Ayam goreng boleh dikatakan menu kesukaan anak-anak yang cukup mudah disediakan. Kalau boleh, setiap hari anak nak makan ayam goreng. Jika selalu kita goreng dengan garam dan kunyit sahaja, mak-mak boleh cuba buat ayam goreng sempoi yang rangup, wangi, sedap dan isinya kekal ‘juicy’ ini. Makan dengan nasi putih, nasi lemak, atau ratah begitu sahaja pun dah sedap.
Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Umi Watie ini sebagai panduan;
Pagi tadi anak request nak makan ayam goreng lepas balik sekolah. Senang saja tu, pejam mata Umi buat. Haha nampak nau nipu . Ayam goreng rempah sempoi siapppp! Makan dengan nasi panas pun sodap.
Resipi Ayam Goreng Sempoi
Bahan-Bahan:
Ayam
Telur
Serbuk kunyit
Serbuk Kari
Daun kari
Tepung jagung
Garam
Cara Membuat:
1. Gaulkan semua bahan sampai sebati. Kakchik guna tangan je. Kalau nak guna bulu mata pun boleh. Takde hal lah.
Perapkan dalam peti sejuk sekejap. Nanti boleh goreng bila-bila nak makan.
2. Gorengkan sampai garing, guna api perlahan je. Dah garing elok angkat Dan toskan. Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih mahu pun nasi berperisa macam nasi goreng tu.
Kakchik goreng peha ayam, senang semua dapat sama rasa.
Ini gambar selepas ngap. Juicy kan? Kalah ayam goreng kedai mamak tau.
Ads
Wangi, sedap dan mudah membuatnya. Makan dengan nasi putih pun dah sedap sangat dah.
Mingguan Wanita: Memang nampak sedap sungguh ayam goreng yang dikongsikan ini. Apatah lagi makan dengan nasi panas.Kulitnya rangup, isinya elok ‘juicy’. Mesti anak-anak suka.
Jika inginkan kelaianan dalam masakan udang boleh cuba resipi mudah Udang Masak Merah Madu yang sangat sedap ini. Tak rugi pun mencuba resipi menarik yang dikongsikan ini, mesti puas hati dengan hasilnya.
Bukan apa jika selalu udang kita buat sambal sahaja, jemu juga. Sesekali tukar resipi dan menu baru buat keluarga, anak-anak dan suami pasti lebih berselera dan makan bertambah-tambah nanti.Bahan-bahan yang digunakan pun, kebiasaannya yang sedia ada di dapur rumah.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah ini sebagai panduan;
Bahan-Bahan:
500gram udang(saiz sederhana)
1 biji bawang besar(dipotong bulat)
1 sudu besar kismis
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula putih
2 sudu besar SOS tomato
2 sudu besar SOS cili
1 sudu besar SOS tiram
Serbuk perasa@garam (jika perlu)
Bahan Kisar:
10-15 batang cili kering(direbus atau Direndam air panas Dan toskan)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak , masukkan udang dan gorengkan sehingga udang masak. (Angkat dan ketepikan).
2. Gunakan minyak yang sama, tumis cili yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak .
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kismis ,madu dan gula. Gaulkan kesemuanya dan masakkan seketika.
4. Masukkan bawang dan udang yang digoreng tadi, gaulkan sehingga rata dan sebati .
Bila pergi pasar malam, memang tak sah kalau tak beli jagung cawan. Inilah yang selalu anak-anak minta dan suka makan. Sangat sedap.
Sebenarnya, boleh saja nak buat di rumah tapi rasa jagung cawan di pasar malam tak sama dengan apa yang kita buat pula. Tak tahulah apakah resipi rahsia yang digunakan.
Kali ini Aishah Al Humaira berkonngsi resipi jagung cawan ala pasar malam. Dengan kelainan iaitu tidak kukus sebaliknya masak terus menjadikan ia lagi sedap daripada pasar malam. Mungkin?
Jagung cawan lemak manis ala pasar malam tanpa Kukus.
Jagung yang digunakan pun dari sweet corn daily fresh sebab rasa segar berbiji dan tak kering.
Bahan-bahan:
1 paket jagung frozen jenama Dailly fresh
1 tin krimer pekat manis SAJI
3 sudu besar marjerin (lebihkan lagi sedap)
sedikit air dan garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Masukkan jagung dalam kuali dan masuk sedikit air sukatan anggaran setengah dari jagung.
2. Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk/masak.
3. Jika air kering boleh tambah lagi airnya.
4. Akhir sekali masuk susu pekat, sukatan mengikut manis yang disukai.
5. Masukkan juga garam dan marjerin secukup rasa. Suka Cheese boleh parut cheddar cheese atasnya
6. Siap.
Mingguan Wanita : Bila tambah keju cheddar mungkin ia akan rasa lagi sedap dan berkrim. Selamat mencuba.
Resepi pisang goreng penyet ini menu yang sangat popular di kalangan masyarakat Bugis Sabah. Di sana makanan ini dinamakan Sanggar Pappek. Istimewanya pisang goreng penyet ini dimakan dengan sambal tomato yang mudah pembuatannya tapi enak rasanya.
Resipi turun temurun masyarakat Bugis ini dikongsikan oleh Cik Puan Hadija Dija. Makanan ini amat popular di kalangan masyarakat Bugis terutama di daerah Tawau Sabah. Rasanya sangat sedap dan ringkas saja pembuatannya.
“Mama Jaja nak share resepi dengan kawan-kawan yang berada di Semenanjung, (ramai yang minta resepi sebelum ni kan), baiklah korang di bawah ni mama jaja dah selitkan bahan-bahan dan cara untuk buat di setiap gambar, korang ikut jer comfirm menjadi.
Bahan Utama Sanggar Pappek
Pisang Sanggar (Pisang Abu) yang mentah @ muda.
Kupaskan kulit Pisang.
Make sure jadi macam ni bila kupas ya. Cuci pisang yang di kupas tadi, toskan dan goreng sehingga kekuningan.
Penyetkan pisang yang telah Di goreng tadi seperti dalam gambar.
Kalau korang nak senang, tak payah susah-susah, pakai pinggan duralex tu jer bagi penyet comfirm penyet sekata la pisang tu. Akan jadi macam ni. Lagi nipis lagi sedap bila masa nak makan nanti. Gorengkan pisang yang dah dipenyetkan tadi. Goreng sehingga garing or kekuningan.
Bahan-bahan Sambal Tomato
Bahan A
Tomato (tomato kecik or besar pun boleh).
Bahan B
Belacan
Cili padi
Garam
Aji
Secukup rasa
Tumis tomato (tomato jer tau). Lepas tu korang tumbuk dan campurkan la sekali bahan B tadi dalam lesung tu.
OK Dah siap untuk di hidang. Cicah dengan sambal tomato, memang tak ingat jiran sebelah.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.