Kebiasaannya jika nak tanam pokok cili, boleh semai dari bijinya atau anak pokok.Rupanya kita boleh juga tanam pokok cili menggunakan keratan pucuk, malah elok subur berbuah.Ikut cara yang dikongsikan ini.
1. Cari pucuk yang agak keras sikit, selepas itu cucuk je dalam bekas semaian.Boleh guna peatmoss atau tanah merah atau tanah selut pun boleh.Saya guna tanah pasir kampung je.
2. Letakkan di tempat teduh sehingga keluar akar dan pucuk baru beserta buah.
Ads
3. Kalau ada penggalak akar boleh guna (celup penggalak akar sebelum tanam), kalau tak ada pun tak apa dan jangan lupa siram setiap hari atau 2 ke 3 hari sekali.
Mingguan Wanita: Baru tahu, rupanya nak semai cili selain biji benih dan anak pokok, boleh juga gunakan keratan pucuk. Memang lebih mudah, elok pokok subur malah berbuah merimbun.
Ramai mak-mak yang sering menggunakan Sos Tiram sebagai perasa tambahan menyedapkan lagi masakan. Namun mungkin ramai yang tak tau rupanya Sos Tiram ada 5 Jenis berbeza. Malah ia bergantung pada citarasa, bajet dan tujuan masakan masing-masing!.
Ini yang dijelaskan oleh Chef Amer, yang cukup berpengalaman dalam bidang masak memasak ni.
Masa saya beli Sos Tiram kat NSK tadi, tiba-tiba ada seorang Auntie India ni tanya saya yang mana satu Sos Tiram untuk vegetarian.
Saya pun tunjukkan lah yang mana satu.Kemudian dia tanya lagi apa beza Sos Tiram yang lain-lain tu.
Ehhh… macam kat kelas pulak dia tanya. Sedang saya terangkan kat dia, datang pulak Mak Cik ni tanya, Sos Tiram brand apa yang paling best.
Aikkk… sah !
Dah boleh buat kelas pasal ni kat NSK.
Ok, Sos Tiram ni ada 5 jenis.
1. Sos Tiram
Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10% dan boleh dipanggil Sos Tiram.
Rasa tiram yang sebenar.
Jenama Panda Lee Kum Kee
2. Sos Perisa Tiram
Kandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab tu tak boleh dipanggil Sos Tiram, hanya berperisa tiram sahaja.
Rasa tiram yang ‘mild’.
Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me
3. Sos Tiram Premium
Kandungan ekstrak tiram 40%.
Rasa tiram yang sangat padu.
Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan).
4. Sos Tiram Tiruan Sayuran
Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1%) serta perasa sahaja.
Sebab tu sesuai untuk Vegetarian.
Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me
5. Sos Berperisa Tiram Ekonomi
Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja.
Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg.
Jenama Puteri, Emos, HTH
Haaa….dah tahu sekarang nak beli Sos Tiram yang mana ?
Dah kandungannya berbeza, tentu lah harga juga berbeza. Ikut lah citarasa, budget dan tujuan masakan masing-masing.
Satu lagi, tentu ramai yang akan bertanya tentang status HALAL Sos Tiram ni kan.
Nasihat saya, terlanjur dah baca tentang kandungan atau bahan yang digunakan, tengok lah sekali cop halal dia ya.Rajinkan sikit membaca tu, jangan main ambil jer.
Company besar-besar ni, bukan setakat ada sijil HALAL, malah ada HACCP dan ISO lagi. Guna lah tanpa was-was walau pun ada tulisan cina kerana ini pasaran mereka.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi terpulang pada citarasa dan bajet nak guna sos tiram yang premium atau sekadar perasa dalam masakan harian.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mudah sebenarnya mak-mak nak masak pulut sendiri di rumah walaupun tiada periuk pengukus, hanya gunakan periuk nasi je. Bukan apa, jika masak atas dapur, kalau tak pandai buat pulutnya jadi keras, hangit, jelantah atau lembik. Menerusi perkongsian oleh Puan Ya Norma, cara masak pulut gunakan periuk nasi atau rice cooker lebih ringkas dan mudah, 15 minit je dah siap!
Berikut antara tunjuk ajar perkongsian beliau;
“Ni untuk orang yang tak ada periuk pengukus dekat rumah boleh la cuba,pulut memang lembut elok.Ambil masa 15 minit saja.Memang mudah dan pantas..zap zap zap siap..”
Boleh tengok video dan gambar yang saya post kan sekali tu ya.
Bahan-Bahan:
2 cawan beras pulut
1 cawan air panas *
1 cawan santan *
1 sudu besar minyak masak *
1 sudu kecil garam *
Cara Membuat:
1. Basuhkan beras pulut.
2. Kemudian masukkan kesemua bahan yang bertanda * ke dalam periuk nasi dan tekan tombol untuk memasak.
3. Bila nampak wap panas keluar, buka penutup rice cooker dan kacau pulut. Ini untuk mengelakkan pulut jadi berketul.
4. Kemudian biarkan sehingga pulut betul-betul masak dan siap dihidangkan.
Siap,mudah dan ringkas.
Pulut boleh dimakan bersama durian, mengenangkan sekarang durian murah..hehe Boleh juga dimakan degan ikan masin,lagi sedap.
Siap Selamat Mencuba!
Mudah je kan, boleh lah mak-mak buat sendiri cuba masak pulut di rumah.
BATU KARANG Keluar Sendiri Tak Perlu Bedah, Amal Minum Jus Nanas & Lobak Putih! Jika pernah mengalami penyakit batu karang, tahulah ‘azabnya’ bagaimana. Memang sangat sakit sehingga tahap berguling-guling.
Ada cara semulajadi untuk mengeluarkan batu karang ini sendiri tanpa perlu melalui proses pembedahan. Boleh ikhtiar minum jus nanas dan lobak putih serta selalu amalkannya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Ismail ini sebagai rujukan.
Sebelum puasa saya kena batu karang. Pertama kali kena.. Sakitnyaa bukan kepalang Hampir nak kena operation.
Tapi 10 minit sebelum masuk bilik untuk scoping saya ke bilik air tiba-tiba batu karang keluar sendiri. Terus hilang sakit lansung tak rasa apa-apa. Macam magik. InsyaAllah bulan 11 kena buat CT Scan jugak untuk pemeriksaan lanjut.
Ramai yang cadang makan atau minum jus lobak putih. Saya tak lalu nak telan walaupun buat sup huhu. Jadi saya buat jus NANAS+LOBAK PUTIH. Rasa sedap sikit walaupun bau tak enak.Baru mula pun, hari ni masuk hari ke 5.
Bahan-Bahan:
1 biji nanas
1/2 lobak putih
1/4 Sudu Besar garam
Air sikit agak-agak boleh kisar
Cara Membuat:
1. Kisar halus semua bahan-bahan.
2. Simpan dalam peti ais.
3. Minum bila rasa nak minum. Rasa nyaman.
Mingguan Wanita: Jadi jika nak keluarkan batu karang boleh ikhtiar guna petua semulajadi yang dikongsikan ini. Namun jika masih tidak sembuh, elok lakukan pemeriksaan dan dapatkan rawatan segera iya.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!