Cuaca Panas Lit Lit, Cuba 4 Resepi Air Sedap Pelega Tekak

Sekarang ini cuaca panas lit lit sungguh. Kalau dapat minum air sejuk berais, terasa dingin betul. Nak-nak pulak, resepi air sedap ini mudah nak buat.

Untuk mak-mak yang rajin ke dapur tu, apa kata cuba resepi empat jenis air yang dikongsikan Wati Zali ini. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan ini ditanam sendiri di keliling rumahnya. Misalnya bunga telang dan limau nipis.

Seronokkan bila keliling rumah ada macam-macam tumbuhan yang boleh digunakan untuk menyediakan makanan dan minuman kegemaran. Apa lagi.. jom cuba!

Air Jando Pulang

Minuman tradisional orang N9
Sodap minum bilo cuaco paneh cam potang nie
Sonang buek eh.

Bahan-bahannya

1 biji kelapa muda, ambil air dan isinya
2 helai daun pandan, disimpul
Gula merah secukupnya @ gula melaka @ gula enau
Ais kiub secukupnya

IKLAN

Cara Membuatnya

  1. Masak gula merah @ gula melaka, daun pandan, air kelapa hingga larut. Tapis dan sejukkan. Kemudian masukkan isi kelapa muda (ada yang masak dengan isi-isi kelapa muda sekali guss).
  2. Tambah ais kiub secukupnya dan letak isi kelapa. Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.
    Nyaman sangat-sangat.

Resepi Air Kelapa Bersama Limau Nipis (belakang rumah)

Cuaca Panas Lit Lit, Cuba 4 Resepi Air Sedap Pelega Tekak

Air kelapa muda
Isi kelapa
Limau nipis
1/2 sudu teh chia seed
Madu
Secubit garam (sea salt)
Daun pudina

Cara membuatnya :

  1. Satukan kesemua bahan. Kacau sebati, masukkan ais sedia untuk dinikmati.

Air Bunga Telang Lemon Madu

Kak wati pun baru try buat air nie..campur Nata de Coco. Boleh tahan rasanya..sedapp dan menyegarkan!
Mudah saje nak buat.

IKLAN

Bahan-bahannya :

Bunga Telang
Lemon
Madu
Nata de Coco
Ketulan ais

Cara membuatnya :

  1. Masak air dengan 3- 4 bunga telang dan sehelai daun pandan. Kemudian sejukkan.
  2. Masukkan dalam gelas , perah lemon sikit dan sedikit madu.
    Hidangkan.
  3. Manfaatkan apa yang kita tanam dan apa yang ada disekeliling rumah kita.

Resepi Air Sedap Markisa Madu

Bahan-bahannya :

1 biji Buah Markisa merah
Madu
Lemon
Secubit garam

Cara membuatnya :

  1. Masukkan isi 1 biji buah markisa, madu, dan lemon.
  2. Kacau bagi mesra dan kemudian tambah sedikit air dan ais.
  3. Taadaaa… dah siapppp.

Sedia dihidangkan.

IKLAN

Selamat mencuba!

Resepi air belimbing buluh, sedap campur serbuk kulit limau kering.

MW : Mudahkan caranya, bolehlah cuba resepi air sedap ini dan nikmati dengan seisi keluarga ya.

Sumber/Foto : Wati Zali

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI