Tengok saja buah mangga yang dicicah dengan serbuk colek, mahunya terus kecur air liur. Bukan hanya orng mengidam aje terliur, kita yang pantang tengok pun boleh terliur.
Biasa kalau makan buah yang masam-masam seperti mangga, kedondong, jambu batu dan sebagainya, sangat sedap bila cicah dengan serbuk colek.
Di negeri Pantai Timur, memang popular dengan serbuk colek kering ini. Kadang-kadang, kita fikir, macam mana nak buat bagi sedap seperti beli kat kedai.
Rupa-rupanya, cara nak membuat serbuk colek ini tidaklah susah sangat. Guna empat bahan sahaja. Boleh buat banyak-banya kdan simpan buat stok untuk makan dengan buah kegemaran.
Ini perkongsian resipi serbuk colek oleh Mim Yusof. Lepas ini, boleh la buat sendiri ye!
“Saya nak ajar cara buat serbuk colek kering. Kalau rasa nak makan dengan jambu, mangga dan lain-lain, letak saja serbuk ini dan gaul.
IKLAN
“Senang sangat nak buatnya.
Bahan-bahan:
1 cawan udang kering
2 inci belacan
10 tangkai cili kering (kalau nak pedas boleh lebihkan)
1 ½ cawan gula
Cara membuatnya:
Potong cili kering, cuci bersih kemudian toskan.
Selepas itu, goreng semua baha nkecuali gula. Goreng tanpa minyak (sagai) sampai cili, belacan dan udang kering jadi garing.
Ini yang dah siap goreng, sejukkan dahulu sehingga betul-betul sejuk. Selepas itu, kisar kering bersama gula.
IKLAN
Inilah yang sudah siap, kalau nak masin, boleh tambah garam sedikit. Sebab udang kering dan belacan sudah masin.
Masukkan dalam balang.
IKLAN
Bila nak makan, sendukkan dan bubuh dalam mangga.
Inilah hasilnya.
MW: Rupa-rupanya tak adalah susah sangat untuk membuatnya. Nanti mak-mak boleh cuba ye!
Buat Sendiri Steamboat Ala Johnny Sedap, Jimat Puas Makan!Bagi peminat steambot, memang boleh buat sendiri kuah dan sos nya di rumah. Memang lebih jimat dan puas hati makan. Bukan apa, jika makan di restoran, boleh tahan juga harganya.
Musim cuti sekolah ni, berkumpul dengan anak-anak dan keluarga cuba kelainan buat sendiri Steamboat Ala Johnny yang sedap ni.
Ikut resipi yang dikongsikan Aisyah Humaira ini sebagai panduan;
Musim cuti sekolah ni zie cuba buat Steamboat Ala Johnny kat rumah alhamdulillah anak-anak dan suami cakap sedap! 98% hampir sama dan puas makan. Sup panas, pelbagai pilihan isi Steamboat dan sos ala Johnny pedas-pedas manis. Makan sampai puas.
Resepi untuk SOS
(Bahan Kisar):
10 biji lada merah besar
dibuang biji
10 biji cili padi merah jika tak suka pedas boleh kurangkan
4 ulas bawang putih
1 genggam batang ketumbar bersama akarnya
*Kisar semua ni hingga lumat bersama sedikit air
Bahan Sos:
setengah botol sos cili
2 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar sos ikan
5 sudu besar cuka
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sunquick
2 kiub pati ayam know
2 sudu besar tepung
jagung dibancuh dengan setengah gelas air
2 gelas air
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar bijan putih
1 mangkuk kecil daun ketumbar dihiris halus
6 biji bawang putih dicincang halus
Cara-cara Membuat:
1.Masukkan Semua bahan kisar dan bahan sos dalam periuk kecuali AIR TEPUNG JAGUNG dan DAUN KETUMBAR.
2.Kacau rata dan masak hingga mendidih, kemudian masukkan air tepung jagung dan kacau sebati.
3.Perlahankan api dan biarkan sos mereneh 20 minit atau hingga kuah agak pekat dan berkilat.Rasa masam, pedas, manisnya jika ada yang terkurang tambah garam, gula atau apa-apa yang perlu tabur hirisan daun ketumbar. Banyak lagi sedap.
p/s: Jika sos cair tambah air bancuhan tepung jagung jika terlalu pekat tambah sedikit air. Siap sos steamboat.#steambotdapurpolis #steamboatjohnnys #steamboatjohnnysdapurpolis
Resepi Sup Steamboat:
Bahan-Bahan:
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 biji bawang merah kecil ditumbuk
Sedikit minyak untuk menumis
3 ketul kiub pati ayam
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam, gula secukup rasa
1 batang kecil lobak putih dihiris bulat
1jug air atau mengikut banyak kuah yg diingini
Cara Membuat :
1.Panaskan sedikit minyak.
2.Tumiskan bawang putih dan serbuk lada hitam hingga naik bau, kemudian masukkan air.
3.Bila dah mendidih masukkan kiub pati ayam dan semua bahan berbaki satu persatu
4.Bila sup dah masak boleh la masukkan bahan-bahan steamboat.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mudah je rupanya untuk buat tempe sendiri dirumah hanya guna dua bahan utama iaitu kacang soya dan ragi tempe. Tempe mengandungi protein yang tinggi, boleh membantu mengurangkan kolestrol serta menurunkan tekanan darah tinggi. Malah bagi wanita ia mampu mengurangkan gejala monopous awal dan mencerahkan kulit wajah!
Jika selalu kita beli je tempe ni, apa kata mak-mak buat sendiri dirumah. Lebih jimat, terjamin kebersihannya malah lebih puas hati dengan hasilnya nanti.
Berikut merupakan perkongsian cara buat tempe yang dikongsikan oleh Ida Alina Salleh sebagai panduan.
Bahan-Bahan:
1/2 kilo Kacang Soya
1/2 sudu teh Ragi Tempe
Plastik
Cara Membuat:
1.Rendam kacang soya semalaman dalam air suam. Esoknya kita buang kulit kacang soya dengan menggesek-gesekkan kacang dengan tangan. Kalau boleh buangkan dalam 70% daripada kulit kacang soya. Kalau ada kacang yang masih bersalut sedikit-sedikit tu, tak apa. Kulit kacang soya tu saya jadikan baja di taman.
2.Rebus kacang soya hingga 3/4 masak. Bergantung pada kacang itu, masa merebus antara 3/4 jam hingga 1 jam setengah.
3.Apabila sudah lembut, toskan dan keringkan kacang. Saya jemur di luar seharian. Setelah kering, bawa masuk, biarkan sejuk sebentar. Taburkan ragi tempeh. Gaul dengan tangan bersih atau gunakan sarung tangan plastik. Kebersihan amat penting, kalau tak tempeh akan busuk.
4.Masukkan kacang dalam plastik yang sudah dibuatkan lubang bernafas sedikit. Saya cucuk guna lidi.
5.Biarkan di tempat yang bersuhu antara 27-32 darjah celsius yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Selepas 6 jam, kita boleh rasa tempeh mula panas dan berpeluh. Selepas 24-36 jam dia akan mula memutih.
Beginilah rupanya antara 36-48 jam setelah di buat.
Perlu Tahu
Ragi tempe dengan ragi Tapai berbeza ya. Bukan boleh diguna-ganti. Ragi tapai menjadikan makanan manis dan basah. Ragi tempe sifatnya macam spora cendawan halus dan tak boleh basah, ia akan mereput dan busuk.
Kalau tak ada ragi,kita boleh buat sendiri.
Cara Buat Sendiri Ragi Tempe:
1.Ambil tempe segar dari kedai yang menjual tempeh. Makna tempe segar ialah tempe yang belum pernah disejukkan dalam fridge / peti sejuk / icebox / peti ais.
2. Hiris tempe itu nipis-nipis. Letak kan dalam dulang dan jemur dibawah sinaran matahari sehingga hirisan-hirisan tempe itu kering.
3.Ambil hirisan tempe yang kering itu dan kita kisarkan menggunakan pengisar atau blender kering (yang kita gunakan untuk mengisar rempah). Tempe yang dikisar akan kelihatan seperti tepung.
4.Keluarkan tempe yang dikisar itu dari pengisar.
5.Tempe yang kini kelihatan seperti tepung itu kemudiannya diayak dengan pengayak yang kita biasa gunakan untuk mengayak tepung.
6.Hasil ayakan itulah yang dinamakan “Ragi Tempe” yang boleh digunakan untuk membuat tempe di rumah.
Rata-rata biskut raya yang disediakan oleh mak-mak tentulah menggunakan oven untuk membakarnya. Tak kira biskut atau kek. Macam pelik juga kalau ada biskut yang tak guna oven. Masak dan elok ke ‘kejadiannya’.
Ada saja biskut raya yang dibuat tak guna oven, antara yang dikongsikan oleh Muhanmmad Ali ini adalah resipi chocolate ball. Sudah tentulah ia sangat mudah dan senang disediakan.
Bagi resipi ini. satu adunan dapat lebih kurang 100 pcs cookies MINI paper cup. Bergantung pada saiz yang dibentuk.
Bahan-bahan:
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL
200gm butter
120gm serbuk koko
100gm susu pekat
300gm biskut marie
.
BAHAGIAN COATING
200gm cChocolate compund (Dark chocolate)
Cara Membuat:
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL
1. Cairkan butter dengan api perlahan. Tutup api bila dah cair dan terus masukkan ke dalam mangkuk bersama susu pekat dan serbuk koko. Kacau hingga sebati.
(Kalau nak guna mikrowave pun sama, cairkan butter dan masukkan bahan lain. Kacau sebati.)
2. Hancurkan biskut marie (Jangan pakai biskut lain, nanti kurang ‘kick). Boleh hancurkan awal-awal sebelum cairkan butter.
3. Masukkan biskut yang telah dihancurkan tadi ke dalam adunan dan gaul sebati.
4. Bentukkan campuran tadi kepada bulat-bulat dengan menggunakan tangan. Simpan dalam peti ais selama sejam.
5. Selepas itu, buat lubang di bahagian tengah biskut yang telah siap. Masukkan nutella ke dalam lubang kecil yang dibuat tadi dengan piping bag.
6. Setkan selama 10-20 minit ke dalam peti ais.
BAHAGIAN COATING
1. Cairkan dark chocolate dan boleh tambah milk coholate untuk rasa lebih manis.
2. Salutkan bikut tadi dengan dark chocolate yang telah cair ke atas biskut dengan menggunakan sudu.
3. Hiaskan ikut kreativiti atau boleh guna chovolate flakes.
4. Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik. Ia tidak melekit.
5. Biskut siap dan sedia untuk dimakan. Boleh saja letak luar. Memang sedap.
Mingguan Wanita : Jangan lupa masukkan resipi ini untuk hidangan raya nanti. Senang sangat nak membuatnya. Tak perlu bakar pakai oven pun.
Tak Kisah Jadi ‘Ibu Segera’. Tahniah diucapkan buat penyanyi Sarah Suhairi yang kini sudah bergelar isteri kepada Aswad Mohd. Anuar, 38.Seperti mana yang dikongsikan...