Sekarang ini tengah musim belimbing buluh. Kalau dulu, buah ini popular dengan resipi sambal hitam. Kini, rata-rata orang pelbagaikan resipi dengan buah ini. Memang menjadi!
Sebenarnya, buah belimbing buluh, cukup terkenal dengan resipi sambal hitam. Tapi, memikirkan cara nak membuatnya mengambil masa yang lama, ada yang sanggup beli, walaupun harganya boleh tahan mahal juga.
Kini, tak perlu nak risau, kalau ada pokok buah belimbing buluh ini boleh cuba buat sendiri. Nak senang dan cepat, gunalah periuk tekanan. Perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan boleh mak-mak cuba. Bahan pun tak banyak. Memang merecik lah!
“Sekarang tengah musim belimbing buluh ke? Staf saya pula beri saya 2 kg belimbing buluh. Nak buat kek tak pandai. Jadi kita buat sambal hitam ekspress.
Bahan-bahan:
1 kg belimbing buluh
2 genggam ikan bilis
10-15 biji cili padi
15 biji bawang merah (kecil)
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Sambal hitam ini berasal dari Pahang. Ramuannya hanya 4 bahan sahaja, tapi rasanya boleh buat nasi tambah 4 kali.
2. Mula-mula, bersihkan belimbing buluh. Buang jambul. Belimbing buluh ini rasanya sangat masam, manis dan ada kelat-kelat sedikit. Makan begitu sahaja, memang merembes air liur, mencurah-curah.
3. Kalau buat sambal hitam, kurang sikit masam dia. Kalau cara tradisi, kena rebus 4-5 jam dalam tin biskut sampai belimbing ini gelap warnanya. Kita buat stail bandar. Masak dalam periuk tekanan eletrik. Kenapa?
Ads
4. Sebab guna periuk tekanan, hanya perlu 10 minit sahaja. Letak air ½ cawan, set pada “High Pressure” untuk 10 minit. On! Lepas tu biarkan periuk itu buat kerja sendiri. Tak payah tunggu.
5. Sementara tu, kita urus ramuan lain. Masukkan ikan bilis, bawang dan cili dalam pengisar. Dah letak dalam pengisar baru teringat ikan bilis belum siang. Haha! Kena keluarkan balik, siang dulu.
6. Selepas kisar, tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak. Dalam 5-10 dah selesai. Ngam-ngam periuk tekanan pun dah berbunyi.
7. Lepaskan stim periuk tekanan sampai habis dan buka! Nampak belimbing buluh ini dah gelap sikit tapi masih basah. Lebihan air ni cedok dan buang.
Ads
8. Untuk lagi kering, set periuk tekanan kepada fungsi “Stir Fry”. Jangan lupa kacau belimbing buluh ketika ini, kalau tidak ia akan hangus.
9. Selepas 15-20 minit, kebanyakan air dah tersejat. Boleh sambung keringkan dalam periuk tekanan jika mahu.
10. Jadi alihkan semua belimbing tadi dalam kuali yang berisi bahan tumisan. Gaul rata. Kita sambung keringkan di dalam kuali.
11. Kacau sampai hancur belimbing buluh tadi. Ada orang suka sambal hitam yang belimbingnya betul-betul lumat, ada pula yang suka ada kasar-kasar. Ikutlah citarasa masing-masing. Jangan lupa letak garam jika tak cukup masin, dan sambung masak.
Ads
12. Selepas 15-20 minit, dia akan jadi warna macam ni. Barulah sesuai dengan sambal hitam. Ada orang buat basah sedikit atau kering terus. Kalau betul-betul kering, boleh tahan lama sikit. Masak cara bandar ni, kurang satu jam dah selesai.
13. Ok, hiaskan cantik-cantik. Sambal ini rasa sikit masam, masin, pedas dan umami! Memang bangkit selera. Kalau buat cara bandar ni, dalam satu jam dah siap semua. Jimat masa.
14. Close up! Terliur tak membayangkan rasa sambal hitam ni.
15. Jemput makan! Makan tengah hari dengan nasi putih panas dan telur pun dah padu! Bila sambal dah sejuk, ia semakin hitam.
16. Petang makan dengan lempeng pula! Sarapan pun sesuai! Sungguh syahdu makan lempeng dengan sambal hitam. Tak lempeng? Roti pun jadi weh! Cubalah!
MW: Boleh cuba buat sendiri, memang padulah. Bahan yang digunakan pun tak banyak dan cepat pula.
Popia Sira Sambal memang sedap dan antar kuih yang menjadi kegemaran ramai. Namun nak buat Popia Sira Sambal yang kekal rangup dan berkilat cantik ada caranya. Bukan apa, jika salah teknik ia mudah lemau dan lembik. Mak-mak boleh cuba resipi Popia Sira Sambal yang dibuat niaga oleh Puan NoraFiza Kamarin ini. Tip dan panduan lengkap turut disertakan sebagai panduan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Siape peminat popia sira sambal? Saya suka buat je tapi bukan kuih feveret saya.Inilah antara kuih yang paling laku laris customer saya selalu order.”
“Inti saya guna sengkuang+lobak+udang geragau sahaja.Nampak mudah cara dan bahan-bahannya tapi hakikatny kalau salah cara buatnya tak kan lama jadi rangup dan lembik selepas disira.”
“Salah satu kuih yang simple tapi perlu teknik sira yang betul.Siapa-siapa pakar buat popia sira ni boleh tak kongsikn tips dan teknik anda untuk kita sama-sama belajar. Lain orang lain carannya kan.Saya kongsikan cara dan resepi popia sira saya ye.”
Bahan-Bahan Utama:(Inti sayur)
1 pack Kulit popia/50pcs
1 biji Sengkuang(size sederhana)
3 biji lobak(size sederhana)
Udang geragau (2 sudu besar)
Sedikit serbuk perasa
Cara Membuat:
1.Sagat panjang-panjang sengkuang dan lobak.
2.Tumis bahan-bahan semua dalam kuali dengan sedikit minyak. Masak agak bahan-bahan layu sahaja.
3.Kemudian toskan dan sejukkan bahan tadi dalam raga yang berlubang supaya air dari lobak,sengkuang tadi kering. Kalau tak kering nanti time menggulung kulit koyak dan hasilnya tak cantek dan tak rangup. 4.Bahan inti dah kering dan sejuk boleh start menggulung.
5.Gulung jangan terlalu ketat atau padat ye.Inti pun jangan terlalu banyak..sedang-sedang je supaya popia tak lemau atau lembik bila sejuk.
.
6.Lekatkn dengan air je pada hujung gulungan supaya tak terbuka.
7.Habis menggulung semua popia boleh goreng garing-garing dengan api yang sederhana.
8.Toskan popia goreng bagi suam-suam atau sejuk sebelum disira.
Bahan-Bahan Sambal Sira:(untuk 50pcs)
5 sudu besar cili kisar (10tangkai Cili kering + 1/2 labu bawang putih+air sikit paras-paras bahan sahaja/blend halus)ambil 5 sudu besar je dari bahan yang di blend.
15 sudu besar @ 1 1/2 cawan kopi gula pasir
2 sudu besar Sos cili
1 sudu kecil perasa Cukup rasa
2 sudu besar Bijan
5 sudu besar/ sedikit minyak masak
Cara Membuat:
1.Tumis cili yang di blend hingga pecah minyak.
2.Masukkan perasa cukup rasa, gula pasir,sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Api sedang sahaja, jangan pandai-pandai nak tambah air. Saya menyira memang takde guna air ye sebab cili kisar tadi dah ade air.
3.Gula memang guna lebih banyak dari cili ye.Itulah tips untuk bagi popia kekal rangup..sos cili pula untuk bagi nampak brkilat cantik hasilnya.
4.Dah pekat serta berbuih ganas tutup api bagi suam-suam.
5.Sambal dah suam terus masukkan popia gaul sampai rata.
6.Susun popia dalam dulang atau talam tapi jangan susun bertindan-tindan @ bertindih-tindih..kalau tak nanti popia tak kekal rangup..dah sejuk baru boleh susun dalam bekas. Selalunya lepas sira letak bawah kipas untuk bagi cepat sejuk.
Tip Ekstra!
#Bahan-bahan inti tu kalau nak letak bahan lain seperti ayam, daging, udang basah pun boleh.Ikut selera masing-masing, nak ganti sayur dengan kobis atau taugeh pun takde hal yang penting inti toskan bagi kering sedikit.Untuk meniaga akak guna bahan-bahan yang simple dan mudah sahaja sesuai dengan harga.
#JustShare cara saya
Sekian dari dapor kecik akak..Selamat Mencuba dengan jayanya.
MW: Begini rupanya cara untuk buat popia sira sambal yang kekal rangup dan sedap. Makan panas-panas memang sedap, mak-mak nak buat untuk berniaga pun boleh sangat.
Kuih Lipat ini merupakan antara kuih tradisi Terengganu. Rasanya agak mirip karipap. Tak susah sebenarnya hendak membuat kuih ini. Ikuti saja langkah demi langkah yang dikongsikan oleh wanita kelahiran Terengganu ini,.
Mudahkan? Jom buat sendiri Kuih Lipat. Tak perlu ke Terengganu lagi untuk menikmatinya. Selamat mencuba!
Kuih Lipat Terengganu
Bahan inti:
150gram daging – potong kecil dan rebus
6 biji kentang – potong dadu
6-7 ulas bawang putih – hiris (2 biji blender)
5 biji bawang merah – hiris ( 3 bii blender)
3-4 labu bawang besar – potong dadu ( 1 biji blender)
Sedikit rempah gulai daging @ ayam
Sedikit rempah cap bunga Ros – jika ada
Sedikit daun sup – racik
Cili padi – pilihan
Garam dan gula
Minyak masak
Bahan Kulit:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
3 biji telur
Secubit garam
Sedikit air
Cara Membuat Kuih Lipat:
Satukan 2-3 sudu rempah kari daging bersama rempah cap Ros dan bawang kisar. Kacau sebati. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan tadi hingga pecah minyak. Biar seketika.
Bila dah pecah minyak, masukkan bawang-bawang yang dihiris dan dipotong dadu tadi. Kacau perlahan hingga masak. Masukkan pula daging yang telah direbus diikuti air rebusan daging. Biar mendidih.
Apabila nampak dah agak kering, masukkan ubi kentang. Gaul sebati, tambah sedikit air dan masak hingga kentang empuk. Kalau nak sedikit pedas, boleh masukkan cili padi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jangan masak terlalu lama takut hancur. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tabur daun sup di atasnya dan kacau. Ketepikan.
Untuk membuat kulitnya; gaulkan gandum dan air, kacau rata. Masukkan tepung yang digaul tadi ke dalam pengisar, masukkan telur dan garam dan kisar untuk dapatkan kulit lagi cantik dan licin.
Panaskan kuali. Jika tak menggunakan ‘non stick pan’, boleh letak sedikit minyak supaya tak melekat. Sendukkan sedikit adunan tadi dan letak di tengah kuali. Ratakan seperti membuat lempeng.
Angkat apabila gelembung udara muncul di tengah dan di kelilingnya agak terangkat. Ulangi proses hingga selesai. Setelah itu, letakkan sedikit inti di bahagian tengah kulit dan gulung seperti popia.
Panaskan minyak dengan kuantiti yang banyak dan bolehlah goreng. Angkat dan tos. Selebihnya boleh simpan di dalam peti sejuk dan keluarkan bila hendak goreng. Jangan lupa Alaskan dengan plastik tiap lapisan kuih agar tak melekat.
Untuk membeli bahan-bahan dan kelengkapan memasak, boleh klik sini
Bagi penggemar ‘cheese’ resipi ‘Cheesy Layer’ ini antara yang wajib dicuba.Sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut, makan sejuk-sejuk. Buat untuk keluarga atau nak buat jual pun boleh sangat. Boleh cuba resipi ‘Cheesy Layer’ yang dikongsikan oleh Puan Irna Harlinaini. Antara resipi ‘Best selling’ yang dibuat niaga dulu, adunan untuk 10 bekas.
Berikut perkongsian tersebut;
Ingat lagi tak saya pernah share kan resepi aiskrim yogurt dulu? Kali ni, saya nak share kan satu lagi resepi dessert yang sangat sedap, nampak serupa tapi tak sama.
CHEESY LAYER…Ni pun antara best selling saya dulu. Sekali buat, memang tak kurang dari 80 bekas. Alhamdulillah..Ni pun antara favourite encik suami, sampai dia sanggup belajar untuk buat sendiri tau.Hehee..Korang cubalah pulak. Jangan mintak saya buka order pulak ye.
Ni contoh filling kiwi yang saya beli kat bakery.. Ada macam-macam flavour.
Cara Membuat:
1. Mix cream cheese & susu pekat manis sehingga texture cream cheese smooth dan tidak berketul.
2. Masukkan whipping cream & mix lagi sehingga adunan pekat & agak kental.
Mix cream cheese, susu pekat dan whipping sampai pekat dan kental macam ni sebelum tambah susu dutch lady & air sejuk.
3. Masukkan susu full cream & mix lagi sehingga sebati.
4. Tambahkan air sejuk supaya adunan tidak terlalu pekat dan mix lagi sehingga sebati.
Adunan yang dah ready untuk kita layerkan dalam bekas.
Sejukkan dalam peti sejuk atau chiller sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman lebih baik. Masa dulu saya jual RM10 untuk satu bekas.
Dalam gambar saya selitkan kaedah double boil untuk buat Coklat Ganache.
200g coklat masakan + 150ml Dairy Whipping Cream… Nak buat lebih pun boleh, just gandakan kuantiti bahan yePanaskan sampai macam ni guna kaedah double boil (bowl coklat dalam pan berisi air panas, then letak atas api.
Selamat Mencuba!
Coklat love stoberi & coklat orange butterfly.Coklat kit kat.
Mingguan Wanita : Menariknya resipi cheesy layer ni adunan sukatan untuk 10 bekas. Nampak sangat sedap, boleh buat untuk keluarga atau nak buat niaga pun boleh sangat. Terima kasih berkongsi resipi best selling ni, boleh cuba nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...