Mak-mak dah tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba resipi mee goreng basah yang paling mudah dan senang. Rasanya, anak-anak memang suka dengan cara masakan seperti ini.
Mee goreng basah juga kalau dimakan panas-panas sangatlah sedap, lebih-lebih lagi kalau ada aneka lauk yang dimasukkan ke dalam masakan itu.
Boleh dikatakan, mee goreng basah ini menjadi kesukaan untuk setiap ahli keluarga.
Bagi yang ingin mencuba resipi mee goreng basah yang ringkas dan paling mudah ini. Nur Atiqah Othman berkongsi cara untuk membuatnya. Sangat senang dan hanya ambil masa lebih kurang 10-15 minit sahaja. Selamat mencuba.
Memandangkan bahan untuk ramuan tidak banyak, saya kongsikan resipi mee goreng basah yang sangat simple. Mak-mak pejam mata pun boleh masak.
Mee ini memang kesukaan keluarga saya. Semua suka makan. Bila masak banyak-banyak selalu juga bagi pada jiran. Insya Allah senang sahaja nak masaknya.
Bahan-bahan:
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Cili kering segenggam atau 3 sudu besar cili kisar.
1 paket mee (saya guna numee)
1 ikat sayur sawi.
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 biji tomato dihiris
1 biji telur
Cara Membuatnya:
Ads
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan bawang besar. Masuk dalam kuali dengan sedikit minyak. Kemudian dah kering air bawang masukkan cili yang telah dikisar . Jaga api ya jangan sampai hangit.
2. Pastikan cili masak sampai terbit minyak.Kemudian masukkan bahan rencah. Kalau ada udang, sotong , segala jenis rencah boleh letak masa ini. Tidak lupa masukkan gula dan garam secukup rasa dan sos cili dan tomato. Adjust rasa sampai sedap.
3. Bila udang dah agak-agak masak kemudian letak mee. Kacau bagi rata tapi jangan kuat sangat. Nanti suami ingat bergaduh dengan siapalah kat dapur tu
Ads
4. Bila mee dah gaul rata saya tambah sedikit air dan sedikit kicap.Nak bagi berkuah sedikit. Jangan buh banyak sangat air sudah ya
5. Kemudian masukkan sayur sawi dan tomato.
Kacau dengan api yang perlahan ya.
6. Okay ini bila dah agak layu sayurnya. Api masih perlahan.
Ads
7. Kemudian masukkan sebiji telur. Letak keliling dan jangan kacau lagi. Tunggu masak baru gaul sekata.
Api perlahan juga ya.
8. Dah agak telur rata semua dan masih berair boleh angkat dah. Siap untuk dihidang.
9. Inilah mee goreng basah simple dan sangat mudah disediakan. Tak banyak bahan pun insya Allah jadi.
MW: Mak-mak yang sibuk dan tak tahu nak masak apa, bolehlah hidangkan untuk keluarga. Buat sarapan atau minum petang, memang best!
Resipi pizza homemade. Selalunya hidangan ini menjadi kegemaran anak-anak. Mak kalau nak mudah pesan saja. Tapi kalau jenis rajin, boleh saja buat sendiri.
Rupanya, mak-mak boleh saja buat snediri resipi pizza homemade, tak perlu pun nak ke kedai makanan segera. Lagipun, kita ‘modified’ dari guna doh, kita pakai saja roti gardenia.
Rasanya pun tak adalah jauh beza dan mungkin juga resipi pizza homemade yang kita buat ini lebih sedap dari beli kat kedai.
Apa kata buat sendiri resipi ini di rumah. Jimat dan semestinya wajib cuba untuk hidangan keluarga.
Buat Sendiri ROTI Gebu Lembut, Mudah Guna Kaedah KUKUS!Sedapnya makan roti panas-panas. Kebiasaannya roti dibakar di dalam ketuhar, namun ikut resipi khas yang dikongsikan ini, lebih mudah guna kaedah kukus. Hasilnya roti lebih lembut dan gebu.
Ikut resipi khas buat roti untuk kaedah kukus seperti yang ikongsikan oleh Puan Khairunnisa Mohammadini sebagai panduan.
“Sis, resepi ni boleh kukus tak?”
Bolehhhh. Ni kita share resepi yang boleh kukus. As usual, tepungnya dalam secawan lebih saja.
Bahan-Bahan:
150g tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak
Gula dan butter yang dicairkan untuk topping
1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata.
2. Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin. Perap sampai doh naik 2 kali ganda.
3. Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci.
4. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda.
5. Kukus dengan api sederhana 35-40 minit. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.Jangan tutup sampai ngam-ngam. Biar longgar sikit.
6. Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/butter cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap.
Nota kaki:
Kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu je. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus. Nanti masa kukus dia akan mengembang lagi. Tapi loyang jangan balut ketat sangat ye masa kukus tu. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.
Kena tutup loyang pakai cling wrap supaya air tak menitis atas roti. Kalau kena air, nanti roti tak dapat kembang.
Dengan hanya menggunakan 3 bahan boleh menghasilkan resipi yang sedap dan mudah disediakan ini. Siapa sangka punyalah viral, sehingga kini 24 ribu orang telah kongsikan resipi menarik ini, yang hanya menggunakan Biskut Marie, Cream Cheese dan Coklat masakan. Malah tak perlu dibakar dalam oven atau guna mixer pun. Senang sangat!
Nak tahu lebih lanjut cara membuatnya, ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Ieda Jahaya ini sebagai panduan;
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...