
Isi Kandungan
ToggleBila cuti panjang atau berkumpul dengan ahli keluarga memang seronok buat makan-makan seperti BBQ, Shell out, Steambot. Nak buat steambot paling penting kuahnya. Antara steambot yang cukup popular seperti yang dijual di Kedai Family Mart. Kuah Oden yang disukai ramai dengan rasa masam-masam manis dan pedasnya. Namun harganya boleh tahan juga.
Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Lebih jimat dan puas hati. Rasanya lebih sedap kalah Kuah Oden di Family Mart.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Akma ini.
“Resepi Kuah Oden sedap kalah Family Mart”
Bahan-Bahan:
2 paket perencah tomyam adabi
2 paket perencah Sup Siam adabi
1 paket perencah Asam Pedas adabi
2 pcs kiub pati ayam
Air 1.5 liter
Gula 1 sudu
Caranya Membuat :
1. Masuk semua perencah biar mendidih dah boleh masukkan semua bahan-bahan steamboat.
2. Tadaa…siap! boleh ngappp panas-panas. Masam-masam manis pedas, Uilahhh nyaman bukkk.

3. Kalau ada sayur boleh letak sayur contoh Sawi Cina, Cendawan Enoki, cendawan tiram dan lain-lain. Ni takde sayur tak sempat beli.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Wanita Ini Kongsi Resipi Homemade Shell Out, Buat Sendiri Puas Hati Lagi Sedap Dari Kedai!
MW: Jadi bila nak buat steambot kuah oden, tak perlu beli lagi dah, buat je sendiri dekat rumah. Lebih jimat dan puas hati makan.Ikut resipi yang dikongsikan ini.
Sumber: Cik Puan Akma
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Langkah Mudah Kupas Kerang, Guna Ais Agar Kekal Gebu

Isi Kandungan
ToggleSelama ini macam mana kita kupas kerang. Rebus dulu, bila dah terbuka sikit baru kupas satu persatukan? Tapi salah rebus, kerang boleh hilang gebu. Dengan langkah mudah kupas kerang yang diajarkan ini, membuatkan kerja mengupas kulit kerang jadi tersangat mudah. Paling penting isi kerang gebu gebas dan ‘juicy’ walaupun telah direbus seketika.
Sebelum kerja-kerja mengupas dijalankan, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membersihkan kerang. Boleh bersihkan dengan dua cara. Pertama, masukkan kerang dalam bekas besar, laga-lagakan kerang sesama sendiri. Cara kedua, bersihkan dengan berus.
Sebaiknya gunakan sarung tangan getah. Kalau tak, boleh terluka jari jemari yang mulus tu. Kulit kerang ini keras, lagi-lagi kalau guna teknik melaga-lagakan kerang tu. Salah laga, jari anda yang terluka. Selepas dibersihkan bolehlah rujuk cara-cara di bawah:
4 Langkah Mudah Kopek Kerang
1. Didihkan air dalam periuk. Biarkan sampai menggelegak.
2. Masukkan kerang yang dah dibersihkan. Selepas 30 saat, cepat-cepat angkat.
3. Tutup api dan toskan kerang.
4. Terus tuang ke dalam bekas berisi AIS dan AIR. Kerang boleh terus dikupas.

Kenapa Teknik Kupas Kerang Ini Perlu Diikut
√ Masa ini kerja mengupas jadi lebih mudah.
√ Kerang pun nampak lagi bersih dan gebu.

√ Teknik sebegini cukup sesuai digunakan buat mak-mak yang nak mencuba resipi kerang masak serai.
Nak Kerang Masak Serai Lebih Cantik
Jangan kupas seluruh kulit kerang, tapi kupaslah sebelah kulit saja. Agar masakan anda lebih menarik dan lebih terasa keenakannya.
Klik Sini Untuk Resepi Kerang Masak Serai
Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cream Horn Viral Sedap Gila, Mudahnya Guna Puff Pastri Segera & Acuan Pun Buat Sendiri Je!

Isi Kandungan
ToggleSenang je mak-mak nak buat cream horn ni dekat rumah. Rupanya macam beli puff standard dekat bakeri, tapi sebenarnya buat sendiri je. Sesuai sangat kalau nak buat untuk sarapan pagi atau minum petang nanti. Yang best, tak perlu uli-uli, doh kulit puffnya, guna yang segera je.Acuan pun buat sendiri je, lebih jimat dan rasanya memang sedap gila.
Kena cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Jamiah Tulisman ini;
“Kenape laaa sedap sangat cream horn ni.Memang sedap tau.Malam-malam pulak buat..memang susah nak diet macamni.Cream kastard tu meleleh sedappp..resepi krim kastard tu, kena cuba baru tahu sedap!”
“Acuan horn tu buat DIY sendiri jek.Yang nak buat, takde acuan buat ler sendiri senang je.Janji jadi rupa cream horn tu, macam siput pun ada.
“Boleh simpan esok buat breakfast, rupanya anak-anak suka la pulak.Entah esok ada lagi tak.”
Bahan-Bahan:
Pinggan Aluminium Saiz 4.5cm
1 bungkus puff pastry ready made
(Krim Kastard)
2 cawan susu full cream
4 sudu besar tepung kastard
6 sudu besargula
2 biji kuning telur
Cara Membuat:
1. Potong pinggan aluminium dan bahagikan empat bahagian. Gulung dan jadikan bentuk kon.Ketepikan.
2.Masukan bahan-bahan krim kastard dalam periuk dan kacau dulu sampai sebati. Selepas itu, baru kacau atas api perlahan hingga pekat dan sejukkan.
3.Gelek dulu kulit Puff Pastri Segera ni selepas tu potong macam ni.Saya guna saiz kecil tapi Kalau beli pack kecil macam ni kena sambung-sambung lilit sebab tak cukup panjang.
4.Lilit kemas-kemas dari bawah keatas.Kalau tak cukup sambung dan lilit lagi.Boleh sapu marjerin dekat acuan supaya mudah tanggal.
5.Saya letak sikit kuning telur dekat bawah je sebab tak nak bagi dia terbukak.Bahagian atas jugak letak sikit bagi bercantum.
6.Sapu egg wash (kuning telur+sikit air..kocok).Lepas tu golek-golek dengan gula halus.
7.Bakar suhu 180-190c hingga perang. On kipas (Kalau Ada)fungsi pasang kipas tu supaya masak sekata dan naik cantik.

8.Dah siap bakar keluarkan dari acuan tu perlahan-lahan (tunggu sejuk). Sebab puff pastry ni rapuh.Acuan tu boleh guna lagi.
9.Pastu piping krim kastard tadi, masukkan dalam horn tersebut.
Siap! Selamat Mencuba!
#creamhornviral
#sedappppgila
Sumber: Jamiah Tulisman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedapnya Burger Tepi Jalan, Peniaga ini Kongsi Cara Masak Di Rumah, Jangan Kedekut Bahan!

Kalau ditanya, rata-rata mesti memilih burger tepi jalan lagi sedap berbanding yang fastfood. Walaupun tak semua sependapat dan ia bergantung pada citarasa masing-masing pun.
Apa sedapnya burger tepi jalan ini. Kalau nak dikatakan harga, rasanya memang berbaloi sebab bahan -bahan yang ada dalam burger tu mewah. Paling penting segar-segar lagi dengn hirisan kobis, timun, bawang dan sebagainya.
Pernah tak mak-mak buat kat rumah? Rasanya mesti tak berapa nak menjadi macam burger tepi jalan kan, walaupun dah guna bahan yang sama. Kali ini abang peniaga burger kongsi tip nak masak burger kat rumah, sama macam beli kat kedai.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Udang Celup Tepung Ala Kedai Tomyam, Guna 4 Bahan Saja
Resipi Sambal Belacan Kedai Siam, Senang Sangat, 5 Minit Siap!
Burger Tepi Jalan, Boleh Cuba Buat Di Rumah
Perasan tak, biasanya kalau beli burger di gerai tepi jalan, luar biasa sedapnya, berbanding yang mak-mak buat sendiri di rumah.
Rasanya berbeza daripada segi rasa sosnya, keenakkan dagingnya mahupun rotinya yang garing. Ada 12 Tip masak burger yang dikongsikan oleh peniaga burger Adie Redzuan.
Kalau hendak buat berniaga, jual lah burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap baru boleh kekal lama dalam berniaga.
1.Berat Daging
Wajib guna daging 70g. Tak yah la dok save sangat nak pi haji balik hari.Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahai, daging hok nipih, apa dia.
2. Jangan Tekan
Masak daging, jangan tekan, bila tekan jus daging akan kluar. Sebab daging jadi kering. Alih-alihkan saja, letak planta sikit, sikit ja.Jangan sampai banjir dalam daging tu sendiri dah ada minyak.
3. Letak Perasa
Daging tu lubang-lubangkan saja. Tak belah tengah pun tak apa. Lepas tu, letak la seasoning. Aku suka Lea and peirin, betui ka dak eja, maggi pun ok..letak la lada skit, terangkat la.
4. Letak Air Bawang Putih
Ayaq bawang putih ni untuk menggantikan jus daging yang hilang. Jadi, daging akan jadi juicy. Curah sikit masa daging dah masak. Nak buat dia, potong bawang putih, boh dalam ayaq kosong ja. Masukkan dalam botoi, tudung botoi buat lubang-lubang skit.
5. Api Sederhana
Guna api sederhana.Api yang kuat juga akan keringkan daging.
6. Roti Sapu Planta
Pastikan roti tu letak planta bagi penuh, tak yah dok sep sangat dan terus letak ja atas kuali. Jangan tekan, geng lama-lama pakai kayu untuk pressure roti saja. Bukan meleperkan roti, lagi cantik gitu.
7. Lettuce Iceburg Ganti Kobis
Sayur tu ikut la, selalu orang pakai kobis la kan. Tapi masa aku niaga pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi kot payah nak dapat hari-hari la. Tapi agak mahal skit.
8. Jenis Sos
Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top tu pakai longson. Payah nak jumpa kot no. Kalau kat Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai longson. Sebab tu kebab depa sedap.
9. Mayonis
Mayo pulak paling best pakai nelly. Mahaiiii.. tapi sapu sikit ja, jangan creettt lagu ladys choice tu. Sikit pun dah berasa tak sangga.
10. Keju
Untuk cheese, aku pakai smoke bbq.. Apa-apa brand pun takpa. Rona dia oren. Mahai sikit, tapi memang berasa cheese dia. Pernah dak hangpa beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese dia, pasai guna cheese murah.

11. Sos Lada Hitam
Blackpaper sos kalau boleh masak la sendiri. Elak beli yang dah siap sebab tak berapa sedap sikit. Mudah saja, masak butter dengan tepung gandum, sampai naik bau sedap. Selepas itu, masukkan oyster, lada hitam kasaq, kicap cair, chicken stock, garam. Perasakan dan celup daging dalam kuah blackpepper.Apa nak kata.
12. Susunan Lapisan Burger
Akhir sekali aturan bubuh sayur, sos, mayo. Yang ni kajian sendiri la. Sos dengan mayo kalau boleh asingkan. Mayo bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang beza. Kalau cheese tu, letak atas daging yang panas. Bagi dia cayaq melekat kat daging.
Senang cerita, kita buat burger, kita sendiri rasa. Kita jual macam mana kita suka makan, baru prang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap. Untung by volume, baru boleh kekal lama meniaga.
Semoga bermanfaat!
Jadi buat mak-mak yang nak masak sendiri burger di rumah untuk anak-anak dan keluarga. Bukan apa, bila ramai-ramai lebih jimat dan berbaloi buat sendiri.
Mingguan Wanita : Baru tahu, patutlah berbeza rasa dengan kita buat kat rumah. Lepas ni, ikut tip ini barulah macam beli kat kedai.
Sumber: Adie Redzuan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI