluan keluarga, sedaya upaya menyediakan apa yang termampu dari segi makan minum, menjaga emosi anak-anak dan pasangan kerana kita sahaja yang dapat memastikan keluarga yang sempurna dengan pertolongan Allah.
7) Sebelum dan sudah ada anak-anak, rancang dari awal Roadmap Pembinaan keluarga. Apa yang kita nak rancang, contohnya kewangan, tempat tinggal, persekolahan anak-anak, simpanan, insurans, takaful, wasiat dan sebagainya. Bila kita nak pencen dari kerja, bila kita nak exit dari menjaga anak-anak (maksudnya tak perlu lah kita menjaga sampai anak cucu cicit semua kita nak jaga).
Tidak perlulah kita menyusahkan ahli keluarga yang lain seperti mak ayah kita, mak ayah mertua, ipar duai dan sebagainya. Pinjam duit, minta jagakan anak-anak. Buatlah dan jagalah keluarga kita mengikut kemampuan dan seadanya.
Begitulah, ini hanya sebahagian sahaja perkongsian untuk mama fatim dan kita semua. Besar sungguh cabaran mendidik anak-anak ni ye. Nak pula zaman sekarang ni. Sesiapa yang ada, tahulah bagaimana.
~ Mama fatim
Pernah 11 kali pregnant, 9 je anak yang membesar, itu pun cukup dah alhamdulillah.
Mingguan Wanita : Masa anak-anak kecil memang buat mak ayah kalut. Tapi, percayalah rezeki yang Allah bagi ini akan menyenangkan kemudian hari. Jagalah amanah Allah ini dengan sebaiknya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Sempena anniversary yang ke-9 bersama isterinya, ini pesan Ustaz Don, “Sentiasa Ada Ruang Perbaiki Kesilapan.”
Ustaz Don sentiasa mencuri perhatian apabila setiap kali tibanya hari istimewa, pasti saja ada titipan atau kata-kata indah buat isteri tercinta.
Selain menghargai kasih sayang isteri tercinta, dalam masa yang sama Ustaz Don turut berkongsi tip dan doa kepada semua pengikutnya di akaun instagramnya. Kongsinya:
Semoga Allah menjadikan kita semua pasangan yang bahagia di dunia dan di akhirat serta ditemukan dalam Syurga nanti sebagai pasangan bahagia seperti para Anbiya’ dengan Isteri mereka yang mulia, berkat Nabi Muhammad ﷺ .
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
Doa Ustaz Don Untuk Semua
Ini doa yang saya teringin hendak baca and tulis untuk semua pada akhir malam hari ulang tahun perkahwinan kami.
Semoga bermanfaat.
Ya Allah ampunilah andai aku mengguris hati saudara-saudara ku. Dan aku memaafkan kesalahan mereka ke atas ku.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
Mingguan Wanita : Happy anniversary Ustaz Don dan isteri, semoga berkekalan hingga ke Jannah.
Semakin jauh hubungan dalam rumahtangga bukan sebab perempuan ketiga tetapi sebab handphone.
Nauzubillah.
Tetapi realitinya itulah, demi sesuap nasi katanya. Maka kena pegang handphone 24 jam. Anak-anak pun tengok dan kesannya boleh mak ayah teka tak?
Dalam situasi ini bukan nak salahkan golongan suami sahaja, tetapi daripada contoh yang dikongsikan saudara Firdaus Shakirinini macam itu lah yang berlaku. Cuba fikir dan renungkan kejap.
Makin Jauh Sebab Handphone
Zaman sekarang ni, tak perlu orang ketiga untuk meretakkan atau merenggangkan hubungan suami isteri, cukup dengan benda yang ada di hujung jari kita tu.
Handphone.
Telefon yang kita pegang selalu tu, banyak isteri di luar sana yang “di duakan” suami dengan benda tu.
Isteri sambut suami balik kerja, tapi suami masuk umah sambil mengadap handphone. Duduk kat ruang tamu, mata tengok handphone. Mandi, solat, kemudian pegang handphone. Waktu makan, handphone dibawa ke meja, tangan kanan makan, tangan kiri pegang handphone.
“Abang, kerja ok tak hari ni?”
‘OK’ tapi mata masih kat hadphone. Isteri mulanya datang nak bersembang, tapi terus blah sebab mood nak bersembang hilang. Suami tak layan, jawab sepatah-patah.
Suami sibuk dengan handphone.
Ajak isteri keluar makan, sampai je kedai, tangan pegang handphone. Ajak isteri pergi melancong, jalan-jalan, sampai je kat destinasi, tangan pegang handphone. Ajak anak main kat playground, sampai je sana, tangan pegang handphone. Ajak isteri bershopping, beli barang dapur, tapi sambil tolak troli pun pegang handphone.
Handphone… handphone… handphone!
Jadi Jarang Berkomunikasi
Banyak rumahtangga yang hilang “serinya” disebabkan handphone. Hubungan yang dekat menjadi jauh. Masing-masing kurang berhubung, jarang berkomunikasi antara satu sama lain. Gelak tawa pun dah semakin tiada dalam rumah tu.
Semuanya disebabkan benda yang bernama handphone.
Tolong sedar sebelum terlambat. Handphone ni nothing, media sosial ni nothing, up to date or ketinggalan ke belakang untuk benda yang viral juga nothing. Ssemua itu adalah perkara yang kita tak perlu risaukan.
Yang kita perlu bagi perhatian, yang perlu kita risaukan ialah hubungan kita dengan pasangan, hubungan kita dengan anak-anak, hala tuju rumahtangga kita dan haluan hidup kita.
Untuk apa kita berkahwin, apa tujuan perkahwinan itu. Untuk apa kita jadi suami, apa fungsi seorang suami. Untuk apa kita jadi ayah, apa fungsi seorang ayah.
Ingat balik tujuan hidup kita, apa dan siapa yang kita nak jadi. Adakah kita sanggup kehilangan anak bini hanya disebabkan handphone?
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.