Selalunya kita biasa buat resipi cucur udang, cucur pisang dan beberapa jenis lagi. Jarang pula kita dengar dan cuba resipi ini. Bagaimana rasanya pula ye.
Lagi satu, resipi cucur udang ini ada diberi bahan utama iaitu maggi. Biasanya kita dengar murtabak maggi saja Kali ini seleranya pada cucur udang berasaskan maggi pula.
Inilah yang dikongsikan oleh Wo-aini Crafter dengan resipi cucur udang maggi. Katanya, ini adalah inspirasi dan idea daripada seorang selebriti terkenal tanah air iaitu Sheila Rusly.
Apa yang sedap dan menariknya resipi cucur udang maggi ini., jom kita cuba sama-sama.
Petang-petang ini kalau tak ada idea boleh cuba resipi ini. Ini adalah resipi dari selebriti terkenal, Sheila Rusly dari program masakan yang dikendalinya.
Sekadar mengambil inspirasi untuk dijadikan idea dalam hidangan kita. Sudah banyak kali buat memang sedap. Sangat senang dan mudah.
Bahan-bahan:
Bawang merah – hiris
Cili merah/padi – hiris
Daun bawang – hiris
Daun sup – hiris
Taugeh
Udang
Maggie
Gandum
Air
Minyak
Mayonis, sos cili
Ads
Cara Membuatnya:
1. Campurkan gandum dan air. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
2. Masukkan semua bahan lain seperti bawang merah, cili merah, daun bawang, daun sup dan taugeh.
3. Sementara itu, rebus maggi sehingga lembut dan toskan.
4. Campurkan bersama dalam adunan cucur tadi.
Ads
5. Letakkan sedikit perasa maggi dan kacau.
6. Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan.
Ads
7. Sedia dinikmati bersama sos cili dan mayonis.
Mingguan Wanita ; Selalu kita dengar, murtabak maggi kan. Kali ini kita buat cucur maggi. Nak tahu sedap atau tidak, boleh cuba nanti.
Resepi sosej ayam ini mudah saja nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun tak menggunakan bahan pengawet. Cuma 30 minit saja diperlukan untuk mengukus.
“Alhamdulillah, cubaan pertama buat sosej sendiri menjadi. Tak ada bahan pengawet lagi. Anak-anak pun suka makan.” Inilah resepi sosej ayam yang dikongsikan oleh Puan Liza Sabran.
Bahan-Bahan Sosej Ayam Homemade
Ayam
Lobak
2 biji telur
2 sudu tepung gandum
Garam dan separuh kiub ayam
Ini Cara Membuat
1. Blendkan daging ayam, sayur (saya guna lobak merah je), telur 2 biji, garam dan separuh kiub ayam. Tambahkan sikit air kalau terlalu pekat.
2. Gaulkan dengan 2 sudu tepung gandum.
3. Kukus lebih kurang 30 minit atau hingga masak.
4. Potong-potong ikut suka
5. Celupkan telur dan goreng.
Mudah sajakan. Nanti lebihan sosej ayam itu kena masukkan dalam peti beku. Tapi, memandangkan tak gunakan bahan pengawet ia taklah bertahan sampai berbulan lamanya.
Memang nikmat apabila dapat menikmati Teh Masala yang kaw sedap lemak manis berkrim. Apatah lagi dihirup ketika masih suam.
Masala Chai atau Teh Masala cukup popular bagi kaum India. Ia merupakan teh susu dengan campuran rempah ratus terpilih. Istimewanya, teh ini banyak khasiatnya yang tersendiri untuk kesihatan. Antaranya seperti membantu buang angin, masalah peredaran darah dan pernafasan.
Mudah je nak buat sendiri Teh Masala ini di rumah boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini sebagai panduan;
Teh Masala Kaw Lemak manis berkrim + savuri. Nikmat hirup perlahan-lahan ketika panas-panas suam. Dia punya kaw melekat disegenap rongga mulut, yg tak suka rasa “Rempah” tak perlu letak bahan rempah tapi hasilnya teh kaw je lah tidak lagi teh MASALA.
Bahan-bahan:
3 liter air
7 uncang Teh
5 biji Bunga cengkih kecil
3 biji Buah pelaga
Secubit Jintan manis
1 batang kulit Kayu manis
2 inci halia diketuk
5 sudu besar Susu pekat atau ikut manis disukai
1 cawan Susu kotak
2 sudu besar Susu tepung
Cara Membuat:
1.Panaskan air di dalam periuk.
2.Masukkan Uncang Teh setelah mendidih masukkan semua bahan rempah dan halia.
3.Dalam 1 bekas masukkan susu kotak,susu pekat dan susu tepung lalu kacau hingga semua larut.
4.Tuang susu dibancuh tadi kedalam periuk teh.
5.Kacau sebati siap dan sedia dihidang.Jika suka warna pekat boleh lebihkan teh dan susu pekat.
Cara buat Telur separuh Masak:
Didihkan air dan matikan api. Masukkan telur dan biarkan sehingga 6-7minit tanpa tutup periuk. Cukup tempoh terus buang air panas tadi dan rendam dalam air sejuk.Siap.
Mingguan Wanita: Sedapnya aroma dan rasa teh masala yang kaw ini. Cukup berlemak, manis dan berempah secukup rasa. Dinikmati pula ketika suam. Memang terasa nikmatnya!
PERCIK KELANTAN Warisan Mok, Salut 2 Kali Kuah Puas Hati Sedap! Ikan mahupun percik kebiasaanya merupakan salah satu menu yang wajib ada di Bazar Ramadan atau pasar malam. Ada pelbagai jenis kuah percik tapi yang selalunya diminati ramai ialah kuah Percik Kelantan. Kelainannya adalah pada kuahnya yang pedas dan lemak berkrim secukup rasa.
Ada caranya untuk membuat kuah percik kelantan rasa asli dan lebih sedap.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini sebagai rujukan;
Untuk yang nak makan percik rasa asli orang kampung. Aroma arang,ikan selar aduhai sedap. Semestinya dari tunjuk ajar Mok. Tertib masak nak dapatkan percik yang sedap macam ni : guna santan segar pekat, salut 2 kali kuah percik dan hasilnya,Insyaallah puas hati sangat.
Resepi Kuah Percik Kelantan Warisan Mok
Bahan-Bahan (Untuk 700-900 gram ikan)
3 ulas bawang merah saiz 20 sen
1 sudu teh ketumbar disangai
1/2 sudu makan cili kisar
1/3 inci belacan
1/4 inci hirisan halia
1 ulas bawang putih kecil
1 batang serai diketuk
Cara Membuat:
1. Kisar lumat semua bahan dengan 25ml air.
2. Tuang dalam periuk. Tambah 200 ml santan pekat. Letak serai.Perah asam limau nipis sehiris. Nak guna santan segar pun boleh.
Tambah masuk 2/3 sudu makan gula, 1 sudu teh garam , 1 sudu teh serbuk perasa.
3.Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau untuk elak berketul.Bila dah berbuih naik wap,tutup api. Siap .
Tak perlu letak tepung. Penggunaan tepung hanya untuk jimatkan kos. Ganggu rasa kuah percik yang sebenar.
Sukatan ini cukup elok dengan kuantiti ikan. Lebihan 1/2 mangkuk kecil sahaja.
Bahan-Bahan (Perap Ikan)
700-900 gram
3 ulas bawang putih sederhana
1 inci kunyit
1/2 inci halia
1 sudu teh garam
Cara Membuat:
Kisar semua bahan lumat. Sapu pada ikan selar yang dikelar. Perap 40 minit minima. Letak dalam peti.
Ada tips nak dapatkan cantik seperti ini.
2 kali salutan kuah percik.
Lepas bakar ikan atas arang hampir masak, cedok sapu kuah satu bahagian ikan,letak atas api sekejap dan teruskan salutan kali pada sebelah lagi serta proses sama.
Masa cedok tu alas pinggan bawah. Untuk lapik kuah percik yang meleleh turun. Nanti boleh guna balik. Baru tak membazir.
Orang cakap biar kena asap je dan tukarkan warna asal kuah percik. Jangan lama nanti kering kuah percik. Tak cantik.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...