Kentang memang sedap dimasukkan dalam kuah masakan, mahupun digoreng dan dimakan begitu sahaja. Namun jika nak cuba kelainan, mak-mak boleh cuba buat cekodok jejari kentang ni. Memang rangup di luar dan lembut di dalam malah dijamin sedap! Sesuai sangat dibuat untuk minum petang.
Boleh cuba resipi cekodok jejari kentang yang dikongsikan oleh Puan Eyda Rohaidah ini;
Menu minum petang kami. Cekodok jejari kentang bikin laki sayanggg. Crunchy diluar, lembut didalam. Siapa yang takde idea boleh la cuba. Guna bahan-bahan simple kat rumah je. Asyik lapar je kan. Try la, Insyaallah dijamin sedap.
Bismillah.. Kami makan dulu naa.
Bahan-Bahan:
3 biji kentang (tak payah rebus, sagat je.Nanti goreng dia lembut je)
Bawang merah hiris halus
Cili api bagi pedas cikit
Tepung Gandum
Kunyit
Cara Membuat:
1.Sagat kentang sampai jadi camni.
2.Tepung gandum agak-agak je, jangan banyak pastu bubuh la kunyit sikit. Kami suka kuning-kuning. Perasakan dengan garam. Boleh jugak nak pecah telur sebiji ikut selera naa.
3.Gaul rata sampai jadi macam ni. Air jangan banyak sangat agak-agak je.
Ads
4.Siap dah goreng dalam minyak panas.Jaga api jangan hangit.
5.Taraaa.Siap boleh makan. Rangup kat luar, lembut kat dalam. Makan panas-panas uiiiii… Dapppp ooo.
Ads
Info Ekstra!
Kalau ada anak kecik tak payah bubuh cili api. Nak lagi sedap bubuh daun kucai/taugeh. Uma kami takde, jadi guna dua ni je.
Guna sagat hat ni. Kami beli lama di kedai RM2 rasa. Dia boleh tukar-tukar tu. Ada yang untuk kepek pisang, ada yang lagi halus untuk buat coslow.
MW: Menarik juga resipi Cekodok Jejari Kentang ni. Kalau suka makan kentang, ada banyak kentang di rumah tu boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com di bawah ini.
Ada macam jenis kuih lepat. Kali ini apa kata kita cuba buat lepat tepung pulut berintikan kelapa parut. Lepat yang dibalut daun pisang ini, kita perlu kukus dulu sehingga masak.
Dah siap masak, bolehlah makan. Sedap kalau dimakan panas-panas.
Boleh cuba ikut resipi dan cara buat lepat oleh Siti Hadirah yang dikongsikannya melalui grup Kongsi Resepi Masakan di Facebook ini.
Resipi Lepat Tepung Pulut
Bahan-bahan
3 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan santan pekat
2 sudu besar gula putih
garam sikit
daun pisang (layurkan dulu kemudian potong ikut saiz yang kita nak)
minyak (untuk sapu pada daun pisang)
Bahan Inti
kelapa parut – sebiji
garam
gula
(campur kelapa parut dengan garam dan gula. Gaul sebati)
1-Gaul semua sekali gula merah, gula putih, air masak sekali sehingga larut. Tapis dan sejukkan.Selepas itu, masukkan tepung pulut dan garam ke dalam satu bekas. Air gula tadi campur dengan santan dan kacau sebati. Tuang ke dalamnya tepung sikit-sikit tau sebab adunan tepung ni lebih kurang macam kita nak buat buah melaka. Tak lembik dan tak keras sangat.
2-Ok dah siap adun tepung ambil daun pisang yang dah siap layur tadi. Sapu minyak sikit kemudian ambik 1 sudu besar adunan tepung dan letak kat tengah daun pisang. Tekan-tekan sikit kemudian ambil kelapa parut dan letak di tengah tepung. Kemudian boleh la balut.
3-Susun dalam pengukus cantik-cantik. Kukus lebih kurang 20-25 minit. Balut kena kemas takut nanti masa kukus daun pisang ternganga pulak.
Puding mangga susu bersama chia seed memang enak dimakan sejuk-sejuk. Lega rasa tekak terutama bila cuaca panas. Rasa manis buah mangga memang betul-betul memancing selera.
Puding mangga antara sajian yang mudah untuk disediakan sebagai sajian pencuci mulut. Bagi mak-mak yang tiada idea untuk membuat sajian pencuci mulut, apa kata anda cuba resipi puding mangga susu bersama chia seed ini seperti yang dikongsikan oleh Shida Razak KC.
Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed
RESIPI PUDING MANGGA SUSU BERSAMA CHI SEED
UNTUK LAPISAN BAWAH:
BAHAN-BAHAN:
400 ml susu segar
100 ml air
1 biji mangga/100-150g mangga di potong dadu
2 sudu besar serbuk agar-agar
1/2 sudu kecil garam
3 sudu gula (boleh guna molases sugar untuk lebih sihat)
1 sudu kecil pewarna kuning (jika ada)
Terasa-rasa Manis Buah Mangga
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan. (lapisan bawah).
2. Selepas semua bahan dikisar, masak selama 2 minit hingga mendidih.
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam bekas/loyang. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KE DUA:
BAHAN-BAHAN:
250 ml susu segar
1 sudu besar serbuk agar-agar
2 sudu besar gula batu/gula biasa
Secubit garam
1/2 cawan chia seed
CARA MEMBUAT:
1. Masak susu segar bersama masak 1 sudu besar serbuk agar-agar.
2. Campur 2 sudu besar gula batu/ gula biasa pun boleh dan secubit garam dan kacau hingga mendidih.
3. Campurkan 1/2 cawan chia seed yang telah dikembangkan. Jika tiada chia seed, selasih pun boleh.
4. Tuang untuk lapisan ke dua setelah sejuk lapisan pertama. Taburkan mangga dadu di atas puding. Sejukkan dalam peti. Makan ketika sejuk memang sedap!
Pengalaman 20 tahun ‘menenyeh’ kuih siput ini menjadikan ia cantik warna sekata, malah rangup dan sedap. Kuih Siput antara kuih ‘lejen’ tradisional kegemaran ramai. Namun tak mudah nak buat kuih siput ni, dan agak renyah kerana ia perlu ‘ditenyeh’ atau digentel terlebih dahulu sebelum di goreng. Malah jika adunannya salah, membuatkan kuih siput tersebut, jadi keras.
Nak buat kuih siput yang cantik hasil kejadiannya selepas digoreng malah rangup dan sedap boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norismalia Ishak ini.
Ada yang suka tak kuih siput. Makan sedapkan tapi nak menenyeh dia tu la hehehe. Sis dah 20 tahun dok menenyeh ni. Sambil tengok tv sambil potpet ke anak boleh buat ni. Benda yang kita suka buat rasa seronok kan. Rasa sat ja eh dah siap.
Belanga pun memang sangat-sangat lejen. Lebih dari 20 tahun usia belanga tu, dah berapa kali tukar tapi bila goreng kuih siput jadi tak elok. Redho je lah
Bahan-Bahan:
Cabai kering RM2 (rebus dulu)
5 ulas bawang merah
1 labu bawang putih (lebih lagi bagus)
1 bungkus Jintan manis (yang RM1) nak lagi wangi lebihkan tapi jangan banyak nanti pahit
Udang kering RM2
5 batang serai
*Blend semua bahan di atas dan tambah garam
1 Bungkus Tepung Gandum
5 @ 6 sudu besar Marjerin
Cara Membuat:
1. Tuang tepung gandum dlm besen
2. Gaul dengan marjerin pelangi (gaul hingga jadi macam serbuk roti)
3. Nak pedas tambah serbuk cabai, gaul bagi sekata.
4. Tuang bahan blend sikit demi sedikit.
5. Uli doh hingga tak melekat dekat tangan, kemudian bentukkan macam dalam gambar ni.
6. Goreng dalam minyak yang banyak, masukkan daun kari semasa menggoreng.
7. Dah kekuningan angkat dan toskan, sejukkan. Tapi saya suka makan suam-suam.
Selamat menenyeh kuih siput, saya halalkan resepi ni.
Mingguan Wanita: Sedapnya kuih siput, kalau makan payah nak berhenti. Bolehlah cuba buat sendiri & menenyeh kuih siput ni di rumah. Puas hati makan nanti.