
Isi Kandungan
ToggleBagi orang Johor otak-otak memang terkenal di negeri tersebut. Biasanya diletakkan di meja kedai-kedai makan dan harganya boleh mencecah RM0.90 sekeping.Rasa isi ikannya yang berempah, lemak, manis dan pedas dibungkus dalam daun kelapa.Otak-otak ni sedap dimakan dibakar panas, namun boleh juga dikukus untuk disejuk bekukan dijadikan inti popia.
Bagi penggemar otak-otak, jika selalu beli je kali ni bolehlah buat sendiri ikut resepi yang dikongsikan oleh Amie Samuri. Pasti lebih jimat dan boleh makan sepuas hati.
Berikut antara perkongsian tersebut:
Alhamdulillah..
Otak-Otak Bakar, bungkus guna daun pisang sahaja, daun kelapa takda, yang banyak daun kurma, tapi tak muat kecik sangat. Otak-otak terkenal dekat belah Johor, dibuat dari isi ikan, rempah-rempah, tambahan santan dan diperasa mengikut citarasa.Rasanya pula perlulah sedikit manis, lemak dan pedas.
Resepi Otak-Otak Bakar
Bahan A (dikisar, ditumis dan disejukkan)
- 3 sudu besar cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah cili padi)
- 1/2 labu besar bawang merah
- 3-4 batang serai dihiris halus
- 3 biji buah keras
- 2 sudu besar minyak masak untuk menumis
Bahan B
- 2 cawan isi ikan dikisar halus( saya guna tenggiri)
- 1 biji telur gred A
- 1/2 – 1 cawan santan pekat (ikut kepekatan adunan, jangan sampai terlalu cair)
- 2-3 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- Pewarna merah jika mahu
Cara Membuat:
Bahan A yang siap ditumis digaul dengan Bahan B dalam 5 minit, (Rahsia untuk dapatkan isi yang kenyal) dan perasakan dengan gula, garam dan pak aji jika mahu. Isi nipis dalam daun pisang / daun kelapa, kalau tebal rasa tak ori.
Baca juga : Cara guna santan fresh, kotak, serbuk, banyak jenis tujuan berbeza.
*Untuk buat popia otak-otak saya kukus dulu sebab nak frozenkan. Kalau tak nak kukus pun boleh juga.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, selamat mencuba!

Sumber: Amie Samuri
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Meninggal Dalam Labour Room, Suami Maafkan Jururawat Beri Alasan Mahu Tidur Dulu

Isi Kandungan
ToggleIsteri meninggal dalam labour room, suami maafkan jururawat beri alasan mahu tidur dulu. Saat melahirkan adalah detik perjuangan di antara hidup dan mati. Sebab itulah, saat melahirkan adalah detik terpenting dalam kehidupan seorang ibu kerana dari rahimnya bakal lahirnya seorang lagi khalifah di muka bumi ini.
Bagaimana pun ajal maut sudah tertulis buat kita semua sejak di luh mahfuz lagi. Curahan hati seorang suami yang kehilangan isteri dan anak sulungnya pada 9 Mei lalu ketika bertarung di bilik bersalin sesuatu yang sangat pahit ditelan.
Isteri Meninggal Dalam Labour Room
Lika Santosa akui dia menerima qada dan qadar isteri dan anaknya meninggal tetapi tindakan bidan yang menyambut kelahiran isterinya yang memberikan alasan mahu tidur dulu sementara menanti bukaan rahim isterinya yang agak lambat adalah kekecewaan hatinya.
Katanya dia tidak mahu menyaman atau memanjangkan kesilapan yang terjadi ketika isterinya dalam proses bersalin itu tetapi mahu kisah isteri dan anaknya ini dijadikan pengajaran buat orang lain.
“Saya tak mahu saman atau penjarakan mereka yang cuai tapi ia jadikan pengajaran agar tak berulang kepada orang lain pula. Kerja itu satu amanah,” katanya.
Dalam perkongsiannya, Lika mengakui membawa isterinya ke Rumah Sakit Puskesmas Pauh sekitar jam 10 malam selepas isterinya berasa masa melahirkan sudah tiba.
“Sejam setengah selepas itu, isteri mula pecah air ketuban. Namun sampai jam 2 pagi masih juga belum bersalin,” ,” tulisnya di akaun Instagram @palembanginside, pada Isnin Senin, (29/5/2023).
Sekian lama menunggu sedangkan isterinya belum ada tanda-tanda mahu bersalin lagi, bidan yang bertugas memaklumkan mahu tidur sebentar.
Suami Maafkan Jururawat Beri Alasan Mahu Tidur Dulu
Katanya, jam 3 pagi, bidan dan doktor yang bertugas mahu tidur dulu namun dia memaklumkan kepada mereka untuk melihat dahulu keadaan isterinya yang dilihat semakin melemah.
“Saya maklum pada mentua hal ini yang keadaan isteri mulai melemah dan mereka mahu tidur dulu. Tapi teguran ini buat bidan tersinggung dan menyuruh mentua yang menemani di ruang bersalin untuk keluar begitu saja.
“Namun keadaan isteri semakin kritikal hingga pada jam 5 pagi perlu dibawa ke Rumah Sakit Ar Bunda Lubuklinggau namun isteri dan anaknya meninggal di sana.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:- Pasangan Sehidup Semati, Isteri Meninggal Hanya 34 Minit Selepas Suami Dijemput Ilahi
Termakbul Hajat Nak Sambut Anak Keempat, Jalan Jem Isteri Terberanak Dalam Triton!
Kata Lika, apa yang dikesalinya, kalau keadaan isterinya sudah nampak teruk seharusnya mereka mengambil tindakan pantas mengejarkannya ke rumah sakit yang lebih baik. Namun kerana kecuaian begini, isteri meninggal.
Lebih dikesali, bidan mahu tidur dulu kerana mengantuk,” katanya memaklumkan ianya sebuah kelalaian yang tidak seharusnya berlaku.

Berkahwin tahun lalu bersama cinta hatinya, Lika akui kehilangan isteri satu tamparan buatnya kerana ia terlalu cepat terjadi sedangkan mereka baru setahun lebih berumahtangga.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Salah Jadi Clown, Suri Rumah Ini Buktikan Kerja Hiburkan Orang Juga Boleh Jana Pendapatan

Isi Kandungan
ToggleKehadiran badut atau clown di dalam sesuatu majlis yang melibatkan kanak-kanak sudah pasti akan memeriahkan suasana. Ibarat semut mengelilingi gula. Begitulah suasana yang boleh dilihat apabila kanak-kanak teruja melihat badut melakukan persembahan di hadapan mata mereka.
Tertarik
Kebiasaannya lelaki yang memilih kerjaya sebagai badut. Namun berbeza dengan wanita yang seorang ini. Watt D Lady Clown atau nama sebenarnya Noor Hidawati Mohd Juki, adalah antara wanita yang memilih kerjaya sebagai badut atau clown. Apakah yang menyebabkan Watt memilih untuk menjadi seorang badut, kerjaya yang sangat jarang diceburi oleh wanita?
“ Saya seorang suri rumah yang menjalankan bisnes menjual roti jala dan mengajar kraf tangan. Pada penghujung tahun 2015, saya mengambil keputusan menyertai Bengkel Seniman Jalanan DBKL untuk mendapatkan permit untuk melakukan busking di sekitar KL.
“ Sewaktu menghadiri bengkel tersebut saya telah berkenalan dengan dua orang badut bernama Clown Labu dan Banana de Clown. Mereka ini memperkenalkan kerjaya sebagai badut. Setelah mendengar cerita mereka, saya tiba-tiba rasa macam menarik pula kerja sebagai badut ini.
“ Daripada cerita mereka itu, saya dapat rasakan seorang badut ini adalah kombinasi kepada semua minat saya selama ini. Saya minat melakukan seni persembahan, membuat kraf tangan dan menghiburkan kanak-kanak.
“ Saya fikir tidak salah mencuba jadi badut. Selesai sahaja bengkel, saya menyuarakan hasrat untuk menjadi badut kepada suami saya. Pada mulanya suami terdiam. Dia terkejut sebab saya mahu jadi badut. Risau juga jika suami tidak merestui hasrat saya ini. Suami akhirnya mengizinkan saya menjadi badut. Begitu juga dengan keluarga saya memberi sokongan penuh. Saya bersyukur dan kini saya gembira dengan apa yang saya lakukan ini,” ujar Watt memulakan bicara.
Panduan
Tidak ada kursus yang diambil oleh Watt untuk menjadi seorang badut. Tetapi itu tidak bermakna Watt jadi seorang badut tanpa sebarang panduan.
“ Saya akui tidak mudah jadi badut. Pada mulanya saya ingat jadi badut itu senang. Saya masih ingat lagi betapa gementarnya pertama kali buat persembahan jadi badut. Tanpa berguru, saya redah sahaja. Memang kelam-kabut.
“ Hanya seminggu selepas itu ada kawan yang memperkenalkan saya dengan seorang badut yang mengajar saya tanpa sebarang yuran. Saya terhutang budi dengan Siso de Clown. Selama enam bulan saya belajar menjadi badut daripada dia.
“ Apa yang pelajari daripada Siso de Clown? Saya belajar mekap, asas pintalan belon, bagaimana hendak menguruskan parti, games dan simple magic daripada dia. Bukan itu sahaja, Siso de Clown juga membawa saya menyertai aktiviti amal dan kebajikan.
“ Bukan Siso de Clown sahaja guru saya. Selepas itu saya ada berguru dengan orang lain. Saya belajar silap mata, pintalan belon, pemasaran, karakter dan etiket dalam bisnes,” tambahnya.
Sebaik ilmu dan kemahiran telah ada, Watt mula memberanikan diri untuk menerima tempahan menjadi badut di pelbagai majlis. Watt gembira menjadi badut. Sasarannya sebagai seorang badut adalah ingin membantu seramai mungkin menghilangkan rasa takut pada badut di kalangan kanak-kanak mahu pun orang dewasa.
“ Sekarang ini tidak ramai badut wanita dan tidak ada badut muslimat di Kuala Lumpur. Saya berharap pada masa akan datang lebih ramai badut wanita di Malaysia dan kami boleh bersaing dengan badut lelaki seperti mana di luar negara,” cerita Watt lagi.
Tak Lokek Turun Ilmu
Badut sentiasa tersenyum dan menghiburkan orang lain. Namun begitu tidak mudah untuk menjadi badut. Watt mengakui dia perlu menghadapi pelbagai cabaran sebelum mampu menjadi badut pilihan ramai.
“ Untuk menjadi seorang badut, seseorang itu perlu ada sikap simpati dan empati. Badut juga perlu melakukan persiapan dari segi mental dan jiwa yang kuat agar tidak mudah koyak menghadapi sebarang rintangan.
“ Sepanjang saya menjadi badut ini cabaran yang saya hadapi adalah apabila badut yang baru hendak naik membuang harga demi mendapatkan job yang cepat dan banyak. Cara mereka ini akhirnya akan membahayakan kualiti kerja. Cara mereka ini juga akan memberi kesan kepada badut-badut lain,” ujarnya lagi.
Sepanjang hampir empat tahun menjadi badut, Watt bukan sekadar menghiburkan orang. Dia dan sahabat myBadut juga tidak lokek menurunkan ilmu dan kemahiran yang dimiliki kepada mereka yang berminat.

“ Saya dan sahabat myBadut pernah melatih badut-badut baru di Miri, Sarawak kira-kira dua tahun lepas. Dan Alhamdulillah mereka berjaya menjadi badut sampai hari ini. Selain itu saya juga pernah membuat kelas asas badut untuk kanak-kanak. Saya pernah ada lapan orang pelajar ketika itu,” kongsi Watt lagi.
Ibu kepada empat orang cahaya mata ini juga tidak ketinggalan mewarisi ilmu dan kemahiran yang ada kepada anak-anaknya.
“ Tiga dari anak saya aktif membantu saya dan menjadi badut bila ada jemputan. Saya mengajar mereka menjadi badut bukan setakat untuk menghibur tetapi saya ajar mereka rasa bersyukur. Kadangkala saya ajak anak-anak melakukan kerja badut secara sukarela di hospital, pusat perlindungan pelarian, rumah anak yatim dan rumah orang tua,” tambah Watt.
Pendapatan sebagai seorang badut itu tidak tentu. Oleh sebab itu, Watt sentiasa mencari peluang kerja lain. Pada bulan Julai 2018, dia telah menyertai Program Azam Bandar anjuran KPKT dan PEKAP.
Dia telah dibekalkan dengan peralatan serta latihan menggunting rambut.
“ Sebaik sahaja habis menjalani latihan saya terus memulakan bisnes mobile barber atau tukang gunting rambut bergerak secara sambilan. Setakat ini biasanya saya akan menerima tempahan menggunting rambut di sekitar kawasan Kuala Lumpur, Kepong dan Shah Alam,” akhirinya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yang Bersalah Bukan LAKSA, Kenapa Sampai Nak Pantang Makan

Isi Kandungan
ToggleDua tiga hari ini kecoh dengan berita kematian warga emas selepas menikmati hidangan laksa. Sampai ada mak-mak pakat-pakat nak pantang makan laksa. Kenapa pula laksa dipersalahkan?
Dalam posting facebook Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setah, Kedah, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor menjelaskan perkaitan laksa dan kematian.
“Dua orang mati selepas makan LAKSA. Apa kaitan antara laksa dan kematian? Inilah yang pernah saya tulis mengenai kaitan di antara punca dan akibat (“causal relationship”).”
“Bila berlaku kes kematian akibat makan laksa, adakah semua orang kena PANTANG MAKAN LAKSA? Jawapannya TIDAK sebab punca kematian bukan laksa tetapi pencemar yang ada di dalam laksa.”
Pencemar ini telah menyebabkan keracunan makanan. Keracunan makananlah yang menjadi punca kematian.
“Di antara pencemar yang boleh menyebabkan kematian adalah bakteria, virus, toksin, sebatian kimia (racun serangga dan lain lain) dan logam berat.”
Kesimpulannya, punca masalah adalah PENCEMAR dan akibatnya KEMATIAN. Laksa tidak bersalah jika ianya tidak tercemar. Orang lain tidak perlu pantang makan laksa.
Bakteria Dari Jenis Ganas Akan Cepat Merebak
Dalam posting yang lain pula beliau menjelaskan agar penyakit bawaan makanan ini jangan diambil ringan. Sebab makanan keperluan harian manusia.
“Manusia mengendalikan makanan dan minuman sepanjang masa, bakteria sangat mudah dipindahkan daripada seorang kepada orang lain, dari satu lokasi ke lokasi lain.”
“Jika bakteria itu daripada jenis yang ganas dan cepat merebak maka kesannya sangat cepat.”
“Sukar untuk mengesan pembawa sebab mereka tidak ada gejala tetapi mereka melepaskan bakteria di dalam najis dan air kencing.”
Elak Jadi Keracunan Makanan, Doktor Pesan Buat 13 Perkara Ini
Sementara kes keracunan makanan masih lagi dikesan dan berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan, maka kalau boleh :
√ Jangan makan di luar.
√ Inilah masanya kita pakat masak di rumah dan makan di rumah.
√ Beli bahan-bahan mentah secukupnya.
√ Pastikan membasuh makanan sebaik-baiknya dengan air yang dirawat.
√ Elakkan makanan separuh masak.

√ Simpan makanan mentah pada suhu 0-4 darjah selsius.
√ Jangan campur makanan yang sudah masak dan mentah.
√ Nyahbeku makanan mentah dengan sempurna.
√ Masak makanan dengan sempurna.
√ Masak air hingga mendidih.
√ Jika ada gejala keracunan makanan cepat-cepat jumpa doktor.
√ Minum air dalam botol lebih selamat.
√ Akhir sekali pastikan diri sendiri itu bersih dan bukan pengotor.
Sumber/Foto : Rushdan Noor
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI