Ibu buta merangkak panjat bukit cari bantuan akibat kelaparan, anak OKU ditemui sudah meninggal dunia 6 hari. Seorang ibu warga emas yang buta ditemui orang awam selepas dilihat merangkak keluar dari sebuah bukit kecil untuk mencari bantuan selain dipercayai sudah beberapa hari tidak menjamah sebarang makanan.
Di sebalik kekurangan penglihatan, ibu tua ini dikatakan merangkak memanjat bukit kecil dipenuhi semak samun di sekitar tempat tinggalnya seorang diri untuk mendapatkan pertolongan, walaupun tubuhnya dalam keadaan amat lemah akibat kelaparan.
Ads
Kejadian menyedihkan ini terjadi di kawasan Sambir menuju ke Tambirat dalam daerah Samarahan, Sarawak.
Lebih memilukan, pemeriksaan pasukan penyelamat membawa kepada penemuan yang sangat menyayat hati apabila anak wanita berkenaan yang juga OKU mental ditemui sudah meninggal dunia. Mayatnya dipercayai telah berada dalam keadaan sebegitu selama enam hari sebelum ada yang menyedarinya.
Ads
Lokasi rumah mereka yang terletak jauh dari kawasan kejiranan ramai dipercayai menjadi antara faktor keadaan itu tidak disedari sesiapa selama beberapa hari. Hal menyedihkan ini dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, Ngu Hownhua di facebooknya.
Ads
Menurut maklumat awam yang dikongsikan orang ramai selepas kejadian ini tular, keluarga ini merupakan penerima Bantuan Sara Hidup Baitulmal sejak tahun 2019 hingga 2025, termasuk bantuan kewangan bulanan dan barangan keperluan asas yang dihantar setiap bulan.
Turut dimaklumkan bahawa keluarga ini telah dipujuk sejak awal untuk berpindah ke tempat lain termasuk ketika suaminya masih ada namun keluarga ini tetap tinggal di kawasan bersemak ini selepas kematian suaminya.
Dalam kejadian menyedihkan ini, ada inidvidu memaklumkan ada ternampak wanita ini naik merangkak ke kawasan jalan raya melalui melalui rakaman dashcam namun disebabkan kejadian berlaku pada awal pagi, individu itu takut untuk berhenti kerana bimbang akan keselamatan diri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Spekulasi bertebaran kembali, pelakon dan penyanyi Erra Fazira dikhabarkan bakal mengumumkan mengenai majlis pernikahannya dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain, esok. Perkembangan ini mengundang perhatian ramai peminat dunia hiburan yang sudah mengikuti rapat kisah kehidupan peribadi Primadona Filem Melayu Alaf Baru itu sejak beberapa dekad lalu.
Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 51, dikatakan akan berkongsi tarikh hari bahagia mereka serentak pelancaran video muzik lagu berjudul Cinta Abadi di sebuah hotel di Selangor. Pelancaran itu dikhabarkan menjadi acara istimewa yang bukan sekadar berkaitan kerjaya seni, tetapi mungkin juga kehidupan peribadinya.
Menurut sumber, dendangan yang pernah dirakamkan pada tahun 1994 sebaik bernaung di bawah Polygram Record itu difahamkan dipilih sebagai lagu tema perkahwinannya.
“Esok adalah hari pelancaran video muzik Cinta Abadi, esok juga difahamkan Erra dan calon suaminya bakal membuat satu pengumuman besar.
“Lagu tersebut juga dipercayai mempunyai kaitan dengan hari bersejarah mereka,” ujar sumber terbabit.
Cinta Abadi yang dimuatkan dalam album pertama menggunakan judul namanya adalah nukilan komposer Razman, manakala lirik oleh Datuk Habsah Hassan.
Begitupun, sumber enggan menyatakan tarikh pernikahan mahu pun resepsi pasangan terbabit, sebaliknya meminta khalayak menunggu pengumuman itu.
“Lain-lain perincian lanjut termasuk tarikh pernikahan kita tunggu sahaja esok,” ujarnya lagi.
Terdahulu, sekitar Ogos lalu tercetus desas-desus mengenai tarikh pernikahan Primadona Filem Melayu Alaf Baru itu dengan usahawan, Ezwan Zain.
Ramai berpendapat pemilihan lagu Cinta Abadi mempunyai signifikan besar dalam perjalanan seni dan kehidupan Erra. Lagu yang membawa mesej ketenangan dan ketulusan itu dianggap menggambarkan fasa baharu dalam hidupnya. Dalam konteks Erra Fazira pernikahan, pemilihan semula karya klasik tersebut dilihat sebagai penghargaan terhadap perjalanan panjangnya dalam industri hiburan.
Sejak awal kemunculannya, Erra dikenali bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga sebagai figura penting dalam dunia lakonan, peragaan dan pengacaraan. Justeru, apa sahaja perubahan besar dalam hidupnya sering dikaitkan dengan simbolisme seni yang dekat dengan dirinya.
Erra sudah lebih tiga dekad berada dalam dunia hiburan. Sepanjang tempoh itu, namanya sering menjadi tumpuan media, baik dari segi kerjaya mahupun kehidupan peribadi. Setiap langkah yang diambilnya, termasuk perkembangan mengenai hubungan cinta, sering mendapat liputan meluas. Tidak hairanlah jika pengumuman berkaitan Erra Fazira pernikahan menjadi salah satu perbincangan hangat dalam kalangan peminat dan wartawan hiburan.
Sifatnya yang tenang, profesional dan jarang mengulas perkara peribadi secara terbuka menjadikan pengumuman ini lebih menarik untuk dinantikan. Malah, peminat sudah lama mengharapkan beliau bertemu jodoh baharu selepas melalui pelbagai episod dalam rumah tangga sebelum ini.
Di media sosial, peminat menyatakan keterujaan dan menitipkan doa agar segala urusan dipermudahkan. Ruangan komen juga dipenuhi dengan ucapan tahniah walaupun pengumuman rasmi belum dibuat. Fenomena ini secara tidak langsung menunjukkan betapa kuatnya pengaruh dan hubungan emosi antara Erra dan para peminatnya.
Peminat dari generasi 1990-an khususnya kembali mengimbau memori zaman kegemilangan Erra yang sering menjadi wajah utama dalam filem, drama dan majalah hiburan. Mereka melihat perkembangan baharu ini sebagai satu momen yang membawa nostalgia dan kebahagiaan bersama.
Dalam era moden, ramai selebriti memilih majlis pernikahan tertutup atau mengumumkannya melalui media sosial. Namun, pendekatan Erra yang mengaitkan kemungkinan pengumuman besar dengan pelancaran video muzik menjadikan situasi ini unik. Ia bukan sahaja menggabungkan seni dan kehidupan peribadi, tetapi juga mencerminkan cara halus dan elegan beliau berkongsi berita gembira dengan khalayak.
Dalam konteks artis-artis kontemporari lain yang mengumumkan pernikahan secara mengejut, langkah Erra untuk melakukannya selari dengan majlis pelancaran muzik memberi sentuhan eksklusif dan penuh simbolik. Ini menguatkan lagi spekulasi mengenai pengumuman rasmi berkaitan Erra Fazira pernikahan.
Peminat kini menantikan detik esok dengan penuh debar. Ada yang membuat andaian bahawa pengumuman itu bukan sekadar tarikh pernikahan, tetapi mungkin juga membabitkan video muzik bertemakan kisah cinta peribadi. Jika benar, ia berpotensi menjadi antara pengumuman selebriti paling besar tahun 2025.
Ramai yang turut mengharapkan agar pasangan itu berkongsi lebih banyak perincian, termasuk lokasi, konsep majlis dan latar persiapan. Bagaimanapun, Erra terkenal sebagai individu yang cukup menjaga privasi, justeru tidak mustahil jika sebahagian maklumat masih dirahsiakan.
Segala persoalan mengenai pernikahan Erra Fazira dijangka terjawab esok. Sama ada pengumuman itu benar-benar berkaitan majlis bahagia atau sekadar pelancaran video muzik, ia tetap menjadi hari penting buat peminat yang sudah mengikuti perjalanan hidupnya sejak sekian lama.
Peminat, rakan artis dan pihak media kini hanya menantikan detik rasmi bagi mengetahui apakah perkhabaran istimewa yang bakal disampaikan Erra dan Ezwan Zain. Apa pun bentuk pengumuman itu, ia pastinya menjadi momen paling dinantikan dalam industri hiburan tahun ini.
Ismanira kekal di penjara bersalah abai Zayn Rayyan, mahkamah tolak penangguhan hukuman. Permohonan Ismanira Abdul Manaf yang mahu menangguhkan hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah mengabaikan anak sulungnya, Zayn Rayyan ditolak oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
Keputusan menolak hukuman penangguhan dibacakan oleh Hakim Datuk Aslam Zainuddin selepas mengambil dan meneliti beberapa alasan yang dikemukakan kedua-dua pihak pendakwaan serta peguam bela.
“Selepas meneliti afidavit pemohon dan responden, juga hujahan bertulis kedua-dua pihak termasuk mendengar hujahan lisan, mahkamah membuat keputusan bahawa permohonan untuk penangguhan hukuman ditolak.
“Mahkamah mendapati tiada keadaan khas untuk membenarkannya (penangguhan hukuman),” katanya.
Pada 19 November lalu, Ismanira memfailkan permohonan bagi menangguhkan hukuman penjara atas kesalahan mengabaikan anak lelakinya itu.
Sebelum ini, ibu kepada dua anak autisme ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Hakim Dr Syahliza Warnoh atas pengabaian terhadap anak kandung sendiri.
Keputusan dibuat selepas peguam bela mewakili Ismanira gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Beliau memerintahkan Ismanira menjalani hukuman di Penjara Wanita Kajang bermula 31 Oktober lalu, selain menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin dan cagaran RM3,000.
Ismanira turut diarah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Mengikut pertuduhan pindaan Ismanira sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya Zayn Rayyan yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan apartment berkenaan antara 12 tengah hari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.
Pendakwaan kes dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Erra Fazira selamat bergelar isteri Mr E, terima mas kahwin sepokok bunga emas seberat 102 gram. Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira sebentar tadi selamat bergelar isteri kepada usahawan Ezwan Zain.
Memilih keberkatan hari Jumaat, penghulu segala hari serta tarikh menarik 12.12.2025, dengan sekali lafaz tepat jam 9,19 pagi tadi, dirinya kembali bergelar isteri selepas 10 tahun hidup sendirian.
Penyatuan pasangan ini berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.
Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek tampil anggun mengenakan rona serba biru muda rekaan Rizman Ruzaini. Seri pengantin terpancar di wajah primadona tanahair ini tatkala melangkah masuk ke dewan pernikahan diiringi anak tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran, 16 tahun yang mengenakan persalinan rona putih.
Menerima mas kahwin iaitu 24 dinar emas yang dibentuk menjadi sepokok bunga seberat 102 gram, kedua pasangan ini mengukir senyuman manis tatkala selamat bergelar suami isteri.
Sesuatu yang berbeza, pasangan ini meletakkan kesemua barang hantaran dalam satu talam, berbeza dengan pernikahan biasa yang mana barang hantaran diletakkan dalam bekas berbeza.
Antara lain kata Erra Fazira, dirinya mahukan sesuatu yang ringkas dan praktikal memandangkan persiapan majlis juga agak suntuk.
“Selalunya orang (pengantin) buat lima berbalas tujuh dulang hantaran. Ada juga tujuh berbalas sembilan dulang.
“Tetapi kali ini kami nak buat kelainan sikit, tak payah nak pening-pening, tak perlu nak ada dayang-dayang bawa dulang hantaran, kita satukan semua dalam talam saja. Satu dulang tetapi dulang yang agak besar boleh masukkan semua barang hantaran,” katanya.
Antara yang menjadi tumpuan pada pernikahan Erra Fazira ialah barang-barang hantaran seperti tas tangan berjenama mewah, jam tangan, kasut serta barangan kemas yang diletak di dalam talam sebagai hantaran perkahwinan.
Majlis diadakan secara tertutup di mana mana tema putih menjadi pilahan pasangan ini dan ianya dihadiri oleh ahli keluarga, rakan rapat serta pihak media sahaja. Sekadar info, ini adalah perkahwinan ketiga buat Erra Fazira dan kedua buat Ezwan Zain.
Berbeza usia sekitar tujuh tahun di mana Ezwan berusia 44 tahun dan merupakan pemilik Kueh Cafe, kisah cinta mereka menjadi tumpuan pada tahun ini sebelum keduanya mengikat tali perhubungan sebagai suami isteri. Di doakan agar pasangan pengantin till jannah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!